"Jauh lagi kah tuan hamba?" soal Pendekar Pertama.
"Tidak jauh lagi.Di puncak bukit tu.Sekejap lagi sampai lah." balas pendekar kedua.
"Jauh jugak rupanya nak berguru dengan pendekar yang terbilang ni." tambah pendekar ketiga pula.
"Macam mana lah dia boleh duduk sorang-sorang atas bukit ni." Pendekar pertama berasa hairan.
"Pendekar ini bukan sebarangan.Sepanjang dia menetap di sini,dengarnya,dia hanya makan bertih jagung dan beras sahaja.Banyak masanya dihabiskan untuk bertapa." terang pendekar kedua.
"Hebatnya.Betul ke cerita ni?" Pendekar Ketiga menyoal.
"Ha'ah.Betul ke ni?" pendekar Pertama menyoal.
"Iyeee.....betul la.Takkan aku nak tipu." balas Pendekar Kedua.
"Dah dah...jangan nak bertekak.Kita da sampai dah depan pintu gua ni." ujar pendekar Ketiga.
"Eh..apahal sunyi ja." Pendekar Pertama memulakan bicara.
"Ha'ah.Eh....Tu macam ada tulisan nota kat pintu tu.Kau pergi baca sekejap.Aku tak pandai." arah Pendekar kedua kepada Pendekar Ketiga.
"Ye lah ye lah.Jap aku pegi amik." balas pendekar Ketiga.
"Melalui firasat atuk....Atuk tahu cucu semua sedang dalam perjalanan naik ke sini.Tunggu sebentar.Atuk pergi 7E sekejap.Beli roti Butterscotch.Nak pergi mesin ATM lagi.Beli topup lagi.Jangan pergi ke mana-mana.Sekejap lagi atuk sampai......love...muah! xoxoxoxo! " ringkas ,ramah dan sedikit nakal bunyi nota yang tersemat di pintu gua.
"Bertih jagung kepala lutut!!!" jerit pendekar pertama dan ketiga serentak.
Pendekar Kedua buat-buat sibuk makan bekal.
Comel.
5 comments:
atuk nak guna duit beli apa kat gua tu tok? ke.. nak menyetok roti butterscotch?
tinggi giler ilmu, dari puncak bukit ke 7e
eheh... mesin atm..bpe ribu gaji bertape tok...nak join...
haha..idea x kering la kamu..lame dah x jenjalan blog ni..like2..
itu ujian tu. tengok pendekar ni cukup pendekar tidak nak tunggu atuk.
entah entah atuk tengah dok belakang semak.
haha.
Post a Comment