Peluh merembes keluar dengan penuh rakus di dahi aku.Aku perlahankan larian.Petang cuti tahun baru semalam, ramai jugak yang keluar berjoging.Aku cuma buat 6km sahaja.Dekat pukul 6 petang baru nak keluar,nak buat 10km,memang tak lah.Kaki bukan kuat sangat nak lari laju-laju.Lagipun,aku nak lari-lari santai.Nak panjat bukit tangki air tu,kalau salah perhitungan,terjelir jugak lidah dibuatnya.
Rumah dah nampak di depan mata. Aku berjalan-jalan sambil membiarkan angin meniup badan aku yang sedang berpeluh.Biar peluh kering sikit, nak mandi kang mudah.Takde la dapat penyakit kulit berjudul panau nanti kalau mandi dalam keadaan berpeluh-peluh.
Sambil menuju ke rumah aku,aku melintasi kereta jiran-jiran.Tengah sedap melayan perasaan,tiba-tiba aku ternampak seekor kucing putih.Comel.Kucing tu sedang berbaring manja di atas bumbung kereta.Aku menghampiri kucing tadi dengan penuh tenang.Sambil tersenyum,aku buat-buat gaya nak belai dia.
Elok sampai dekat, kucing comel tadi bangun dan terus mengiau-ngiau.Tak bagi aku kacau dia lah tu kononnya.Aku buat-buat degil.Nak jugak belai dia.Dia berundur ke belakang.Masih mengiau.
Ok lah,fine! Aku berundur.Malas nak paksa-paksa.Sombong.
Elok aku pusing ke belakang, kelihatan ada seekor kucing jantan berdiri di hadapan aku.Badannya sasa.Kucing jantan tu tenung aku tajam-tajam.Badannya sengaja dibuat sasa-sasa.Matanya betul-betul pandang ke arah aku.
Selaku seorang lelaki,aku faham peranan dan perlakuan yang cuba dilakukan oleh kucing jantan tadi.Dia cuma menjalankan tanggungjawabnya untuk melindungi pasangan ataupun anak daranya sahaja.Jadi,dengan penuh hati-hati, aku berundur sambil buat-buat muka takut.Biar dia nampak hebat di mata pasangannya ataupun anaknya tadi.
Cilakak.
Muka dia betul-betul nampak puas bila aku berundur.
3 comments:
hehehe...die pun ada perasaan nak melindungi mereka di bawah tanggungjawab die..hehehehe...
hahaha...mesti kucing pompuan tu g kat dia bisik.. "my heroo" smbil kiss kiss..
awww
lu bukan je pndai jg ati org, kucing pon pandai.
Ngn kucing pon nk cri pasal..haha
Post a Comment