Wednesday, June 30, 2010

Dia tak pernah bawak duit seumur hidup dia.

LONDON: Sebagai pewaris takhta kerabat diraja yang cukup popular, Putera William tentunya bosan apabila ke mana saja beliau pergi, pasti orang mengenalinya.

Percubaan beliau untuk menyamar ketika berkunjung ke sebuah kedai di luar bandar minggu lalu terbongkar kerana sebagai kerabat diraja beliau sememangnya tidak pernah membawa wang tunai.

Pada mulanya, William, 28, menafikan beliau adalah pewaris takhta Britain itu walaupun kehadirannya ditemani sekumpulan pengawal keselamatan.

Bagaimanapun, penyamarannya terbongkar apabila beliau terpaksa meminta teman wanitanya, Kate Middleton melunaskan bayaran piza dan kentang goreng dipesannya yang dibuat menerusi kad kredit platinum milik Kate.

Pembantu kedai, Sioned Compton menyedari kehadiran putera itu sebaik beliau ingin membuat pembayaran lantas menjerit kegembiraan, Oh Tuhan, anda Putera William, bukan? Bagaimanapun, William hanya menundukkan kepalanya sambil menjawab, Tidak, saya bukan Putera William.

Malu dengan tindakan serkap jarangnya, pembantu kedai berusia 22 tahun itu kemudian tidak membesarkan hal berkenaan.

William berbelanja piza peperoni sejuk beku, sebungkus kentang goreng sejuk beku, sekotak salad sejuk, sebungkus daun salad, sebotol jus oren dan dua botol air dengan kesemuanya berharga 12.60 (RM62).

Apabila Sioned memberitahu pelanggannya jumlah bayaran perlu dibuat, putera terbabit baru menyedari, seperti neneknya, beliau tidak pernah membawa wang tunai.

William lantas meminta Kate membayar harga barang berkenaan.

Kate yang juga tidak membawa wang tunai kemudian membuat bayaran menggunakan kad kreditnya.

Insiden hujung minggu lalu itu yang terpapar menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pasar mini berkenaan bukan percubaan pertama William menyembunyikan identitinya. – Agensi

Sumber: SINI.




P/S: Rasa macam nak gigit bucu laptop kuat-kuat.Ni jenis semua dah disediakan dari bayi sampai tua nih,Dasat...

Cikgu Kamal Yang Hensem

Tengah hari tu,Cikgu Kamal berjalan dengan tenang menuju ke arah kelas 1 Strawberry.Kelas Bahasa memang mudah.Ajar pulak budak-budak darjah satu.Selalunya bukan nak ajar sangat,banyak melayan kerenah budak-budak.

Ada yang muka merah-merah nak balik sebab rindu kat mak.Ada yang terketar-ketar tahan nak berak sebab takut pegi tandas.Ada jugak budak yang buas tahap masyaallah.Namun semua itu sudah menjadi kebiasaan bagi Cikgu Kamal.

"Bangunnn....Assalamualaikum cikguuuu...." laung ketua kelas yang pakai kopiah terbalik sambil diikuti dengan murid-murid yang lain.
"Waalaikummussalam..duduk semua." balas Cikgu Kamal.

"Hari ni,cikgu nak tanya,sapa yang sayang mak ayah? Kalau sayang,angkat tangan." Cikgu Kamal mulakan kelasnya dengan penuh psikologi.Biar budak-budak semua rasa selesa.Bijak betul Cikgu Kamal ni.Macam arnab.

"Ha,Jamilah,kenapa kamu sayang mak dan ayah kamu?" soal Cikgu Kamal penuh dedikasi.
"Mak ayah saya selalu belanja saya makan aiskrim." ringkas.Jawapan yang memang patut keluar dari mulut seorang pelajar darjah satu yang tembam.

"Ha,kamu pulak? Kenapa sayang mak ayah kamu?" soal Cikgu Kamal sambil menunjukkan jari ke arah Sidik yang sibuk bermain pengasah pensel.
"Er...sebab saya sayang lah.Saya paling sayang ibu saya.Sebab walaupun ibu saya ada ketumbuhan,dia selalu masak sedap-sedap untuk kami sekeluarga.Selalu basuh baju saya." jujur jawapan yang keluar dari mulut Sidik.Mukanya bersih.Suci.

"Ketumbuhan?" soal Cikgu Kamal semula.
"Ya cikgu.Kadang-kadang ibu saya mudah penat.Kesian ibu saya cikgu." balas Sidik.

"Baiklah.Terima kasih.Mari kita sambung pembelajaran kita." ujar Cikgu Kamal.Kelas berjalan seperti biasa.Namun hati Cikgu Kamal asyik memikirkan kesusahan yang menimpa keluarga anak muridnya.Dia mesti melakukan sesuatu.

Kelas bahasa tamat.Loceng pulang berbunyi.Murid-murid tanpa dipaksa sudah siap beratur di pintu kelas untuk berbaris.Berdisplin betul.Setelah memberikan ucapan terima kasih,mereka berlari-lari keluar dari kelas dengan bahagia.Bebas macam burung.Rama-rama berterbangan.Ultraman bersimpang siur.

"Sidik,jom cikgu hantar kamu.Boleh cikgu melawat ibu kamu." ujar Cikgu Kamal sambil berjalan di sebelah Sidik.Bersemangat betul dia nak bergaul dengan masyarakat.Maklumlah,cikgu muda yang baru berpindah.Imej kena baik.Lagipun,kalau ada kesusahan,sekurang-kurangnya dia boleh buat aduan kepada pihak sekolah.Mungkin membuat kutipan derma.
"Baik cikgu."jawab Sidik sambil disertai dengan senyuman.Balik naik kereta.Tak payah jalan kaki.Mestilah seronok.



********


"Ni apa susahkan cikgu ni Sidik.Kan boleh berjalan balik.Dekat ja kan rumah dengan sekolah." ngomel Kak Saodah,ibu kepada Sidik dengan termengah-mengah sambil membuka pintu pagar.Dari wajahnya,nampak pucat.Badannya juga nampak lemah.
"Ha..ni la ibu saya cikgu.Tengok perut ibu saya.Besar kan ketumbuhan ni? Ibu selalu cakap penat.Kesian ibu saya.Sebab tu saya sayang ibu saya.Ketumbuhan ni semakin lama semakin besar cikgu.Dulu kecik ja." laju Sidik berbicara.Macam bertih jagung.Mukanya berseri-seri.

Cikgu Kamal memandang dengan sayu perut Kak Saodah yang sedang sarat mengandung.






Kak Saodah gigit pagar besi.

Cikgu Kamal gigit kunci kereta.

Geram.

Monday, June 28, 2010

Yaakob yang gagah.

"Aku menyesal Jan." ujar Yaakob termengah-mengah sambil berlari.
"Apa kau merepek ni Kob.Ko baru ja selamatkan aku." balas Marjan.Dia juga termengah-mengah.

"Itu aku tahu." Yaakob bersuara kembali.
"Habis tu,apa yang kau sesalkan?" soal Marjan semula.

Yaakob tidak menjawab.Matanya liar memandang sekeliling.Hutan yang mereka lalui sangat tebal.Semakin menghampiri kawasan rumah mereka,Yaakob semakin rasa tidak selesa.

"Kalau la aku siap dengan pakaian yang sesuai tadi.Mesti tak jadi macam ni kan." ujar Yaakob sambil berlari-lari.Marjan yang sedang berlari-lari tadi secara tiba-tiba rasa nak tergelak.Namun ditahannya.Risau pulak nanti sahabatnya tadi kecil hati.Lagipun sahabatnya tadi baru sahaja menyelamatkan dia dari diserang harimau ketika memancing di tepi sungai dalam bukit tadi.





"Dah tau kau tu jenis boleh bertukar jadi serigala besar-besar sampai semua pakaian boleh koyak rabak,pakai la seluar getah.Tak pun bawak la seluar spare.Bawak-bawak la belajar dari Incredible Hulk kat US nun." balas Marjan juga sambil berlari.
"Nanti bila bertukar jadi serigala,nampak kelakar pulak ada seluar getah.Macam sarkis.Sia-sia je kena gelak nanti." balas Yaakob.

"Dah tu,bila ko bertukar jadi manusia balik macam ni,lagi la nampak gampang bila lari-lari sambil tutup celah paha dengan daun.Macam monyet." balas Marjan tanpa berlapik lagi.






Sambil berlari...Yaakob termenung jauh.

Dilema.

Zul Khamis dan rakan-rakan.

"Betul ni Zul? Ko pasti?" soal rakannya yang mengikuti taklimat sebentar tadi.
"Betul..semua dah cover.Baik punya." balas Zul dengan gaya mastermind.Hampir nak sama dengan aksi-aksi Jej Keloni dalam Oceans Thirteen.

"Kita nak rompak bank ni.Bukan nak rompak gerai pisang goreng." balas rakannya lagi.
"Aku tau.Pasal polis,tak payah risau.Kali ni aku betul-betul yakin kita selamat." balas Zul lagi.

"Apa yang buat ko yakin sangat?"
"Sebelum ni polis tak ada masalah.Semua aku boleh handle."

"Habis tu? Kalau dah tak takut polis,apahal kali ni terlebih yakin pulak?" soal rakannya lagi.
"Sebab cicakman dah kena tangkap." balas Zul dengan penuh yakin.







Malam tu,Zul Khamis dipijak-pijak secara berjamaah.

Tak Guna! Berjurai air mata aku - 5



Letih aku gelak tengok jerung tu.Apa ke lembab sangat si Robin ni.Terkial-kial turun tangga.Dah nak sampai kat Batman boleh buat aksi gymnastik lagi.Hahaha..

Oh..jerung itu meletup.

Cerita Jerman Lawan England.

"Aku lari bogel kalau Jerman menang." kata seorang housemate aku yang sokong england semalam sebelum game bermula.

Begitulah bola.Kadang-kadang memudaratkan.






Hahaha...Tak kira.Aku tunggu.

Ladang Tembikai Cina Ba

Lokasi: Kampung Smallville
Tahun: 1994

Pada satu petang,Pak Tam (nama membe aku sebab dia gelap) mencadangkan kami pergi ke Ladang Tembikai Cina Ba.Gila panjang nama tempat tu.Jadi aku singkatkan jadi LTCB.

Aku yang pada masa tersebut sedang bergaya macho atas basikal BMX a.k.a Airworlf mula memberikan perhatian.Memandangkan tembikai adalah antara buah kegemaran aku,kelenjar-kelenjar air liur mula nakal merembes air liur.Susah jugak nak cover.Sampai kena lap mulut.

Pak Tam tersengih-sengih.

"Jom la..cina Ba nak buang semua tembikai tu.Nak ganti tanam pokok tembakau.Dia suruh orang semua amik.Free ja." ujar Pak Tam.Mukanya berkilat dipanahi terik mentari.Panas-panas memang sedap pekena tembikai.

"Betul ke ni Pak Tam."
"Iyaa...betulllll !! Jom la!"

Dipendekkan cerita,kami membentuk satu kumpulan seramai 5 orang.Setelah menghidupkan alarm basikal,aku dan rakan-rakan berjalan kaki menuju ke LTCB.Sambil berjalan,aku mula terbayang buah tembikai yang manis dan berair bila dikunyah.

Aku tersenyum sendiri.

Akhirnya,setelah 10 minit meredah hutan,jerangkap samar,terserempak dengan Jacob sang serigala yang sesat dan tak boleh bertukar kepada manusia sebab seluar semua dah koyak serta beberapa halangan lain,kami akhirnya tiba di pinggir pagar LTCB.Ladangnya luas yarabbi.Buah tembikai bergelimpangan.Seluas mata memandang.Mata kami berlima bulat.Air liur berjurai keluar.

Terpesona.Terpana.Semua perasaan bercampur baur.

Tanpa membuang masa,kami berlima masuk celah-celah dawai pagar dan menerkam buah tembikai dengan rakus.Aku mengambil sebiji tembikai yang saiz dia kecil sikit dan tanpa membuang masa,aku karate buah tu dengan ibu jari sampai terbelah dua.Muka tersenyum.Aku pandang ke sebelah,kelihatan sorang membe aku dah benamkan mukanya dalam buah tembikai.Gila.

Aku duduk makan dengan sopan.Makan free.

Dah puas sebiji,mata aku melilau pulak cari sebiji lagi.Masa tu mata dah rambang.Banyak gila tembikai.Sekali tengok,dah macam pesta tembikai.Dua kali tengok,macam monyet-monyet menceroboh kebun pun ada.Seronok betul.Kalau sepah-sepah macam ni kat rumah,dah kena bedal dengan akak aku dah.Soheh.

"Woiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!" tiba-tiba bunyi satu suara yang keluar dari sebuah pondok.

Kelihatan seorang lelaki berlari-lari ke arah kami.Di tangannya ada senapang.Aku tengok Pak Tam dah berterabur lari.Masa lari tu,aku tengok kat tangan dia ada beberapa biji tembikai.Tak guna.Sempat lagi tu.Aku pun,segan jugak nak buang masa ni.Malas nak kutip balik kalau buang.Jadi aku pun lari jugak la.

Masing-masing berterabur lari melompat pagar.Kalau Jacob sang serigala tadi tengok mesti dia kagum sambil bertepuk tangan.Setelah berjaya dalam acara lompat pagar,kami berlari laju-laju menuju ke tempat selamat.

"Aku ingat boleh amik free..hahahaha.." gelak Pak Tam sambil kami berlari meninggalkan LTCB.Rasa macam nak terajang kepala dia masa tu.Tapi memandangkan kaki aku sibuk berlari masa tu,aku batalkan niat nak terajang.Pelik jugak terajang masa berlari,kang tergolek sia-sia ja.Nyaris jugak tak terkena peluru penabur tadi.







Petang tu,berlatarkan belakang sungai di belakang masjid,kami berlima mengunyah tembikai Ladang Cina Ba sambil mengalirkan air mata kenikmatan.

Seperti biasa,angin sepoi-sepoi bahasa.Burung-burung berkicauan.Ultraman berterbangan di sana sini.

Sempurna.

Bahagia.

PS 13

"Jamil...kenapa you lambat servis I kali ni.Dah lebih 1 ribu km tau."
"Ala..sori-sori.Aku bizi sket."

"Bawak kereta sana sini,servis malas."
"Ala,kalau ikut jadual 30k baru servis.Ni tak sampai lagi.Takpe lah...besok kita pegi SC yang dekat sini ye."

"Tak nak!"
"Aik..napa pulak?"

"Tak nak,tak nak la.Pegi yang kat Serdang tu.Tempat biasa.Tak nak SC yang lain."
"Kenapa?"

"Mekanik kat sana hensem-hensem.Hik hik hik...."







"Bedebah!"

Friday, June 25, 2010

Diktator.

"Diktator....diktator...Jenis permainan di antara kau dan aku ini.."
"Bukan diktator lah!"

"Habis tu?"
"Tic Tac Toe."

Kecoq Ayaq Liuq. =) =} => =*









Oh..terima kasih sekali lagi kepada Syaz.Tokan email terbaik.

AWAS bila menaiki teksi ! Sila baca.

Air purifier in Malaysian Taxis

"No matter the taxi driver is Chinese, Malay or Indian, PLEASE BE AWARE! If
you notice that there is a sound of spray of perfume or air purifier inside
the taxi, PLEASE GET DOWN from the TAXI IMMEDIATELY!!

It just happened to me just now. It was about 12.45 am . I got into a taxi
driven by a Malay man. I was in the taxi for a few minutes when I suddenly
heard a sound of a spray and there was a smell like an air purifier. I
wondered why the driver put two types of air purifiers in his taxi. The
smell immediately reminded me about this forwarded email that I read. I
started to be aware of my surroundings. But the puff of the purifier kept
appearing every few minutes. I was very worried and scared.

Gradually, I sensed that my body started to feel weaker and weaker. The
purifier kept puffing from the back seat, just right behind me. As I really
felt my whole body weaken, I asked the driver to let me get down at the
side road. But he kept trying to talk to me and ask me why not dropping me
off at my destination. I think he was trying to drag the time. To my
horror, I felt both of my hands and legs got numb with no energy: I almost
could not move. When I talked to the driver, I could not even speak
properly, not to say to shout for help, 'cos I was really too weak...
Immediately, at a traffic light I opened the door, jumped out and ran to a
passer-by for help.

I really thank God for saving me. If not, I really can't imagine what would
have happened to me. I am traumatised by this incident. This is TRUE case.
Please do keep in mind! IT IS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY!

I feel the need to share with you guys, no matter you are men or women 'cos
it is NOT a LIE , not a made-up story. It really happened. Do let your
friends, family members and relatives know about this case. I believe you
are just like me, don't wish anybody to be the victim of this case. "Please
be aware when aboard to a taxi, especially the ladies."

I received an email some months ago about a lady getting into a cab who
felt uneasy and become faint when she smelt something like incense being
burnt. She was smart enough to order the taxi to stop immediately and after
throwing some money at the taxi man quickly get out of the taxi. She later
got to know that if she had not stopped the taxi and gotten out, she would
have fainted and raped by the taxi man (or a gang of rapists)!

After reading this, I thought maybe this was one of those emails that you
would read and just forget about it, but I was wrong! Few weeks ago, a
visitor to our Chinese church who stayed in Puchong got into a taxi driven
by an Indian man. When she sat into the taxi, there was a little burner and
she could smell incense burning in the taxi. After awhile, she felt weak
and unable to speak or shout. The Indian taxi man drove to a lonely road
where there was hardly anyone and raped her. Before she was completely
knocked out, she was told by the taxi guy that she was his number six
victim. She was not only raped but also robbed!

When she was conscious again, she quickly went to see a doctor. The sad
thing is, the doctor knew she was raped but did not advise her what to do.
The doctor just let her make the decision to make or not to make a police
report. Since she does not know the rapist name and also the taxi number
and in great fear after this trauma, she told the doctor that she would not
dare to report to the police. The doctor said since she dare not make the
report, he would just have to destroy the medical report!

Because the rapist took her whole bag with her IC in it, he got her address
and even has the guts to come straight to her house and try to be funny
with her.

Please remember not to get into a taxi that smells funny and if possible
don't get into a taxi alone, and if you have to do so, give a call or sms
back to your friends or relatives and let them know the taxi registration
number and if possible, the name of the taxi man.

AND OPEN THE WINDOW!


Gals... please take note and...

Guys... please forward to your female friends..."




P/S:Tak salah berhati-hati.Oh ya,sapa nak copy entry ni,copy je.Sebarkan.Lagi ramai sebarkan,lagi bagus. =)

Thanx Syaz untuk email kamu. =)


Thursday, June 24, 2010

Notis Kepada Pemenang pelawat 100k yang lepas.

Ok..kepada:

1.Nirwana Ajirul (http://oneare.blogspot.com)
2.Muhammad Safwan Syafiq (http://potpetport.blogspot.com)
3.Nabihah (seperti rajah di bawah,aku pun tak tau mana tuan gambar.Hik Hik Hik.)



Kepada hangpa bertiga..bukan..bukan depa bertiga dalam gambar tu.Maksud aku,depa bertiga yang aku tulis nama kat atas.Aku minta maaf ye sebab lambat pos hadiah.Terlalu bizi.Okeh,wiken ni,aku pos.Hadiah semua dah ready.Insyaallah,minggu depan dapat lah kot.Jangan risau.Bila Jamil janji,mesti jadi lah.Insyaallah.=)

Terima kasih sudi melepak dalam hapacrita dan join sukaneka yang aku buat. =)

PS:Yang lagi dua orang tu,kalau nak letak gambar jugak,bagi gambar.Kang aku letak.Tak payah nak segan-segan,bukan selalu aku nak buat peel cam gini.Mana tau,ada orang usha muka hangpa,terus dapat jodoh ka kat sini.Kalau dapat jodoh,aku nak 1% dari jumlah duit hantaran korang.Hahaha..ok..aku dah mula merepek-repek.

Tapi kalau segan jugak tu,tak apa lah.Hahaha..

Ehem...ada yang dah jatuh hati ka?

Hik hik hik..

Wednesday, June 23, 2010

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 6


-Dah tengok banyak kali,masih boleh berdekah dan kagum dengan cerita ni.Aku suka mamat dalam gambar tu.Filem dia berlakon semua unik.-


-Menolong Abg Raymond a.k.a Abg Ray pilih baju.-


-Masih menolong Abg Raymond a.k.a Abg Ray pilih pelapik kaki untuk berjalan-jalan.-


-Masuk karaoke.Tapi haram sepatah aku tak nyanyi.Seronok tgk orang nyanyi ja.-


-Terjumpa budak perempuan berkasut Supra di Alamanda adalah sangat rare.-


-Wooo...penutup badan yang satu ni memang sedap.Harga pun sedap.Mau 3-4 bulan jugak kena kumpul duit ni.Dengar cerita,orang-orang bunian ja pakai baju ni.Patut la nama pun Bonia.-


-Laptop kat rumah sedang download cerita A-Team.Tuan laptop pulak ada kat wayang layan A-Team.Hebat kan? Oh ya,cerita ni aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang.Terbaik.Tolak 0.5 bintang sebab ada sesetengah part buat aku rasa tak logik.Ok..filem ini sangat kelakar dan cool.Rekemended! -


Tuesday, June 22, 2010

Speechless...


Tak muak ke mengadap 187 pages dalam 2 jam?

-Terima kasih.-


Kalau kamu gembira,aku tumpang gembira.

Babai..ai wan go hom.

Lagu ini sangat LOL !!



Aku stuju dengan lirik dia.Kelakar.hahaha..

"Walk away in slow motion.."

Hahaha..

Orang yang sama terlibat dalam vklip gampang yang ni.

Jamil dan kafe setempat.


-Pertama kali jumpa ikan sardin masak lemak.Rare.-


Tortila ni,slack dia kat isi kandungan ja.Dia tak guna isi ayam ketul2 macam kfc.Kaciwa kat situ.Dalam menu letak gambar isi ayam ketul2...ni pakai ayam sandwich.


Sirloin steak.Terbaik.Lembut.Cuma pedas black pepper.



Kafe dekat rumah aku sekarang ni,banyak yang masak sedap-sedap.Aku suka.

Hati-hati dengan Facebook

Aku tak gigih sangat melayan Facebook.Cuba baca kat SINI.

Hati-hati ye bila guna. =)

Portugal VS Perak


Kuat jugak Perak ni rupanya.Sampai jugak ke World Cup.

Ha..kejor yop..kejo...


Dilema Halim

Halim menghentikan keretanya di tepi jalan.Dia keluar dari keretanya,dan berjalan dengan lemah menuju ke atas bukit berdekatan.Mukanya penuh dengan penyesalan.

Kakinya melangkah lesu.Bila tiba di puncak bukit,Halim duduk dan memerhatikan pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur di hadapannya.Fikirannya bercelaru.Serabut.Kalau dia berhati-hati tadi,mungkin dia tidak perlu risau macam sekarang.

Nasi sudah menjadi bubur.

Tapi,kalau bubur nasi tu letak ayam,sedap jugak melayan waktu hujan.Tambah pulak bilis goreng yang rangup.Pekena sekali dengan kopi panas pulak.Memang sedap.

Ok..berbalik kepada cerita tadi.

"Jangan melawan.Serahkan kunci kereta dan semua duit ko." ujar satu suara di belakang Halim.Di pinggangnya ada sebilah pisau sedang diacukan.Kelihatan ada seorang lelaki sedang cuba merompak Halim.Mukanya serius.

"Beb..aku baru ja curi kereta tu.Aku baru ja lepas lari dari polis.Kena kejar tadi.Aku dah menyesal gila sekarang.Ko ada port sembunyi tak? Kalau ada,aku bagi sikit duit hasil jual kereta tu nanti.Aku takda duit dah ni." balas Halim bersahaja sambil membuka walletnya yang ada rm5.

"Celaka,penjenayah jugak ko ni rupanya.Ah..pegi mati la aku nak tolong.Pandai-pandai la ko nak idup.Tak nak aku terjebak.Kang tak pasal-pasal polis pun cari aku.Rekod aku pun dah bersepah dengan polis.Menyesal aku singgah sini.Tak pasal-pasal polis datang sini aku pun kena." panjang ngomel perompak tadi sambil blah dari situ laju-laju.

Halim mengeluh.Matanya kembali memandang ke arah bandaraya Kuala Lumpur.Hatinya kembali resah memikirkan masalah yang dihadapinya.

"Macam mana la aku boleh terbayar dua kali ansuran kereta bulan ni.Kenapa la aku gatal tangan sangat pegi masukkan sekali lagi tadi.Aku nak makan apa bulan ni.Macam mana la aku boleh terlupa aku dah bayar online semalam.Arghhh...." Halim mengomel sendirian.Kepalanya mencongak-congak baki duit dalam akaun banknya.










Di bawah bukit,kelihatan perompak tadi terkial-kial melarikan diri dengan motorsikalnya.Risau betul kalau terjumpa dengan polis.

Mukanya betul-betul cemas.

Monday, June 21, 2010

Sedap sampai bergenang air mata.



Sudah 6 tahun aku mengikuti perjalanan seni mereka.

Ya...MUSE tidak pernah menghampakan aku.

Tidak pernah sekali pun.

Tak pernah.




Pure Genius.

Hari Bapa untuk Leman

"Man....happy fathers day.." ujar Karim sambil hembus asap rokok.
"Celah-celah mana aku ada anak.Kawin pun belum.Buang tebiat ke apa ko ni Karim." balas Leman sambil pekena nasi lemak.

"Ala...salah ke aku ucap selamat hari bapa kat golongan bapak ayam macam ko ni." balas Karim bersahaja.Masih lagi menghembuskan asap rokok.

Suapan nasi lemak Leman terhenti.Leman memandang jauh ke arah puncak KLCC.








Perasaan nak peluk lambung-lambung baby mula menyelinap dalam hatinya.

Saturday, June 19, 2010

Sedang bersabar dan bertabah.



Hik hik hik...lagi 4 jam. =}

Oh..indahnya cuti.

Oh ya..dah siap nanti kita tgk sama-sama ye.Tilam ni luas lagi ni.Jangan rebut-rebut.Jangan lupa bawak cokodok.Boleh kunyah-kunyah sambil tengok muvi.Pokkon tak mau.Tak suka.Tak sedap.Manis sangat.


Friday, June 18, 2010

Persamaan dulu dan sekarang.

Dulu tangguh kerja sekolah.

Sekarang tangguh balas komen.

Lenguh jugak membalas komen secara pukal.Tapi aku seronok.Terima kasih.Singgah lagi.

(^__________^)

PS: Oh ya..kalau korang komen entry yang lama-lama tu..kalau boleh..kalau boleh lah..letak tarikh entry tu.Bukan apa,kadang-kadang bila aku nak approve comment...aku tak tau korang komen kat entry mana. =) contoh tarikh : 10/10/2010 pun da ok.Orait? Kalau korang nak lah.Kalau tak nak tak apa.=)

............................



Sejak dari dulu....aku sangat suka lagu ni.

Thursday, June 17, 2010

Sepetang di Tol Rawang

Setelah ambil abang aku dan family dia kat LCCT,aku memandu dengan tenang kat highway.Seperti biasa,PS meluncur tenang dengan kelajuan 500km/j.

Di sebelah kiri aku kelihatan superman sedang bersusah payah cuba memotong aku.Aku geleng-geleng kepala.Dengki betul perangai.Tak senonoh.Dah la pakaian pun tak senonoh.Terus jadi tak senonoh kuasa dua.

Aku biarkan superman tadi dengan usahanya.

Pemanduan cemerlang diteruskan hingga tiba di tol Rawang.Selaku pemandu yang berpengalaman membayar ufti tol,aku dengan tenang mencapai tiket tol.Aku buka wallet dengan bersahaja.Bersedia sambil menunggu kereta di hadapan selesai membayar.Menyesal jugak tak topap kat 'sentuh dan pegi'.Kalau ada kad tu,boleh jugak siap cepat.

Bukan..kad sentuh dan pergi tu bukan digunakan untuk sentuh akak-akak tol ye.Bukan.Jangan salah faham.

Kereta di hadapan berlalu pergi.Aku buka cermin tingkap dengan bergaya.Free gear.Hulurkan tiket dan mata buat-buat pandang ke depan nak tengok berapa nilai yang kena bayar.Baru macho macam terminator.Terminator ya.Bukan predator.

"Ni tiket apa niiiiii !!!!" jerit akak kaunter tadi.










Benci kan kalau tersalah bagi tiket parking kereta kat akak tol...kecoh jadinya..

Susah tau nak cari tiket tol yang terselit kat tempat lain sambil buat muka gaya tak bersalah.

Hey...I tak salah tau.

Luahan hati Jamil




Ye lah..meleret-leret dengan kelajuan 50km/j lorong kanan jalan 3 lane.....nak jadi apa?

Nak santai pegi pantai.

Antara Jamil,sate dan Haji Samuri.


Menu Alakad? Hehehehehehehehehe....


Ayam dengan rusa.Amik 5 batang je rusa tu.Tak pernah rasa sate rusa.Kenapa perkataan 'rasa' dan 'rusa' buat aku hampir keliru?


Fuh....


15 Cucuk aja? Kata hebat sangat.


Oh ya,Sate rusa (lidi ada warna hijau) tu,not bad.Cuma liat sikit. =)

Memperkenalkan...Crab Man.


Hai..saya Crab Man.Sebut betul-betul.Crab Man.Bukan crap man ye.Nanti saya sepit baru tau.Saya berasal dari Sabah.Abang Jamil pergi bercuti kat sana,jadi abang dia belikan saya untuk Jamil sebagai cenderahati.Ok....Selamat berkenalan (cakap sambil lambai-lambai sepit).


Alamak..jamil dah patahkan kaki saya.help...help.....help.....




Aku geleng-geleng kepala.Tak sengaja lah! Nanti aku gamkan balik.Kan kaki ada banyak tu.Pakai je dulu mana yang ada.

Gay,Lesbian hantar tuntutan?

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneliti memorandum dihantar golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang mendakwa hak mereka dicabul selepas beberapa artikel membabitkan kegiatan mereka didedahkan media.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, memorandum mengenai diskriminasi golongan LGBT itu diserahkan kepada pihaknya, Khamis lalu. “Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat keputusan segera kerana kajian teliti perlu dijalankan dan ia akan mengambil masa yang lama. “Ini kerana Suhakam menekankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kepekaan moral dan budaya masyarakat juga harus dititik berat sebelum keputusan dibuat bagi menentukan hak golongan LGBT,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat pertama selepas dilantik di pejabatnya, di sini, semalam.

Dalam majlis itu, beliau turut memperkenalkan tujuh pesuruhjaya baru untuk sesi 2010-2013 di pejabatnya, di sini, semalam. Beliau berkata, ia tidak bermakna Suhakam tidak mengambil perhatian dan tetap meneliti hal berkenaan. “Suhakam akan terus melindungi hak semua individu tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum ini, golongan LGBT tidak berpuas hati apabila pelbagai media banyak memaparkan mengenai golongan itu yang semakin berleluasa di beberapa tempat di negara ini.

Dalam memorandum itu, golongan berkenaan marah dengan penggunaan ayat seperti songsang, lucah dan jijik dalam artikel dikeluarkan media dan mendakwa melanggar hak mereka.

Sumber: SINI


Humm...marah ye...tak puas hati ye.Aku rasa,kalau dapat kesan kaum ni,elok letak ja kat pulau Jerejak nu ha....biar tenggelam pulau tu.Baru ada akai.Apakejadah tak malu betul.Nak jugak aku tengok siapa yang hantar tuntutan tu.

Dah macam zaman Nabi Luth.Tak normal.

Faking la.

Wednesday, June 16, 2010

Berdekah sorang-sorang - 2



Cadangnya nak cantum dengan muka lisa surihani.Keh keh keh.

Nak jugak? Ha..KLIK SINI.

Tuesday, June 15, 2010

Berdekah sorang-sorang.

Ok...tadapapa..haha..

Sesi mengganggu kucing mengawan.


Kelihatan sepasang kekasih kucing sedang berjalan-jalan.


Aku berjaya menggoda kucing betina.Kucing jantan memandang dengan penuh amarah.


Kucing jantan frust.Tak rela melihat lagi.


Terus lupakan pakwe.Bedebah.


Si jantan menunggu dengan tabah.Aku bersimpati.Aku lepaskan awek dia.


Si jantan memulakan langkah.


Sesi foreplay bermula.Aksi panjat-panjat aku tak amik.Masa depa tengah nak panjat-panjat tu..aku sergah kuat-kuat.


Lepas kena sergah...masing-masing tanpa membuang masa terus berpura-pura tidur nak cover malu.


PS: Lama jugak la depa buat-buat tido tu.Macam haram.Cerdik.hahaha...

Benda-benda yang tak patut dilihat.



Speechless......

Kenduri-Kendara 2


Pinggan pertama.Nasi minyak.Ada 8 jenis lauk dalam pinggan tu tak silap aku.Isi kandungan dalam pinggan ni...Nasi minyak..Ayam goreng,kari kambing,kari lembu,masak lemak pisang,acar buah,acar timun,ikan masin,sayur campur.


Pinggan kedua.Disebabkan tuan kenduri buat dua jenis nasi,iaitu nasi minyak dan nasi daging,maka wajib bagi aku untuk masuk pinggan ke-2.Isi kandungan dalam pinggan ni pulak...Nasi daging,ayam goreng,acar buah,masak lemak pisang,kari kambing,daging rebus.


Aku susah sikit nk puji lauk kenduri ni.Tapi kali ni,aku bagi 6 bintang daripada 5 bintang.Memang sedap terlampau.Semua menda cukup rasa.Rasa nak bangun bagi tabik jugak kat makcik-makcik yang memasak kat dalam dewan.Tapi aku segan.Kang makcik tu semua berebut pulak nak buat aku menantu.Kan dah mencari masalah di situ.Jadi aku biarkan niat aku terhenti di situ.

Ok..mari kita buat ulasan pasal lauk di atas.

Nasi minyak yang disediakan memang aaaasseemm.Selalu kalau aku makan nasi minyak,aku mudah rasa cepat loya.Tidak kali ini.Bau minyaknya tidak kuat.Sesedap rasa.Nasinya gebu.Hangat-hangat sedap.Bila digenggam,rasa macam menggengam tangan si bidadari.Lembut dan hangat.Sangat mengghairahkan.

Nasi dagingnya pula memang marbeles.Rasa dagingnya menyelinap dengan baik di setiap penjuru biji nasi.Kalau pejam mata pun dah tau rasa dia nasi daging(gila gampang statement).Bila disuap,kadang-kadang ada ketulan daging kecil di dalam nasi tersebut.Satu unsur 'surprise' dari makcik tukang masak yang aku suka.Bila terjumpa boleh kata dalam hati "eh eh..ada daging'...see? pandai kan makcik tu buat kejutan.I like..i like... (Jamil..behave...behave..)

Rasa kari yang dimasak tu pula,bila aku masukkan ke dalam mulut,terus memori aku berkenaan kedai mamak hilang dibawa angin.Tiada lagi irama bollywood mahupun irama banglawood.Kalau ada effect penari bollywood tengah menari ramai-ramai masa tu,aku rasa,terus digantikan dengan tarian melayu makcik-makcik tukang masak.Ya,yang ada dalam fikiran aku pada masa tu hanya rasa kari tulen citarasa malaysia.Daging kambingnya tidak terlalu kuat bau.Sesedap rasa.Begitu juga rasa daging lembu.Semuanya segar.Rasa macam aku tengah gigit peha kiri lembu yang sedang ragut rumput ja masa tu.

Putik pisang masak lemak yang dimasak pada hari tersebut memang badabom.Lembut bak sutera bila ditekan dengan lidah.Tak perlu dikunyah.Namun tekstur pisang masih pejal.Satu kombinasi yang mengancam.Pasti memerlukan kepakaran yang tinggi dalam aspek timing dari makcik-makcik dapur.Aku rasa,diorang ni memang terer dalam timing.Nak masak kat rumah lagi,jaga anak lagi,pegi pasar lagi,sesi sembang tingkap lagi.Aku rasa,tiada masalah di situ bagi golongan ini.Tabik.

Acar buah juga menarik.Aku boleh gigit kulit limau dalam acar tu tanpa rasa pahit.Satu penyediaan limau yang teliti.Nampaknya getah dalam kulit limau telah dibuang dengan berjaya.Satu tepukan di situ.Kalau kat kampung dulu,mau beberapa malam limau tu direndam dalam air.Selalunya 1 malam.

Ayam goreng yang super simple tapi sangat mengghairahkan juga amat kena dengan nasi.Ayam ni tak terlalu masin,tak terlalu tawar.Just nice orang kata.Kunyitnya pun secukup rasa.Bila digigit,rasa ayam masih hangat.Tidak terlalu panas,tidak terlalu sejuk.Sekali lagi,just nice orang kata.Tak macam ayam KFC,sekali gigit rasa nak melecur lidah.Geram betul.Rasa nak gigit-gigit ja akak kat kaunter tu.Aummm....

Tidak ketinggalan juga ikan masin yang digoreng rangup.Bila dikunyah,terus dapat rasa kesungguhan pembuat ikan kering tersebut yang gigih berjemur di tengah panas.Bila ditekan dengan jari,habis berderai penuh indah.Rasa yang just nice lagi.

Acar timun juga menarik perhatian.Gabungan bahannya yang basic tapi tepat,memang kena dengan selera aku.Ya,aku jenis suka masakan simple,tapi rasa kena perfect.Singgang ikan contohnya.Tak guna letak bahan mahal-mahal kalau sukatannya macam jebon.Boleh rosak identiti makanan tersebut.Bahan-bahan kena betul. Apa? Contoh? Pernah tengok acar timun campur tempoyak? Tak pernah kan? See?

Begitu juga dengan lauk-pauk lain.Semuanya mesra di dalam mulut aku.Rasa terawang-awang di udara.Rasa begitu tenang.Burung-burung berkicauan.Angin sepoi-sepoi bahasa.Ultraman berterbangan di sana-sini.

Sempurna.


Monday, June 14, 2010

Si Debab


Alololololo....


Alololololo....


Alololololo....


Kuci kuci kuci..


Buat-buat muka comel.


Mula menggedik.


Klimaks.





Macam ni la jadinya kucing kalau kena belaian aku.

Menggeletik tak tentu hala.

Gatal.

Haihhh...

Dialog Masyarakat Marhain 28

"Ko nak pergi mana tu? Bukan main smart."
"Keluar la..cari awek-awek yang berkeliaran?"

"Cari awek-awek yang berkeliaran?"
"Ye lah..."

"Ye lah?..."
"Ye lah..sekarang kan musim bola.Mesti ramai awek-awek terabai.Pakwe sibuk ke bola.Peluang 4 tahun sekali..Keh keh keh..."

Sepetang di Highway

Aku memandu dengan tenang.Nilai jauh lagi.Baru masuk highway da rasa bosan.Disebabkan aku terlalu hensem,banyak juga driver pompuan cuba kenyit-kenyit mata kat aku.Tak kurang jugak ada yang buat-buat nak potong tapi bila sampai sebelah aku terus keluarkan handphone sambil ambil gambar.Teruja barangkali.

Itu tak termasuk lagi penumpang perempuan kereta lain yang tak berkelip bila memandang.Bosan jugak jadi hensem ni rupanya.

Tengah sedap memandu,tiba-tiba hujan turun dengan lebat.Aku lantas menukarkan mode pemanduan daripada santai kepada super santai.Aku bagi signal dan masuk lane paling kiri.PS yang sebentar tadi bergerak pada kelajuan kira-kira 500km/j mula bergerak secara perlahan-lahan.

Hujan lebat.

Di hadapan aku,ada sebuah kereta.Di sebalik libasan wiper kereta,aku nampak ada budak cute kat cermin belakang.Drive sorang-sorang memang bosan.Disebabkan aku suka mengusik orang,aku hampirkan kereta aku dekat sikit.Bila nampak bentuk muka budak tadi,aku mula buat aksi-aksi comel.Lambai-lambai tangan.Senyum-senyum.Selalunya kalau aku usik budak dalam kereta lain,mesti budak tu akan senyum gila.Tak pun gelak-gelak.

Kali ni budak tu tapi tak bagi sebarang reaksi.Demmit.Aku mesti tewaskan jugak budak dalam kereta tu.Aku dekatkan sikit kereta aku.Aku tengok betul-betul muka budak tadi.





Tiada budak.Hanya ada satu patung muka budak comel yang kelihatan.

Benci.

Tempat Lepak Tengok Bola.





Sempena musim bola ni,membe aku ada bukak gerai minum.Sesapa rasa takda tv ka..kabel karan rumah putus ka,takpun malas bersesak kat mamak,boleh lepak chill kat sini.Dekat area Taman Equine.Kalau air tak sedap,marah yang bawak air tu.Muka dia macam P. Ramlee sikit.Nama dia Abg Raymond a.k.a Abg Ray(Dia suruh aku letak nama ni).Hahaha..nak tgk lokasi,klik kat bawah tu.Tempat dia betul2 kat simpang tiga tu.

Kalau jumpa simpang empat,sila tampar diri sendiri dengan bersungguh-sungguh.

Lokasi: KLIK SINI.


PS: Lepak Chill? Rasa macam nak tampar diri sendiri.