Pipi aku terkesot-kesot menolak lebihan nasi goreng kampung dalam mulut.Ikan bilis yang overdose garam aku kuis letak tepi.Bilis jenis apa aku pun tak tahu.Masin dia dah sampai tahap yarabbi.Beginilah nasib bersahur kat kedai di perantaun.Tibai sudah apa yang ada.
Tahun lepas,hari pertama sahur dah buat hal.Tahun ni,alhamdulillah,tidak lagi buat hal.Sempat sahur dengan tenang.Kalau kat rumah kat kampung,boleh mengada-ngada sebelum tidur tadi nak berpesan-pesan menu kat mak.
Sambil hirup air dalam gelas yang ke-tiga,aku mula flashback balik niat puasa aku semalam.Memang semalam aku dah setting baekkkkk punya niat.Niat puasa jenis sebulan terus.Memang muka aku masa pasang niat tu berseri-seri habis.
Jadi,sebagai langkah untuk mengukuhkan lagi hati aku bahawa aku tak kantoi niat,maka,aku bercadang untuk niat sekali lagi.Menda nak niat ni bukan pakai modal.Tumpu sepenuh perhatian,ikhlaskan hati,pastu niatlah.Tak susah.
Jadi,lepas hirup seteguk dua air,aku tenangkan hati.Fikiran aku fokus ke arah niat puasa.Housemate aku ada lagi yang masih mengunyah nasi.Ada jugak yang tengah main game kat handphone canggih masing-masing.
Sambil duduk di atas kerusi kat meja makan kedai,aku menarik nafas,dan dengan tenang melafazkan niat puasa di dalam hati dengan sepenuh tumpuan....
"Sahaja aku beri'ktikaf di dalam masjid ini....sunat.....kerana Allah Taala."
Pagi-pagi dah sasau.
Benci.
Benci.
14 comments:
lu sahur kat masjid ke
bisikan malaikat suruh pegi subuh kat mesjid, hehe
tu menunjukkan hang kaki masjid
awal-awal puasa memang ramai yang sasau. hehe.
maksudnya lepas sahur kena terus gi masjid..
wah...apa pasat menu sahur kita sama ni.
hadoi...
mau balik berlinn....
T___T
hik hik hik... jamil jamil...
Salam Ramadhan,...^__^
Berita terbaru dari blog saya:
hARAP MAKLUM sUMIMASEN
Wah sampai sudah...!!^__^
Songs : Maher Zain feat Irf - Allahi Allah Kiya Karo
ni mseti slalu terawih kat masjid.
jamil..jamil... ari pertama sahur da wat hal.. hihihi
lama x komen.. apepon, slamat menjalani ibadah puasa!!
jamil memang sewa kt mesjid
bagus2..budak masjid..
buat malu je.. he~
bahayaaaa.
jgn smpai terpesonggg. HAHA.
Post a Comment