Wednesday, December 8, 2010

Peah

Pagi isnin tu,Peah berseri-seri berjalan menuju ke kaunter tiket tren.Hatinya berbunga riang.Jumaat lepas,bosnya mengumumkan kenaikan gaji.Mau tak seronok.Hampir melompat Peah dibuatnya.Tapi berjaya ditahan agar tidak nampak terlalu over.

Selesai membeli tiket,Peah berjalan terkedek-kedek menuju ke tempat menunggu tren.Mukanya masih tersenyum-senyum.Riang betul.Semalam pulak pakwenya belanja makan buffet kat hotel.Lagilah bertambah senyum.

Diperhatikannya orang sekeliling.Ramai jugak yang kena Monday Blues.Sindrom malas pegi keja hari isnin.Mungkin ramai jugak sedang berada di klinik-klinik berlakon sakit nak dapat MC.Hari bonus bagi sesiapa yang menjadi doktor.

Tren akhirnya tiba.

Peah berjalan terkedek-kedek ke dalam koc.Mukanya tersenyum lagi.Koc khas untuk wanita yang dimasuki Peah sedang-sedang penuhnya.Tak sendat sangat.Orang kata,selesa.Malahan semuanya perempuan.Tak perlu risau. 'I ada apa yang you ada' orang kata.Itu yang membuatkan Peah tersenyum.Tak risau tubuhnya yang cantik bergesel dengan jantan yang tak dikenali.

"Nasib baik ada koc wanita ni kan?" Peah membuka bicara kepada gadis di sebelahnya.
"Itu lah.rasa lega sangat.Semua perempuan.Tak ada lelaki." balas gadis tadi dengan senyuman.

"Kalau ada lelaki,bahaya.Menggatal." Peah memberikan pandangan.
"Itu lah.Saya pun risau.Mak saya kat rumah pun risau." balas gadis tadi lagi.Bersetuju dengan Peah.

"I pernah kena tau.Diorang pegang peha I.Seram bila pikir balik.Duduk dengan kaum perempuan,selamat.Tak risau sangat.Memang baguslah." ujar Peah lagi.
"Orang cantik macam you,memang bahaya."Gadis tadi memberikan pandangan.

"Ye lah.Sesuka hati je diorang tu nak pegang I.Geram.Eeee...pelissss...." Peah memberontak.






Sepi...






"Macam ni ke diorang pegang you?" ujar gadis tadi lembut ke telinga Peah sambil tangannya ditekapkan dan diusap-usapkan lembut di peha Peah.

Dahi Peah dipenuhi manik-manik peluh cemas.

Tren keretapi terus bergerak laju.

Menuju ke destinasi.

Masih tak selamat.




7 comments:

Nazz@Purple said...

ade sambungan ke ni..?

zonaku said...

hai... itu perempuan serong!


bahaya gak tu.. but still x sama ngan lelaki..

perindu_خلافة said...

hahaha ^_^
love that part "Masih tak selamat."

~gUrL in pUrPle~ said...

hmm... masalahnya walopun ada koc wanita.. ramai lelaki nak berhimpit2 wat2 tersalah masuk... sekali bila dah klua, tengok, yg bukan koc wanita punyalah kosong, tapi kat koc wanita sesak gila. baik dk kat koc yang xde jantina.. hohohoho... *pengalaman buruk bila dok berhimpit dgn mamat2 vietnam yang masih nak senyum2 dok dkt, padahal org dah bengan gila dia dok masuk koc wanita* HINA ok. panjangnya komen saya... huk3

Anonymous said...

oh i like. terbaik!

Imma Yusri said...

ohoooo... takut lar aku naik koc perempuan... muahahaha

StingRay said...

nazz: takda..haha

zonaku: hahaa...tak kira.tetap bahaya. =p

perindu: jeng jeng jeng...hahaa

gurl: nak kata dia cantik lah tu.hahahahahhahahhahahaa...

matahari: auuuuuwww..=p

imma: ka ko yang buat kerja ni.hahaha