Sunday, March 9, 2014

Nahas Boeing MH370 milik MAS

Kita semua tahu, pesawat tersebut ditimpa kecelakaan. 

Sekarang, pihak yang bertanggungjawab sedang melakukan yang terbaik. Mereka terikat dengan protokol SOP masing-masing. Bukti perlu dicari sebelum pengumuman rasmi dibuat. Bersabarlah.

Ada banyak versi cerita. Dari teori rampasan oleh dua penumpang yang guna passport palsu, wujudnya segitiga bermuda di perairan vietnam, sampailah kepada beberapa teori bangang.

Jadi, harap sangatlah kepada ahli politik, blogger, para artis dan individu tertentu, berhentilah buat lawak tak kelakar anda. Berhentilah sebarkan gambar palsu. Berhentilah buat spekulasi ini semua salah UMNO. Berhentilah spekulasi ini semua salah Anwar. Hormatilah perasaan keluarga mangsa yang sedang keliru. Ini bukanlah masanya. Berehatlah sebentar dari semua benda-benda tak berguna tu.

Tak salah nak jadi juara atau yang pertama. Tapi tak perlu lah jadi juara dalam menyebarkan maklumat palsu semata-mata nak tarik perhatian. Semata-mata nak kejar traffic blog.

Bersabar menunggu pengumuman rasmi. Harap keluarga mangsa kejadian dapat menerima apa-apa berita dengan tabah.

Harapkan yang terbaik untuk penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang.

Kepada mereka yang sedang menahan terik matahari di tengah-laut sana mencari pesawat yang hilang, berjauhan dari keluarga entah sampai bila, buatlah yang terbaik.

Kami yang sedang goyang kaki dengan selesa atas sofa sambil duduk depan TV bersama keluarga di rumah ni, hanya mampu doakan yang terbaik untuk anda semua.

Semoga, kejadian ini bukanlah permulaan kepada kehancuran.

0 comments: