Tuesday, October 30, 2012

Pengalaman Saya Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidiladha

Setelah memandu beberapa jam, aku akhirnya melepasi Sungai Perak.

Jam dah 5 pagi.Aku nampak hentian Bukit Gantang di hadapan.Tanpa membuang masa dan petrol,aku terus belok masuk dan parking kereta untuk berehat sekejap.Penat siot.Balik dari kerja,sampai kat rumah pun dah jam 8 malam.Rehat kejap,jam 9 malam dah gerak.Jalan pulak,sesak betul.

Dah parking kereta comel-comel,aku rebahkan kerusi dan terus lelap.Sedap betul main tidur-tidur ni.

Dah puas lena, perjalanan diteruskan.Puas lena pun, masih mamai lagi.Tengah sedap memandu,aku terpejam mata.Elok aku buka mata semula, tiba-tiba aku nampak belakang lori di hadapan aku.Jahanam, ini padahnya kalau terlelap sebentar semasa memandu.

Cuaca pulak hujan rintik-rintik.Aku terus lajukan wiper cermin hadapan.Kaki dah sibuk tekan brek.Tangan sebelah kiri,dah siap melintang untuk halang penumpang kereta dari tercampak ke hadapan bila aku brek mengejut atau langgar belakang lori nanti.Bersedia.

Di mulut aku pada masa tu...aku hanya jerit "Allah Allah Allah...". 

Tunggu masa je nak rempuh belakang lori tu.Tuhan je lah yang tahu perasaan aku masa tu.Dada macam nak pecah berdebarnya.

Suasana sepi.

Aku padang kiri dan aku pandang kanan.Wiper masih laju mengelap cermin.Kaki kemas menekan brek.Tangan kiri aku masih lurus melintang,menghalang kemas kalau ada sesiapa nak terhumban ke hadapan.Tangan kanan pula,kemas pegang stereng.Aku pandang ke hadapan, lori tadi masih ada.Bezanya, penumpang kereta aku, elok je pandang aku dengan penuh kehairanan.











Jahanam.Lepas parking tidur tadi, mana ada aku bergerak lagi.Memang aku parking belakang lori pun tadi.Baru teringat.Payah jugak kalau mengigau jenis terburu-buru macam ni.

Masalahnya sekarang ni,mana aku nak letak muka aku yang tengah blushing giler ni.

Malu tau.

Malu shangat-shangat.

Auchhh!!!


Di Hari Raya Korban, aku mengorbankan kuku ibu jari tangan kanan aku ketika sedang leka mengupas kelapa muda di tengah hari yang panas.Tercabut jugak kuku.Kuku lawan dengan parang,mestilah parang yang menang.Nasib baik kuku ni,jenis benda yang boleh tumbuh balik.

Tskkkkk...

Thursday, October 25, 2012

Jamil dan Jimbo





Subhanallah dia punya tidur.Sampai aku datang dekat ambil gambar pun dia tak sedar.Aku tak berani pergi lagi dekat,takut ganggu dia tidur. (^_^)

Entah-entah, dia pun tak sedar kereta yang dia tumpang berteduh semalam,dah lama blah.

Jimbooo Jimbo.Apa nak jadi.


Wednesday, October 24, 2012

Buah Lepet

Sejenis pokok menjalar.

Siap ada sarung.

Isi mirip buah Markisa.

Rasanya manis-manis.

(^_^)

Dulu,masa zaman aku masih di sekolah rendah, pokok ni sangat banyak di tepi sungai kawasan masjid kat kampung aku.Sambil mandi di sungai,buah ni jadi pencuci mulut.Kini,aku dah tak jumpa dah buah ni kat kampung.Alih-alih,jumpa kat  Seri Kembangan.


Aku panggil buah ni, dengan nama buah lepet.Sebab apa nama lepet? Mana nak tau.Dah orang-orang tua kat kampung aku panggil macam tu.Tapi,kalau hangpa nak panggil stroberi pun boleh.

Aku serius ni.



Monday, October 22, 2012

Sepetang di Nilai

Semalam, aku ke rumah akak aku di Nilai.Ada hal sikit.

Hujan bukan main lebat petang semalam.Kalau selalu aku memandu kereta dengan kelajuan sekitar 300km/j, semalam, aku terpaksa memandu dengan kelajuan kira-kira 295km/j sahaja.Bila aku pandang ke luar, aku nampak Superman sedang terkial-kial nak terbang di dalam hujan.Entah apa yang dicarinya dekat Malaysia ni,aku pun tak tahu.Mungkin datang tengok Moto GP di Sepang barangkali.Kalau dia pakai googles kan senang nak terbang.Baru air hujan tak masuk dalam mata.

Sombong.

Nasib baik dia tak lintas atas kereta aku.Geli jugak bila memikirkan kebarangkalian air seluar dalam beliau menitik atas kereta aku.

Gay habis.

Aku tinggalkan Superman tadi bersendirian.Setelah beberapa ketika memandu,aku tiba di hadapan rumah kakak aku.Hujan masih lebat.Dari dalam kereta, aku dah congak dan bayangkan laluan yang aku akan ambil sebentar lagi.Ye lah,aku malas main payung-payung ni.Macam gadis-gadis.

Jadi,sambil berada di dalam kereta,aku bayangkan, aku buka pintu kereta,lintas jalan laju-laju, lompat 2 lopak air di tepi jalan, dan terus masuk ke halaman rumah kakak aku.Peh.Bijak betul perancangan.Tak hairanlah masa jadi sperma dulu, aku yang paling cerdas dalam hal ehwal nak pecah masuk ke dalam ovum.Jejaka yang penuh dengan perancangan.

Malaysia boleh!! *Tiba-tiba.

Jadi,setelah berpuas hati dengan perancangan aku tadi, aku tutup air-cond kereta.Tutup lampu.Matikan enjin.Aku tarik nafas dalam-dalam.

"TABRAAAA!!!" bunyi gerakan bermula.

Aku terus buka pintu,lompat keluar, tutup pintu semula laju-laju, aku bergegas berlari sambil tekan alarm kereta tanpa memandang ke arah kereta(macho habis).Tiba di hadapan lopak air, aku lompat dengan penuh bergaya.Lopak pertama lepas.

Tiba di lopak kedua,aku melompat lagi dengan penuh bergaya.Berjaya.Kedua-dua lopak air tadi,aku tinggalkan dengan penuh sombong.

Dah setel lopak air, aku melangkah kemas menuju ke arah pintu pagar dan menerkam masuk dengan rakus.










Di dalam hujan yang lebat, aku tersalah masuk ke rumah jiran.

Benci.

Saturday, October 20, 2012

Oh baby..come to papa.


Menuju ke arah pembalut kaki yang baru.



Friday, October 19, 2012

Pagi-pagi bersama Jamil

Pagi-pagi nak pegi kerja, ramai pulak hot mum lepak bersama anak mereka dekat dengan kenderaan aku.

Di mana ada gula, di situ ada semut.



Koh! Koh! Koh! Koh!


Thursday, October 18, 2012

Jamil dan Sir Karuna Moorthy

Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius
Tahun: 1996 (Darjah 6)


Waktu rehat bermula.Aku berjalan dengan tenang melepasi salah satu tangga sekolah.Elok melepasi tangga, aku berhenti.Aku rasa, aku nampak sesuatu.Aku undur semula.Kelihatan Sir Karuna Moorthy(SKM) sedang leka melukis di dinding.Selain SKM, Cikgu Ismail juga pandai melukis.Persamaan antara kedua guru lelaki alfa ni, selain pandai melukis, mereka juga garang ya'amat.Pantang salah sikit, tempeleng je yang kena ke muka.Paling bodoh pun, ketuk ketampi sampai krem peha.

Mungkin dengan melukis di dinding sekolah, boleh mengeluarkan sedikit sebanyak sifat-sifat lembut dan halus yang bersarang di dalam diri mereka.

Mungkin.

Jadi, kita lihat semula kejadian sebentar tadi.Aku berpatah balik dan melihat SKM sedang tekun melukis. Aku menghampirinya.SKM masih tekun melukis.Lukisannya adalah satelit MEASAT 1. Satelit pertama negara.Siap tulis nama lagi MEASAT 1. Tekun betul.

"Sir,ini bukan MEASAT 1. Ini satelit lain. Ini satelit pioneer. Satelit Amerika." aku mula bersuara setelah mendapati SKM sedang melakukan kesalahan dalam melukiskan gambar.Di tangan SKM, ada gambar satelit.Mana dia ambil,aku pun tak tahu.Yang pasti,aku sangat kenal satelit Pioneer yang jauh bezanya dengan MEASAT 1.

"Ini MEASAT 1." Balas SKM semula dengan muka penuh serius.Marah orang pertikaikan hasil kerjanya barangkali.Tak nak mengalah.Dasar lelaki alfa.

"Bukannnn..." kata aku lagi.
"Ini MEASAT 1". Tegas jawapan SKM.Tak mahu berganjak.Aku diam.

Selaku peminat tegar angkasa lepas dan baru pula menyaksikan pelancaran MEASAT 1 secara live di kaca TV pada subuh hari secara berseorangan beberapa bulan sebelumnya, sangat susah untuk aku nak terima pencabulan ilmu seperti ini.

TAP TAP TAP TAP. Bunyi tapak kaki aku berlalu pergi.












TAP TAP TAP TAP. Bunyi tapak kaki aku datang semula.Aku berdiri di hadapan SKM.Di tangan aku,ada buku besar,kulit keras.Buku perihal angkasa lepas hasil karangan Isaac Asimov yang aku bedal di perpustakaan tak jauh dari tangga tersebut.Aku buka buku tu depan dia, dan tunjuk gambar satelit di dalam buku dan bandingkan dengan gambar yang dia sedang lukis di dinding.

Sama.


Aku nampak Sir Karuna Moorthy telan air liur.

Wednesday, October 17, 2012

Rahim Ahmad

Suasana bening sekali.Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Rahim menunggang motorsikalnya perlahan-lahan.Di lebuhraya tersebut,tidak ada ramai orang.Maklumlah,sudah lewat pagi.Disebabkan tak ada kenderaan sangat,Rahim memilih untuk tidak menggunakan laluan motor.

Dia lebih selesa menggunakan laluan kereta.Ye lah,jalan pun sunyi.

Tengah sedap menunggang, Rahim tersentak.2 buah motor peronda melintasinya.Mereka tidak melintasinya dengan begitu sahaja.Sambil melintasi Rahim, mereka memberikan isyarat menyuruh Rahim berhenti di tepi jalan.Nak larikan diri,memang tak boleh.Motor peronda tu besar betul.Kalau Rahim pecut habis laju pun, motor besar tu boleh kejar dengan mudah.Motor kapcai,mana boleh lawan motor besar.

"Mampus aku kena saman." bisik hati Rahim penuh cemas.

Motor Rahim berhenti perlahan-lahan di tepi jalan.Dua anggota polis,turun dan berjalan tenang ke arah Rahim.

"Ni kenapa tak ikut laluan motor? Kalau kena rempuh dengan pemandu mabuk pagi-pagi macam ni kang, susah nanti." bebel salah seorang anggota polis tadi sambil menyemak lesen dan kad pengenalan Rahim  setelah diberi oleh Rahim sebentar tadi.

Rahim mati akal.Dia dah tak tahu nak bagi alasan apa.Tiba-tiba Rahim terpandang ada satu pokok tak jauh dari mereka.Pokok tersebut terletak di tepi laluan motor. Rahim dapat satu akal.

"Bukan tak nak ikut jalan motor encik,lewat pagi macam ni,saya tak berani.Minggu lepas, kat pokok tu lah saya kena ganggu..." ujar Rahim dengan penuh yakin.Bijak betul menipu.

"Ganggu? Ganggu apa?" balas polis tadi penuh kehairanan sambil menyerahkan IC dan lesen memandu kepada Rahim semula.

"Hantu lah encik.Pontianakkkkkk.Hodoh betul mukanya.Saya nak lalu je,bukan main mulut dia menyeringai kat tepi pokok tu.Nasib baik saya kuat semangat.Saya pecut je terus sambil baca apa yang patut." balas Rahim lagi sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah pokok tadi.Bersungguh-sungguh dia menunjuk.

Rahim dan dua anggota polis tadi, memandang ke arah pokok tersebut.

Kelihatan, di sebelah pokok tersebut, betul-betul ada seekor pontianak.Hodoh mukanya.Mulutnya tersenyum menyeringai.









Polis yang pegang IC dan lesen memandu Rahim tadi, berlari di paling hadapan sekali.Rahim ketinggalan di belakang.

Sambil berlari, Rahim pandang ke belakang.Kelihatan pontianak tadi mengekorinya dengan tenang.Motornya pula,semakin jauh ditinggalkan.

Rahim pandang semula ke hadapan.Dua anggota polis di hadapan Rahim tadi masih sedang berlari.Bezanya,mereka sedang berlari di udara.Secara tiba-tiba,kedua-dua anggota polis tadi, terbang ke langit yang gelap sambil disertai dengan hilaian tawa paling seram sekali.Mengekek-ngekek bunyinya.






Rahim berhenti berlari.

Rahim rasa nak menangis.


Monday, October 15, 2012

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 9

Entry ini adalah hasil gabungan aktiviti 2 minggu Jamil.Hik hik hik.Dah lapang kejap lagi,Jamil nak bercerita pulak.

Terjumpa flakes ni di Stesen Petronas.RM1.10 je.Murah betul.Asyik wooo makan sekeping-sekeping.

Sampai sekarang aku menyesal tak ambil buku ni.RM5 je.Kalu tak,dah buleh buat macam-macam bege.

Budak ini sumpah comel.Muka bersih,gebu.Dia sedang mengambil gambar kakaknya.Hahaha!

Pertama kali jejak kaki ke food court IKEA walaupun banyak kali dah datang.Ye lah,datang hujung minggu,tengok ramai orang bebeno.Jadi,sebab nak cuba,aku try masuk.Ramai kata meatball IKEA sedap.Bagi aku,biasa je.Aku lebih suka kepak ayamnya.Ada kat sebelah tu,tak sempat snap pulak sebab ingat kepak ayam tu tak boleh kalahkan meatball.(T_T) Well,selera masing-masing.Kan? Pengajarannya, aku tak nak datang dah makan kat sini time wiken.Punya la sesak. Kena cari hari tak wiken nampaknya.

Aksi 2 budak lelaki bergambar sesama sendiri.Banyak kali jugak deme bergilir-gilir.

Masyaallahhhh..besaqnya dia punya meatball! Steady la gerai Kak Sheila di pasar malam exit bukit Mahkota.(Dekat dengan KUIS tu.Gerai dia betul-betul dekat selekoh dalam pasar malam tu) Dulu,aku pernah cerita ada satu lagi kedai sup yang sedap kat pasar malam ni.

Seekor kucing di atas longgokan buah mata kucing.Haha.

Dah setel makan,hantar akak aku balik rumah dia,kemudian aku pun bergegas pulang ke Subang.Jam dah 9 malam lebih.Masa atas highway nak sampai exit Putrajaya,baru teringat jaket aku tak ada.Dah pikir sampai berkerut dahi,aku rasa mesti tertinggal dalam surau Petronas  Bukit Mahkota masa maghrib sebelum tu.Hui,jaket kesayangan ni dah makan banyak tahun dengan aku.Dah jadi kawan rapat. Tanpa membuang masa, aku terus patah balik ke arah Bukit Mahkota.Nampak jaket ni, terus aku snap gambar buat kenangan.Jahanam,main ambil-ambil gambar ni,buat aku terus rasa macam gadis-gadis pulak.


"Aku tak akan tinggalkanmu lagi sayanggggg......percayalah..."


Meremang bulu punggung.




Friday, October 12, 2012

Pagi Jumaat Yang Awesome

Hari ini,aku bercadang,nak naik motor.

Jadi,boleh keluar rumah lewat sikit.Jam 8, aku keluar dari rumah.Elok sampai kat parking motor, aku tengok meter minyak dah merah.Setelah membuat congakan kasar + pengalaman menaiki motor, aku dapat rasakan dengan penuh tulus di hati,bahawa aku akan sempat sampai di stesen minyak terdekat.

Terer habis!

Jadi,aku pakai helmet,dan terus menuju ke arah pejabat.Elok sampai simpang 3 dekat Caltex Kampung Melayu Subang tadi,mak aih,sesak bukan main.Jadi,disebabkan kalau nak ke CALTEX seberang jalan, aku kena buat u-turn semula yang jauh untuk ke pejabat, jadi, aku bercadang untuk singgah di Petronas selepas bulatan dekat Airport Subang tu.Cabarannya, Petronas tersebut terletak kira-kira 2km lagi.

Masa tu,agak cemas sikit.Ye lah,jalan jem teruk.Minyak pun,jarum dah tunjuk bawah dari label merah.Bila jalan jem ni,faham-faham lah.Kejap brek kejap pecut.Memang makan minyak banyak sikit.

Jadi,setelah menganalisis 1001 kebarangkalian dalam masa 1 saat, aku bercadang untuk terus ke Petronas.Ikut plan asal.

Aku tunggang motor dengan kelajuan mentibang untuk mengelakkan minyak cepat habis.Nak dijadikan cerita,setelah menunggang dengan berhati-hati,aku tiba di roundabout selepas Airport Subang.

Hati girang.Muka senyum-senyum tanda sukses.Jantung yang berdebar tadi pun,kembali tenang.Stesen Petronas kat depan tu je.Kalau nak jadi malang pun,mungkin Stesen Petronas tu bertukar jadi UFO, dan terbang jauh meninggalkan aku terkapai-kapai bersendirian. (Ayat tak boleh bla).

Aku bagi signal dan belok ke kiri memasuki Stesen petronas tersebut.Elok masuk ke stesen Petronas tersebut, aku terdiam.

Sebesar-besar stesen Petronas tersebut yang ada 4-5 tiang khas untuk minyak petrol dan 1  tiang pulak ada 4 pam, kesemuanya dililit dengan kemas menggunakan tali yang macam dalam cerita polis dalam TV yang sedang buat siasatan tu.Kesemua pam dia lilit dengan penuh bersungguh-sungguh, kecuali pam NGV.













Hauli shit.

Thursday, October 11, 2012

Hiburan Masa Depan Jamil

Aku bercadang, hujung tahun depan, aku akan beli projektor.

Tempat baru.Suasana baru.Rumah baru.Hidup Baru.

Balik kerja,rehat-rehat sekejap.Sampai masa, tutup tingkap, tutup lampu, pasang movie kat projektor.Projektor pulak,letak atas tripod di belakang,baru ada perasaan macam tengok wayang.Movie,download yang HD punya kualiti dari internet.Biar sampai nampak bulu roma muka heroin dalam filem.Biar gambar yang mengancam.Papar video pulak di dinding rumah yang bercat putih.Duduk di sofa,sambil pekena cekodok.

Nom nom nom nom...bahagia.Macam tengok wayang,tapi penuh dengan privasi.

Bukan apa, aku dah try layan muvi guna projektor dalam bilik dulu,memang boleh tahan sedap.Nak lagi besar gambar,ejas je ke belakang sikit.Tapi jangan ke belakang sangat,nanti gambar kabur.Hahaha.

Kalau dah bisness, projektor tersebut juga boleh digunakan ketika jumpa client.Harga pun, not bad.Takde la cecah sampai dekat 10k.Lebih kurang TV jugak harganya.Paling awesome, ianya mudah dibawa ke mana-mana sebab sangatlah mudah alih.

Ha ha ha lagi.

Jamil Jamillll...

Henpon Baru Jamil


Hujung bulan 7 yang lepas, aku ada sebut pasal Nokia 3310.Yeay,dah dapat.

Ok.Aku nak gantung kat leher lah jap lagi.


Wednesday, October 10, 2012

Rindu

Sekejap je dah 3 tahun ye Firol.

Rindu betul saat-saat ni.

Hehe.


Review The Expendables 2


Dah berapa lama aku menonton cerita The Expendables 2 ni.Baru nak buat review.Heh!

Walaupun jalan ceritanya boleh dipertikai,aku malas nak pertikai kat sini.Ye lah,filem apa yang perfect kan? Cuma,Expendables 2 ni,yang seronoknya, ia menghimpunkan semua pelakon-pelakon otai yang dah ada nama masing-masing.

Kepala bana dia,semestinya Sylvester Stallone yang memang dah ada imej dan jenama besar sebagai Rocky dan Rambo.Nak tambah lagi? Ok la,Judge Dredd yang femes dengan sebutannya "AAAYAMMM.... TELORRRR!!! (I am The Law)". Tapi,lakonan beliau dalam cerita Cliffhanger pun sedap jugak.Gayat tengok dia panjat-panjat gunung.Respek jugak kat Sly ni,dari filem Rocky, Rambo sampailah kepada Expendables 2, dia yang tulis jalan cerita.

Kreatif.

*Fakta menarik.Sly ni,masa lahir,doktor yang handle dah buat silap.Hasilnya,beberapa saraf Sly ni rosak.So,sekarang kome tahu kenapa muka Sly ni nampak jatuh sebelah dan kenapa mulut dia herot sikit bila bercakap.*Fakta menarik tamat.

Nampak kamcing dengan Sly ni,adalah pelakon cerita yang aku kenal dari cerita The Transpotter, Jason Statham.Mamat ni muka memang tenang.Datang la peluru ke,bom ke,gadis seksi ke, maintain tenang je muka dia.Bila muka dah tenang sangat macam tu,kadang-kadang,rasa macam nak lempang jugak sedas dua.Dalam cerita The Expendables 2 ni,aku naik berdekah bila tiba bab dia ditugaskan ambil senjata seorang diri dengan trak.Siap ugut nak tembak muka Sly.Comel.

Penjahat dalam cerita ni, adalah Jean Claude Van Demmit.Perangai jahat dia memang menjadi tambah2 part yang dia bunuh sniper tu.Dah dapat agak samting rong akan jadi kat brader sniper tu memandangkan awal-awal cerita Sly nampak ambil berat sangat perihal brader sniper tu.Tepat sangkaan aku.Pandai Sly ni mainkan emosi penonton.

Seko lagi, Terry Crews. Dia ni tak pernah gagal buat aku ketawa.Macam-macam cerita aku dah tengok dia berlakon.Watak suka makan bege keju dalam cerita The Longest Yard, Aksi dalam cerita White Chick dan macam-macam cerita lagi.Hui..memang A lakonan beliau.Antara aksinya yang buat aku tergelak,aku pernah post dalam Hapacrita dulu.Kat dalam POST YANG INI. Badan taff gila,tapi perangai gedik nak mampus.Kombinasi yang kelakar.

Lain-lain pelakon seperti Dolph Lundgren yang berlakon  dalam HE-MAN dan The Punisher.Memang semua lejen-lejen habis.

Jet Li,seperti biasa,tak banyak cakap.Jenis belasah orang laju-laju lepas tu hilang.Dalam filem ni sikit je dia ada.Di awal aksi je.

Ada beberapa cameo yang muncul seperti Bruce Willis dan Arnold Susahnakeja.Deme berdua ni muncul tembak-tembak pakai senapang.Arnold pulak tak habis-habis dengan dialognya "I am back" sampai kena marah dengan Bruce Willis.Kelakar.

Cerita ni,bagi aku,seronok untuk dilayan bukan pada kelogikan ceritanya.Tapi lebih kepada "apa akan jadi bila semua badass hero filem gaduh-gaduh dikumpulkan,dan beraksi bersama-sama". Masing-masing ada karekter tersendiri.

Kalau peminat cerita melayu tak dapat nak bayangkan lagi, ok,cuba bayangkan Hero filem dari zaman Badul,Jamal Abdillah,Mustafa Kamal,Rosyam Noor sampailah kepada zaman Hairie Othman,dikumpulkan bersama dan beraksi.Namun mereka tak beraksi dalam aksi perang.Aksi mereka adalah lebih kepada aksi merebut cinta seorang gadis.Macam mana lah gelagatnya ye?

Dan,dalam banyak-banyak dialog dalam cerita Expendables 2 ni,hanya dialog di bawah sahaja yang lekat dalam kepala aku sampai sekarang.Dia punya lekat dalam kepala aku ni,sampai aku sanggup buka balik video dia, print screen, letak dialog,dan upload kat sini.Memang gigih.

Chuck Norris,hang punya gurau, memang A! 



*Chuck Norris ni dah umur 72 tahun.Tak reti nak tua ke dia ni? Kagum dengan kepandaian beliau menjaga kesihatan.

Friday, October 5, 2012

Dialog Suami Isteri - 28

"Cantiknya City..." ujar si suami sambil memandu.Mata menjeling ke arah Honda City yang melintasi mereka sebentar tadi.

"Siti mana!!!!!!" bentak si isteri dengan tegas di sebelah sambil buat muka tak puas hati.







Si suami jadi menyampah.

Thursday, October 4, 2012

Jamil dan Tingkat 10

Jam sudah menunjukkan 2:30 pagi.

Aku pakai jaket.Ambil semua barang dan keluar dari bilik server.Di belakang aku,ada seorang junior programmer dan juga manager aku.Kami bertiga keluar dari bilik server dan pintu server dikunci dengan kemas.

Dah setel kunci pintu bilik server,kami bertiga berjalan menuju ke arah pintu pejabat.Dah sampai dekat pintu,aku dengan junior aku tadi,keluar dahulu.Manager aku tertinggal beg lah pulak.

Jadi,hanya kami berdua yang berjalan menuju ke pintu lif.Aku tekan butang pintu lif.Ada 4 pintu lif,aku pun tak tahu yang mana akan terbuka.Jadi,tunggu sahaja lah dengan tenang.Sambil tunggu,aku sembang dengan junior aku sorang tu.Macam-macam kami sembangkan.Tengah sedap sembang,bunyi manager aku keluar dari pintu pejabat.Aku dan junior aku tadi,pandang ke arah pintu pejabat menunggu kemunculan encik manager.

Pada masa yang sama, diulang, pada masa yang sama,pintu lif di belakang aku terbuka laju,dan keluarlah seorang guard Nepal.Dia keluar laju-laju menuju ke arah belakang aku sambil pasang lagu rancak Nepal jenis jerit-jerit di telefon bimbitnya.Dia berdiri di belakang aku sambil tersenyum.

Haram sikit pun aku tak jangka akan terjumpa benda-benda macam ni pada jam 2:30 pagi di belakang aku.

Hasilnya, aku terkejut.

Dan, aku termelatah.
















Benci.

Tuesday, October 2, 2012

Review Burger Bakar Abang Burn







Selain menggemari beras rebus a.k.a nasik,aku juga suka makan bege.Aku pernah review bege pipiyapong, bege PUJ1, tayang aksi makan bege di restoran jejantas Sungai Buluh dan beberapa entry lain lagi yang bercerita tentang bege.

Sejak beberapa bulan lepas,fenomena bege bakar bersaiz besar yang dijual secara "street burger" mula melanda Malaysia.Benda ni dah ada lama kat Malaysia,cuma ianya mungkin terhad di hotel-hotel atau restoran tertentu sahaja.Restoran tu pulak,jenis naik ngilu otak memikir halal ke tidak halal.Dah jadi ragu-ragu,susah lah.

Mungkin ada je stall yang dah buat bege macam ni,cuma mungkin kurang publisiti.Kalau anda suka menonton rancangan MAN VS FOOD,mungkin fenomena ini akan membuatkan perut anda terasa bahagia.Dalam industri bege bakar di Malaysia,selain KAW KAW BURGER BAKAR di wangsa maju ,antara nama yang sedang gah naik sekarang ni,adalah BURGER BAKAR ABANG BURN.

Dari rajah di atas,anda boleh melihat betapa besarnya bege bakar ni.Aku beli bungkus sebab ramai sangat orang kat kedai beliau.Kedai Burger Bakar Abang Burn ni,ada di Ampang,Kajang,Nilai,JB (Johor Baharu,bukan Jastin Bibiaq) dan yang terbaru bertempat di Kota Damansara (buka pada 4/10/2012).Yang dalam gambar ni,lokasinya adalah di Ampang.Lokasinya bertempat di Dagang Avenue.Alah,kome cari lah pusat beli belah Galaxy Ampang.Area situ je.Untuk lebih keyakinan,sila klik pada LINK MAP di bawah.


Ok.Mari kita bercerita pasal bege bakar nih.

Menu
Menu dia ada banyak dan boleh tengok dengan terperinci di FACEBOOK beliau.Aku pilih yang double patty beserta sos cheese extra.Harganya,cumalah RM18.

Harga
Untuk servis yang pantas,teratur dan volume burger yang besar,harganya adalah berbaloi.Patty yang aku dapat tu,1 inci kot tebalnya.Berbaloi.

Rasa
Jahanam.Belum tulis apa-apa lagi aku dah tersenyum mengenangkan kesedapan bege bakar ni.Pertama,aku kena potong bege tadi kepada 2 bahagian.Senang nak makan.Bila masukkan ke dalam mulut,benda pertama aku rasa adalah sos rahsianya.Kemudian,bau dagingnya pula mula memperkenalkan diri kepada deria rasa aku dengan penuh ramah.Asyik.Aku kunyah lagi,bau rempah dari dalam daging pula terasa.Aku kunyah lagi,sambil terus rasa bahagia.Serius,ini bukan dibuat-buat.

Kesimpulan
Takda cakap banyak.Bege ni dah jatuh dalam kategori wajib datang semula bagi aku.Tapi,mungkin sebulan sekali lah.Agak-agak la,badan nak pakai lama lagi.


Review bege seterusnya
Lepas ni,aku bercadang nak tekel  Megaton 500 Wiggy di German Deli yang bertempat di Ampang.Alah,dekat Petronas Ampang yang ada MCD tu.Ha,dalam bangunan tu kan ada banyak-banyak kedai. Cari lah.Patty dia saja dah 500g.Baru RM16.50. Untuk menu lain kat German Deli, boleh klik di SINI.



Bye.

xoxoxoxo

Monday, October 1, 2012

Pusat Servis Proton Yang Champion


Sebelum ni,ramai yang aku baca di internet merungut pasal servis atau layanan di Pusat Servis Proton.Ada yang kena layan macam peminta sedekah la,apa la.

Well,semenjak aku servis di Apple Service berlokasi di Seri Kembangan,aku tak pernah hadapi masalah pelik-pelik.Tapi,semenjak aku pindah ke Subang,aku rasa semakin jauh dengan Seri Kembangan.Walaupun aku bekerja di Seri Kembangan,untuk servis kereta,aku gemar lakukan pada hujung minggu.Ye lah,tak perlu ambil cuti.

Nak dijadikan cerita,bulan lepas,sambil aku pusing2 kat Subang Bestari,tup-tup aku terjumpa satu bengkel Proton.Aku parking,sebab nak check tayar kereta yang berbunyi sikit.Elok aku parking,aku disambut oleh Bob.Muka Bob boleh dilihat seperti di dalam rajah di bawah.



Lepas sembang lebih kurang,dia terus check kereta aku.Dah setting tayar kereta aku sana-sini,aku dengan Bob pekena test drive sebentar.Sembang punya sembang,Bob ni rupanya staff dari Apple Service Seri Kembangan.Tempat aku selalu servis kereta aku selama ini.Mendengar sahaja aku ni pelanggan setia Apple Service,Bob terus memperkenalkan aku kepada bos beliau yang berjudul Albert.Rupanya,mereka adalah dibawah pengurusan yang sama dengan Apple Service.

Apa nak dikata,dua orang ni jenis ramah yarabbi.Menurut cerita Albert,pusat servis yang beliau handle sekarang,dah buruk namanya.Dulu,pihak pengurusan yang lama dah buat taik.Servis main-main.Hasilnya melingkuplah.Bisnes jatuh,nama pun jatuh.

Jadi,mereka di situ,sedang cuba menaikkan imej Pusat Servis tersebut.Baru setahun dibuka.Apa yang boleh aku cakap,kepada brader-brader yang pakai Proton macam aku,kalau nak merasa servis kereta dan servis pelanggan yang bagus,ini lah tempatnya.


Dua gambar ni,aku ambil hari Sabtu bebaru ni.Buat major service.Dah berejam main enjin kereta aku,deme basuh pulak kereta aku.Mereka lah pomen,mereka lah tester,mereka lah tukang basuh kereta.

Kumpulan pekerja yang berada di sini yang terdiri dari Melayu,Cina dan India,aku lihat,mereka sangat-sangat berusaha keras untuk memuaskan hati pelanggan.Dari pomen paling bawah,sampailah kepada bos mereka.Jadi,orang yang berusaha kuat seperti mereka ini,kita patut bagi sokongan.

Aku cuma cakap berdasarkan pengalaman aku.Kalau hangpa nak try,datang lah.Klik je link map kat bawah tu.Yang merokok,kalau bernasib baik dan ada stok,Albert akan hulur cerut.


Sebelum aku balik,Albert melambai-lambai sambil tersenyum kepada aku dengan ucapan semoga bergembira di hujung minggu.

Heh,macam dalam iklan dalam TV.

Anbelivebel.