Monday, October 22, 2012

Sepetang di Nilai

Semalam, aku ke rumah akak aku di Nilai.Ada hal sikit.

Hujan bukan main lebat petang semalam.Kalau selalu aku memandu kereta dengan kelajuan sekitar 300km/j, semalam, aku terpaksa memandu dengan kelajuan kira-kira 295km/j sahaja.Bila aku pandang ke luar, aku nampak Superman sedang terkial-kial nak terbang di dalam hujan.Entah apa yang dicarinya dekat Malaysia ni,aku pun tak tahu.Mungkin datang tengok Moto GP di Sepang barangkali.Kalau dia pakai googles kan senang nak terbang.Baru air hujan tak masuk dalam mata.

Sombong.

Nasib baik dia tak lintas atas kereta aku.Geli jugak bila memikirkan kebarangkalian air seluar dalam beliau menitik atas kereta aku.

Gay habis.

Aku tinggalkan Superman tadi bersendirian.Setelah beberapa ketika memandu,aku tiba di hadapan rumah kakak aku.Hujan masih lebat.Dari dalam kereta, aku dah congak dan bayangkan laluan yang aku akan ambil sebentar lagi.Ye lah,aku malas main payung-payung ni.Macam gadis-gadis.

Jadi,sambil berada di dalam kereta,aku bayangkan, aku buka pintu kereta,lintas jalan laju-laju, lompat 2 lopak air di tepi jalan, dan terus masuk ke halaman rumah kakak aku.Peh.Bijak betul perancangan.Tak hairanlah masa jadi sperma dulu, aku yang paling cerdas dalam hal ehwal nak pecah masuk ke dalam ovum.Jejaka yang penuh dengan perancangan.

Malaysia boleh!! *Tiba-tiba.

Jadi,setelah berpuas hati dengan perancangan aku tadi, aku tutup air-cond kereta.Tutup lampu.Matikan enjin.Aku tarik nafas dalam-dalam.

"TABRAAAA!!!" bunyi gerakan bermula.

Aku terus buka pintu,lompat keluar, tutup pintu semula laju-laju, aku bergegas berlari sambil tekan alarm kereta tanpa memandang ke arah kereta(macho habis).Tiba di hadapan lopak air, aku lompat dengan penuh bergaya.Lopak pertama lepas.

Tiba di lopak kedua,aku melompat lagi dengan penuh bergaya.Berjaya.Kedua-dua lopak air tadi,aku tinggalkan dengan penuh sombong.

Dah setel lopak air, aku melangkah kemas menuju ke arah pintu pagar dan menerkam masuk dengan rakus.










Di dalam hujan yang lebat, aku tersalah masuk ke rumah jiran.

Benci.

5 comments:

bukankosong said...

padan muka demo

setiap perjalanan & perlakuan angkuh sungguh tuh

haha

Adziim said...

Kalau superman yang kau tinggalkan sorang2 tadi buat rondaan rukun tetangga, agaknya kena sebijik dua dengan superman psl salah masuk rumah.

Unknown said...

Hahahaha.. Taknak komen.. Nak gelak je..

naiba said...

huhu...over confident yang akhirnya memakan diri..huhuhu

StingRay said...

bk: dengki! haha

aed: tapi dah komen.haha

naiba: takpe,yg penting masih kekal hensem.haha