Wednesday, June 30, 2010

Cikgu Kamal Yang Hensem

Tengah hari tu,Cikgu Kamal berjalan dengan tenang menuju ke arah kelas 1 Strawberry.Kelas Bahasa memang mudah.Ajar pulak budak-budak darjah satu.Selalunya bukan nak ajar sangat,banyak melayan kerenah budak-budak.

Ada yang muka merah-merah nak balik sebab rindu kat mak.Ada yang terketar-ketar tahan nak berak sebab takut pegi tandas.Ada jugak budak yang buas tahap masyaallah.Namun semua itu sudah menjadi kebiasaan bagi Cikgu Kamal.

"Bangunnn....Assalamualaikum cikguuuu...." laung ketua kelas yang pakai kopiah terbalik sambil diikuti dengan murid-murid yang lain.
"Waalaikummussalam..duduk semua." balas Cikgu Kamal.

"Hari ni,cikgu nak tanya,sapa yang sayang mak ayah? Kalau sayang,angkat tangan." Cikgu Kamal mulakan kelasnya dengan penuh psikologi.Biar budak-budak semua rasa selesa.Bijak betul Cikgu Kamal ni.Macam arnab.

"Ha,Jamilah,kenapa kamu sayang mak dan ayah kamu?" soal Cikgu Kamal penuh dedikasi.
"Mak ayah saya selalu belanja saya makan aiskrim." ringkas.Jawapan yang memang patut keluar dari mulut seorang pelajar darjah satu yang tembam.

"Ha,kamu pulak? Kenapa sayang mak ayah kamu?" soal Cikgu Kamal sambil menunjukkan jari ke arah Sidik yang sibuk bermain pengasah pensel.
"Er...sebab saya sayang lah.Saya paling sayang ibu saya.Sebab walaupun ibu saya ada ketumbuhan,dia selalu masak sedap-sedap untuk kami sekeluarga.Selalu basuh baju saya." jujur jawapan yang keluar dari mulut Sidik.Mukanya bersih.Suci.

"Ketumbuhan?" soal Cikgu Kamal semula.
"Ya cikgu.Kadang-kadang ibu saya mudah penat.Kesian ibu saya cikgu." balas Sidik.

"Baiklah.Terima kasih.Mari kita sambung pembelajaran kita." ujar Cikgu Kamal.Kelas berjalan seperti biasa.Namun hati Cikgu Kamal asyik memikirkan kesusahan yang menimpa keluarga anak muridnya.Dia mesti melakukan sesuatu.

Kelas bahasa tamat.Loceng pulang berbunyi.Murid-murid tanpa dipaksa sudah siap beratur di pintu kelas untuk berbaris.Berdisplin betul.Setelah memberikan ucapan terima kasih,mereka berlari-lari keluar dari kelas dengan bahagia.Bebas macam burung.Rama-rama berterbangan.Ultraman bersimpang siur.

"Sidik,jom cikgu hantar kamu.Boleh cikgu melawat ibu kamu." ujar Cikgu Kamal sambil berjalan di sebelah Sidik.Bersemangat betul dia nak bergaul dengan masyarakat.Maklumlah,cikgu muda yang baru berpindah.Imej kena baik.Lagipun,kalau ada kesusahan,sekurang-kurangnya dia boleh buat aduan kepada pihak sekolah.Mungkin membuat kutipan derma.
"Baik cikgu."jawab Sidik sambil disertai dengan senyuman.Balik naik kereta.Tak payah jalan kaki.Mestilah seronok.



********


"Ni apa susahkan cikgu ni Sidik.Kan boleh berjalan balik.Dekat ja kan rumah dengan sekolah." ngomel Kak Saodah,ibu kepada Sidik dengan termengah-mengah sambil membuka pintu pagar.Dari wajahnya,nampak pucat.Badannya juga nampak lemah.
"Ha..ni la ibu saya cikgu.Tengok perut ibu saya.Besar kan ketumbuhan ni? Ibu selalu cakap penat.Kesian ibu saya.Sebab tu saya sayang ibu saya.Ketumbuhan ni semakin lama semakin besar cikgu.Dulu kecik ja." laju Sidik berbicara.Macam bertih jagung.Mukanya berseri-seri.

Cikgu Kamal memandang dengan sayu perut Kak Saodah yang sedang sarat mengandung.






Kak Saodah gigit pagar besi.

Cikgu Kamal gigit kunci kereta.

Geram.

15 comments:

Shafa said...

hik hik hik...

zonaku said...

dah namanya budah darjah satu kannnn....

Unknown said...

ish...bahaya ketumbuhan tu..

Nerzhul said...

beritahu sidik ketumbuhan tu akan pulih sendiri tak lama lagi. hahahaa

Hazzy Ishak said...

hehehe

Misya Idris said...

hik hik hik.. tumbuh besar ye!!

zulfadzly. said...

nasib sidik tak cerita sape yg bt mak dia ketumbuhan..

eNaSaN said...

adoiiiii..tegelak den...

deejavu el savour said...

sian kak saodah penat.g babab sape yg wat ktumbuhan tu.hahah

Siti Noor Aminah said...

ampunkan je la budak itu cikgu kamal ye..



almaklum ler,budak2... ;p

kalo jamil, sila sekeh kepala dia..

Anonymous said...

kehkehkeh

qishie said...

budak darjah 1 tau pulak ketumbuhan tu apa.huhu..

Ismail Fitry said...

Part yang paling kelakar:

Pandai macam arnab hahaha...

zulkoa said...

ingat ketumbuhan lain..hehe

StingRay said...

sweet: hik hik hik..=)

zonaku: sungguh.=p

naddy: sungguh.haha..

nerzhul: siap dapat adik lagi tu.haha

hazzy: =p

tiger:besarrr... =p

zul: sapa lagi.=}

enasan: =p

deejavu: haha..tak pasal2 suami dia kena.

gadis: oi oi..mana aci.haha

fnd: =p

qishie: drama-drama melayu banyak sangat cerita pasal ketumbuhan pastu mati.hahaha

ismail:hahaha..=p