Thursday, November 22, 2012

Benda ini menyerang lagi.


2 tahun lepas,aku pernah tulis pasal benda ni.Dulu,ada minuman ja.Nampaknya mereka dah upgrade kepada sup pula.Ada macam-macam jenis sup.Bagus! Aku terjumpa di Petronas Hentian HICOM (KESAS Highway menghala ke Subang Jaya).

Menunggu kalau-kalau mereka buat lauk rendang dan kari pula.

Memang kreatif.

Gay Habis!




Wednesday, November 21, 2012

211112

Buek-buek kojo,terperasan tarikh hensem hari ini.

211112.


Update: Eh eh,saudara NizamSani dah siap buat post.Dia lagi laju.haha.Steady lah!


Dialog Suami Isteri - 30

"Pandainya isteri abang ikatkan tali leher.Kemas." puji si suami kepada isterinya.
"Ala,ayang kan bijak.Setakat ikat tali leher ni,apa laaa sangat.Kacang jee.Selit sana,selit sini,siaplah.Mudah." balas si isteri dengan lantang sambil mengetatkan tali leher si suami.Mukanya berseri-seri selepas kena puji.Si suami pula,terus bersiap nak menuju ke pintu rumah.

"Ooo..selit sana,selit sini,siaplah ye? Mudah ye? Bijak ye? Aku ajar selit ketupat daun palas dari dulu sampai sekarang, tak pandai-pandai jugak.Kalau melantak,laju." bebel Mak Cik Senah sambil membawa sepinggan nasi goreng ke ruang tamu.Cuti sekolah,bosan katanya duduk di kampung.Saja berjalan-jalan ke kota.








"Pedih bangg...pediihhhhh..." ujar si isteri sambil kuis-kuis ibu jari kaki kiri di lantai.




Tuesday, November 20, 2012

Jamil dan Kerjaya

Tarikh: 6 bulan lepas.
Lokasi: Bilik CEO.

"It will looks like a Facebook,but this one, just for our companies.Are you sure you can do this Jamil?" soal amoi CEO sambil pandang tajam ke arah aku.Projek meneje kat sebelah,dah diam sambil pandang aku.Jenis kena panggil mengadap muka ke muka ni yang aku segan ni.Baru 26 tahun umur amoi ni.Cantik dan sedang pregnant.Muda-muda lagi dah kawin dan handle kampeni besar.Nasib baik dia ada belajar pasal 'Advance Technology'.Jadi,dia memang tahu lah hal ehwal sistem sedikit sebanyak.Takdelah jadi macam ayam dan itik.Macam mana aku tahu? Heh, tengok dalam resume dia lah.Haha.

"Yes, I can do this." balas aku ringkas sambil meneliti lakaran sistem yang dilukis oleh amoi CEO sebentar tadi.Amboi,segala benda dia nak.Email lah,chatting lah,poke lah,addressbook lah,Dropbox,IT ticket dan macam-macam aplikasi lagi yang dia senaraikan yang sesuai untuk kampeni dia.Kira dah jadi one stop centre punya sistem.Dari pengalaman aku, aku tak ada masalah nak buat.Walaupun besar 'banget' sistemnya dan nak buat pulak seorang,tapi,aku masih yakin.Alah.menda boleh buat satu persatu.Sikit demi sedikit.Apadahal.

CEO tadi tersenyum lebar.Mau tak senyum,boleh dia kensel upah company luar.Jimat banyak duit dah kat situ.Usai tiba di tempat aku,aku terus buka jadual, aturkan apa yang patut.Siapkan mana yang perlu,dan terus utamakan apa yang patut.Ye lah,jadual aku,bukan kena buat sistem yang CEO mintak je.Kerja yang lain-lain pun kena buat jugak.Jadi,perancangan jadual mestilah awesome dan dattebayo!


Tarikh: Selepas 2 minggu.
Lokasi: Bilik Meeting.

Prototaip sistem dah siap.Maka,datanglah manager-manager IT dan pembantu mereka dari semua syarikat jajahan untuk melihat.Ye lah.Dah siap nanti, deme dan staff deme jugak yang nak pakai.Campur tolak darab bahagi, berbelas orang jugak yang datang.Aku mula cuak.

Cuak tak cuak,present je lah.Sorang-sorang pun,belasah je lah.

"You will fail."
"You're not a Bill Gates." (Apa kaitan Bill Gates pulak?)
"Besar benda ni.User kampeni beribu orang.Boleh ke handle?".
"You kena stay di ofis la kalau nak buat semua ni.hahaha"
"Forget it lah..."
"Do your research first."
"You want to do this alone? Hehe..(senyum sinis)"
"Make sure it can be run on Windows 7, Windows XP and bla bla bla.." (nampak sangat dia ni programmer VB,haha...)

Itu komen yang aku dapat setelah aku terangkan apa yang aku akan buat dan ke mana hala tuju aku.Madefaker.Boleh tahan jugak deme punya pangkah.Terus aku rasa nak givap.Tapi,aku amik komen deme tadi tu,sebagai panduan jugak.Ye lah,deme keja kat sini lagi lama dari aku.Deme lebih tahu la masalah kampeni.

Kata meneje aku, dah 10 tahun sistem macam ni cuba diaplikasi kat kampeni.Tapi tak jadi-jadi sampai sekarang.Banyak sebabnya.Antaranya, sebab kos yang tinggi, dan nak hubungkait kesemua maklumat kampeni akan ambil masa.Patut la.Itu kata meneje aku lah.Dia dah 13 tahun kat sini.Aku angguk je lah.Tapi,dalam ramai-ramai yang kondem tu,ada jugak yang bagi semangat kat aku.Deme ni,aku cakap terima kasih.




Tarikh: Minggu lepas.
Lokasi: Bilik Meeting CEO.

Depan aku,ada amoi CEO.Di sebelahnya,ada 4 Exco utama kampeni.Dua dari 4 Exco tadi,aku dah familiar sebab deme berdua memang selalu ada dalam weekly meeting.Deme yang pantau progress dan bagi feedback.Aku mulakan pembentangan kali terakhir.Pembentangan hanya khas untuk ketua-ketua bagi membuat keputusan samada aku berjaya atau tidak.Sebelum present final pun, dah banyak kali test sistem dengan server baru.Laju betul.

Ikut kiraan dan perancangan, memang boleh handle semua jajahan dari Utara sampai ke Sarawak nun.UAT untuk semua meneje IT pun dah pass.Tunggu kata putus CEO je lah sekarang ni kiranya.Kalau sesiapa yang ada pengalaman buat sistem, mesti tahu betapa peritnya kalau ada modul yang 'sukahatidiajenaktambah'. Kau pakai la methodologi Agile ke, Extreme tak extreme ke, method belut lincah dalam sawah ke, kalau dateline tak boleh nak ubah,kacau jadinya.

Masuk bulan ni,dah berapa banyak modul 'sukahatidiajenaktambah' yang aku kena buat.Layan.Dah final cenggini,kalau kena reject tetiba,memang aku pasrah je lah.









"Good job Jamil.Well done.Well done.Now, we can launch this system.You set the date." ujar amoi CEO penuh senyum setelah aku selesai present sistem dekat sejam lebih.Dia teliti satu persatu sampai puas hati.Dasar budak bijak.Baru bersalin amoi ni, tapi badan maintain macam anak dara.


Ok.Tahun ni,aku belajar 1 benda besar.

Kalau kau dah yakin (setelah sedar kemampuan diri), kau buat je lah.Mesti kau boleh.




Wallpaper laptop aku yang banyak menolong bila semangat aku lemah.

Ok.Sekarang ni aku yakin aku pandai berenang seperti seekor dolphin.Jadi,aku nak hiburkan diri dengan berenang di kolam Presint 11 dan Presint 6.

Please,jangan lempar ikan kat I. Nanti I gegetttt...



Monday, November 19, 2012

Kepala Beruang

Sebenarnya, aku nak cari yang simple macam dalam gambar kat atas ni.

Alih-alih,terjumpa beruang.



Ah,belasahhhhh!





*Nak ambil gambar ni,kena rapat dengan stereng.Kalau tak, orang dalam kereta kat tepi nampak.Hahaha.

Saturday, November 10, 2012

10.11.12

Bahagia giler. =)


Wednesday, November 7, 2012

Ikan-Ikan zaman sekarang.



Sibuk bergosip sampai tak pedulikan aku.

Benci.



Eh Eh youuuuuu!!


Sopannya you.Masuk tandas pun buka kasut ye?

Berkenan ceq nak buat menantu.


Lokasi: Tandas awam Petronas Seberang Perai.Dekat roundabout tu.Haha.Tak takut kena curi kot.



Tuesday, November 6, 2012

Review Filem James Bond: Skyfall

Aku malas nak cerita step by step macam mana cerita ni bergerak.Nanti spoil pulak kepada yang belum menonton.Cuma, aksi pembukaan cerita memang best tengok James Bond merempit dengan motor di atas bumbung.

Komen aku untuk filem JB kali ni, kira ok lah. 

Daniel Craig masih mampu membawa watak JB dengan baik.Sejak kemunculannya pada 2006 dulu,Daniel Craig ni, telah memperkenalkan James Bond versi baru.Versi James Bond yang tak statik dengan gaya yang terlalu cool sampai tak ada rasa sakit,takut dan celaru.James Bond versi Daniel Craig ni, kelihatan lebih santai dan tak terlalu ikut dengan protokol macam "mat smart".Well,setiap pelakon ada karekter tersendiri.

Ye lah, menyampah jugak tengok hero yang terlalu tenang ni kadang-kadang.

Dalam filem Skyfall ni, permainan emosi lebih banyak dimainkan.Wanita James Bond yang selalu menjadi tarikan, kurang diketengahkan di dalam Skyfall.Aku tak beri perhatian pun.Haha.Watak yang lebih ditumpukan adalah Emma (M).Sila tonton untuk lebih faham.Cewah.

Selain Daniel Craig, Emma, gadis Bond dan aksi letup-letup, satu watak yang perlu diberi perhatian adalah watak penjahat yang bernama Raoul Silva yang dilakonkan oleh Javier Bardem.

Jika beberapa tahun lepas kita dikejutkan dengan lakonan yang super awesome oleh Heath Ledger untuk watak Joker dalam cerita Batman (The Dark Knight),kali ini,dalam Skyfall, bagi aku, inilah watak yang kualititnya hampir kepada standard piawaian Joker.Diulang. Hampir, bukan menyamai.

Watak Raoul Silva dalam Skyfall ni, menggabungkan kecerdikan, dendam (biasa la), psiko  dan ekspresi muka dan mood yang sangat berkesan.Kebolehan watak ini untuk mewujudkan rasa simpati penonton kepadanya adalah sangat bagus.Selain itu, karekternya yang bersahaja ala-ala Joker (perbandingan), amatlah menyenangkan untuk ditonton.Senang cerita, bila melihat watak ini beraksi, aku gagal untuk TIDAK mengaitkannya dengan watak Joker dalam batman.

Ekspresi muka, ucapan dialog,loghat english yang dituturkan, emosi yang ditunjukkan, aku rasa, dalam Skyfall ni, Raoul Silva memang menonjol.Cuma aku terkilan, penamat cerita ni macam tak best.Kurang kick.Kurang awesome.Kalau otak Christopher Nolan dipinjamkan dalam cerita ni,aku percaya, satu watak penjahat seperti Joker (malah,mungkin lebih hebat) akan muncul semula.Watak Raoul Silva juga,kelihatan seperti tidak diberikan peluang untuk lebih menonjol.Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku rasa,Raoul Silva mampu untuk melakukan kemusnahan yang lebih besar dan psiko dalam cerita Skyfall ni.Seperti ketika dalam konsert, penonton menjerit "We want more! We want more!".

Perumpamaannya,seperti kencing yang ditahan-tahan.

Jadi,kesimpulannya, Skyfall ni kira ok untuk ditonton.Ia lebih kepada "mari mengenali sejarah Emma(M) dan betapa manusianya James Bond yang boleh jatuh(prestasi) dan bangun".Elemen kelakar berjaya diterapkan dengan baik.Ini boleh dilihat ketika aksi James Bond berlatih menembak semula.Itu hanya satu contoh. (^_^)v

Berbaloi untuk ditonton? Kalau anda rindukan Joker, James Bond dan BUKAN aksi wanita Bond, maka, anda dipersilakan untuk menonton. 

Monday, November 5, 2012

Sepagi Di KLIA


Di celah-celah jemaah haji, keluar dia ni.





Friday, November 2, 2012

Hai Orang Bandar Maharani! (^_^)v

Sejak dua menjak ni,aku perasan kat sitemeter, ada seorang pembaca baru.Rasanya lah.

Pukul 3 petang tadi sampai sekarang,dah 2 jam dia baca.Ada la dalam 69 page dia tibai.Itu baru hari ini.Hari-hari yang lepas? Siapa yang tahu.

Apa aku boleh cakap, terima kasih dan selamat membaca Hapacrita! (^_^)v

*Terima kasih juga dengan pembaca yang lain.Koh keh koh keh koh keh.


Mr Right Kampeni

Hari masih awal.Masih pagi.Aku tekun mengadap laptop.Buat kerja dengan cermat.

Tiba-tiba,aku rasa macam ada sambadi kat belakang.Aku toleh, tengok-tengok amoi meneje HR sedang tersengih-sengih kepada aku.Ha,kalau dah buat muka baik ni, mesti nak sesuatu.

Setelah borak-borak sekejap,baru dia cakap tujuan sebenar.Pihak HR nak lantik aku sebagai calon Mr. Right sempena jamuan akhir tahun.Aku tersengih.Madefaker apakah ini.

Aku menolak dengan tenang.Namun amoi tersebut masih berkeras.Kental betul.Dia meyakinkan aku,yang aku boleh menang dalam pemilihan tersebut.Setelah berdiskusi selama 15 minit, nampaknya dia puas hati dengan alasan yang aku bagi.Gila kau, staff ada 1000 orang lebih,pergi la cari yang lain.Macam la dah takda sangat calon.

Nasib baik aku ni jenis yang sedar diri.

Setelah aku mengucapkan maaf kepadanya sebab aku menolak pelawaan tersebut, amoi tadi berlalu pergi dengan kecewa.Alah,relax lah,bukan ada menda pun.Pertandingan memoyokan diri di atas pentas je kot.

Aku sambung buat kerja.

Semalam, ketika di rumah,aku online sekejap.Tiba-tiba ada email kampeni masuk melalui Outlook.Dalam email tersebut, terpapar gambar finalis Mr. Right yang terpilih untuk bertanding semasa Annual Dinner nanti.

YA ALLAH, bila aku tengok senarai finalis lelaki yang masuk tu, aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab tak masuk.Memang tepat tindakan aku.Rasa nak tadah tangan sebab syukur sangat-sangat kepada yang maha Esa pun ada.

Bukan apa, dari senarai finalis yang masuk tu, kalau letak muka aku kat situ....










Gerenti aku menang.

Bagi lah peluang kat orang lain.



Thursday, November 1, 2012

Dialog Suami Isteri - 29

"Bang.." si isteri bersuara.
"Ye sayang...ada apa?" balas si suami dengan penuh kasih sayang sambil menonton bola di kaca TV.

"Bang banggg...." si isteri bersuara lagi.
"Ye sayanggg..cakap lah.Apa dia?" balas si suami lagi.Juga masih menonton TV.Penyokong pasukan bola sepak kegemaran si suami sedang bersorak meriah di dalam TV.

"Bang bangggg...bang...." si isteri bersuara sekali lagi.
"Ya Allah,apadia sayangggg? Abang tunggu ni." balas si suami sekali lagi.Kali ni si suami terus pandang ke arah isteri.Geram jugak jenis tanya tak menjawab ni.

"Bang bang bang..piung piung piung...trat trat tratt tatttttt...tebabommm.."si isteri sambung buat bunyi sambil buat-buat gaya pegang senapang dan lempar bom tangan ke arah musuh.Mukanya penuh serius.Macam betul-betul sedang berperang.








Si suami ketap-ketap gigi.

Geram.


Kuku Tercabut

Bangun pagi tadi, 1/5 dari kuku ibu jari tangan kanan aku yang terkopak aritu, dah tercabut.Mungkin tercabut masa aku tengah tidur.

Hasilnya, kalau tersentuh dengan apa-apa di kawasan tersebut,dia punya ngilu,humang aiii..rasa macam nak ketap-ketap gigi.Ngilu sungguh.Dah lama aku tak rasa sensasi ngilu macam ni.Seingat aku, kalu terakhir aku rasa macam ni,kira-kira 19 tahun lepas.





Waktu aku lepas bersunat.

Mengambil Lesen Motor

Lokasi: Pusat Latihan Memandu SmallVille
Tahun: 2001 (Tingkatan 5)

Panas terik memancar-mancar.Di hadapan aku,ada sekumpulan manusia yang terkial-kial menunggang motor.Ada yang tersenget-senget buat pusingan nombor 8. Ada yang terkial-kial buat imbangan di atas titian JPJ.Mungkin, dia akan cemerlang di titian siratulmustaqim kelak.

Tak jauh dari aku,ada yang sedang buat brek kecemasan.Bingit jugak bunyi tayar yang diseret.

Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya tiba giliran aku.Aku capai motor Honda Fame yang diserahkan kepada aku oleh pelatih.Naik,hidupkan motor dan tunggu isyarat.

Di pondok depan sana,brader JPJ dah bagi isyarat untuk aku gerak.Tanpa membuang masa,aku terus buat pusingan nombor 8 dengan jayanya.Lepas tu,naik pulak ke tembok kecil untuk sesi imbangan.Mudah betul.Rasa macam nak imbang sampai sejam atas tembok tu.Tapi memandangkan lepas ujian tu aku nak ke KFC, aku kena buat cepat-cepat.Bagi lebih 5-6 saat dari masa yang ditetapkan dah la.

Semua proses aku lalui dengan cemerlang.Akhirnya,tiba ke bahagian untuk memberi isyarat tangan.Bila sampai bab ni, aku bagi isyarat tangan dengan bersungguh-sungguh.Lambai-lambai tangan dah macam bangau yang sedang terbang di petang hari.Seronok betul aku melambai.Aku kibas tangan aku ke atas bawah atas bawah atas bawah kukus grill panggang kukus grill panggang.

Dah penat melambai, aku teruskan ke bahagian penamat.Bila dah setel semua,aku parking motor,dan berjalan menuju ke pondok yang ada brader JPJ tadi.Elok sampai,dia terus bagi kertas keputusan ujian kepada aku.Aku tengok,semua kotak dia tanda dengan lulus.

Kecuali kotak "Memberi Isyarat Tangan".








Tasuke Tasuke Tasuke.

Benci.