Monday, December 24, 2012

Jamil dan Baju Hujan

Hujan di luar turun dengan lebat.Aku berjalan tenang ke arah motor di tempat parking.3 minggu sebelumnya, hujan bukan main lebat tiap-tiap petang.Pakai baju hujan pun,tak berkesan.Basah jugak.Nak cakap lebat tak lebat,sampai macam tu lah tahapnya.Pakai baju hujan pun,basah lagi.Nak tunggu hujan berhenti,masak lah.Buatnya dia berhenti jam 10 malam,tak ke haru.

Jadi,memandangkan baju hujan dah tak berapa nak berfungsi dengan baik,aku beli satu lagi yang baru.Kali ni,aku beli baju hujan yang jenis champion punya.Jenis yang bila titisan hujan sentuh ja baju hujan tu, secara automatik baju hujan tadi akan lempang titisan hujan tadi jauh-jauh.Dalam sesetengah kes yang lebih ekstrim, baju hujan tadi berupaya untuk melempang titisan hujan sehingga terpelanting ke langit semula.

Handal tak handal lah kan baju hujan tu? Macam yang hero cerita tamil selalu buat.

Jadi,berbalik kepada situasi aku sebentar tadi.Aku dengan tenang buka kasut,stokin dan tukar pakai selipar.Aku buka beg baju hujan aku dengan penuh kasih sayang.Pakai pun dengan penuh ketenangan.Nun jauh di luar,hujan turun semakin lebat.Guruh berdentum-dentum.Bagai mencabar aku untuk beradu lagaknya.

Dah selesai pakai, badan aku nampaknya kemas dengan baju hujan baru.Dijamin tak akan basah.

Aku naik atas seat motor,hidupkan dengan penuh bergaya.Masukkan gear.Dah sedia,aku bergerak menuruni parking dari tingkat 1. Aku bawa slow-slow menuruni ke tingkat bawah.Elok nak sampai ke pintu keluar parking, aku dah tersenyum mengenangkan peluang yang tuhan bagi untuk menguji baju hujan baru aku nih.

Seronok bukan main mengenangkan aku akan main hujan lebat,tapi tak basah.

Muka dah senyum-senyum.Hati tak tertahan lagi.Elok melepasi selekoh turun parking, aku gengam handle kemas-kemas.Bersedia untuk menerima impak hentaman titisan hujan yang lebat di luar sana.Dengan penuh bergaya, aku meluncur keluar dari tempat parking.










Hujan sudah berhenti.

Tiada hujan dari Seri Kembangan sehinggalah ke rumah.





Emm..kalau alam dah pandai bergurau macam ni, kita kena redhooooooooooo je lah.

Benci.

4 comments:

bukankosong said...

tulah, lambat sangat ko nak beraksi

mukadimah pjg sgt

naiba said...

hehehe..takpe la en jamil..pepatah baru dah timbul...

pakai baju hujan selepas hujan...

hehehehe =p

Anonymous said...

Tak Amerika langsung pakai baju hujan masa tengah hujan. Orang patutnya pakai baju hujan bila nak tidur je.

Zu Ismail said...

intro nak meredah hujan tu lambat sangat... ha ha ha...