Thursday, January 14, 2010

Makmal Kacak 1

Lokasi: Makmal Sains Sekolah Menengah Remaja Genius
Tahun: 1997

"Kringggggg!!!"

Loceng sekolah berbunyi.Waktu rehat sudah habis.Aku ambil buku laporan dalam beg dan berjalan menuju ke makmal sains sekolah dengan tenang.Buku laporan sains yang panjang tu aku pegang macam gaya petani pegang cangkul.Muka setting kacak-kacak.Mana nak tau,kot-kot berselisih dengan mak kepada kancan-kancan(awek-awek cun) yang datang nak bayar yuran sekolah yang tertunggak ke,boleh jugak pikat.Orang kata,kalau dapat pikat mak,senang sket nak pikat anak.Orang kata la.Bukan harimau.Harimau mana ada bayar yuran sekolah.

Tiada mak-mak kancan yang berselisih.Hampa.

Sambil berbual dengan rakan-rakan sekelas,aku duduk atas kerusi dalam makmal.Cikgu sains aku baru ja masuk.Dah penuh kelas,kami berdiri dan memberikan hormat kepada cikgu sains kat depan.

Setelah buka buku teks dan diberi penerangan ringkas oleh guru sains,kami mula membentuk kumpulan untuk membuat eksperimen.

"Murid-murid sekelian,hari ini kita akan tengok sel di bawah teleskop(mikroskop sebenarnya...demmit..buleh salah taip.makaseh kepada sarah shinoda yang menegur dalam komen)." laung cikgu sains kuat-kuat.

Aku dah teruja.Bab masuk makmal ni aku memang suka.Rasa berdebar lain macam.Berdebar macam nak pegi mandi sungai secara senyap-senyap tanpa pengetahuan mak aku masa aku sekolah rendah dulu.Orang kata berdebar dalam seronok.Kalau aplikasi dalam zaman dewasa ni,macam orang nak tido sekatil lepas kawin kot.Debar-debar seronok.Dah.Berapa kali aku nak ulang debar-debar seronok ni.

"Murid-murid,ambil batang pencungkil ni,dan kikis perlahan-lahan dinding dalam pipi kamu." laung cikgu sains sekali lagi sambil buat contoh.Kami semua angguk-angguk.

Setelah bermesyuarat penuh serius,aku dilantik sebagai spesimen dalam kumpulan aku.Mungkin ahli kumpulan ingin melihat sel kacak aku.Aku tak keberatan.Lagipun ambil sel dalam mulut ja,bukan kena buka seluar pun.

Aku ambil batang pencungkil dan mula menggosok-gosok manja kat dinding pipi dalam mulut aku.Sambil gosok tu sempat jugak aku buat-buat muka kacak dengan awek-awek kelas lain yang melintas depan makmal.Setelah puas hati dengan gosokan manja tadi,aku pun mengeluarkan batang pencungkil dari mulut.

Sepi.

"Taikkk gigiiiiiiiii !!!!" jerit seorang ahli kumpulan aku kuat-kuat.Demmit.Aku rasa aku gosok kat pipi dah tadi.Manada aku gosok gigi.

Untuk elak malu,aku letak taik gigi tadi di bawah mikroskop laju-laju sambil melakukan aksi pemerhatian yang penuh dengan penipuan dengan serius.






Sapa kata orang kacak takda perasaan malu?

Padil

Padil berjalan menuju ke kedai.Hajat di hati nak beli rokok sekotak.Dah lama beliau tak beli rokok.Sekali sekala ketagih jugak.

Sampai di kedai,Padil beli rokok sekotak.

Sambil berjalan pulang,Padil tersenyum-senyum.Rokok di tangannya dipegang kemas.

Akhirnya Padil tiba di rumah.Padil duduk di ruang tamu.Dibukanya kotak rokok tersebut.Padil ambil sebatang,dan diletakkan di bibirnya.Padil menyalakan api.Rokok mula berasap.Padil sedut dengan penuh nikmat.

Akhirnya Padil berjaya menghisap rokok pada hari tersebut.Sekian.




P/S: Best tak karangan aku? hahahahaha.....lama tak bergurau dengan hangpa.

Wednesday, January 13, 2010

Petang yang tenang 7



Versi Cat Steven a.k.a Yusuf Islam memang sedap.Tapi untuk suasana rock sket,aku lebih suka versi ni.Bila dengar masa balik kerja petang-petang,ia boleh menambahkan tahap kehenseman aku sebanyak 35%.Masa drive kalau dengar lagu ni,sedap dia adalah amat jimba-jimbo-jimbi (ekspresi yang menunjukkan sangat sedap).

Oh ya,lagu ini juga sesuai untuk dijadikan lagu latar semasa menghantar anak atau adik perempuan anda ke tadika pada hari pertama.

Hik! Hik! Hik!

Ah..sibuk sungguh! Sampai tak sempat aku nak balas komen korang.Insyaallah malam ni aku akan balas satu-satu.Banyak pulak komen korang kat entry 'copycat hapacrita' dengan 'copycat hapacrita 2'.Hahaha..aku ingat paling banyak pun dalam 30 komen gitu ja.Hambik ko,sekali silent reader pun bagi komen.Terharu.

Jadi sekarang ni,sapa yang nak bertanggungjawab kalau aku dah terharu ni? Mak bapak aku dok jauh.

Ok la,menda dah setel.Menda kecik ja pun.Tak nak kecoh-kecoh dah.Hidup kena diteruskan.Hidup kena ceria.Hidup kena dihargai.Hidup kena nakal-nakal.Hidup kena lari-lari lompat.Hidup kena senyum-senyum.Cheer up!

Hati Waja:"Terima kasih kat sesapa yang bagi sokongan kat Jamil.Aku sayang hangpa.Mmmuah..mmmuah!"

Kriss Evo:"Aku pun sayang kat hangpa semua.Kalu Jamil buat menda tak senonoh kat hangpa,habaq mai kat aku.Biar aku tindih ibu jari kaki kiri dia."

PS:"Jamil...tadi I nampak sport rim baru kat kedai tepi jalan tu.Cantik!...Belikan kat I boleh? Pleaseee.....pleaseeee.....pleaseee...." (Demmit PS!)







P/S: Ingat senang nak layan kerenah 3 badigol ni tiap-tiap hari?

Monday, January 11, 2010

Copycat Hapacrita?


Anda kenal beliau? Tak kenal? Sila lihat gambar di bawah.Besarkan untuk lebih jelas.


Wow...dia cakap dia dapat idea masa tidur.


Ooo...cari makan ye bang? 

Innesen gila.Buat-buat tak kenal.


Siap ada FAN CLUB lagi tu.Sila baca profile dia.Sebijik macam profile blog aku.Suka bernafas ye? Pandai pulak dia edit jadi 27 tahun.Malu la sikit copy hasil kerja adik-adik.


Brapa banyak cerita dia copy ni.Serius shit aku panas.Jenis buat harta sendiri.Dajey.


Rasa macam nak lempar dalam lokap ja.Kurung sekali dengan gay-gay,bapok-bapok yang tengah ghairah. 

Eniwei, tengkiu sebab suka cerita aku. LOL!



Hapacrita Spoof 4

Jali menonton tv dengan tenang.Sekali sekala dia menukar-nukar siaran.Sejak melanggan Estros ni,banyak pulak channel.Sampai Jali pun dah kompius nak tengok yang mana satu.

Malam makin sunyi.Di luar,suhu semakin menusuk ke sum-sum tulang.Langit gelap.Jali yang menonton tv mula rasa sejuk.Matanya masih memandang ke arah tv.Jari-jarinya mula laju menukar siaran.Kejap bola,kejap tgk video klip,kejap tgk cerita cinta.

Jali mengeluh.Membe serumahnya semua sudah tidur.Jali ambil selimut dalam biliknya dan berselimut di atas sofa.Tengah sedap tukar channel,tetiba Jali berhenti.Jali terbuka channel HBO.Channel tersebut sedang menayangkan cerita The Ring.Sebuah cerita seram.

Jali berminat.

Matanya fokus ke cerita tersebut.Tiba-tiba sampai kepada part hantu keluar dari tv.Jali tersenyum.Tak seram langsung katanya dalam hati.Jali terus melayan.

Tiba-tiba lampu rumahnya terpadam.Jali kaget.Jali terkejut.Jali terpana.

Hanya tv di hadapannya yang bercahaya.Sedikit demi sedikit Jali melihat ada hantu keluar dari perigi di dalam tv.Hatinya cuak.Hantu tersebut merangkak ke arahnya.Jali hampir menjerit.Suaranya tidak keluar.

Hantu tersebut datang rapat ke skrin,dah terus cuba untuk keluar dari tv.Jali hampir pitam tapi digagahinya juga untuk terus melihat.Dia cuba lari tapi tidak mampu.Terlalu takut.

Hantu tadi mula menghulurkan kepalanya keluar.Jali hampir pitam.Hantu tadi terus keluar dari skrin tv.Tangannya sudah mencecah lantai dan berusaha untuk keluar.Jali sudah pucat lesi.Lelehan air panas mula keluar dari kain pelekat yang dipakainya.

Tiba-tiba skrin tv jadi gelap.Hantu tersebut terkejut sambil pandang ke belakang.Jali masih pucat di sofa.Kelihatan hantu tersebut tidak dapat bergerak.Muka hantu tersebut menunjukkan rasa cemas dan marah.Jali terdiam di dalam bungkusan selimutnya.


Sepi.


"Celaka Estros,kalu hujan,mesti service currently not available.Macam mana aku nak keluar ni." bebel hantu yang tersangkut tadi sambil garu dagu laju-laju.

"Dah banyak kali jugak aku sangkut camni." sambung bebelan hantu tadi dengan muka paling givap.


Sepi.



Jali masih menggeletar di dalam selimut.Di luar,hujan lebat mencurah-curah ke bumi.

Ada Sesapa Nak Bercuti?

Ha,orang kata bulan lepas musim mengawan.Kalu ada lagi yang nak sambung mengawan ke,bawak mak ayah jalan-jalan ka,bawak adik-beradik ka,bawak membe-membe ka.....sila lihat DI SINI! Tawaran TERBAEKKK khas dari membe baik den sorang ni.Kalu berminat,kontek je dia.

Maaf,pakej ni tidak termasuk dengan aku.hahaha....auww!





Fakta menarik: Aku tak pernah mengawan.