Kejadian ini berlaku kira-kira 17 tahun lepas.
"Jamil.Pegi kedai jap.Belikan 'SANITA'." pesan akak aku sambil hulurkan duit.
"SANITA? What kejadah is that?" soalku dalam hati.Tapi,selaku adik mithali,tanpa banyak soal,aku terus pecut ke kedai.
Bukan.Aku tak pegi dengan berlari.Aku pecut dengan basikal.Bukan apa,masa kayuh basikal tu,boleh aku lepas tangan aku dari handle basikal sambil usap rambut yang ditiup angin.
Gila bergaya!
Tiba di kedai,aku cakap kat tuan kedai tu nak beli SANITA.Dengan pantas,dia ambil satu barang kat belakang tempat duduk dia.Menda tu berbentuk kotak.Warna kuning.Lepas tu,tuan kedai tadi ambil plastik warna hitam.Pelik.Selalunya beli barang,plastik warna merah cerah.Dah rasa macam beli dadah pulak.Sorok-sorok.
"Beli tisu pun letak dalam plastik hitam?" soal aku dalam hati.Tapi..sekali lagi,selaku pelanggan yang mithali,aku blah lepas bagi duit.
Begitulah rutin aku untuk beberapa tahun kemudian tanpa aku sedari apakemenda yang aku telah beli sepanjang masa tersebut.
Ok.Dah.Kita berbalik pula kepada zaman sekarang.Ish..aku cakap dah..dah la.Meh kita balik ke zaman sekarang.Jangan degil.
Semalam,ada iklan.Kelihatan model iklan tersebut melompat-lompat keriangan selepas memakai 'benda' tersebut.Lepas tu ada pulak yang bergolek-golek atas katil.Nampak riang sungguh.Ada satu lagi iklan tu,siap duduk atas bulan sabit.
'Benda' tu pulak,sekarang bukan main.Dah berubah bentuk.Ada sayap la.Lekuk bahagian belakang la.Macam-macam menda ditambah.Aku yang tengok ni pun boleh blushing sambil membayangkan macam mana kalau aku pakai menda alah tu.Sikit masa lagi,rasanya mungkin ada perasa strawberry ke,perasa oren ke..two in one orang kata.Pewangi.Mungkin ada perasa cili kot.Nak bagi rasa 'kick' untuk mereka yang sukakan cabaran.
Jangan risau.Aku tak pernah pakai.
Sambil-sambil tengok iklan tu...terus aku terbayangkan masa 30 tahun akan datang.Macam mana pulak bentuk iklan 'menda' ni pada masa tersebut.
Mungkin masa tu ada perempuan tanpa sebarang pakaian sedang buat demo macam mana nak pakai 'menda' tu dengan betul.
Seronok jugak kalau melayan iklan tu nanti dengan cucu sambil pekena cokodok.
Oh...can't wait.
13 comments:
yang aku pelik, kenapa namanya tuala wanita, sedangkan takde pun rupa tuala...
kehkehkeh
Hahaha!!!! sengal la ko jamil
napa ek. nama dia tuala wanita?
tuala kan untuk menyerap air or cecair....
jap.. mmg sangat pelik yer??? jujur aku tanya ni sebab bidang kerjaya aku sebelum ni mmg x kesah hal2 sebegini. nature of work n dah environment macam tu... takat hal nk buat anak n sorts kelamin adalah perbincangan secara biasa, tanpa malu or segan.
sila jawab dengan jujur yer
imaginasi hang tu melampau sangat!
ko nk kena tampar jamil?
jename pun ble tahan gak skrg...leebreast arh..kotex arh..
mcm-mcm!nak sebut pun segan..hahaha
(sambil geleng2 kpale)
hehehee.. nama pun segan nk sebut ye... lum sampai tampon nyer citer lagi
hehehe...orang sekarang makin hilang malunya... :)
klik sini tgk gmbo2
haipp..babap karang.. apadahh imajinasi
yup can't hardly wait. lol.
sky: guna buat lepas mandi boleh kot.serap air.hahaha
ain: manada..manada..=p
matahari: letak lampin kang...macam bayi2 pulak.haha
zonaku: sebab tak semua orang berkerjaya macam anda. =)
noor: kah kah kah...auww!
selamah: tak nak. =) haha
bejerd: blushing sikit2..haha
zonaku: tampon buat tutup idung bila berdarah.hahahahha
kay: agak la.=p
rosna: baeekkk....=p
ajelan: baikkk..=)
mila: auww....auww..haha
ner: lol! Nanti datang umah aku.kita tgk sama2 masa tu.haha
Post a Comment