Zakiah nama diberi.Cantik orangnya.Usianya sudah menjangkau penghujung 40-an.Mempunyai anak seramai 5 orang.Suaminya biasa-biasa sahaja.Orang kampung.
Namun, Zakiah bukan sebarang Zakiah.Walaupun sudah menginjak usia hampir 50-an, gayanya masih seperti anak gadis.Pakaian bling-bling.Solekan tebal di muka, sudah menjadi kewajipan harian hatta mahu keluar mengambil baju di penyidai.Ditambah lagi dengan potongan badan yang jitu dan padu, Zakiah kekal mendominasi carta 'perempuan tercantik' di kampungnya.
Itulah Zakiah, atau nama glamournya, Kiah Top.
Hari yang panas terik, tidak menghalang Kiah Top untuk berjalan penuh gigih ke rumah Mona Harun,rakan baiknya sejak dari bangku sekolah.Kiah Top perlu ke sana memandangkan beliau dijemput untuk mengikuti rombongan pengantin.Bukan orang lain, anak Mona Harun juga.
Selaku individu cantik, beliau boleh dikatakan wajib menyertai perarakan sebegini.Tiba di rumah Mona, nampaknya masing-masing sudah bersedia untuk bergerak. Selaku antara orang yang terakhir, Kiah Top terus masuk ke dalam kenderaan yang tersedia.Pemandu kereta telan air liur.
"Kiah, hantaran ada dalam bonet kereta ni.Kau bawak je.Aku cadang nak suruh kau bawa bunga telur,tapi kau lambat.Mak Som dah rebut dulu.Aku bagi je lah.Malas nak kecoh-kecoh." panjang si Mona Harun bagi penjelasan kepada rakan baiknya.Kiah Top hanya mengangguk.Dia faham sangat, Mak Som tu memang tak nak kalah.Walaupun cutting badannya mirip Tenuk Sigaraga, namun tiap-tiap hari masih nak berkebaya.
Annoying betul.
Rombongan pengantin bergerak menuju ke rumah pengantin lelaki dengan aman.
Setelah satu setengah jam perjalanan, mereka tiba di hadapan rumah pengantin lelaki.Suasana meriah.Paluan kompang, bunyi DJ yang ceria, bunyi orang ramai berbual, semuanya serba kena.
Selaku veteran, Kiah Top sangat tahu bila masa yang sesuai untuk keluar.Pengalaman yang ada, digunakan sebaik mungkin untuk nenarik perhatian orang ramai.Kiah Top tak pernah gagal menarik perhatian orang ramai di rumah kenduri.
Pintu kereta dibuka.Kiah Top menghulurkan kaki keluar.Kain belah mula memainkan peranannya.Betis Kiah Top yang disapu air beras setiap hari, kelihatan begitu ranum dan gebu sekali.Baru betis keluar, pandangan para hadirin terus beralih dari Mak Som yang bangga mengusung bunga telur di hadapan, terus kepada betis Kiah Top.
Mak Som bengang tapi masih kekal tenang dalam barisan rombongan.
Kiah Top terus menerjah keluar dan terus menuju ke arah bonet kereta.Kalau keluar perlahan-lahan, Kiah Top tahu dia akan dilihat seperti sengaja nak tayang diri.Jadi, dia kena buat sedikit gaya 'tidak peduli' untuk mendapatkan perhatian. Bijak macam arnab.
Tukang masak di khemah memasak, berhenti sebentar.Masing-masing datang memerhatikan rombongan pengantin, atau, lebih tepat lagi, memandang Kiah Top.
Kiah Top sedar semua itu.Dengan tenang, Kiah Top buka bonet kereta dan bersedia untuk mengangkat bekas hantaran pengantin.Selaku orang terakhir mengambil bekas hantaran, Kiah tidak risau.Angkat le apa pun hatta gubahan Apollo Roka sekalipun, orang tetap akan memandangnya.
Bonet kereta diangkat dan Kiah Top melihat bekas hantaran terakhir yang berada di hadapannya.Dah tak boleh lari.Nak suruh orang lain bawak, budak-budak je yang tinggal.Memang tak sesuai.Selain budak-budak, makcik-makcik dan pakcik-pakcik sahaja yang ada.
Kiah Top terkelu.
Kiah Top cuma bersabar.Peluh menitik laju di dahinya.Perjalanan 20 meter ke rumah pengantin dirasakannya sangat jauh.
"Macam gadis litar siottttt...fewittt!" jerit anak muda penuh geram dari bawah khemah pengantin.
Dengan tabah, Kiah Top cekal membawa bekas hantaran yang berisi seketul sport rim tayar kereta 15 inci yang kemas diikat reben.
"Dajei.." ujar Kiah Top penuh ringkas antara dengar tak dengar.
4 comments:
Kiah oh Kiah!
Word dajei tu memang epic
:)
ceh ingat kiah bawak buah-buahan tempatan..alih22 sport rim.memang jem toi la.tp kang, larat plok kiah tu angkat sport rim tu..gagah toi kiah..o kiah
hahaha..kiah..kiah..hebat la hantaran...sport rim..
Post a Comment