Friday, December 31, 2010

Encik Kamsani melawat Safari

Hari cerah.Angin sepoi-sepoi.Awan berarak manja.Senang cerita,hari tersebut merupakan hari yang paling 'awesome' untuk menikmati keindahan safari.

Encik Kamsani tersenyum riang.Masa kecil-kecil dulu,boleh tengok dalam TV ja suasana safari.Sekarang,bila dah kaya,semua depan mata.Disebabkan geram,encik Kamsani menempah satu pacuan 4 roda berserta pemandu khas untuknya seorang.Ekslusif.Tak nak share dengan pelancong lain.Datang pun sorang-sorang.

Memang sweet escape terbaiklah.

Setelah menyiapkan segala peralatan kameranya,Encik Kamsani mengarahkan Bagumba,seorang pemandu pelancong berbangsa afrika tempatan,untuk bergerak.

Sebagai langkah keselamatan,pacuan 4 roda tadi dilengkapi dengan sangkar yang diperbuat daripada besi.Senang cerita,memang selamat habis lah dari serangan haiwan liar.Encik Kamsani tersenyum-senyum.Cita-citanya hampir tercapai.

Sebelum ni ada jugak beliau melawat safari buatan ni Malaysia.Namun feel dia haram tak sama.

Bagumba memandu pacuan 4 roda tadi perlahan-lahan.Mereka menghampiri sekawan singa yang sedang berehat.Dalam kelompok singa tadi,siap ada anak,ibu dan bapak sekali.Lengkap pakej keluarga singa bahagia.

Yang paling bahagia semestinya Encik Kamsani.Menurut Bagumba,susah nak jumpa keluarga singa mithali macam tu.Selalunya musim macam tu,singa jantan sibuk mengawan.

"Encik Kamsani,kalau nak feel lebih,encik Kamsani masuk dalam sangkar kat belakang.Baru feel dia sedap nak ambil gambar.Kalau lepak atas kusyen ni,tak sedap sangat.Belakang ni ada pintu rahsia.Terus masuk dalam sangkar belakang tu.Selamat." Bagumba memberikan cadangan.Bahasa melayunya fasih.Berkat lepak kat kawasan geng-geng Afrika kat Ampang selama 2 tahun masa datang 'belajar' dulu.
"Orait.Aku masuk." balas Encik Kamsani penuh teruja.

Setelah selamat masuk ke dalam sangkar di belakang pacuan 4 roda tadi,Bagumba memandu perlahan-lahan ke arah sekawan singa tadi.Encik Kamsani dengan penuh minat mengambil gambar kawanan singa tadi sampai meleleh air liur.Nikmat.

Kenderaan yang dipandu Bagumba menghampiri perlahan-lahan.

Semakin lama semakin dekat.

Butang kamera Encik Kamsani semakin lama semakin laju ditekan.

"Hahaha...singa singa..pandang sini.Pandang sini.Kaaaa chak! Kaaa chak!" Encik Kamsani cuba buat-buat kelakar lebih kurang.Duduk dalam sangkar berani la dia.
"Pandang sini la bodoh.Aku kata pandang sini." Encik Kamsani mula kerek.



***********



"Anak-anak.Belajar rajin-rajin.Nanti dah besar jadi cerdik.Jangan jadi macam orang tu.Dah besar panjang duduk dalam sangkar.Macam sarkis!" ujar bapak singa kepada anaknya dalam bahasa melayu.Ibu singa mengangguk tanda setuju.Bagumba juga turut mengangguk tanda setuju sambil mulutnya menahan senyum.

"Terima kasih encik Bagumba,nanti bawak lagi yang lain.Anak aku nak tengok.Nanti aku tangkapkan kijang sekor dua kat ko.Upah."ujar bapak singa tu lagi kepada Bagumba.Bahasa melayu bapak singa tersebut juga bagus.Hasil pergaulannya dengan Bagumba.Bagumba mengangguk sambil memberikan isyarat bagus.

Bagumba,anak singa,ibu singa dan bapak singa semuanya memandang ke arah Encik Kamsani yang sedang melompat kegeraman di dalam sangkar.

Encik Kamsani menghempaskan kameranya laju-laju.










"Ha..itu tandanya dia tengah marah." tenang bapak singa memberikan penerangan kepada anaknya.

"Ooooooo...." balas anak singa penuh kagum.

Ibu singa mengangguk penuh kasih sayang.

Comel.

Eh! Esok Tahun 2011

Tadi,aku perasan,dah setahun aku tak update blog aku yang satu lagi.Hahahahaha!

Paling tak boleh blah,cerita yang bertajuk "ibu" tu,aku pun dah lupa-lupa ingat macam mana cerita yang aku nak karang dulu.Hahahahaha!

Jadi,masa tengah mengelamun tadi,aku dapat satu idea.Dan aku terus taip.Ok.Diharap,tahun 2011 ni,blog hapacritabercerita akan hidup balik.Banyak idea nak tulis.Tapi...keh keh keh..

Teman sibuk yopp!!

Oh.Memimpin tangan 600 follower dan 'silent reader' ke tahun 2011 yang happy-go-lucky.

Jangan risau...yang perempuan aku lapik tangan dengan sehelai kain.

Yang lelaki....lapik 2 helai kain.Hahahaha!

Terima kasih semua.

Muah! muah! muah!







Jamil...stop it pleaseee...behave urself.....behave...


Thursday, December 30, 2010

Semalam Yang Hangat 23

Penyokong bersorak riang.Kamera difokuskan mengikut arah bola.Hati aku berdebar-debar.Namun,dalam tengah berdebar tu,mulut sibuk mengunyah nasi berlaukkan sup ayam.Memang sedap.

Serangan demi serangan dilancarkan.Begitu juga serangan yang diterima pasukan negara.Bertali arus.Hati mula tidak keruan.Semangat semakin membara.Nasi semakin laju dikunyah.Nafas turun naik.

Tap!

Secara tiba-tiba,brader jurukamera fokus kepada cewek-cewek indon yang hot dan meletup.Hati yang membara tadi secara tiba-tiba bertukar jadi pink.Harimau berterbangan.Kupu-kupu berlari riang.Taman-taman bunga mula kelihatan.Senyuman manis madu terukir di bibir.

Tap!

Brader jurukamera mula fokus ke arah permainan semula.Hati pink mula hilang.Semangat kembali membara.Nasi juga dikunyah dengan laju.Pelbagai andaian bermain di kepala.

Tap!

Kamera kembali difokuskan ke arah cewek-cewek indon hot yang lain pula.Nasi yang dikunyah laju tadi,terus tidak dikunyah.Terhenti.Hanya mata yang bergenang-genang memerhatikan awek-awek hot indon tadi.Hati kembali menjadi pink.

Tap!

Kamera kembali fokus kepada perlawanan bola yang sengit di tengah padang.Hati mula membara.Semangat membakar.

Tap!

Kamera fokus sekejap ke arah awek-awek indon hot.Hati kembali pink.Berbunga-bunga.










Abang kameraman jahat.
Abang kameraman jahat.
Abang kameraman jahat.

Penat perasaan I dibuatnya.

Wednesday, December 29, 2010

Antara Kartono,Latip dan cahaya laser.

Selaku penjaga gol,Kartono tidak boleh leka.Mata kena macam garuda.Tajam dan jelas.Jari tangan pulak kena gagah.Baru boleh tahan bola sedap-sedap.

Permainan mula rancak.Masing-masing cuba menyerang.Bola bersimpang siur.Namun,berkat kepakaran,Kartono berjaya menepis semua serangan dengan tenang.Kadang-kadang dia tersenyum sendirian memikirkan kehebatannya menjaga gawang.

Tiba-tiba pihak lawan cuba membuat serangan.Kartono bersedia seperti biasa.Kelihatan penyerang dari pihak lawan membawa bola dengan laju.Bersedia untuk menjaringkan gol lagi.Pada masa yang sama,barisan pertahanan berusaha keras menahan asakan dari pihak lawan.

Sengit.

Tengah sedap tergedik-gedik di hadapan gawang,mata Kartono tiba-tiba terasa silau.

"BRENGSETTTT! Reffff....ada pancaran lezeeeeerrr di mata saya...saya mogok! Saya mogok!" bentak Kartono sambil berjalan keluar dari padang.Kartono mengajak rakan sepasukannya untuk turut serta mogok.Sambil berjalan,Kartono menunjukkan arah datangnya cahaya tadi.

Permainan tergendala.

Pihak keselamatan mula dipersalahkan.Latip yang bertindak sebagai ketua keselamatan,terpukul dengan situasi tersebut.Beliau mengarahkan petugasnya mencari individu yang bermain cahaya laser tadi.

Dengan serta merta,video rakaman permainan dimainkan di skrin komputer di tepi padang.Setiap sudut disemak dengan teliti.Latip dan beberapa orang kanannya memerhati ke arah sudut yang dipercayai punca cahaya laser tersebut.Kartono turut serta sambil menolong menunjukkan arah datangnya cahaya laser tadi di dalam skrin komputer.

Setelah diteliti,mereka semua terdiam.Tak bersuara.

"Tak apa lah.Benda kecil-kecil macam ni,kita abaikan lah.Nak buat macam mana,kita tak boleh buat apa-apa.Lagipun,suspek tu masih kecil lagi.Bukan ancaman kepada kita.Tak elok pulak nak apa-apakan dia.Nanti mak ayah dia datang cari dan marah saya,susah jugak." pujuk Latip kepada Kartono dan rakan sepasukannya.Jurulatih masing-masing mengangguk tanda setuju.
"Tak apa pak.Saya faham pak.Saya mengerti.Ayuh.Mari kita sambung semula." balas Kartono dengan semangat kesukanan yang tinggi sambil berlari semua ke arah padang.

Permainan dimulakan semula.Penonton bersorak riang.

Jauh di sudut bumbung stadium,kelihatan seekor anak Predator sedang bermain-main dengan cahaya laser di bahunya.

Hatinya sangat riang-ria.


Petang Yang Tenang 9

Aku memandu PS dengan tenang.Seperti biasa,PS meluncur laju di atas jalan.

Sedang enak memandu,secara tiba-tiba idung aku berasa gatal.Secara spontan juga,jari-jemari aku yang halus mulus mula meneroka dengan sopan pinggiran lubang hidung aku.Gesel-gesel manja orang kata.

Sedap memang lah sedap.Sampai nak pejam mata kalau garu idung.Tapi memandangkan aku sedang memandu,tak boleh la pejam-pejam mata.Kang pejam terus mata aku dibuatnya.

Jari jemari semakin lama semakin galak masuk ke dalam lubang idung.Semakin sedap.

Ahhh..

Sedap.

Sedap.






"BAMMMM !!!!!!!"

Kereta yang aku pandu tiba-tiba termasuk dalam lopak.Jari masih di dalam hidung.






Keluar air mata I tell you.

Arghhhh!!!

Pedih.

Pedih.



Nelly - Just A Dream


- If you ever loved somebody put your hands up -


Ketagihan terbaru aku.Nelly mmg unik dalam sesetengah kes.

Friday, December 24, 2010

Status 9

Gambar dalam handphone ni,semua dah berkobar-kobar nak lepak dalam blog.Tapi,tu lah.Takda 'card reader'.Biar aku simpan dulu lah.Nanti dah jumpa 'card reader', aku post banyak-banyak gambar ye. =)

Rindu nak sambung siri 'Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung.'Dah lama tak buat. =p

Hik hik hik..


Cikgu Wan Ahli Silap Mata

Lokasi: Dewan Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius
Tahun: 1993 kot rasanya.Aku pun tak berapa pasti.

Semua murid-murid sekolah rendah kanak-kanak genius duduk dengan penuh tertib.Di hadapan mereka,terhidang pelbagai jenis persembahan.Dari pakaian beragam,sehinggalah kepada acara nyanyian oleh pelajar.

Ada jugak pertandingan azan.

Aku,selaku pelajar genius,tahun tu aku tak aktif sangat seingat aku.Aku banyak cool ja.Aku hanya terlibat dalam acara paling akhir dalam majlis tersebut.Acara mengambil hadiah.Masa 'rehearsal' beberapa hari lepas,penat jugak berulang-alik naik ke pentas.Banyak betul hadiah yang aku dapat.Anugerah pelajar terbaik dalam kelas lah,anugerah dapat nombor satu lah.Macam-macam.

Ada jugak kumpulan cikgu muda seksi yang bersepakat membuat anugerah pelajar paling hensem dan kacak.Jika dilihat pada judul anugerah tersebut,kamu semua mesti dapat menyangka,siapakah pemenangnya kan?

Tepat sekali.Semua cikgu muda seksi memilih aku sebagai calon terbaik.Mengalahkan senior-senior darjah 6.Nasib baik aku dah bersunat masa dicalonkan sebagai penerima hadiah tu.Kalau tak,rasa macam tak cukup sifat jugak seperti seorang lelaki sejati.

Ok.Berbalik kepada situasi tadi,setelah satu demi satu persembahan selesai,akhirnya,tiba lah giliran Cikgu Wan.Cikgu wan ni,datang sekolah naik motor besar.Cikgu Wan menjadi pujaan pelajar kampung macam kami ni.Bila tengok motor Cikgu Wan,muka masing-masing tersengih bangga padahal bukan motor sendiri pun.

Pada hari tersebut,Cikgu Wan naik ke pentas tersenyum-senyum.Dia bawak semangkuk air.Katanya dia nak buat aksi magic.Semua kanak-kanak genius bertepuk riang.Termasuk aku.

Comel.

Cikgu Wan memulakan aksinya dengan muka penuh misteri.Tangannya mengeluarkan beberapa buah kereta mainan.Kami semua terdiam.Mata fokus ke depan.Psiko habis.Dada berdebar-debar.Masing-masing tertanya-tanya apajadah Cikgu Wan nak buat dengan kereta tu.

Dengan tenang,Cikgu Wan mencelupkan kereta tadi ke dalam mangkuk yang berisi air.Secara automatik,kereta tadi bertukar warna.

Semua murid-murid terpaku.Terdiam.Kagum.Semua murid-murid bertepuk tangan gembira.Riang sungguh.Suasana bertambah meriah bila Cikgu Wan main celup-celup kereta tadi banyak kali.

Memang magic habis! Aku tepuk tangan dengan penuh teruja.Ini memang magic habis.Siap main celup separuh-separuh lagi.Nak kata warna dia luntur,air dalam mangkuk maintain jernih la pulak.

Mata aku bersinar-sinar.



*******Beberapa Hari Kemudian******



"Dapatkannya di pasaraya berhampiran sekarang!" ujar suara iklan dalam tv.

Aku terpaku di hadapan tv.Ada iklan baru habis tayang kat tv.Dalam iklan tu,dengan jelas menunjukkan kereta mainan yang bila kena air,terus boleh bertukar warna.


Cikgu Wan Jahat.
Cikgu Wan Jahat.
Cikgu Wan Jahat.



Benci.


Thursday, December 23, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Semalam,aku pegi menonton wayang.Aku tengok filem yang macam tajuk entry ni.Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.Ya.Aku lewat pegi tengok.Biasa lah,sibuk membanting tulang jari mencari rezeki.

Ok.Macam ni lah aku nak cakap.Seumur hidup aku,kalau aku tengok cerita-cerita komedi,tak kira la kat wayang ka,depan PC ka,depan TV ka.....TAK PERNAH-PERNAH aku gelak keluar air mata sampai berkabus cermin mata,lepas tu hentak-hentak kaki kat lantai.

Semalam,bila aku tengok HKLBR,semua tu terjadi kat aku.

Serius.Sangat penat menonton cerita ni.Ada saja part aku nak gelak.Pelakon memang unik dan terbaik lah.Cuma ada beberapa kerat ja yang masih tak 'ngam' depan kamera.Tapi tadahal lah!

Babak terbaik,bagi aku,semestinya babak ramai-ramai berlari setelah terjumpa rangka di dalam rumah Kak Limah.Bladihel.Aku gelak sampai tak boleh bernafas.'Abang Usop' yang berkerusi roda pun boleh berlari.Demmit.

Oh ya.Aksi 'abang usop lembut' berkayuh basikal di sawah sambil tangan berpusing sangat 'psiko + unik + kelakar + tak pernah dibuat orang'.Terbaik punya idea.

Babak menarik yang lain,bagi aku,babak bomoh kena lempang.I tell you.Sakit perut weh!

Dah.Tak nak kecoh banyak-banyak.Nak tau lebih,boleh pegi tengok.

Kepada abang Mamat Khalid.

Tahniah.

Standing ovation aku bagi.


"Cer cite cer cite cer cite.."

The Legend of Macho Man

Aku berjalan mesra di sebelah awek yang aku keluar dating pada hari tersebut.Cuaca cerah.Muka ceria.Hati berbunga-bunga.Walaupun belum declare,hati dah berbunga riang.

Aku berjalan-jalan menuju ke arah tempat duduk.Aku duduk di situ sambil berbual-bual dengan awek tadi.Macam-macam dibualkan.Muka masing-masing manis macam madu.Sambil berbual,aku pandang-pandang bas yang menuju ke UIA.Awek tadi nak balik UIA.Kalau ada bas UIA tiba kat stesen Putra Gombak tu,boleh aku inform kat awek tadi.Baru lah aku ni nampak berguna sikit di mata awek tadi.

Aku pulak,pada masa yang sama,sedang menunggu Macho Man datang ambil.Macho Man masa tu tinggal kat KL.Praktikal kat Damansara.Jadi,aku singgah sebentar di rumahnya.Aku sudah berjanji nak balik dengan Macho Man dengan menaiki motor pada petang tersebut.

Kiranya,dengan masa yang berbaki sedikit itu,boleh la aku sembang-sembang kejap dengan awek tadi.Sembang pasal aktiviti jalan-jalan kami tadi di bandaraya Kuala Lumpur.Gila lah,dating pegi KLCC.Kah kah kah.

Tengah sedap sembang-sembang,tiba-tiba aku nampak Macho Man tiba dengan rakannya dengan menaiki motor.Aku tersenyum.Mudah betul kalau ada membe merata tempat ni.Boleh tumpang berkasih-sayang.

Aku bangun dengan bergaya.Gaya kena jaga baiii.Sambil mengucapkan selamat tinggal,aku melambai-lambai awek tadi dengan muka paling manis.Aku berjalan menuju ke arah Macho Man yang sedang berdiri di sebalik motor.Kelihatan dia sedang berbual dengan membe dia tadi.

Bila nak menghampiri Macho Man,aku pusing ke arah awek tadi,dan sambung lambai-lambai tangan.Gila sweet kan perangai aku ni.Muka maintain senyum.Ye lah,lepas jumpa haritu,entah bulan berapa pulak nak jumpa semula.Bukan selalu.

Penat melambai,aku akhirnya tiba di tempat Macho Man berada.

"Jamil.Kita balik naik bas.Aku tumpang motor kawan sekerja aku datang ni.Tadi main badminton sekali." lebih kurang macam tu la ayat Macho Man.

30 saat kemudian,aku tersipu-sipu duduk semula di sebelah awek tadi.

Sama-sama menunggu bas.









Malu gila I tell youuuu!



Wednesday, December 22, 2010

Dialog Masyarakat Marhain 32 (versi gadis)

"Wohhh..banyaknya kereta pagi ni.Ni yang I malas kerja kat KL ni."
"Nak buat macam mana.Redah je la."

"You takpe la..duduk sebelah.I yang drive ni,lenguh kaki tau."
"Alah...kereta auto pun lenguh kaki? Mengada!"

"Ye la..teruk tau jalan ni.Sesak.Benci!"
".............."

"Aik.You tengok apa tu senyap je."
"Hummm..."

"Hey you....apa you tengok tu."
"Shh.....diam.."

"You...cakap la.Mana aci tengok sorang-sorang."
"Tuuuuu......"

"Apadia?"
"Cantik jugak legging abang polis trafik hensem tu pakai.Ada jalur memanjang.Ketat.Kaki dia berotot.Seksi...."

"Hummmmm......"
"Hummmmm......"


Tuesday, December 21, 2010

PS 15

Aku memandu PS dengan tenang meredah kawasan perumahan Puncak Jalil.Seperti biasa,Puncak Jalil memang kawasan yang tenang.Daun-daun berguguran.Angin sepoi-sepoi.Rama-rama berterbangan mesra.Burung-burung berkicauan.Sekali-sekala,ultraman terbang bersimpang -siur.

Tiba di stesen Petronas atas bukit tu,aku masuk dengan tenang.Mata 'aim' siap-siap pam yang kosong.Selesai parking,aku terus menuju ke kaunter bayaran.Sempat juga aku kena tekel dengan awek-awek Petronas.Gangguan seksual sekarang ni,berada di mana-mana.Bahaya betul.

Selesai bayar,aku menuju ke arah pam.Aku mengamalkan kaedah seperti yang diiklankan di dalam tv.

Angkat.Tolak.Masuk.Picit.

Tengah sedap isi minyak tu,aku nampak ada pekerja petronas lepak ja kat situ.Tak buat apa-apa.Tenang sungguh.Aku senyum.

Tiba-tiba ada kereta masuk.Parking dekat pam minyak.Tuan kereta keluar dan sibuk memasukkan kad kredit di pam.Pekerja petronas yang sedang lepak tadi,bergerak pantas macam brader-brader yang tukar tayar kereta F-1 tu.Brader tadi tanpa membuang masa,terus mengelap cermin kereta yang masuk tadi dengan lahap.

Pada masa yang sama,ada sebuah kereta lagi masuk ke arah pam yang satu lagi.Dengan pantas juga,sorang lagi brader jaga pam menyerbu untuk mengelap cermin kereta yang masuk tadi.Aku melihat,brader tadi mengelap cermin kereta dengan lahap.

Aku pandang PS.Pada mulanya PS maintain ayu,tiba-tiba aku nampak ada air yang meleleh.Aku faham.PS tengah sedih.Ini yang dinamakan antara dua darjat.

"Depa lap cermin Camry dengan Accord ja PS.Kita ni..depa tak pandang.Takpa,balik nanti aku lap cermin ko lawa-lawa eh.Guna air bersih."aku pujuk PS dengan elok-elok sambil tepuk-tepuk bontot kereta.Kalau tepuk bontot awek,macam seronok jugak.
"Terima kasih Jamil.Kau memang memahami aku." balas PS sayu.










Tiba di rumah,aku bantai tidur tak sedar dunia.



Monday, December 20, 2010

Berat Ideal

Selesai bermain air dalam bilik air,aku mengelap-ngelap badan aku.Segar bukan main rasanya.Muka pun ceria.Hati sejuk.Rambut wangi.

Selesai mengelap-ngelap,aku keluar dari bilik air.Rutin pertama aku buat adalah timbang berat.Berat badan kena jaga.Takut jugak dah tua-tua nanti berulang-alik ke spital.Kalau dah selalu ke spital,kang mata sibuk ushar nurse cantik pulak.Kalau aku yang ushar tu,tak apa lah jugak.Yang lecehnya,kalau semua datang berkerumun kat pesakit yang hensem macam aku.Ada yang nak suap anggur lah,apa lah.Itu yang rimas tu.Letih nak melayan.

Timbang berat lepas mandi semua memang best.Bukan apa,lepas membuang semua yang patut,baru seronok timbang.Dengan muka senyum-senyum,aku naik atas alat penimbang.

Tiba-tiba aku rasa tak best.Bacaan ada lari sikit dari semalam.Takkan cepat sangat naiknya berat.Semalam lain pulak bacaannya.Jadi,setelah memikirkan beberapa ketika,aku mula pandang kiri dan kanan.

Tiada sesiapa di dalam bilik.

Line clear.








"HIIIIAAHHHHHHH !!!!"

Akhirnya,berat kembali normal seperti semalam.







Aku mengukir senyuman sambil memakai semula tuala lembap yang aku lempar ke lantai tadi.

Tak baik berbogel lama-lama.

Kan?



Saturday, December 18, 2010

Nakamura San

Pagi tu,Nakamura bangun seperti biasa.Setelah mandi dan sarapan,Nakamura terus masuk ke dalam kereta.Walaupun tren kat Tokyo sana memang hebat,tapi apa kejadahnya nak berjalan sampai 5 kilometer hanya untuk naik tren.

Tidak seperti warga Jepun lain yang super bersemangat sampai berpeluh-peluh,Nakamura rasa mandom sangat pagi tu.Nak pegi amik MC tipu,payah jugak.Silap-silap kena 'tiau' dengan doktor macam bulan lepas.Nak tak nak, Nakamura terpaksa juga pegi kerja.Hatinya berat.

Dalam perjalanan,macam-macam yang difikirkannya.Rasa nak mengelat pun ada.Fikirannya mencari seribu satu alasan.Hampa.

Tiada sebarang idea.Nakamura terus memandu.

Tiba-tiba Nakamura tersenyum.Hatinya riang.Tanpa membuang masa,Nakamura terus mencapai telefon bimbitnya.

"Halo bos.Tak dapat datang harini.Ultraman dengan raksasa bergaduh tengah jalan macam 2 bulan lepas.Kali ni raksasa Obor-obor pula menyerang.Dah nak masuk bandar dah diorang bergaduh." ujar Nakamura dengan ceria.
"Bagero punya raksasa.Ok.Kamu pegi balik berlindung.Bila dah selamat nanti,datang kerja semula.Saya pun kena balik jugak kalau macam ni.Tak selamat." balas bos Nakamura di talian.

"Haittttt !!!!" balas Nakamura bersemangat sambil memutuskan talian.










Nakamura parking keretanya di tempat selamat.Cikedis dalam beg dikeluarkan.Sambil bersandar di kereta,Nakamura memerhatikan aksi Ultraman sedang melawan raksasa obor-obor di dalam bandar.Kecoh jugak bunyinya.

"Masa lampu dada dah merah nanti,mesti dia fire raksasa tu." bisik Nakamura sendirian sambil tersenyum-senyum.


Friday, December 17, 2010

Iklan P1 Wimax

Sejak dua menjak ni,aku suka tengok iklan P1 Wimax.Ala,yang ada 3 orang budak kecik tu.Paling aku suka,yang iklan naik beskal tu.Siap pegi Mexico.

Geram tgk budak pompuan tu dan dialog mereka.

Comel!

Eii..suka! suka! suka! suka! suka!









Ishhh....gedik yarabbi...


Semalam Yang Hangat 22

Aku pergi ke fun fair.Kat sana memang meriah.Hu ha sana sini.Ada mainan pelik-pelik.Ada yang main kereta langgar-langgar.Ada yang main buai pusing-pusing.Jadi,aku pegi dengan membe-membe aku.Kira macam satu group la.Bukan selalu keluar macam tu.pegi pulak funfair.Peh.

Tengah berjalan tu,tiba-tiba ada satu game.Game kereta.Nampak macam best.Jadi aku pun pegi la pekena game tu.Kebetulan pulak sebelah aku ada sorang awek yang tengah main game sama.Aku tak pedulikan dia.Aku masukkan token.Bersedia nak main.

Tiba-tiba...awek kat sebelah ajak race dengan dia.Secara tiba-tiba juga geng-geng aku bersorak suruh aku lawan.Begitu juga dengan geng-geng awek tadi.Saling cabar-mencabar.Oh demm.Terjebak.

Jadi,selaku lelaki maskulin,cabaran diterima.

Perlumbaan bermula sengit.Potong sana sini.Senang cerita,banyak tiang jugak la aku tinggalkan awek tadi dalam game.Aku tamatkan game dengan muka paling cool.Takda berlagak-lagak.

Nampaknya geng-geng awek tadi tak puas hati lagi.Mereka ajak pekena satu lagi game.Game lompat-lompat apakejadah.Jenis menguji minda.Hehe..aku tersenyum sinis.Aku bersetuju lagi.Geng-geng aku bersorak sekali lagi.Celaka,dah sebijik macam cerita-cerita gengster Rosham Noor.

Permainan dimulakan.Tak sampai dua minit,aku dah menang.Gila bosan.

Geng-geng awek tadi tak puas hati lagi.Aku dicabar kaw-kaw punya untuk karaoke pulak.Tengok sapa yang pitching lari.Demmit,aku mana pernah karaoke.Menda-menda pegang mikrofon ni,yang pernah aku buat dulu,cuma berucap di perhimpuann sekolah dengan azan kat masjid ja.

Karaoke? Bladihel no!

Aku dipaksa oleh kedua-dua belah pihak.Macam haremm.Apa ke loser kena paksa karaoke.Akhirnya,setelah puas didesak,aku tak tahan lagi.Aku cakap nak blah dah.Tak tahan.Tapi diorang paksa jugak.

Tak guna betul.

Jadi,aku terpaksa guna teknik melepaskan diri paling hensem sekali.

Aku jegil-jegilkan biji mata laju-laju.

Terjaga.

Tengok jam,dah 5.30 pagi.

Perfect!









Bladihel punya mimpi!

Thursday, December 16, 2010

Terkesima

Aku bergolek-golek manja di depan tv.Mata masih memandang ke arah kaca TV.Kaca TV? Rasanya TV kat rumah aku takda pun kaca depan dia.Ah..apa-apa je lah.

Sedang enak bergolek,tiba-tiba ada iklan muncul.

Kelihatan dua orang perempuan sedang mengagumi potongan badan seorang lagi perempuan yang melintasi mereka.Perempuan yang melintasi mereka tadi menyedarinya,dan mengajak mereka berdua untuk mengikutinya bagi mengetahui apa rahsia yang membuatkan dia kelihatan cantik dan mempunyai badan yang menarik.

Tiba-tiba mereka bertiga memakai helmet.Siap dengan baju racing sekali.Aku tertanya-tanya,apa kaitan perlumbaan dengan kecantikan.

Belum sempat otak aku memikirkan logik paling hensem,maka,sekonyong-konyongnya kelihatan ketiga-tiga gadis tadi sedang berlari-lari di atas mesin senaman sambil memakai SUT PENUH pakaian perlumbaan.Siap dengan helmet 'full face'!

Terkesima.







Demmit..I gelak sampai keluar air mata youuu...

Tuesday, December 14, 2010

Astros Mastros 2

Pagi tadi,kira-kira jam 6.30 pagi,lepas subuh,aku turun tangga rumah sambil memakai kemeja untuk pergi kerja.Bladihel,sekali lihat,macam Brad Pitt dalam filem.

Bila turun ke bawah,serta-merta aku riang apabila mendapati astro sudah boleh digunakan.Kiranya janji 14 hari tu macam prank la kot.Takpa lah,prank pun prank lah.Janji gambar kat TV dah jelas.Tak la terpaksa ubah antena RM10 yang dibeli di Giant tu dengan pelbagai posisi pelik-pelik semata-mata nak dapat siaran jelas.Kadang-kadang,tengah sedap pekena nasik depan TV sambil menonton berita,tiba-tiba 'line lari'.Rumit jugak rupanya kejuruteraan mencari siaran secara manual sambil tangan dipenuhi nasik ni.Boleh hilang selera dibuatnya.

Nanti aku letak gambar antena tu dengan posing paling ayu.Banyak gambar menarik dalam hp ni yang belum aku transfer.

Nanti ya? (^_-)

Tanpa membuang masa serta langsung takda to'maninah,aku menekan-nekan butang di remote astro.Channel mula-mula sekali aku pilih semestinya channel kegemaran aku. Channel 551 hingga Channel 555.

Demmit.Tiada benda-benda menarik yang muncul di skrin tv.Yang ada cuma nota ringkas menyuruh aku menghubungi astro untuk melanggan kalau nak tengok jugak channel Learning tu.

Ok.Pagi-pagi dah nak cari gaduh.Bukan main penat hari tu meng'kompomkan'kan pakej dalam telepon,alih-alih dia tak masukkan jugak.Geram masa tu,sama level dia macam aku geram bila pedang He-Man berlampu aku hilang 15 tahun lepas.





Untuk menghilangkan rasa marah,aku pegi panaskan nasi daging yang aku masak semalam.

Buat bekal pegi opis.

Comel.


Monday, December 13, 2010

Petang Yang Tenang 8

Oh.Dah pukul 5 petang.

Perlu berkemas.Pokok strawberry di belakang rumah perlukan belaian manja petang ni.Begitu juga dengan serai,daun kesom,pokok cabai serta pokok kunyit.

Aku belai guna apa? Aku belai pakai cangkul ja.





Ha...ada sesapa yang nak dibelai?

Friday, December 10, 2010

Iklan-Ikli di Kaca TV

Kejadian ini berlaku kira-kira 17 tahun lepas.

"Jamil.Pegi kedai jap.Belikan 'SANITA'." pesan akak aku sambil hulurkan duit.
"SANITA? What kejadah is that?" soalku dalam hati.Tapi,selaku adik mithali,tanpa banyak soal,aku terus pecut ke kedai.

Bukan.Aku tak pegi dengan berlari.Aku pecut dengan basikal.Bukan apa,masa kayuh basikal tu,boleh aku lepas tangan aku dari handle basikal sambil usap rambut yang ditiup angin.

Gila bergaya!

Tiba di kedai,aku cakap kat tuan kedai tu nak beli SANITA.Dengan pantas,dia ambil satu barang kat belakang tempat duduk dia.Menda tu berbentuk kotak.Warna kuning.Lepas tu,tuan kedai tadi ambil plastik warna hitam.Pelik.Selalunya beli barang,plastik warna merah cerah.Dah rasa macam beli dadah pulak.Sorok-sorok.

"Beli tisu pun letak dalam plastik hitam?" soal aku dalam hati.Tapi..sekali lagi,selaku pelanggan yang mithali,aku blah lepas bagi duit.

Begitulah rutin aku untuk beberapa tahun kemudian tanpa aku sedari apakemenda yang aku telah beli sepanjang masa tersebut.

Ok.Dah.Kita berbalik pula kepada zaman sekarang.Ish..aku cakap dah..dah la.Meh kita balik ke zaman sekarang.Jangan degil.

Semalam,ada iklan.Kelihatan model iklan tersebut melompat-lompat keriangan selepas memakai 'benda' tersebut.Lepas tu ada pulak yang bergolek-golek atas katil.Nampak riang sungguh.Ada satu lagi iklan tu,siap duduk atas bulan sabit.

'Benda' tu pulak,sekarang bukan main.Dah berubah bentuk.Ada sayap la.Lekuk bahagian belakang la.Macam-macam menda ditambah.Aku yang tengok ni pun boleh blushing sambil membayangkan macam mana kalau aku pakai menda alah tu.Sikit masa lagi,rasanya mungkin ada perasa strawberry ke,perasa oren ke..two in one orang kata.Pewangi.Mungkin ada perasa cili kot.Nak bagi rasa 'kick' untuk mereka yang sukakan cabaran.

Jangan risau.Aku tak pernah pakai.

Sambil-sambil tengok iklan tu...terus aku terbayangkan masa 30 tahun akan datang.Macam mana pulak bentuk iklan 'menda' ni pada masa tersebut.

Mungkin masa tu ada perempuan tanpa sebarang pakaian sedang buat demo macam mana nak pakai 'menda' tu dengan betul.










Seronok jugak kalau melayan iklan tu nanti dengan cucu sambil pekena cokodok.

Oh...can't wait.



Thursday, December 9, 2010

Cikgu Kamal

Tengah hari tu,Cikgu Kamal membelek-belek surat khabar.Sebelum loceng tamat sekolah berbunyi,dia lepak sekejap di taman sekolah.Tajuk dalam akhbar agak menarik.Berkenaan daun ketum.Yang membuatkan berita tersebut menarik perhatian Cikgu Kamal ialah,berita dalam akhbar yang dibacanya dengan jelas menulis nama tempat yang sangat dikenalinya.Tempat di mana dia sedang mengajar.Jadi,seperti biasa,sebagai Cikgu muda yang bersemangat tinggi,benda-benda macam ni mesti diambil tahu.

"Baca apa tu cikgu?" tegur Saiful Misbah.Seorang lagi anak murid Cikgu Kamal dari kelas darjah 1 Strawberry.
"La.Dah dekat nak balik ni.Kamu pegi mana? Dah kemas beg?" soal cikgu Kamal.

"Pegi tandas.Dah kemas dah.Cikgu tengok gambar perempuan ehhh dalam paper..oooo.." Saiful Misbah membuat tekaan rambang.
"Eh.Takda lah.Ni ha.Pasal daun ketum ni ha." balas cikgu Kamal sambil menjuih.

"Kenapa pulak dengan daun ketum tu cikgu?" soal Saiful Misbah penuh minat.
"Daun ni bahaya.Boleh ketagih.Macam dadah." terang cikgu Kamal.

"Ye ke cikgu?" Saiful Misbah meminta kepastian.
"Ye lah.Menda ni asalnya ubat kampung.Tapi disalahgunakan." ringkas penerangan Cikgu Kamal.

"Patut la ayah tiap-tiap hari guna daun ni.Mak pun cakap ayah dah ketagih.Balik kerja mesti guna daun ni." balas Saiful Misbah dengan muka berkerut-kerut.
"Ayah kamu pun ketagih jugak?" soal Cikgu Kamal.

"Ha'ah." balas Saiful Misbah.
"Takpa lah.Jom cikgu hantar kamu.Biar cikgu bawak berbincang dengan ayah kamu.Risau kamu pun terpengaruh nanti." balas Cikgu Kamal.Penuh perihatin seperti biasa.

"Tapi,best daun tu cikgu." balas Saiful Misbah.

Cikgu Kamal terkejut.Menda ni dah parah jika melibatkan anak muridnya.Tindakan mesti pantas.

Loceng tamat sekolah berbunyi.

Murid-murid berlari pulang dengan riang seperti biasa.Nampak sangat sekolah tak best.Kalau sekolah best,mesti murid-murid berlari pulang dengan kesedihan.


***********


"Assalamualaikumm.." laung Cikgu Kamal.
"Waalaikummussalam..." balas Encik Sahak.Badannya berpeluh.

"Ishh...cikgu rupanya.Ingatkan siapa.Jemput duduk." pelawa Encik Sahak.Mereka berdua duduk di pangkin di hadapan rumah.Suasana tenang.Langit cerah.Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup.Saiful Misbah berlari riang menuju ke dalam rumah.
"Berpeluh sakan nampak Encik Sahak.Sihat betul saya tengok." manis mulut cikgu Kamal berbicara.

"Kerja ladang.Macam ni la cikgu.Belajar tak pandai macam cikgu." balas Encik Sahak merendah diri.
"Macam ni Encik Sahak.Saya ada benda nak tanya Encik Sahak ni.Berkenaan....."

"Laaaa...cikguuuu....makan nasik kat sini je lah.Saya dah siap masak dah." Laung Puan Sabariah di muka pintu.Di sebelahnya Saiful Misbah tersenyum riang.Ada segelas air ribena di tangannya.
"Ha..elok jugak tu.Masa makan boleh kita sembang-sembang.Tunggu saya mandi dulu.Kita makan sama-sama.Hari ni lauk ikan pari rebus cicah sambal kicap daun kesum.Kegemaran saya tu cikgu.Tak pekena daun kesum sehari,boleh naik gila dibuatnya.Hahahaha..." balas encik Sahak ceria sambil usap-usap perut.

"Jomlah cikgu.Sedap daun ketum tuuu.." balas Saiful Misbah ramah.
"Astaga..tak boleh sebut betul-betul lagi budak ni.Da-un Ke-Sum..sebut betul-betul." bebel Puan Sabariah.

"Da-un Ke-thummm...." Saiful Misbah mencuba sedaya-upaya.
"Ha...lama-lama boleh la tu." Puan Sabariah memberikan semangat.Encik Sahak hanya tergelak besar melihat gelagat anak isterinya.Meriah.Ceria.Mesra.

"Oh ya.Cikgu nak tanya hal apa tadi?" Encik Sahak mula teringat soalan yang hendak dikemukan oleh Cikgu Kamal sebentar tadi.
"Tak.Saya nak tanya.Berapa umur pokok ceri ni." Cikgu Kamal cepat-cepat cuba cover line.Kelam-kelibut nak ubah topik.Nasib baik berjaya jugak cari menda nak dalih.

Nampak gayanya,sejak mengajar kat kawasan baru ni,dah 3 kali beliau terkena dengan budak-budak darjah 1.Kes pertama dah kena.Kes kedua pun terjebak jugak.











"Cikgu.Ni pokok cabai.Yang merah-merah ni buah cabai.Bukan buah ceri." lembut Encik Sahak memberikan penerangan dengan penuh kasih sayang.

Wacha!

Astros Mastros

Tengah hari sabtu lepas,aku tersengih-sengih melihat sorang apek memasang Astro kat rumah aku.Hidup tanpa astro dan internet,cukup membuatkan aku macam hilang punca.Gila apa nak tengok TV1,TV2 dan TV3 sahaja.Tu pun pakai antena Giant yang harganya RM10.

Kalau nak diberi perumpamaan,umpama brader jual bege kehilangan kuali.Satu haram bentuk hiburan tak menjadi.Nak tengok koleksi cerita dalam laptop,dah lama khatam.Jadi,pemasangan Astro merupakan antara salah satu jalan penyelesaian untuk tidak bosan.

Selesai pasang,aku tanya berapa lama baru boleh tengok.Apek tadi jawab dengan riang.

"Tempoh 24 jam..sulah boleh tengok wooo..." see..riang kan?

Petang Ahad,aku buka Astro.Takda siaran.Demmmm.Dah lebih 24 jam ni.Jadi aku call apek tadi untuk minta kepastian.Saja call dia,maleh nak dengar suara operator Astro.

"Ooo..Astro tukar sistem.Besok balu buleh tengok wooo...." jawab apek tadi.Ok.Fine.Kesudahannya,badan aku jadi sasa sebab pergi menyangkul kat belakang rumah.Dah macam ladang pulak belakang rumah.Cerah.Sempat jugak menanam 2 induk pokok serai dan pokok kunyit.Esok-esok nak beli benih strawberry pulak.Boleh jemput Siti Nurhaliza makan strawberry celup coklat kat rumah.

Petang Isnin,lepas balik kerja,aku buka Astro lagi.Hampa.Masih tiada siaran.Jadi,panggilan dibuat terus kepada Astro.

"Empat hari bekerja." Itu pulak jawapan diberi.Ok.Fine.

Semalam,setelah tak dapat terima kenyataan mengadap set Astro yang tak dapat digunakan,panggilan dibuat sekali lagi kepada Astro.

"14 hari bekerja baru boleh tengok.Astro sedang menukar sistem bla..bla...bla...." ramah operator yang menjawab pertanyaan.

Tak berani nak call lagi dah.

Takut dia cakap 365 hari bekerja pulak.

Itu baru kes pendaftaran.Harap-harap,takda gaduh lagi dengan astro.

Astro,jangan sampai ada yang mengamuk MACAM MINAH NI LAGI sudah.








*Patut la orang dulu ramai anak.



Wednesday, December 8, 2010

Peah

Pagi isnin tu,Peah berseri-seri berjalan menuju ke kaunter tiket tren.Hatinya berbunga riang.Jumaat lepas,bosnya mengumumkan kenaikan gaji.Mau tak seronok.Hampir melompat Peah dibuatnya.Tapi berjaya ditahan agar tidak nampak terlalu over.

Selesai membeli tiket,Peah berjalan terkedek-kedek menuju ke tempat menunggu tren.Mukanya masih tersenyum-senyum.Riang betul.Semalam pulak pakwenya belanja makan buffet kat hotel.Lagilah bertambah senyum.

Diperhatikannya orang sekeliling.Ramai jugak yang kena Monday Blues.Sindrom malas pegi keja hari isnin.Mungkin ramai jugak sedang berada di klinik-klinik berlakon sakit nak dapat MC.Hari bonus bagi sesiapa yang menjadi doktor.

Tren akhirnya tiba.

Peah berjalan terkedek-kedek ke dalam koc.Mukanya tersenyum lagi.Koc khas untuk wanita yang dimasuki Peah sedang-sedang penuhnya.Tak sendat sangat.Orang kata,selesa.Malahan semuanya perempuan.Tak perlu risau. 'I ada apa yang you ada' orang kata.Itu yang membuatkan Peah tersenyum.Tak risau tubuhnya yang cantik bergesel dengan jantan yang tak dikenali.

"Nasib baik ada koc wanita ni kan?" Peah membuka bicara kepada gadis di sebelahnya.
"Itu lah.rasa lega sangat.Semua perempuan.Tak ada lelaki." balas gadis tadi dengan senyuman.

"Kalau ada lelaki,bahaya.Menggatal." Peah memberikan pandangan.
"Itu lah.Saya pun risau.Mak saya kat rumah pun risau." balas gadis tadi lagi.Bersetuju dengan Peah.

"I pernah kena tau.Diorang pegang peha I.Seram bila pikir balik.Duduk dengan kaum perempuan,selamat.Tak risau sangat.Memang baguslah." ujar Peah lagi.
"Orang cantik macam you,memang bahaya."Gadis tadi memberikan pandangan.

"Ye lah.Sesuka hati je diorang tu nak pegang I.Geram.Eeee...pelissss...." Peah memberontak.






Sepi...






"Macam ni ke diorang pegang you?" ujar gadis tadi lembut ke telinga Peah sambil tangannya ditekapkan dan diusap-usapkan lembut di peha Peah.

Dahi Peah dipenuhi manik-manik peluh cemas.

Tren keretapi terus bergerak laju.

Menuju ke destinasi.

Masih tak selamat.




Monday, December 6, 2010

Dialog Masyarakat Marhain 31

"Apahal ko termenung ni?"
"Aku tengah tengok situasi kat KL ni."

"Kenapa?"
"Bangunan.Perniagaan.Kerjaya.Perumahan.Kalau nak bandingkan,kat KL ni,banyak mana sangat la orang Melayu yang berjaya menceburi dalam bidang-bidang tu semua.Majoritinya bangsa lain yang berusaha untuk berjaya.Tak ramai yang bersungguh-sungguh."

"Aih.Jangan putus harapan.Kat KL ni,orang Melayu masih lagi pegang satu menda.Memang champion habis kalau libatkan menda ni.Selalu tak pernah miss dan gagal.Bangsa lain memang tak tertanding lah.Memang tak terlawan.Bangsa lain tak amik port sangat rasanya menda-menda macam ni."
"Apadia?"










"Berarak ramai-ramai tengah jalan dalam KL dengan anak bini sambil kena sembur air dengan polis."



Entry hapacrita yang ke - 1213.

Lepas Magrib nanti,dah masuk tahun baru.Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun.Butang reset untuk dosa kecik selama setahun tu.Baca fadhilatnya kat situ.Insyaallah.

Selamat Menyambut Tahun Baru.

Hik Hik Hik...

(^_-)




Friday, December 3, 2010

Jamil dan Abang Zamri

Lokasi: Rumah jiran.
Tahun: 1991 rasanya.Darjah satu.

Aku duduk elok-elok atas kusyen jiran aku.Alah,nama je jiran,padahal rumah bapak sedara aku jugak.Turut bersama dengan aku pada masa tersebut,sepupu aku.Umur dia dah 20-an masa tu.Aku panggil dia abang Zamri.

Abang Zamri ni adalah seorang yang sangat intelektual.Buku-buku yang beliau baca semuanya berat-berat.Berat di sini,termasuklah berat buku dan berat isinya sekali yang perlu diolah sebelum dapat difahami.Macam baca al-quran.Takda tafsir,memang berat nak faham.

Sambil duduk,aku goyang-goyang kaki.Alah,rumah sedara.Bukan ada awek-awek pun nak duduk diam-diam.Kalau pegi rumah sedara mara jauh,baru boleh duduk atas kusyen diam-diam sambil buat muka paling manis.Aku,kalau dah setting muka paling manis,bukan setakat mak budak ja yang berkenan,kadang-kadang budak perempuan boleh histeria.Tapi tak apa.Aku dah biasa dengan keadaan macam tu.Macam aku cakap dulu-dulu,itulah dilema orang hensem.

Sungguh.Aku tengah tipu ni.

Ok,mari kita berbalik kepada situasi aku di dalam rumah jiran tadi.

Rancangan yang kami tonton pada masa tersebut adalah rancangan nyanyi-nyanyi.Gila gay dua lelaki menonton rancangan nyanyian yang mana penyanyinya juga adalah lelaki.Sekali lagi.Gay habis!

Jadi,tengah sedap menonton tu,tiba-tiba rancangan terhenti.Brader dalam TV tu tengah tarik chorus tu.Siap tengah angkat tangan tinggi-tinggi.Boleh dia stop macam tu ja siaran.Laluan diberikan kepada azan Zohor.Ok.Kami berdua diam sebentar.Hormat azan walaupun dalam TV.See? Aku memang sopan dan sweet.

Azan tamat.Rancangan nyanyi-nyanyi tadi bersambung semula.Rancangan tersebut disambungkan semula pada babak yang terhenti tadi.Sekonyong-konyongnya,terlihatlah brader tadi tengah tarik chorus yang tergendala sebentar tadi.Tangan brader tu masih diangkat tinggi ke langit.Penuh perasaan.









"Masa azan tadi,orang yang nyanyi tu,kena keras macam tu la sampai azan habis.Tak boleh gerak.Habis azan,baru sambung balik." tiba-tiba abang Zamri bersuara di sebelah aku.

Heh.Memang terbaiklah cara dia nak kenakan budak-budak macam aku masa tu.Apa,ingat aku bodoh sangat nak percaya semua tipu helah macam tu?

Ya.Aku memang bodoh boleh pegi percaya.

Anbelivebel.


Thursday, December 2, 2010

Kamarudin Kamsani

"Betul ni sayangggggg?" duga Marfuzah kepada teman lelakinya,Taufik Misbah.
"Iyee..mana ada gemuk lah.Dah ok badan macam ni." balas Taufik Misbah sambil berjalan.

Mereka berdua berjalan beriringan persis seperti kekasih lain di pasaraya tersebut.Sekali-sekala mengusik antara satu sama lain.

"Betul ni? Cuma sayang rasa badan ni gemuk sangat.Peha ni dah besar." Marfuzah masih membincangkan tentang fizikalnya yang semakin tidak menarik.Sengaja menguji.Dia cuma mahu Taufik Misbah memujinya.Hanya itu yang dimahukannya.Pernah jugak Taufik Misbah mengatakan Marfuzah berisi,hasilnya,pinggang kirinya lebam dikarate Marfuzah.
"Ala,sikit je naik.Jangan risau.Tak ketara pun.Lagipun dah cantik." balas Taufik Misbah lagi sambil berjalan.Sambil-sambil berjalan,matanya sempat mengerling ke arah beberapa gadis yang menarik perhatiannya.

"Abang tengok sapa tu?" Marfuzah menyoal keras.
"Tak.Abang cuma tengok kedai tu.Bulan lepas jual barang lain.Kita datang kali ni,jual menda lain pulak." berpeluh Taufik Misbah cuba cover keadaan.Bukannya apa,Taufik Misbah tak nak kecoh-kecoh tempat orang ramai.Tapak tangan Marfuzah boleh tahan besar dan padu jugak.Naya jugak kalau kena sedas.


Di satu sudut,kelihatan Kamarudin Kamsani memandang dengan penuh minat gelagat Marfuzah dan Taufik Misbah.Baru sebentar tadi,Kamarudin Kamsani berjaya mendapatkan seorang pelanggan.Dalam kepalanya sudah terbayang komisyen di hujung bulan nanti.

Tanpa membuang masa,Kamarudin Kamsani mengatur langkah.

Sasaran semakin dekat.

Semakin hampir.

Akhirnya...








"Selamat petang kakak.Saya Kamarudin Kamsani.Saya ada berita baik untuk akak.Kini,syarikat kami menjual produk untuk menguruskan badan dengan mudah.Saya rasa,sangat sesuai dengan akak.Peha akak ni,kita boleh kecilkan dalam masa yang singkat.Berminat untuk mencuba?" tegur Kamarudin Kamsani dengan penuh ramah apabila menghampiri Marfuzah dan Taufik Misbah yang sedang berjalan beriringan.Akal Kamarudin Kamsani mula memikirkan tipu helah yang terbaik untuk menjerat mangsanya.




Kamarudin Kamsani ditampar Marfuzah sehingga rebah.

Wednesday, December 1, 2010

Button I Like

Pada entry yang terdahulu,dalam ruangan komen,cik Fyda ada mencadangkan supaya diletakkan butang Like pada blog hapacrita ni.Cadangan telah diterima.Jadi,terima kasih diucapkan untuk cadangan tersebut. =)

Sebut betul-betul.

Aiii laikkkk!

Kalau hangpa sebut Ai Loikk..aku tepuk pipi hangpa.



Status 8

Masih tidak dapat menerima fesyen gadis bertudung sambil meletakkan topi di atasnya.Tambah-tambah topi (cap) warna hijau jenis berjaring kat belakang tu.

Pelik lah youuu....pakai lah satu-satu.

Jangan tamak tau.




Monday, November 29, 2010

Jamil dan Brader Jaga Cyber Cafe.

Aku tengah layan internet baekkkk punya di suatu pagi.Sambil buka blog sendiri,aku pun buka blog orang lain jugak.Menyambil orang kata.Kalau kucing yang kata,mungkin kita hanya boleh dengar bunyi 'miauw' sahaja.

Kan?

Sambil surf tu,tiba-tiba aku terjumpa gambar yang aku berkenan.Tanpa membuang masa,aku terus tanya auntie si tuan kedai yang tengah melilau dalam tu.Setelah bertanya,aku terus print gambar tadi.

Printer kat kedai tu lansung tak bagi respon.Demmit!

Setelah beberapa kali mencuba,tapi masih gagal,aku akhirnya merumuskan bahawa network printer dia problem.Jadi,aku jumpa auntie tadi,dan cakap printer tak boleh guna.Setelah aduan aku diterima,auntie tadi lantas memanggil seorang brader yang tugasnya memantau kesihatan PC di premis terbabit.Brader ni,aku rasa umur dalam awal 20-an.Muda lagi.

Dengan penuh yakin,beliau cuba menolong aku sedaya upaya.Puas juga beliau klik sana-sini.Semua cara tak berguna.Gagal sama sekali.Akhirnya,brader tadi mengalah sambil memberikan laporan kenapa printer tersebut tak boleh digunakan..

"Tak boleh print lah abang.Gambar yang abang nak print ni,banyak warna sangat.Printer kat sini ada empat warna sahaja." terang brader tadi dengan penuh yakin dan pasti sambil memandang ke arah warna asas printer dalam katrijnya.









Kecik besar kecik besar ja aku nampak brader tu.

Friday, November 12, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Aku nak balik kampung dah.Lama lagi baru nak online.Jadi,minta maaf banyak2 kalau ada salah silap.

Jumpa lagi. =)

Salam.

Rindu Nak Mandi Kat Sini.







Kat sini la aku selalu main dengan dolfin masa mandi kecik-kecik dulu.Lepas solat jumaat,mesti datang ramai-ramai dengan keluarga berkelah kat sini.Dengar cerita dolfin tu semua dah balik ke laut.Rimas tengok orang bunian mandi berkemban katanya.

Aurat.

Pink Nipple



Kan?


PS 14

Hari ni 11/11/2010.

Tahun lepas,pada 11/11/2009,PS telah didaftarkan.

Maka,sudah genap setahun usia PS dengan aku.

PS.....selamat menyambut ulang tahun yang pertama.

(^_^)




"Jamil...Sempena besday I...I nak sport rim baru."
"Dah..dah..aku dah bagi major servis dengan road tax tu...kira hadiah la tu."


"Benci!...benci!...benci!"

Thursday, November 11, 2010

Dialog Masyarakat Marhain 30

"Kita ni,kena rajin membaca."
"Betul.Aku sokong."

"Bila membaca,pengetahuan akan bertambah.Bila jadi macam tu,masyarakat akan maju bila ada proses percambahan ilmu.Proses penyebaran ilmu pun akan berlaku dengan pesat.Jadi masyarakat akan lebih berpengetahuan."
"Itu memang betul.Aku setuju."

"Jadi,bila fikiran masyarakat dah penuh dengan idea-idea dan pendedahan,inovasi serta kreativiti dapat dipupuk,lantas menghasilkan output yang berguna kepada pembangunan sesebuah negara."
"Fakta tu aku memang setuju."

"Membaca ni,buat lah di mana pun.Tak kisah.Tengok macam aku sekarang ni.Dalam tren ni pun masih membaca."
"Hebat lah ko.Aku tabik."

"Tak payah la tabik.Biasa-biasa ja."
"Apa salahnya.Hehe..eh,buku apa ko baca tu?"

"Majalah ni ha.Artis ni kawin lain senyap-senyap.Ada ke patut.Ha,ni pulak ada artis baru.Badan mantap.Tengok baju renang yang dia pakai ni.Yarabbiii.....pose dia,terliur aku."













"Percambahan ilmu kepala bana!"

Tuesday, November 9, 2010

Benda-Benda Sedap 11


Antara lagu yang mampu membuatkan aku menggerakkan bahu secara santai dan spontan.

Untuk minit ke 2:10 hingga 2:35,sila jangan panik.Skrin monitor anda tidak rosak.Juga jangan panik,penyanyi tersebut bukan adik Justin Timberlake.Oh ya,aku suka kasut yang beliau pakai masa lari-lari tu.Mengancam!

Aku pilih lagu ni untuk didengar masa drive kereta slow2 sambil buka tingkap di petang hari yang cool sambil menyaksikan gadis-gadis berbikini menjual pisang goreng di tepi jalan.

Noktah.

Monday, November 8, 2010

Benda-benda sedap 10


Suka melihat cara Isaac Slade berjalan pada minit 1:33 hingga 1:40.

Ada style!

Oh ya.Lagu ni memang sedap.

Gundah Gulana Sang Arjuna.


Lapar.Senak.Sakit.Penat.Stress.Bengang.Bingung.Sakit Kepala.

Wahai si kucing berloceng.Sila beri tunjuk ajar.

HeeeeHawww!!!!
(Nak sebut HeeeeHawww ni kena sebut macam Ivankov dalam One Piece)


Friday, November 5, 2010

Joe Pit dan Ahmad Kasturi

Di satu petang yang suram,kelihatan Joe Pit atau nama kad pengenalannya,Johari Kamaruddin, terhuyung-hayang berjalan di lorong-lorong sunyi.Di tangannya tergenggam kemas not-not merah.Matanya merah.Badannya lemah.Menggigil.Mahu tidak mahu,dia mesti mendapatkan bekalan dengan segera.Jika terlewat,boleh sasau dibuatnya.Penat meragut sebentar tadi masih terasa di badannya.

Turut menyertainya adalah Ahmad Kasturi.Seorang jejaka yang boleh tahan gagah orangnya walaupun nama beliau seperti nama pena penulis lagu-lagu cinta yang melankolik.Badan sedap.Muka bengis.Walaupun berpewatakan sedemikian,tapi beliau tewas dengan penangan ketagihan dadah.

Tidak jauh di hadapan,kelihatan seorang lelaki betopi menunggu dengan penuh curiga.Matanya meliar kiri kanan.Memastikan supaya kegiatan mereka pada hari tersebut selamat.Di sisinya ada beg sandang kecil.

Setelah berpenat lelah mengharungi lorong yang busuk dan penuh dengan tikus dan unicorn,Joe Pit dan Ahmad Kasturi tiba di hadapan brader bertopi tadi.Brader bertopi tadi tersenyum lebar.Di hadapannya ada dua orang pelanggan.Rezekinya pada hari tersebut.

"Semalam cakap ada stok baru.Mana?" Joe Pit bersuara.Masih terkawal nadanya.
"Ada...ada..ha..ni dia." balas brader bertopi tadi.

"Aik...apahal siap ada dalam kotak asing-asing?" Ahmad Kasturi mula kehairanan.
"Ha..sekarang harga dah ada pengkelasan.Polis tengah operasi sekarang.Bekalan susah sikit." bisik brader tadi.Namun suaranya masih jelas kedengaran.Dasar bodoh.

"Pengkelasan harga? Ko jangan main-main.Sehari dua lepas,minyak RON97 dah naik.Aku ada rm30 ja ni.Ni pun kongsi dua." Joe Pit bersuara lagi.
"Dah...dah..jangan buang masa aku.Pilih cepat." brader bertopi tadi mula malas melayan.

"Ni macam mana nak kira ni? Brapa harga?" Ahmad Kasturi menyoal bila melihat sususan tiub dadah di dalam beg brader tadi.
"Ha..sebab korang berdua pelanggan tetap aku..meh aku terangkan.Dalam kotak biru..satu tiub,rm30.Dalam kotak putih tu pulak,paling murah.Setiub RM15 ja.Cukup kalau ko nak beli 2 tiub." Terang brader bertopi tadi.

"Kejap-kejap.Apa beza dadah kotak biru dengan kotak putih?" Joe Pit menyoal.Sebagai pembeli,dia mempunyai hak.
"Kotak biru,stok hantar guna beg.Lekat kat badan.Letak dalam kasut.Letak memana lah yang sesuai." terang brader tadi.

"Kotak putih pulak?" soal Ahmad Kasturi.
"Kotak putih pulak,orang panggil sekarang DP.DP tu maksudnya Dadah Punggung.Dadah ni murah sebab,tukang seludup kena telan.Dah sampai negara ni,diorang berak.Lepas tu kumpul,kemudian baru packing semula.Orang ramai cakap,kurang ' kick' sikit dadah ni." brader bertopi tadi lancar bagi penerangan.

Joe Pit dan Ahmad Kasturi menelan air liur.Walaupun tengah sangap,fikiran mereka masih waras untuk memikirkan logik menda-menda bodoh macam tu.

"Dalam kotak putih ni,ada 2 kategori pulak.Satu dari punggung bangla.Satu dari punggung Negro.Punggung bangla paling murah.Satu tiub,RM13.Kalau punggung Negro,RM15 lah.Kalau aku boleh cari stok dadah punggung yang lagi murah,nanti aku halu korang." Brader bertopi buat offer.Rajin pulak dia menerangkan tarif harga baru.Lain kali tak payah eksplain dah.

"Bagi dadah yang punggung bangla dua tiub." Joe Pit membuat pesanan.Ahmad Kasturi menahan gelora nak muntah.

Brader bertopi tersenyum riang menerima pesanan.

























"Belen RM4 ni,kita boleh beli air ribena." pujuk Joe Pit kepada Ahmad Kasturi sambil berlalu pergi.


Di lorong yang sunyi itu...tikus dan unicorn galak berlari-lari.


Iklan

Servis jurugambar?

1. Kelik SINI.


Sekian. =)

Thursday, November 4, 2010

Deepavali Deyyyyy.....!!

Jiran belakang rumah aku sekarang ni...India.

Oh ya.Besok dah raya diorang.Jadi,malam ni mesti la kena meriah.Kalau raya puasa besok,malam macam ni mesti kecoh dengan lagu raya yang mendayu-dayan.Kan?

Berlainan sekali dengan keluarga India belakang rumah aku ni.

Besok adalah Deepavali.Jadi,diorang pasal lagu yang sangat awesome.Pasang kuat-kuat.Memang meriah.

Lagu raya tersebut berjudul........Thriller...dendangan Maikel Jeksen.








Dahsyat I tell you.

Wednesday, November 3, 2010

Kontes Kontos bersama cik Selamah Kundang.

Ok..membe sematrik aku, si Selamah Kundang ada buat kontes.Jadi,tugas aku di sini,nak tolong promote.Kalau sesapa berminat nak berkontes bersama beliau,dipersilakan untuk ke blog beliau dengan 2 cara.

1.Sila taip alamat ini satu persatu: "http://mo0ney.blogspot.com/2010/10/kontest-tema-prewedding-yang-anda-rasa.html"

2.KLIK JE KAT SINI kalau malas taip.Hahahaha...selamat mencuba! =}



Apa aku jumpa bila weekend- 7


Pukul 3.30 pagi bangun.Gigih.Time ni pukul 5 rasanya.OTW ke kaki gunung.


Ada jugak buai kat sini.


Terjumpa Phua Chu Kang.


Pencabulan alam.Sila ambil perhatian,itu bukan tangan aku.


Heh...nyamannnn...


Macam semut.


Budak setempat yang belasah naik pakai selipar.Kalau korang boleh zoom...selipar tu berjenama KELASIK.Heh..unik.


Peh.Paling sedap!


Lagi-lagi gambar kaki.



Trip berjaya hasil jemputan Brader Ray si Penyajak dan pemuisi.Lokasi,Anterpwhelm..Switzerland....Ok..aku tipu.Nama tempat tu main tibai ikut suka....hahaha...Lokasi sebenar kat bukit Broga.Semenyih.


*Wi-fi kedai makan ni tak brapa stabil.Mungkin datang bulan.Tak banyak gambar dapat upload.