Friday, October 1, 2010

Blues Hari Jumaat

Hari jumaat paling aku suka.

Kenapa?

Sebab hari akhir bekerja. Hik hik hik...

Apa aku buat setiap petang jumaat? Ok..meh aku nak cerita.

Ehem...kejap lagi,jam 5.30 petang aku balik kerja.Dalam pukul 6 petang,aku da sampai kat kawasan PUJ 1.Depan lot kedai kat bawah tu selalu ada pasar malam setiap jumaat.

Ok,kat pasar malam ni,ada sorang brader yang jual roti bom.Seketul rm1.Memang sedap.Jadi,aku mesti akan beli dalam 3 - 4 ketul.Dah beli,aku pegi beli air pulak.Air yang aku suka beli,samada jagung atau perisa keladi.(Ok..masa taip ni air liur dah berjurai keluar.)

Lepas beli air,aku singgah pulak kat ayam percik.(DEMM..air liur semakin laju keluar)Ayam percik dia murah saja.Dalam rm2.50 rasanya.

Jadi,bila tiba di rumah,aku buka roti bom,lepas tu letak ayam percik kat sebelah.Cubit ayam percik sikit,letak kuah dia,cubit roti bom sikit,kemudian dengan ketepatan serta ketelitian tahap seorang pencuri kereta...aku akan cantumkan kedua-duanya dan terus masukkan ke dalam mulut.....dan.....kunyah.

(berguling-guling sedap.)

Langkah di atas akan diulang semula (kecuali berguling...penat lah) sambil menonton movie di dalam laptop.Ok,aku belum menonton movie Expandables.Semalam aku dah copy cerita tu kat membe aku.High Definition punya kualiti.Begitu juga dengan supernatural season baru.Tidak ketinggalan juga Iron Man 2 HD yang belum ditonton.

Omaigod omaigod omaigod...eksaited.(dah jadi Hanis Zalikha dah.)












Ok Jamil...bertabah.Tinggal hanya 3 jam lagi untuk pulang.

Update: Tergolek kekenyangan.

11 comments:

zonaku said...

kental kan semangat...





aku balik jer sekarang ni, g dapur, tgk apa mak masak... apa kelas pasar malam!!!!!!!

Shafa said...

wah, bc citer ko ni wat rasa nak g pasar mlm gak la ptg nanti... tapi dah mendung plak. huhu...

Ezza Narziefa said...
This comment has been removed by the author.
eNaSaN said...

mak aiiii wat aku terliur sama dgn citer kamu...adoiii Jamil owh Jamil baca entri kamu bila tgh lapar la pulak....huahuahua

NA. said...

dah lama tak makan ayam percik
isk~!

Anonymous said...

roti bom kat bazaar ramadan taman melawati hanya 60 sen saje sekeping, rasa meletup.

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

yang baca ni pun berjurai air liur skali ni macam mana cerita?

Siti Hasanah said...

expendables sgt3 xbest!!

tuntung said...

excited lebih ni bro.

zulkoa said...

aku baru pas dinner..lapa balik dah bace n3 ko..hahaha

Unknown said...

Jamil: aku nak citer the despicable me ada tak??