Monday, April 9, 2012

Sepetang Di Bukit Jalil

Aku menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau.Di sebelah kanan aku,ada sebuah gereja yang baru dibina.Besar betul gerejanya.Ni,kalau ada lagi geng-geng kristian kata tiada kebebasan beragama di Malaysia,aku hentak jugak betis kiri dia laju-laju.Laluan aku pada petang tu,dari Bukit Jalil,aku menuju ke KESAS.Takda keja aku nak bersesak dekat jalan Puchong.

Kenapa aku naik motor? Ok.Pertama,berulang alik dari Subang ke Seri Kembangan,boleh dikira dalam jarak 30km sehala.Pergi balik,60km lebih kurang.Jarak yang tidak jauh,tapi dia punya 'jam',dah masuk tahap 'rasa nak melompat dalam kereta sebab terlalu tensen'.Untuk keluar dari rumah aku menuju ke jalan besar,dah 'jam'.Depan airport Subang,'jam' lagi.Itu belum masuk Federal Highway dan melintasi Tol Sunway lagi.Azab.Jadi,kalau dah terjebak dalam 'jam' macam tu,selain masa,minyak pun banyak jugak mengalir.Duit pun sama lah.Dah berapa banyak rugi di situ.Aku tak sanggup keluar dari rumah jam 6.30 pagi.Hahaha.

Ok,berbalik kepada cerita tadi.

Lampu isyarat bertukar hijau.Aku pulas 'throttle',dan motor bergerak dengan hensem ke hadapan.Elok melepasi lampu isyarat tadi,tiba-tiba ada sebuah motor memecut laju memotong aku.Dua remaja lelaki,dengan penuh galak,muka senyum-senyum sambil mendongak dengan bangga ke hadapan,merempit bagai nak gila.Aku hanya tersenyum.Layankan sahaja.Budak-budak baru nak 'up' orang kata.

Mereka menghampiri bonggol di tengah jalan.Tak sempat nak brek.

Motor mereka terbang ke udara.Penunggang terbang ke udara.Pembonceng juga terbang ke udara.

Motor mereka mendarat atas jalan.Penunggang mendarat ke atas seat motor.Pembonceng juga mendarat ke atas seat motor.

Topi keledar mereka,bersepai jatuh di atas jalan.Bergolek-golek I tell you.








Keluar air mata jugak la aku bantai gelak petang tu.


2 comments:

Mr feckry said...

jalan tu memang jem gile..wa dah lame tak lalu...pi report yb

zulkoa said...

true story ke ni?