Wednesday, January 6, 2010

Macha

Aku berjalan menuju ke kedai mamak yang aku selalu pergi lunch seperti biasa.Jalan kena rilek-rilek,baru nampak tenang.Jalan kelam-kelibut kang nampak macam tak pernah nampak kedai mamak pulak.

Duduk ja kat meja,datang sorang macha.Dia sengih-sengih.Pemurah betul.Mesti bos dia dah bagi latihan senyum cukup-cukup sebelum bertugas.

Apa yang aku perlu buat cuma mengesahkan pesanan.Ya.Mengesahkan pesanan.Dia menyebut menu yang aku nak makan.Seperti biasa.Nasi ayam dan teh o ais nipis kurang manis.Selesai menerima pengesahan dari aku,dia bergegas ke kaunter nasi ayam dan seterusnya ke kaunter air.Pantas betul.Aku suka.

Nasi ayam sampai.Air pun sampai.Aku makan sambil layan cerita astro.Cerita apa ntah main cium-cium mulut tengah-tengah hari ni.Nasib baik bukan bulan ramadhan.Kalau ramadhan,apajadah aku nak lunch.Perangai macam pakcik-pakcik yang naik van jenazah.Tak trendy langsung.Shuffle lagi mulia aku rasa kalau nak dibandingkan.

Selesai makan,aku menuju ke kaunter.Nak bayar.Dah bayar semua siap,aku berjalan keluar dari kedai tersebut.Proses lunch yang hampir sempurna sehinggalah....

Datang sorang macha entah dari mana,tetiba dia pegang perut aku yang 'taff' ni lama-lama.Lepas tu dia terus berlalu ke arah kaunter.Penuh bersahaja.Aku tergamam.








Gangguan seksual?

Auww!!

Semalam kannnn..... 3

"Jamilllll........bangunnn!!" mak aku bersuara.Aku yang sedang tidur atas sofa kegemaran mula bangun sambil buat-buat muka baik.Senyum.Senyum paling manis sambil tanya dah jam brapa dah.Mak aku berlalu ke dapur.Sambung kerjanya yang belum selesai.

POFFFF!!!......terjaga.Tengok siling.Mata berkelip-kelip.Terpinga-pinga.Tertanya-tanya.Tgk sekeliling,aku bukan berada kat Kedah.

Aku capai tuala,pergi bilik air.Bersiap ke tempat kerja.





Terima kasih mak,tolong kejutkan dari tidur.

Tuesday, January 5, 2010

Lady Gaga - Bad Romance



Sedap lagu ni.Nak letak vklip kang nampak tak senonoh pulak.Paham-paham la Lady Gaga ni..pelik-pelik sikit stail fesyen dia.Orang kata dia trend setter fesyen zaman sekarang.Aku nak tengok jugak kalau-kalau dia nak pakai kain pelekat 'cap gajah duduk' dalam vklip dia nanti..

Tak buleh jadi ni.Ni nak kena burn dalam cd ni.Boleh sing a long dengan PS masa balik keja nanti.PS suka sangat dengan menda-menda bitchy macam ni.

Jamuan Hari Lahir yang Ding Dong

Lokasi: KL
Tahun: 2007

Pejabat aku ada buat majlis hari lahir.Dah jadi kebiasaan tiap-tiap bulan,semua yang ada tarikh dalam bulan yang sama mesti diraikan.Kira tiap-tiap bulan lah ada sambutan macam ni.

Setelah selesai acara tiup api lilin dan wish sana sini,para hadirin dijemput makan.Menu macam-macam.Ada kek aiskrim,mee goreng,kuih muih,spageti,nasi goreng dan....ah...malas nak taip.Sebab banyak sangat.

Aku ambil kek dan duduk atas kerusi.Tengah sedap-sedap makan,bos datang lepak sebelah aku.Kat tangan dia ada sepinggan kek.Sambil makan kami sembang-sembang.Macam biasa,aku cuba buat habis serius.Nak sembang kelakar mana buleh.Aku bukan pandai nak buat kelakar pasal saham-saham ke,pasal bisnes ke.Salah buat lawak,aku tak nak kena hempuk dengan kek aiskrim tu.Nanti membazir.Membazir kan amalan aku masa budak-budak dulu.Membazir awek misalnya.Ramai sangat awek masa sekolah dulu-dulu.Nasib baik aku tak layan budak sekolah lain,kalau tak,bertambah membazir lagi.Aku tak suka membazir.Nanti tuhan marah.

Jamil...hentikan merepek.

Ok,sambung cerita.

Tengah sedap makan sambil berbual dengan bos aku,tetiba ada 2 orang staff perempuan dari department lain yang badan mak-datuk-meletup-hot-gila-ding-dong-ah-badan-melentik-macam-bulu-mata-guna- eyeliner(maskara sebenarnya,tq yang tegur..haha)-maybeline datang ambil makanan.Aku dan bos aku tengok apa yang diorang ambil.

Mereka berdua ambil salad sahaja.Diulang,salad sahaja.Punya banyak makanan kat atas meja,itu ja diorang ambil.Bos aku yang sedang makan mula rasa nak bersuara.Aku pulak mula sibuk bagi mata aku makan makanan yang sedap-sedap.

"Kamu berdua tahu tak apa yang suka makan menda daun-daun macam ni?" soal bos aku kepada mereka.
"Tak tahu.Apadia?" soal mereka balik.

"Yang makan daun-daun macam ni,lembu,monyet,gajah,badak air...bla bla bla...." panjang bos aku bebel sambil gelak-gelak....gadis berdua tadi terdiam.

Aku tak amik port sangat...sebab mata aku tengah sibuk masa tu.







Letih jugak nak maintain pandangan pertama rupanya.

Monday, January 4, 2010

Sesi Menonton Gambar













Gayat gila! Sumpah peha aku rasa geli.Aku rasa syarikat pembinaan ni kena bagi kostum spiderman kat diorang.Spiderman pun pakai tali,diorang selamba ja bergayut.Ini boleh mendatangkan aib yang besar kepada spiderman.


P/S: Kredit kepada hyperbosan sebab email menda ni kat aku.Ah,blog dia private. hik hik hik..

Semalam kannnn..... 2

Aku berkemas-kemas pakaian aku.Aku angkut beg tadi dan berjalan jumpa mak ayah aku.Bersiap-siap untuk balik ke KL.

Rasa sedih sebab nak berpisah.Rasa rindu.Rasa senak dada.

Aku menuju ke KL.




P/S: Mimpi aku sejak dua menjak ni semakin tak kreatif.Asyik mimpi balik kampung ja.Rindu sungguh kat mak bapak aku.Takda pulak mimpi seperti main jongkat jongket dengan Lisa Surihani ke contohnya...

Kriss Evo dan PS 2

Satu petang yang damai di depan rumah.Aku lepak-lepak dekat dengan PS.Kriss Evo tersadai depan pintu.Cuaca nyaman.Burung berkicauan.

PS:"Jamil.....I ada menda nak ngadu."
Aku:"Amenda?"

PS:"Sabtu aritu kita gi pusat servis kan?"
Aku:"Ha'ah.....napa?"

PS:"Mekanik tu kannn....eiiiii..geramnyaaa!!!"
Aku:"Napa lak?"

PS:"Dia pegang I sana sini tau! I tak rela! Geli! Benci! Nyampah! "




Sepi..




Kriss Evo:"Kalau I yang pegang u PS? Boleh? hik hik hik...."
PS:"Mencik! mencik! mencik!"



Aku:"Malas aku nak melayan hangpa berdua nih..."