Monday, June 4, 2012

Jamil dan Langkawi

Lokasi: Langkawi lah.
Tahun: 1995 kalau tak salah.


Petang tu,angin laut sepoi-sepoi bahasa.Aku turun dari bas dengan bergaya.Beg digalas dengan penuh bergaya.Setelah turun,aku berbaris bersama rakan-rakan lain sebelum masuk ke jeti.Di tangan,dah ada banyak barang aku bawak.Minyak gamat dan pelbagai jenis barang lagi yang dikirim.

Tengah sedap berbaris,tiba-tiba datang Pak Noq.Pak Noq ni kerani sekolah.Dia memang baik orangnya.Suka buat kelakar dan bersembang dengan kami.Jadi,dia memang ngam lah dengan budak-budak.Ada jugak dia belanja kami makan sikit-sikit.

Pak Noq berjalan ke arah kami dengan penuh senyum.Dengan tak semena-mena,lepas beri taklimat pasal feri,dia bagi aku dua helai kain batik.Benda dah rezeki,aku ambil sambil tersenyum.Ini gunanya kalau berbuat baik dengan orang,kan dah dapat hadiah.Boleh bagi kat mak aku.

Jadi,setelah tunggu feri beberapa lama,akhirnya feri tiba.Kami bertolak meninggalkan Pulau Langkawi dengan penuh sedih.

Setelah beberapa lama meredah lautan api,akhirnya kami tiba di jeti Kuala Perlis.Dah tiba di jeti,kami berkumpul semula.Pak Noq kira bilangan semua murid-murid yang berbaris.Ada la berpuluh orang jugak,bukan senang nak handle.

Setelah berpuas hati dengan bilangan murid-murid,Pak Noq buat pengumuman yang aku tak akan lupa sampai hari ini.

"Haa...sapa yang dapat kain batik tadi,bak mai sini balik."Ujar Pak Noq sambil menggeledah beg galas aku.Selain aku,ramai jugak yang dapat kain batik rupanya.Pak Noq nampaknya,telah menggunakan taktik licik untuk mengelak dari Kastam.Berpuluh helai jugak dibelinya.







Kecik-kecik lagi,aku dah jadi kaldai batik.

Benci.

6 comments:

bukankosong said...

tu dia!

pak Noq keji!

haha, actually aku br aje balik dr Langkawi :P

cerempet said...

Pak Noq ni la punca keldai dadah makin menjadi..

naiba said...

hahahaha....licik betul beliau..huhu

Amak Kongsi said...

hahahaha..

StingRay said...

BK: Aku pun sama. =p

cerempet: dia pakar bahagian batik ja.haha

naiba: dengan kastam2 kena tipu.haha

kaynisa: =p

diz is me... said...

hehe..bijak2.....