Aku memandu PS dengan tenang meredah kawasan perumahan Puncak Jalil.Seperti biasa,Puncak Jalil memang kawasan yang tenang.Daun-daun berguguran.Angin sepoi-sepoi.Rama-rama berterbangan mesra.Burung-burung berkicauan.Sekali-sekala,ultraman terbang bersimpang -siur.
Tiba di stesen Petronas atas bukit tu,aku masuk dengan tenang.Mata 'aim' siap-siap pam yang kosong.Selesai parking,aku terus menuju ke kaunter bayaran.Sempat juga aku kena tekel dengan awek-awek Petronas.Gangguan seksual sekarang ni,berada di mana-mana.Bahaya betul.
Selesai bayar,aku menuju ke arah pam.Aku mengamalkan kaedah seperti yang diiklankan di dalam tv.
Angkat.Tolak.Masuk.Picit.
Tengah sedap isi minyak tu,aku nampak ada pekerja petronas lepak ja kat situ.Tak buat apa-apa.Tenang sungguh.Aku senyum.
Tiba-tiba ada kereta masuk.Parking dekat pam minyak.Tuan kereta keluar dan sibuk memasukkan kad kredit di pam.Pekerja petronas yang sedang lepak tadi,bergerak pantas macam brader-brader yang tukar tayar kereta F-1 tu.Brader tadi tanpa membuang masa,terus mengelap cermin kereta yang masuk tadi dengan lahap.
Pada masa yang sama,ada sebuah kereta lagi masuk ke arah pam yang satu lagi.Dengan pantas juga,sorang lagi brader jaga pam menyerbu untuk mengelap cermin kereta yang masuk tadi.Aku melihat,brader tadi mengelap cermin kereta dengan lahap.
Aku pandang PS.Pada mulanya PS maintain ayu,tiba-tiba aku nampak ada air yang meleleh.Aku faham.PS tengah sedih.Ini yang dinamakan antara dua darjat.
"Depa lap cermin Camry dengan Accord ja PS.Kita ni..depa tak pandang.Takpa,balik nanti aku lap cermin ko lawa-lawa eh.Guna air bersih."aku pujuk PS dengan elok-elok sambil tepuk-tepuk bontot kereta.Kalau tepuk bontot awek,macam seronok jugak.
"Terima kasih Jamil.Kau memang memahami aku." balas PS sayu.
Tiba di rumah,aku bantai tidur tak sedar dunia.
9 comments:
cis, malas
diskriminasi sungguh! lama aku tak jenguk2 blog ko..
cih makin sedih la PS tu kat umah. hahaha
jgn sampai PS majuk dgn ko sudah
Cis, kalau PS tu merajuk esok macam mana?
hahaha !
selama aku baca kisah PS ni dari dulu lagi.. baru skrg aku sedar, yg PS ni rupanya shortform utk Proton Saga.. ahhaha... apakah slowwwnya aku..
PS = PerSona...hehe
matahari: rehat.bukan mls.haha
tiger: sila sila..aku masih ingat ko...=)
ner: biarkan! haha
brat: aku tau kelemahan dia.dun weri.haha
menn: lusa dia tak merajuk dah ko rasanya.haha..
amie: =p
wana: PS = Persona Scuderia lah.hahaha... =p
LAZYF: Betul jugak tu. =p
Post a Comment