Seperti biasa, aku menunggang motor ke tempat kerja.
Pagi tersebut, cuacanya boleh tahan. Cahaya tak berapa nak panas, tak berapa nak sejuk. Sedap-sedap orang kata.Ketika sedang sedap menunggang, perut aku tiba-tiba rasa lapar.
Secara automatik, akal aku dah terbayang 4 orang penjual nasi lemak di tepi jalan yang bakal aku lintas ke pejabat nanti.
Penjual nasi lemak pertama merupakan seorang akak. Nasi lemak yang dia jual boleh tahan sedap sambalnya. Pernah cuba sekali. Harga paling murah berbanding penjual nasi lemak yang lain lantaran kedudukan kedainya yang langsung tak strategik.
Penjual nasi lemak kedua, adalah penjual nasi lemak kegemaran aku. Bila berhenti kat sini, aku gemar beli nasi goreng. Nasi gorengnya boleh tahan sedap. Nak lagi mengancam, letak ayam goreng seketul. Memang sarapan sang juara lah jadinya.
Penjual nasi lemak ketiga pula, merupakan seorang makcik. Nasi lemak yang dijualnya aku tak tahu sedap atau tidak. Sebab? Sebab bila aku singgah, mesti dah habis katanya. Kedudukan gerai makcik ini sangat strategik menyebabkan nasi lemaknya sentiasa habis.
Penjual nasi lemak keempat pula, aku memang tak tahu sedap atau tidak. Sebab? Sebab aku tak pernah berhenti langsung.
Jadi, berbalik kepada situasi aku tadi, aku menunggang dengan penuh tenang menuju ke pejabat. Tengah sedap menunggang, lampu isyarat bertukar merah. Aku berhenti. Perut lapar.
Aku toleh ke kiri aku. Ada sebuah motorsikal yang ditunggang oleh seorang lelaki. Lelaki tadi membawa anaknya di dalam raga motosikal.
Aku pandang ke arah budak kecil yang berada di dalam raga motosikal.
Kelihatan, budak tadi dengan berselera sedang menjilat hingusnya sendiri.
Ah. Esok-esoklah aku makan.
3 comments:
puasa je la terus :)
Tengah hari dah steady makan nasi lauk ayam.haha
kombang tokak den..
Post a Comment