Monday, March 8, 2010

Dialog Masyarakat Marhain 23

"Aku tengok Jimah,kau ni,sejak baru beli kereta minggu lepas...awal-awal pagi da sampai tempat kerja." Senah membuka bicara pada tengah hari tersebut ketika makan di kafe pejabat.
"Kenapa pulak?" balas Jimah sambil menyuapkan nasi ke mulut.

"Tak la..awal sangat ko datang.Orang lain pun tak sampai lagi.Kenapa ko gerak awal sangat? Nak kata hantar anak ke sekolah,ko tu kawin pun belum.Lepas tu balik pun lewat petang." soal Senah.
"Ye la..kang kuar lambat,panas pulak.Aku tak suka biarkan kereta aku kena panas.Aku kan baru beli kereta tu.Kena la jaga.Nak pakai lama kereta tu." balas Jimah panjang lebar.

"OOO...kiranya nak lari dari panas la ni eh?"
"Ha'ah....bijak kan aku? Sampai awal pagi,sejuk je lagi.Balik pulak lewat petang,redup ja."



Sepi...



"Ye la,engkau dalam pejabat.Yang sejuknya...engkau.Yang redupnya..engkau.Kereta engkau tu,datang awal pejabat pun..parking tengah panas." bebel Senah sambil menunjukkan ke arah tempat parking kereta yang sedang dipanah terik mentari.

Tersedar.

Jimah memandang jauh ke ufuk langit.Suapan nasinya terhenti.

Nugget KFC

KFC ada keluarkan menu terbarunya.Menu tersebut berupa nugget udang.Ala,yang bila beli dapat mangkuk apajadah tu.

Aku beli nugget tu untuk rasa.Dah bayar segala bagai,aku pun amik seketul dan terus gigit.Lepas aku gigit,aku sangat pasti adunan rempah dia tak balance.Tak ada unsur-unsur harmoni dalam kestabilan rasa rempah.Kena makan dengan sos baru lepas nak telan.Aku hanya makan seketul.Yang belen tu dah tak lepas nak telan.






Kenapa bau dia tengik macam ketiak macha-macha?

Aktiviti Hari Ahad

Disebabkan bosan yang teramat sangat,aku dan hausmet aku pegi Giant Kinrara.

Kat kampung,kalau nak berenang pegi je sungai.Masalahnya,kat taman aku,mana ada sungai.Parit banyak la.Memandangkan Putrajaya ada banyak kolam renang dan tak jauh dari Puncak Jalil,aku jadi teruja.Masalahnya nak mandi kat sana kena pakai pakaian renang.Jadi,itulah tujuannya aku ke Giant.

Memandangkan ni pertama kali aku pakai baju renang,jadi aku cari baju murah dulu.Kalau berenang kat kolam ni best,mungkin aku akan cari baju sedap sikit kot nanti.Tak gamak aku nak beli baju renang harga beratus-ratus.Masa aku cuba dalam bilik persalinan,aku gelak sorang-sorang.Sebijik macam alien.Ketat baiii baju dengan seluar renang ni.Nasib baik selesa.Masa pakai baju ni,tambah pulak sejuk air-cond giant...rasa macam berbogel.

Setel beli baju dan barang-barang lain,aku pulang ke rumah.

Malamnya,lepas maghrib,aku pegi Presint x (rahsia).Kat sana,membe aku yang lain main badminton.Aku lak pegi kolam renang sorang-sorang dulu.Lepas salin pakaian renang,aku terjun ke dalam kolam.Masa tu jam lebih kurang 8.15 malam.Tak lama lepas tu..membe aku datang join.

Kecebur...kecebur....kecebur....

Jam 10 malam.....aku naik dari kolam.Hujan dah turun.Brader jaga kolam pun dah tiup wisel suruh naik.Masa naik dari kolam,penat dia dah macam tahap joging.Berdegup kencang jantung aku.Dahaga jgn cakap.Sekarang...aku dah ada acara wajib.Berenang di Putrajaya seperti memerang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.









Part paling ngilu,masa nak naik dari kolam.Baju melekat kat badan baiii.Jenuh cover.

Gadis-gadis,sila tutup mata.

Proton Vios



Boleh tahan jugak dia punya barai.

-Wartawan New York rasanya ni.-

Sunday, March 7, 2010

Sepetang Bersama Pakcik Teksi

Lokasi: Dalam teksi yang bergerak.
Tahun: 1999 (Form 3)

Petang tu,aku tunggu teksi untuk ke asrama.Setelah menunggu,akhirnya ada sebuah teksi datang.Aku tahan dengan penuh sopan.Selesai masukkan beg dalam bonet teksi,aku bergegas masuk dan duduk atas tempat duduk dalam teksi.Cadang nak duduk atas bonet depan teksi tu.Mesti seronok kalau dapat duduk.Boleh kena angin laju-laju kat muka macam naik feri kat Penang.

Teksi tadi mula bergerak.

Tengah sedap melayan blues,tiba-tiba di hadapan aku ada dua orang budak nak melintas jalan.Dari gaya mereka,nampak takut2.Tiba-tiba sorang dari mereka berlari melintas.Sampai kat tengah-tengah jalan,tiba-tiba dia lari patah balik.Gayat rasanya.

"Lintas ja la.Kalau mati,mak kau buat lain nanti." bebel pakcik pemandu teksi tadi.







Notty kan pakcik teksi tu?

Saturday, March 6, 2010

Cerita Lama yang Dikitar Semula.

Amaran: Cerita ini panjang dan sesuai untuk orang yang mahu berfikir sahaja. =)



DIA hanya duduk memerhatikan di satu sudut.Sudut yang agak tinggi dari mereka yang lain.DIA hanya memerhatikan pihak polis menahan lelaki-lelaki yang menolak barisan pertahanan pihak polis.Masing-masing bergelut.Ada juga lelaki-lelaki berkopiah,berserban,bersongkok.Masing-masing membawakan bendera parti dan fahaman masing-masing dan ada juga wanita yang menyertai mereka....kanak-kanak pun begitu juga.

Pihak polis ada yang menyembur air bercampur bahan kimia bertujuan untuk meleraikan rusuhan yang berlaku.Rasa tidak puas hati di antara beberapa pihak diluahkan di atas jalanan lantaran kehendak yang tidak dipenuhi dan kehendak yang tidak difahami oleh satu pihak yang lain.....iaitu pihak pemerintah.Suasana mula kecoh.Pihak polis yang beragama islam,berbangsa Melayu,berusaha memenuhi tanggungjawab mereka sebagai penjaga keamanan.Manakala pihak yang ramai di jalanan,juga berbangsa melayu,beragama islam,mara dengan bersemangat menuntut hak mereka sebagai rakyat.Semangat mereka dipacu pula oleh ketua mereka yang pandai membangkitkan dan meniupkan kata-kata peransang.

Pihak pemerintah pula menggunakan media sambil memberi peringatan kepada orang ramai supaya bersurai,tapi tidak diendahkan.Kini,giliran pihak pemerintah pula tidak diendahkan selepas mereka tidak mengendahkan permintaan rakyat.Sebagai pemerintah,aktiviti seperti merompak kekayaan negara,tidak amanah,melakukan penipuan di sana sini dan pelbagai kesalahan lain lagi kerap dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Hanya segelintir sahaja yang benar-benar menjalankan tugas dengan amanah.


DIA yang memerhati hanya merenung dengan tenang.


Pihak polis berjaya menyekat kemaraan orang ramai...ada yang dipukul....ada yang terlepas...ada yang dimaki hamun....ada yang diterajang.....dan ada pula polis yang dipukul oleh mereka yang tidak tahan sabar.

DIA mula bangun dari tempat duduknya tadi......DIA berdiri sambil memandang ke arah kelompok manusia yang sedang sibuk dengan dunia mereka.Sibuk menuntut hak masing-masing.Sibuk dengan kepentingan masing-masing.DIA terbang dengan perlahan.Terbang melalui atas kepala-kepala manusia yang sedang terjerit-jerit memaki hamun antara satu sama lain.Sesama mereka yang sebangsa dan seagama.

Semua yang ada di situ terdiam bila menyedari kehadirannya.DIA terus terbang perlahan di atas mereka semua.Mereka yang sejak tadi menjerit-jerit rakus,memukul sana sini mula terdiam.Tergamam.Tiada lagi hiruk pikuk.Suasana sangat sunyi dan DIA berhenti tepat-tepat di pusat rusuhan tersebut lantas mula bersuara.


"Kamu telah diberi peluang selepas dijajah.......kamu mempunyai kuasa untuk memerintah.....namun ramai dari kamu sia-siakannya....hanya segelintir dari kamu yang ikhlas....dan kamu semua lebih sibuk berbalah di sana sini dari cuba untuk memajukan diri kamu sendiri.........sampai di sini sahaja peluang kamu semua........tiada lagi peluang selepas ini........nasib kamu sama seperti bangsa-bangsa lain yang telah aku musnahkan dari muka bumi ini.....dan.....hari ini,inilah takdir kamu.....bangsa Melayu."


Semua terdiam,terpana dan ada yang cuba membaling besi dan beberapa objek berbahaya kepadanya.....semuanya terpantul dan terjatuh kembali.Tidak meninggalkan kesan sedikitpun kepadanya.

DIA terbang semakin tinggi ke udara dan mula melepasi bangunan-bangunan di sekelilingnya.Mereka yang merusuh dan dirusuh tadi mula cemas.Mereka tidak tahu makhluk apakah itu....tiada sesiapa yang tahu.Mukanya kosong,tidak berwajah.Badannya bersinar dan bercahaya....dia bukan seperti manusia!

Mereka yang berani menjerit-jerit dan memukul-mukul tadi mula kecut....ramai yang mula cuba untuk melarikan diri dari pusat bandar......bertempiaran.......namun sudah terlambat.

Cahaya terang mula memancar dari makhluk tadi.Semakin lama semakin terang.Tanpa sebarang amaran,cahaya tadi terus menjunam ke bumi....tepat-tepat ke arah pusat rusuhan tadi.

Tanah mula retak...bumi mula berkocak.....letupan besar mula berlaku......segalanya menjadi debu.Bermula di Kuala Lumpur,letupan mula merebak membuak-buak hingga ke johor dan di utara pula hingga ke Perlis.Selatan Thailand pun turut sama terkena tempiasnya.Akhirnya,tanah besar semenanjung terus tenggelam ke dalam bumi.Negara serantau turut menerima tempiasnya.Tsunami besar telah merosakkan Indonesia,Sabah dan Sarawak.

Suasana bening semula.Tiada lagi hiruk pikuk.Tiada lagi yang kelihatan.Hanya lautan luas terbentang.

DIA mula terbang tinggi dan hilang dari pandangan.




***********1225 Tahun Kemudian***********

"Mengikut cerita...begitu lah kisahnya....ahli sejarah kita terjumpa simbol peradaban di dalam laut...ada bangunan dengan kubah besar...dan ada tugu tertulis perkataan PUTRAJAYA...mereka percaya tu pusat pentadbiran bangsa Melayu dulu...dan juga rekod tentang cerita yang atuk baru cakap tadi.Rekod tu dipercayai ditulis oleh orang yang terselamat dalam kejadian tersebut.Tapi mungkin juga cerita tadi telah diubah suai..maklumlah..dah lama sangat kejadian ni berlaku."

"Ye ke tuk?...betul ke cerita ni?...."

"Betul....tapi dah lama cerita ni terjadi.....dah 1225 tahun dulu.....bangsa Melayu yang ahli sejarah dunia jumpa memang macam tu dulu.Mengikut kajian,asalnya kaum ini sangat bagus..berbudi bahasa...lemah lembut.Namun disebabkan penjajahan,kuasa,wang dan pelbagai sebab lagi mereka mula musnah,hilang jati diri mereka.Keturunan mereka tidak lagi disegani musuh dan lawan.Ahli sejarah cakap Bangsa Melayu pupus sebab dihentam meteorit besar dari angkasa....tapi ada orang cakap menda yang muncul hari tu....dipanggil penghapus bangsa....dia yang memusnahkan bangsa Melayu atas keburukan yang mereka lakukan......mereka berpecah belah,bergaduh sesama sendiri."

"OOOooooooo.......mereka pupus macam masyarakat Atlantis jugak?..."

"Lebih kurang lah nak....cuma Atlantis tu berlaku lagi awal dari Kaum Melayu dan mungkin masyarakat Atlantis pun dimusnahkan oleh benda yang sama."

"Takutnyaa...."

"Jadi......Lily kena belajar pandai-pandai.....jgn rosakkan hati dan minda....jgn jadi macam mereka semua......jadilah seorang yang amanah.....dan hiduplah dengan bermasyarakat....cuba hidup dengan aman damai."

"Baik tuk!"

"Bagussss......" si atuk tersenyum.

Senyumannya tidak lama.Ia kembali resah apabila menonton liputan secara langsung perarakan yang dilakukan oleh bangsanya melalui media.Dia tahu,bangsanya juga mula berpecah belah.

Adakah bangsanya akan menerima nasib yang sama dengan bangsa Melayu?






Sumber: SINI.

Friday, March 5, 2010

Darus

BAMM!!

Darus menghempaskan pintu keretanya kuat-kuat.Dari riak mukanya,nampak kecewa.Marah pun ada.Darus berjalan menuju ke arah meja makan.Di situ,kelihatan sahabat Darus yang bernama Saleh sedang enak menyuap nasi.Darus tarik kerusi dan duduk di sebelah Saleh.Darus order air kat mapley yang datang ambil order.Order air pun marah-marah.

Saleh kehairanan.

"Apa kena ko marah-marah ni?" soal Saleh.
"Bengang aku tadi.Bengang!" balas Darus.

"Apahal?" balas Saleh sambil cubit isi ikan dalam pinggan.
"Tadi ha..ada awek cun.Lepak tepi jalan."

"Habis tu?"
"Aku berenti la depan dia.Ye la,aku kan baru beli kereta tu.Bukan murah kereta aku,BMW baru tu bai."

"Apa jadi lepas kau berenti?"
"Aku keluar dari kereta,tanya nama sapa.Dia tak layan."

"Lagi?"
"Aku ajak dia jalan-jalan dengan kereta aku.Aku nak tolong hantarkan ke mana dia nak pergi,tu pun dia tak nak.Sombong gila."

"Memang la..muka ko pun macam penjenayah."
"Itu tak apa la..yang buat aku hangin lagi,elok aku masuk dalam kereta ja..aku nampak dia layan pulak orang tua yang tegur dia."

"Aik..dengan orang muda cam ko ni dia tak layan?"
"Itu la.Orang tua tu da la itam,gemuk,tak hensem.Aku tengok diorang macam cakap sekejap ja,pastu pompuan tu terus masuk dalam kereta orang tua tu.Itu yang aku bengang.Aku tak tau la minyak apa orang tua tu guna.Pompuan tu cantik dol!"

"Kereta orang tua tu lagi dasat kot dari BMW ko.Dia lagi kaya ka.Mana nak tau kan."
"Haaa...itu yang aku paling bengang!"

"Kenapa?"










"Nak banding dengan BMW aku..orang tua tu bawak iswara ja.Pastu kaler kereta merepek-repek.Warna merah putih.Lepas tu atas bumbung dia pacak banner tulis 'teksi'.Tercabar aku dibuatnya.Apa yang menarik sangat kereta macam tu aku pun tak tau.Gila rendah taste pompuan tu.Harap muka ja cantik."


Saleh suap nasi laju-laju.