Thursday, June 30, 2011

Bersih 2.0

Dekat-dekat dengan tarikh Gig besar-besaran Bersih 2.0 bulan depan ni,tiba-tiba,aku teringat pulak entry imaginasi aku 2 tahun lepas.

Henshin!





Wednesday, June 29, 2011

Bila kaki dan bahu bergoyang dengan sendirinya.


Sejak dari bulan lepas,tak bosan aku mendengar.

Heh!


Monday, June 27, 2011

Semalam Yang Hangat 29

Jam sudah menunjukkan pukul 12.40 minit tengah malam.Aku berjalan pulang dari rumah bujang menuju ke rumah aku dengan tenang dalam gelap.Baru selesai berborak dengan unicorn yang baru selesai pusing 1 semenanjung.Seronok betul.Sambil berjalan,ada jugak bunyi pelik-pelik di belakang aku.Aku abaikan.Biasa la,malam-malam.

Nak sampai ke rumah aku,ada lagi dalam 3 lorong jaraknya.Aku berjalan ditemani dengan lampu tepi jalan.Jangan salah faham.Lampu tu tak berjalan dengan aku.Lampu yang berjalan,dikhuatiri akan menjadi tajuk yang hangat dalam akhbar Hmetro.Aku tak nak jadi saksi untuk ditemuramah sebab aku ni,penyegan ya'amat.

Hi hi hi.

Jadi,aku teruskan perjalanan.Tengah sedap berjalan,tiba-tiba muncul seekor anjing besar dari belakang kereta yang parking kat situ.Celaka.Benda-benda jenis najis berat macam ni yang aku segan nak layan ni.Risau jugak kalau dia horny tengok aku,tak pasal-pasal kena jilat.Jenuh nak samak.

Masalahnya,anjing tadi tak horny.Tapi dia tengah angry.Perkataan horny dan angry walaupun dua-duanya bahasa inggeris,tapi maksud dia tak sama.Berbeza.

Berbalik kepada anjing yang angry tadi,aku pun tak tahu apa masalah dia.Mungkin aku dah masuk kawasan abang long dia.Muka dia garang betul.Gigi tajam.Renung aku macam dia nak terkam ja.Bagero betul.

Memandangkan aku tak pernah bela anjing,kecuali masa main game Farmville dalam fesbuk dulu,maka aku jadi buntu sekejap macam mana nak handle makhluk kerangkenak(kejap-garang-kejap jinak) macam ni.Tengah berada dalam keadaan separa cemas tersebut,tiba-tiba aku teringat cerita Dog Whisperer yang kat Astro tu.

Menurut Cesar Milan,kita perlu menjadi dominan terlebih dahulu untuk mengelakkan anjing bertukar menjadi dominan dan seterusnya menguasai keadaan.Faham? Dominan di sini,kita kena la tunjukkan kita 'tuan' di situ.Kalau nak bayangkan aksi dominan pasangan gay yang 'sapa atas sapa bawah' tu,lantak korang lah.Kuning betul otak hangpa ni.

Jadi,bila dah ada idea nak handle anjing tadi,aku terus buat gaya dominan.Tak.Aku tak buat gaya berjalan empat kaki.Korang ni.Please la.Kreatif la sikit fikir tu.Aku tak buat semua tu.Aku cuma tegakkan badan sikit.Dada bagi bidang.Mata aku pandang mata anjing tadi dengan penuh tegas sambil bagi isyarat seperti "Kalau ko datang dekat,senak kau aku tibai nanti."

Lebih kurang macam tu lah isyarat yang aku bagi.

Hasilnya,anjing tadi mencicit berlari pergi.










Entahlah.Aku pun tak tahu nak letak aku ni dalam kategori apa.

Kategori bijak pun boleh.Cerdik pun ngam.Pintar semestinya.Hensem lagi lah boleh.

Runsing.


Sunday, June 26, 2011

PS 17

PS...I love you.




Friday, June 24, 2011

Pandai betul dia menari.


Sapa lagi kalau bukan encik Chris Brown.

*Masa kat tadika aku dulu,macam ni la rutin tarian masa waktu senggang.Mudah ja.



Iklan Yang Comkar (Comel + Kelakar)

Di kaca TV,kelihatan 3 orang budak sedang melempar kayu ke arah pokok buah-buahan.Tujuannya,mestilah untuk menjatuhkan buah dari dahannya.Perbuatan mereka mendatangkan kemarahan pada tuan pokok iaitu seorang pakcik yang sedang berehat.Maka,pakcik tadi pun mengejar mereka.

Budak bertiga tadi berlari ke arah pakaian di ampaian.Baju mereka bertiga warna putih cerah.Mereka berlari dan bersembunyi pada kain putih yang sedang disidai sambil tersenyum.Jangkaan mereka,mereka akan 'hilang' di sebalik kain putih tadi kerana baju mereka juga warna putih.

Ya,memang tepat sekali.

Pakaian mereka seakan bersatu dan mereka hilang dengan jayanya.Pakcik yang sedang mengejar budak-budak tadi,tidak nampak mereka yang berada tidak jauh darinya.Semuanya kerana pakaian mereka terlalu putih.







Tapi,pengarah iklan tu terlupa,kulit budak bertiga tadi,gelap ya'amat.


Thursday, June 23, 2011

Semalam Yang Hangat 28

Baring dengan penuh bergaya di atas karpet.Tangan tongkat dagu.Gaya baring mengiring ke kanan badan.Bagi jantung duduk bahagian atas.Ringan sikit tugas dia nak pam darah.Mata sibuk memandang ke arah TV.Malam yang sempurna setelah seharian penat bekerja.

Kipas berada di hujung kaki.Angin bertiup dari hujung kaki hingga ke hujung rambut.Kalau dalam iklan tv,bayangkan kamera fokus perlahan-lahan,bermula dari kaki hingga ke hujung rambut yang sedang beralun lembut dek tiupan angin yang mendayu-dayu.Sempurna bukan?

Aku sambung menonton TV sambil membiarkan angin tadi membelai tubuhku.Muka senyum-senyum.Untuk menambah nikmat,aku hembus nafas perlahan-lahan,dan,menyedut udara segar malam,juga dengan perlahan-lahan.

Hembus,sedut.Hembus,sedut.Hembus.

Terkentut.

Sedut.








Bulu hidung gugur satu persatu.


Wednesday, June 22, 2011

Pagi Yang Hensem 25

Jam baru menunjukkan 7.45 pagi.Masih awal.Pejabat bermula 9 pagi.Aku duduk dalam kereta di tepi jalan berhampiran kawasan pejabat.Termenung jauh.

Di hadapan,ada seekor burung gagak.Sibuk menggigit makanan yang dijumpainya.Aku memandang gagak tadi dengan tekun.Gagak tadi pandang aku semula.Mata bertemu mata.Tapi aku tak ada rasa getaran di dada sebab gagak tadi bukan Intan Ladyana.

Selesai menghabiskan makanan,gagak tadi terbang menghampiri aku.Dia landing atas side mirror.Aku buka tingkap.

"Apahal ushar aku?" soal burung gagak.
"Takde la.Sedap betul tengok ko sarapan." balas aku.

"Macam ada masalah je aku tengok." balas gagak sambil cuba menjilat tepi paruh tapi gagal kerana lidahnya pendek.
"Biasa la.Mesti seronok jadi macam ko kan.Nampak macam takda masalah je.Rilek je hari-hari.Tak macam aku,macam-macam benda kena pikir." aku cuba umpan sikit.Ajak berbual.

"Kau nampak apa aku buat tadi?"
"Nampak."

"Kau ingat itu takda masalah? Nak cari makan pun mengutip sana sini.Engkau manusia mudah je boleh beli kat kedai.Burung macam aku,kena cari makan atas jalan,tong sampah.Nak harapkan buah acai berry,mana ada kat malaysia ni.Buah lain pulak,apa yang ada kat KL ni,semua hutan dah nak pupus.Buah lain banyak la,tapi aku tak boleh makan sebab dia selalu bergerak.Nak tak nak,jumpa bekas orang makan,sebat je la.Kau nak buat macam tu?"
"Tak nak."

"Ha.Tahu pun! Satu lagi,ko nampak Putra LRT tu?"
"Nampak."

"Ha..sejak aku lahir,punya la teringin aku nak naik.Tapi aku tak boleh naik sebab spesis haiwan macam aku dilarang.Kalau masuk jugak,mau kena ketuk dengan orang.Nampak? Masalah jugak tu."
"Tapi kau kan boleh terbang."

"Ingat Ampang tu dekat nak terbang? Lenguh ketiak dibuatnya.Nak kena tampar?"
"Tak nak.Tapi,apa ko buat kat Ampang?"

"Dating..."
"Hahahahaha.......humm...hummmmm.."

"Ha...sudah.Jangan nak mengeluh.Manusia macam kau ni,patut bersyukur jadi manusia.Kau ada banyak kelebihan berbanding aku.Faham?"
"Faham."

"Bagus.Jangan nak merungut tak tentu hala.Fokus sikit dengan hidup tu."
"Ok.Dah dah...Ni ko nak ke mana pulak ni?" soal aku,bila nampak gagak tadi dah pusing badan ke arah lain.

"Apa kau ingat ayam je yang kais pagi makan pagi? Aku nak pegi mengais la ni.Kang tak kenyang perut aku.."
"Ok.Pegi la mengais.Kejap.Apa nama ko?"

"Razali...Bai bai..." ujar gagak tadi sambil terbang pergi.











Aku rasa...aku tengah high.


Tuesday, June 21, 2011

Bulan Ini

Cuma ada 10 entry.

LOL.




Monday, June 20, 2011

Raziman

Malam tu,Raziman berdiri dengan penuh fokus.Beliau yang baru dilantik sebagai anggota polis,kelihatan begitu bersemangat sekali.Pada malam tersebut,beliau ditugaskan untuk membuat sekatan jalan.Beliau ditugaskan bersama Hanafi Zulkarnain.

Sekatan jalan yang dibuat bertempat di jalan kampung.Penduduk di situ suka sangat buat hal.Ada yang tak pakai helmet lah,lesen mati lah dan pelbagai jenis masalah lagi.Kalau tak kerana ketua balai kena marah dengan pihak yang buat spot check minggu lepas,waktu sekarang ni,dia dah sedap tengok tv kat rumah.

Jam menunjukkan pukul 9.45 malam.Jalan betul-betul sunyi.Biasalah.Jalan kampung.Tadi sempat jugak Raziman bagi amaran pada dua pemuda yang tak pakai helmet.Nak saman pun,kesian jugak.Jadi,setelah memastikan tiada orang lagi,Raziman mengajak Hanafi Zulkarnain berkemas.Kon perlu dimasukkan ke dalam kereta.

Tengah sedap berkemas,tiba-tiba Raziman ternampak seorang pakcik menunggang motorsikal menuju ke arah mereka.Jelas sekali pakcik tadi tidak memakai helmet.Di belakang pakcik tadi,isterinya membonceng.Juga tidak memakai helmet.Sebagai polis yang bertanggungjawab,Raziman menahan motor pakcik tadi.

"Ke mana ni pakcik?"
"Ke kedai kejap.Beli sardin untuk makan besok.." balas Pakcik tadi tersenyum sambil mematikan enjin.Minta simpati.

"Ni kenapa tak pakai helmet ni pakcik.Bahaya ni.Makcik ni pun,kena pakai jugak." tegur Raziman penuh mesra tapi tegas.
"Makcik? Makcik mana encik cakap ni?" balas pakcik tadi.Mukanya penuh kehairanan.

"Tu,yang bonceng kat belakang tu sapa?" soal Raziman.Kadang-kadang,orang kampung ni,boleh tahan jugak bila bergurau.Pakcik yang menunggang motor tadi pandang ke belakang.

"Alah...nak tumpang kejap pun tak senang.Menyampah! " ujar makcik di seat belakang motor sambil turun dari motor,dan, terus terbang ke arah pokok besar tidak jauh dari mereka.

Pakcik tadi telan air liur.Raziman pucat lesi.Untuk menguatkan semangat,Raziman pandang ke arah rakannya,Hanafi Zulkarnain.Kelihatan Hanafi Zulkarnain secara automatik berada di dalam kereta sambil menghidupkan enjin kereta yang tiba-tiba susah nak hidup.Mukanya juga penuh ketakutan.

Suasana sepi.

"Encik..tolong jangan lari.Pakcik sakit lutut.Pakcik pun takut ni." rayu pakcik tadi kepada Raziman sambil cuba menghidupkan motor.Raziman yang hampir terkencing ketakutan,cuba menolong dengan memegang handle motor pakcik tadi.Kelihatan muka pakcik tadi juga pucat lesi.

"Biar saya tolong hidupkan motor pakcik." walaupun ketakutan,Raziman masih cuba menolong pakcik tadi.Sikap terpuji yang perlu ada pada seorang anggota polis.

"Eh,takpa lah nak.Tak payah susah-susah.Pakcik boleh terbang." ujar pakcik tadi lantas terus terbang ke arah hutan yang gelap gelita di seberang jalan.Motor bertukar menjadi ranting kayu.













Kencing yang ditahan Raziman sebentar tadi,terus menderu-deru keluar tanpa henti.

Friday, June 17, 2011

Kereta Baru.

"Malah katanya, Perodua percaya mampu mempertingkatkan jualan melalui Myvi terbaharu berbanding model generasi pertama.

Aminar Rashid berkata, Perodua akan mengeksport 500 buah Myvi ke Indonesia dengan menggunakan jenama nama Daihatsu Sirion, mulai penghujung bulan ini."





Ooo...Daihatsu..

Cemburu

Ahad ni, Unicorn dan deep nak pegi mengembara.Misi mereka,menjelajah semua bandar atau pekan di Malaysia yang ada jam loceng.Maaf.Salah tulis.Mari kita betulkan semula ayat tadi.

Misi mereka,menjelajah bandar atau pekan di semenanjung Malaysia yang ada menara jam.Ha.Baru betul.

Pengangkutan yang mereka gunakan adalah bas tambang.Baru thrill.Tempoh perjalanan mereka adalah selama 1 minggu.Sepanjang perjalanan,mereka ada banyak syarat yang perlu mereka ikuti.Contohnya,tidak boleh mencarut.Jika mencarut,denda RM1.Itu hanya satu contoh.

Permulaan mereka adalah di Dataran Merdeka.KL.

Aku yang sebelum ini pernah merancang nak buat backpacking,namun tidak kesampaian,berasa sangat cemburu dengan misi mereka ini.Benda ni hanya seronok jika dibuat ketika masih bujang.

Jadi,kalau anda ternampak dua jejaka kacak sedang menggalas beg kembara berhampiran menara jam di bandar anda,berikan thumbs up untuk support mereka.Nak mengorat pun tak apa,mereka masih bujang.Tapi,offer ini hanya terbuka untuk gadis-gadis sahaja.Jejaka-jejaka sekalian,tak perlu nak cuba nasib.Jika mereka perlukan jejaka,Misi Keamanan sudah mampu memenuhi kehendak mereka.Kalau mereka dilihat terkial-kial sedang ambil gambar berdua mirip gadis-gadis myspace mulut itik,sila hulurkan bantuan untuk mengambil gambar mereka.Tunjukkan mereka tempat makan terbaik @ tempat menarik di sekitar kawasan.Pengalaman mereka akan ditulis setelah selesai kembara.

Perjalanan seperti itu,sumpah,mesti akan ada banyak pengalaman manis yang akan berlaku.Aku doakan,mereka selamat pergi,dan,selamat pulang.

Pesan aku cuma satu.












Jangan hilang teruna ketika dalam perjalanan.

Hik hik hik.


Monday, June 13, 2011

Review Filem KL Gangster

Semalam,di KLCC,aku dengan unicorn dan dihar KB,pergi menonton filem KL Gangster.Seat aku paling belakang sekali.Kiranya bebas dari tendangan atau goyangan kaki penonton wayang yang tidak bertamadun.

Filem dimulakan dengan baik.Watak diperkenalkan dengan baik juga.Zizan memang bijak pegang watak 'penceria' dalam filem.Namun begitu,wataknya tidak wujud dengan bodoh sahaja.Banyak ayat-ayat menggelikan hati keluar dari mulut beliau.'Chicken(dalam young and dangerous)' versi Malaysia mungkin.

Satu yang aku tabik.Aksi langsi dan aksi pergaduhan.Memang dah naik tarafnya berbanding filem melayu lain.Senang cerita,sedap tengok diorang bergaduh.Tak ada nampak lagi aksi 'menunggu untuk memukul'.Sebaliknya,perlawanan nampak lancar.Ini aku suka.Tak macam filem kongsi(antara filem paling menyesal yang pernah aku tonton),filem ni,baru betul-betul lu langsi lu mati punya.Takda tunjal-tunjal kepala dah.Dalam filem ni juga,aksi pergaduhan juga banyak melibatkan kaki.Mungkin tukang ajar lawan dalam filem ni suka lawan guna kaki.Teringat sorang watak jahat dalam cerita Jackie Chan dalm cerita Drunken Master,yang lawan guna kaki tu.Harap tukang ajar lawan dalam cerita KL Gangster ni,bukan foot fetish.Cerita lain.

Satu yang aku perasan dalam filem ni,banyak betul rokok yang tidak dinyalakan terbuang begitu sahaja.Gigit rokok,gaduh.Lepas gaduh,gigit rokok baru semula.Adiputra banyak buat menda ni.Yang tak tahan,ada sorang mamat belakang dia,nak jugak gigit rokok.Fanni sangat tawwwwwwww....

Filem ni,takda masa nak rehat sangat.Gaduh je manjang.Aksi yang tak kena sikit,mungkin aksi kat kedai makan.Pelanggan tu,patut marah slow-slow dulu,pastu baru jadi hangin gila.Tak perlu nak terus tampar brader bancuh air tu.Di situ,nampak sikit 'kegopohan'.Tadahal babak tu,Zizan berjaya alih tumpuan dengan cemerlang dalam babak tu.Dialog 'breakfast' dia memang terbaik.Hahaha..

Untuk pelakon,semua yang ada dalam poster tu,aku tabik.Depa dah bagi yang terbaik.Adiputra dengan gaya tersendiri.Adam Corrie Lee Abdullah yang berlakon jadi gangster pun ok.Shamsul yang ramai kata kayu bila berlakon pun,berjaya dengan gaya poyo terbaik beliau,kira ok lah.Zizan kelakar tak sudah.Sofi jikan yang versatil (aku dapat rasa feel 'brotherhood' yang kuat dari dia) dan Aaron Aziz yang bila tengok macam jambu tapi boleh tahan jugak langsi dia bila dapat main dengan batang besi.Main dengan batang besi di sini,bermaksud Aaron Aziz pukul orang dengan batang besi.Jangan bayangkan Aaron Aziz yang sasa menari dengan ghairah di batang besi a.k.a poledance.Itu adalah sangat mengerikan.

Antara dialog dalam filem yang paling aku ingat sampai sekarang,kira lebih kurang macam ni la bunyinya.Tak tepat sangat:

*****************************************
"Shark...Malek dah langgar kawasan kita."
"Di mana?"

"Pasar borong selangor."
*****************************************

Lepas dia kata pasar borong selangor,terus aku berdekah.Siot betul.Pasar borong? Ya.aku tahu,samseng ni kutip duit di mana-mana.Tapi,masih kelakar.Tapi samseng gemuk kat pasar borong tu memang menjadi jugak dia punya langsi.Sakit hati jugak tengok dia dengan parang dia.Haha.

Ok ok.Dalam filem ni,aku puas hati.Senang cerita,kalau nak ajak masuk tengok wayang sekali lagi pun tadahal.Tindakan bijak pengarah tidak mematikan mana-mana watak(kecuali watak jahat,tapi boleh je cakap sempat diselamatkan sebab hantar ke spital..lol).Aku sangat yakin filem ini boleh jadi francais seperti Fast & Furious berdasarkan kualiti yang ada pada filem pertama.Standard yang diletakkan adalah tinggi selepas ini.

Lepas ni,mungkin KL Gengster 2 akan keluar.Harap Sam dalam filem Kongsi,tak masuk jadi watak utama.Kalau setakat muncul dan bergaduh sebentar untuk berebut kawasan,mungkin boleh diterima.Lepas ni,mungkin ada watak baru yang akan diperkembangkan dan diperkenalkan.Ada kawasan baru yang lain akan diterokai.Kalau betul-betul menjadi francais yang berjaya,tak mustahil game berdasarkan filem ini boleh dikeluarkan.

KL Gangster di X-Box dan PS3 anda! Hahaha.

Aku bagi dalam 4.5/4.7 dari 5.0 markah.Ending dia je slack sikit.Patutnya musuh tu dibelasah habis-habisan.Belasah lama sikit.Tunjuk langsi habis.Baru puas hati! Kenapa? Sebab perasaan marah penonton telah berjaya dibawa ke tahap agak tinggi sebelum Aaron Aziz mengamuk.Tapi,bila lawan,kejap sangat rasa.Susah sangat kalau hero kuat sangat pun kan? Markah juga ditolak untuk benda-benda remeh je.Hey,gila apa nak buat filem yang perfect kan?

Ok.Aku nak pegi angkat rim kereta kejap.

Nak bagi ketul-ketul sikit dekat siku ni.


Sunday, June 12, 2011

Wiken Yang Awesome.

Sedap jugak online secara solo di malam hari bertemankan lampu Putrajaya.

1001 masalah hilang sebentar.

Senyum.


Saturday, June 11, 2011

Sepetang Di Puchong

Aku pandu PS dari rumah dengan penuh bergaya.Niatnya,nak ke bandar Puchong.Ke bank kejap.Sambil memandu,muka aku penuh ceria.Maunya tak ceria.Hari memang cerah.Sesuai betul untuk memandu.

Setelah memandu 20 minit,aku tiba di bandar Puchong.Jalan boleh tahan sesak.Bank yang ingin dituju sudah berada di hadapan mata.Masalahnya,parking penuh.Jadi aku pusing perlahan-lahan.Malangnya,parking yang kosong susah betul nak jumpa.Nak jadi cerita,pada masa tersebut air-cond kereta aku masih lagi rosak.Tidak berfungsi.Berpeluh jugak la.

Walaupun cuaca cerah,langit cantik,namun boleh tahan jugak dia punya panas.Aku tak berputus asa.Aku pusing sekali lagi blok bangunan tadi.Masih sama.Parking penuh.Asa aku nampaknya dah nak putus,tapi aku ikat balik asa aku tadi.Maka...hasilnya,aku masih belum berputus asa.

Aku buat keputusan untuk pusing sekali lagi.Mana lah nak tahu,kalau-kalau ada nasib.

Nasib aku baik.Setelah pusing satu pusingan,ada kereta yang sedang mengundur keluar.Lokasinya betul-betul depan pintu bank.Terbaik punya parking.Rasa syukur mula menyelinap dalam hati.Aku tunggu pemandu tadi keluarkan keretanya dengan tabah.Badan berpeluh.

Dah setel kereta tadi keluar,aku masukkan kereta aku cepat-cepat.Risau jugak ada pemandu kereta mini buat aksi parking laju-laju macam dalam youtube tu.Melepas parking karang.

Selesai parking,aku keluar dari kereta dengan riang.Kaki melangkah laju menuju ke depan mesin ATM.Sampai di depan mesin ATM,aku buka wallet laju-laju.












Kad ATM tertinggal di rumah.


Friday, June 10, 2011

Petronas Puncak Jalil

Hari tersebut begitu tenang.Cuaca cerah.Burung-burung berkicauan.Langit berarak manja.Kijang dan rusa berlari di sana-sini dan seperti biasa,ultraman terbang bersimpang siur simbolik kepada tanda keriangan yang aman dan terkawal.

Aku memandu PS aku dengan penuh ketenangan.Selepas bagi signal ke kiri,aku memandu masuk ke Stesen Minyak Puncak Jalil.Lokasinya memang di puncak bukit.Kalau masa joging kat kawasan tu,boleh tahan dia punya letih masa nak panjat bukit tu.

Setelah parking dengan cun,aku pun keluar.Cadangnya nak masuk bergurau dengan mesin ATM kat dalam stesen minyak tu.Mana la tahu,mungkin dengan bergurau barang beberapa saat,boleh dapat duit.

Aku tolak pintu stesen minyak tersebut.Elok kaki kanan aku melangkah masuk,sekonyong-konyongnya,staf kat dalam tu terus menjerit kepada aku.

"Selamat datangggggggg!!!!" ucapan penuh mesra,ceria dan bersemangat ditujukan kepada aku.Aku terkejut.Apa gila bersemangat.Dah macam orang Jepun dalam TV.

Bila dah agak terkejut macam tu,secara spontan,aku set muka paling manis,senyum,mata sepet-sepet sikit dan aku membalas semula.

"Selamat datanggggg......"

Staff petronas terdiam.












Sampai sekarang...aku tak faham kenapa aku ucap macam tu kat diorang.



Wednesday, June 8, 2011

Amarah.

Aku memang dah letih berfikir.Aku masih tak faham-faham.Kategori jenis apakah orang yang gemaaaarrrrr sangat pandu kereta dengan perlahan di lorong kanan.Tengah sedap aku pandu PS dengan kelajuan malar,bukan main sedap,tup-tup ada badigol terhegeh-hegeh di depan.Kamonnn...lorong 3 lane,boleh dia tibai 60km/j di laluan paling kanan tanpa rasa bersalah.Kereta lain,berderet kat belakang dia.Orang dah bagi lampu,buat bodoh.Bagi hon,tarik muka ketat.Nak kata apa kat golongan macam ni?

Bengap? Bingai? Bodoh? Bebal?









Barua mungkin sesuai.Catchy sikit bunyinya.


Thursday, June 2, 2011

Tengah Hari yang Awesome

Dua minggu sebelum ni,memandu tanpa air-cond amat menyeksakan.Tadi,pegi setelkan hal air-cond.Dah siap pasang semua,aku pandu keluar dari pusat servis.

Matahari punya la terik,Aku cuma buka air-cond pada tahap paling minimum.Jenis minimum dia tu,kalau ke bawah sikit lagi,terus dia off.

Punya la sejuk,sampai kat rumah,terus aku kena selsema.

Ni tengah taip entry ni,sambil bersin la ni.

Aaaaachoooooommmmmel!!!