Wednesday, October 17, 2012

Rahim Ahmad

Suasana bening sekali.Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Rahim menunggang motorsikalnya perlahan-lahan.Di lebuhraya tersebut,tidak ada ramai orang.Maklumlah,sudah lewat pagi.Disebabkan tak ada kenderaan sangat,Rahim memilih untuk tidak menggunakan laluan motor.

Dia lebih selesa menggunakan laluan kereta.Ye lah,jalan pun sunyi.

Tengah sedap menunggang, Rahim tersentak.2 buah motor peronda melintasinya.Mereka tidak melintasinya dengan begitu sahaja.Sambil melintasi Rahim, mereka memberikan isyarat menyuruh Rahim berhenti di tepi jalan.Nak larikan diri,memang tak boleh.Motor peronda tu besar betul.Kalau Rahim pecut habis laju pun, motor besar tu boleh kejar dengan mudah.Motor kapcai,mana boleh lawan motor besar.

"Mampus aku kena saman." bisik hati Rahim penuh cemas.

Motor Rahim berhenti perlahan-lahan di tepi jalan.Dua anggota polis,turun dan berjalan tenang ke arah Rahim.

"Ni kenapa tak ikut laluan motor? Kalau kena rempuh dengan pemandu mabuk pagi-pagi macam ni kang, susah nanti." bebel salah seorang anggota polis tadi sambil menyemak lesen dan kad pengenalan Rahim  setelah diberi oleh Rahim sebentar tadi.

Rahim mati akal.Dia dah tak tahu nak bagi alasan apa.Tiba-tiba Rahim terpandang ada satu pokok tak jauh dari mereka.Pokok tersebut terletak di tepi laluan motor. Rahim dapat satu akal.

"Bukan tak nak ikut jalan motor encik,lewat pagi macam ni,saya tak berani.Minggu lepas, kat pokok tu lah saya kena ganggu..." ujar Rahim dengan penuh yakin.Bijak betul menipu.

"Ganggu? Ganggu apa?" balas polis tadi penuh kehairanan sambil menyerahkan IC dan lesen memandu kepada Rahim semula.

"Hantu lah encik.Pontianakkkkkk.Hodoh betul mukanya.Saya nak lalu je,bukan main mulut dia menyeringai kat tepi pokok tu.Nasib baik saya kuat semangat.Saya pecut je terus sambil baca apa yang patut." balas Rahim lagi sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah pokok tadi.Bersungguh-sungguh dia menunjuk.

Rahim dan dua anggota polis tadi, memandang ke arah pokok tersebut.

Kelihatan, di sebelah pokok tersebut, betul-betul ada seekor pontianak.Hodoh mukanya.Mulutnya tersenyum menyeringai.









Polis yang pegang IC dan lesen memandu Rahim tadi, berlari di paling hadapan sekali.Rahim ketinggalan di belakang.

Sambil berlari, Rahim pandang ke belakang.Kelihatan pontianak tadi mengekorinya dengan tenang.Motornya pula,semakin jauh ditinggalkan.

Rahim pandang semula ke hadapan.Dua anggota polis di hadapan Rahim tadi masih sedang berlari.Bezanya,mereka sedang berlari di udara.Secara tiba-tiba,kedua-dua anggota polis tadi, terbang ke langit yang gelap sambil disertai dengan hilaian tawa paling seram sekali.Mengekek-ngekek bunyinya.






Rahim berhenti berlari.

Rahim rasa nak menangis.


5 comments:

bukankosong said...

kelasss

no choice nmpak

cepat cepatla buat pengsannnn

Amak Kongsi said...

seram siot..

naiba said...

hahaha..itu la..bahana menipu....kalau cek mesti dah lemah lutut...

ZULHILMI TEMPOYAK said...

hahahahaha... seram sangat

StingRay said...

BK: nak pengsan pun tak boleh dah.haha

kay: itu pun dah seram.haha

naiba: hang lemah segalanya terus.haha

zul: ala,tak macho a camni.haha