Wednesday, October 27, 2010

Pengembaraaan Siti Nur Khalishah,Khamis Hamdan serta Ahmad Mustaqim Barakbah

"Nampaknya,kita sudah berpusing di kawasan yang sama dari tadi." ujar Siti Nur Khalishah.
"Bertenang.Dalam situasi macam ni,kita perlu bertenang." balas Khalis Hamdan selaku penunjuk jalan.Jelas di dahinya penuh dengan peluh walaupun cuaca dingin.
"Itu la pasal.Sebelum kita bertolak,puas aku tanya.Ko cakap tahu jalan dan arahnya." balas Ahmad Mustaqim Barakbah di sebelah.


Suasana sepi.


"Dah dua jam kita di lembah ni.Kita dah sesat jauh.Macam mana ni." Siti Nur Khalishah mula cemas.
"Kalau tak salah aku,kita perlu ikut situ.Tempatnya di kaki bukit." tiba-tiba Khalis Hamdan bersuara sambil menunjuk arah.
"Ah,dari tadi ko cakap macam tu.Tak sampai-sampai jugak.Cuba ingat betul-betul.Tengok dalam panduan tu betul-betul." Ahmad Mustaqim Barakbah mula bengang.Penat.


Suasana sepi lagi...


"Mungkin kita disorok bunian kot ni.Mana tau kot-kot kawasan Lembah ni berpuaka." duga Siti Nur Khalishah sambil mengelap peluh di dahi.Matanya memandang ke arah Khamis Hamdan.Teman lelakinya.


Suasana bertambah sepi lagi........



"Bunian celah-celah mana! Signboard depan ni tak habih-habih tunjuk ke arah Lembah Klang.Aku nak bawak GPS tadi korang cakap tak payah.Kata dah biasa jalan ni.Sekarang dah pukul 4 petang.Kang lauk kenduri habis,kempunan aku.Aku tengah lapar ni.Dah tu,sibuk telepon pengantin,sah-sah lah masa ni diorang sibuk.Celah mana nak melayan panggilan korang.Dah la jalan 'jem'.Merepek.Childish! Buat penat aku memandu ja dari tadi." bebel Ahmad Mustaqim Barakbah tanpa dapat ditahan lagi.

Hatinya panas.

Membara.









"Jadi.....bunian tak sorok kita?" soal Siti Nur Khalishah lembut.

Ahmad Mustaqim Barakbah mengetap bibir.

Air mata geramnya mengalir jernih.

Dia betul-betul lapar.

5 comments:

nerves said...

haha...
err..
nama2 karakter sungguh tak leh bla..
rajinnye ko ulang taip nama2 tu..-_-''

Anonymous said...

ahahahahahahahaa.. kelako.

miloaiskurangmanis said...

hahahahha
adehhhhh! senak perut gelak

Unknown said...

sejak aku baca blog ko ni...aku rasa gembira...GEMBIRAAAAA....yahuuuuu!!

Imma Yusri said...

hahaha.. xleh blah. ingat pengembaraan upin ipin tadi...