Friday, October 15, 2010

Jamil,Stesen Minyak Petronas dan Stafnya.

Mata dah rabak walaupun baru sampai kawasan Bukit Merah.KL jauh lagi.Silap jugak aku tak tido cukup-cukup kat rumah.Nak tido cukup macam mana,sibuk sungguh bila balik kampung.Nak bermanja dengan Mak lagi,bapak lagi,kucing lagi.Tak ketinggalan juga awek-awek cun di kampung.

Yummy...grrr..

Disebabkan mata dah tak boleh blah,aku bagi signal.Masuk RnR Gunung Semanggol.Aku terus menuju ke stesen minyak Petronas.Pintu dibuka.Tak semena-mena,terdapat sekumpulan gadis cantik seksi menyerbu aku untuk bergambar.Macam aku cakap dulu-dulu,macam ni la dilema jadi orang hensem dan kacak.Nak bergerak dengan aman pun susah.Kini aku mengerti perasaan Brad Pitt.Humm..aku bersimpati kepada mereka yang tak pernah merasai suasana seperti ini.

Selepas melayan kerenah gadis-gadis yang tak berapa nak matang tadi,aku menuju ke dalam kedai Petronas.Jalan laju-laju menuju ke peti ais.Bapak banyak jenis air nak pilih.Rambang mata sekejap.Dah setel pilih,aku akhirnya ambil air Sprite.Selain tu,aku beli coklat dua tiga bar,keropok sket.

Aku menuju ke arah kaunter.

Bladi hell....kelihatan seorang awek yang super seksi sedang menjaga kaunter.Pakaian seragam Petronas dah dicuttingnya macam kebaya.Seksi sungguh.Senyuman dia? Jangan cakap la.Amik Lisa Surihani..kemudian darabkan dengan 1000 kali pun belum tentu boleh celen.(Ok..aku tipu,senyuman Lisa Surihani lagi cantik.)Jantung aku dah gugur ke mana.Badan perfect macam gitar orang kata.Lekuk dan kembung badan dia memang perfect lah.Pinggang ramping habis.Muka dah tahap boleh tengok sampai gugur kelopak mata.Bukan setakat kelopak mata,nescaya pahala-pahala juga boleh gugur.

Mata aku dah kejang.

Pembayaran dilakukan dengan penuh tabah.Selesai.

Aku masuk ke dalam kereta,kemudian pemanduan diteruskan ke KL.Mata segar bugar tanpa mengantuk dari RnR Gunung Semanggol sehingga ke Puncak Jalil.Tak mengantuk langsung.

Hebat.











Power betul air Sprite dengan coklat yang aku beli tu.

9 comments:

Sky0ne said...

tipu!! ko rambang mata tgk makwe kan? hahah

nerves said...

badan cam gitar??...haha
gile tak solid..

cik selamah kundang said...

hot dari aku ke?haha

zonaku said...

delima ker dilema?

loti mukhtar said...

daya imajen yang tinggi untuk mengelak mengantuk. akan ku guna kan tetapi versi lelaki la.

Anonymous said...

ko tengok apa sampai mata kejang tu?

- nalza - said...

Lekuk dan kembung badan dia memang perfect lah

hahahaha.. kembung tang mana tuuuu..

Unknown said...

amboi...suka ko kan...

StingRay said...

sky:takda takda...haha

bius: solid baii...ko tak tengok lagi.haha

selamah: hang hot jugak.tapi hot jenis lain.haha

zonaku: demmm...dah betulkan.hahhaa...

lotikus: bapok? boleh? haha

capa; haha...ada laaaaaa....haha

nalza: hahaa..lagi mau tanya.

cop: *blushing* haha

w.hidney: ah..laju je tanya nak pegi.hahahaa....hint-naik PLUS.haha