Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius
Tahun: 1996 (Darjah 6)
Waktu rehat bermula.Aku berjalan dengan tenang melepasi salah satu tangga sekolah.Elok melepasi tangga, aku berhenti.Aku rasa, aku nampak sesuatu.Aku undur semula.Kelihatan Sir Karuna Moorthy(SKM) sedang leka melukis di dinding.Selain SKM, Cikgu Ismail juga pandai melukis.Persamaan antara kedua guru lelaki alfa ni, selain pandai melukis, mereka juga garang ya'amat.Pantang salah sikit, tempeleng je yang kena ke muka.Paling bodoh pun, ketuk ketampi sampai krem peha.
Mungkin dengan melukis di dinding sekolah, boleh mengeluarkan sedikit sebanyak sifat-sifat lembut dan halus yang bersarang di dalam diri mereka.
Mungkin.
Jadi, kita lihat semula kejadian sebentar tadi.Aku berpatah balik dan melihat SKM sedang tekun melukis. Aku menghampirinya.SKM masih tekun melukis.Lukisannya adalah satelit MEASAT 1. Satelit pertama negara.Siap tulis nama lagi MEASAT 1. Tekun betul.
"Sir,ini bukan MEASAT 1. Ini satelit lain. Ini satelit pioneer. Satelit Amerika." aku mula bersuara setelah mendapati SKM sedang melakukan kesalahan dalam melukiskan gambar.Di tangan SKM, ada gambar satelit.Mana dia ambil,aku pun tak tahu.Yang pasti,aku sangat kenal satelit Pioneer yang jauh bezanya dengan MEASAT 1.
"Ini MEASAT 1." Balas SKM semula dengan muka penuh serius.Marah orang pertikaikan hasil kerjanya barangkali.Tak nak mengalah.Dasar lelaki alfa.
"Bukannnn..." kata aku lagi.
"Ini MEASAT 1". Tegas jawapan SKM.Tak mahu berganjak.Aku diam.
Selaku peminat tegar angkasa lepas dan baru pula menyaksikan pelancaran MEASAT 1 secara live di kaca TV pada subuh hari secara berseorangan beberapa bulan sebelumnya, sangat susah untuk aku nak terima pencabulan ilmu seperti ini.
TAP TAP TAP TAP. Bunyi tapak kaki aku berlalu pergi.
TAP TAP TAP TAP. Bunyi tapak kaki aku datang semula.Aku berdiri di hadapan SKM.Di tangan aku,ada buku besar,kulit keras.Buku perihal angkasa lepas hasil karangan Isaac Asimov yang aku bedal di perpustakaan tak jauh dari tangga tersebut.Aku buka buku tu depan dia, dan tunjuk gambar satelit di dalam buku dan bandingkan dengan gambar yang dia sedang lukis di dinding.
Sama.
Aku nampak Sir Karuna Moorthy telan air liur.
5 comments:
berani hang no..xpasai kena baling dengan barang-barang kat tangan dia
Nasib baik tu cikgu seni.. Kalo cikgu setelit.. Kang malu
(Komen ini ditulis sambil berenang yang lebih susah dari melompat)
baru dia tau ye
tapi lepas nih aku tak taula apa akan jd ngn ko &
dia!
berani kerana benar..yeay!..go jamil go..huhuhuhu
ina: aku boleh elak laju-laju.takpa.haha
aed: berenang atas sofa apa cer.haha
bk: yang aku tau,dia jadi terpinga-pinga.haha
naiba: berani tak berani pun,ketar jugak.haha
Post a Comment