Thursday, April 26, 2012

Triple Jay a.k.a Tiga 'J'

Triple Jay di sini bermaksud 3 J.

3 J disini pula,bermaksud 3 orang yang nama glemer mereka bermula dengan huruf J.Tidak,bukan Jamnapari.Itu adalah sejenis baka kambing.

Mereka ialah Jason Mraz,James Morisson dan Josh Groban.

Karya mereka aku akan guna ketika untuk mendapatkan ketenangan dari segi keduniaan lah.Ye lah,kang ada pulak bising-bising "woi..nak tenang baca quran lah.".Malas nak bergomoi.

Ok,kali ini,kita fokus kepada Jason Mraz.Brader yang tak pernah kecewakan aku dengan karyanya.Kenapa Jason Mraz? Sebab,aku cam suaranya.

Tidak lama dulu,ketika sedang terkial-kial bersiar di dalam sejenis pasaraya,pihak pasaraya tersebut telah pasang satu lagu yang sangat awesome.Aku terpegun.Ok,tamat cerita dalam pasaraya.Kita beralih kepada babak seterusnya.

Jadi,sebentar tadi,aku baru teringat semula lagu tersebut.Malangnya,aku hanya teringat lirik yang berbunyi "it's not hard.." sahaja.Ya,itu sahaja yang aku ingat dari sepanjang-panjang lagu.Handphone yang aku pakai pulak berjudul Nokia.Kalau pakai handphone berjudul Sony Eksyen,boleh jugak guna aplikasi 'track record' dalam tu untuk cari lagu.Humming lagu dalam 4-5 saat,dah dapat judul lagu.

Jadi,setelah berhempas pulas mencari,terjumpa akhirnya.



Syurga duniaa....sedap bukan main.

Sedap dia,rasa sampai nak gantung gitar kat belakang.






0 comments: