Monday, April 30, 2012

Pemenang Pelakon Terbaik Bersih 3.0


Video Pertama:Video sebelum kereta polis terbabas.Baekkkkk punya kena tibai.Siap ada yang melompat atas bumbung kereta.Alahaiiiii....sedih sedihhh...


Video Kedua: Ok.Pemenangnya adalah brader yang tolong angkat kereta dan brader ketua tukang sorak.Bermula pada minit 1:30.

"Angkatt..angkat!! Ada orang di bawah!"

Bila diangkat,tiada siapa di bawah.

Brader ketua sorak...terdiam.

Dalam akhbar pembangkang,rilek-rilek je keluar berita ada orang kena langgar sampai masuk bawah kereta polis.Bakar line betul.


Memang A!

--------------------------------------------------------------------





Boleh tahan kena belasah kereta ni.

Detik terakhir sebelum terbabas.Ada orang nak hentam,cermin sisi pun dah pecah..apa boleh buat....boleh tunduk je la brader polis yang drive tu.Perhatian,driver kereta tu tak pakai helmet ye.Tak seperti dalam 'sesetengah akhbar' yang lapor berita.Apa ni,tak tepat langsung berita.Yang pakai helmet tu,brader wartawan yang nak tolong polis.Dengan dia-dia sekali kena balun.Hoh!

Ha,angkat!

Angkat!!!!!

Bila kereta dah diangkat..semua jadi terkejut tak tentu hala sebab tak ada orang di bawah kereta.Surprise! Benda-benda macam ni,selalunya orang panggil 'lawak hari sabtu'.Memang kena dengan hari sabtu lah!

Hapacrita brader? Mana yang terperosoknya? Agak-agak la nak menipu pun.Nak cucuh api pun,pakai la lighter yang power sket.Nak power lagi,boleh guna benda lain.Penunu Bunsen contohnya.Tapi aku rasa,brader ni cucuh pakai dapur kayu.Sekali tiup nak bagi api menyala,tup tup...arang bersepah kena ke muka.Ini yang dikatakan menconteng arang di muka sendiri.Nice try brader.Tapi nice dalam kategori sampah lah.


Kah! kah! kah!


Jadi,aku gelarkan mereka,'STAR of Bersih 3.0'.








*Brader suhardi perlu skrip lebih power pada bersih 4.0 kelak nampaknya.Skrip jenis berlakon mati macam yang dia buat dalam Bersih 2.0 dulu,tak berapa nak jalan sangat dah.Mungkin beliau boleh cuba aksi ditindih oleh trak FRU.Tapi,tindih ibu jari kaki kiri sikit-sikit dah lah.Itu pun,kalau bersih 4.0 ada lah.

Cak!

Hai..saya masih hidup! Hik! Hik! Hik! v(^_-)v

Kah! Kah! Kah!

*Sumber gambar: Sini. , Sini , Sini dan Sini.
*Kita dok rehat elok-elok,depa ajak politik.Ye lah,depa mempejuangkan 'kebebasan bersuara' kan? Ha...ninnndia...dah keluar sedas.Kebebasan bersuara. Kah! Kah! Kah!


12 comments:

~gUrL in pUrPle~ said...

may b dia just concern kot2 kalau ada org... =)

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=y0TnNtzIhTw

StingRay said...

gurl: Ye,masalahnya,kes "amoi kena langgar sampai masuk bawah kereta",dah kecoh main dalam akhbar pembangkang,berita sebenar,bukan nak tulis.Saja je nak bagi perspsi buruk...ntah apa-apa.haha..

anon:Ye,aku dah tengok semalam klip tu.Nampak cermin depan kereta macam mana? Retak,ada objek macam bata.Cermin pintu pemandu pun dah hilang,kena pecah.Masa tengah drive tu pun macam-macam objek dilempar ke arah pemandu.Mau tak terbabas.Kereta kat jalan yang tak kena kacau pun boleh terbabas,hilang kawaln,apatah lagi leee yang kena kacau macam tu.Hahaha..

Ok la,aku sedekah balik dua link video kat kau memandangkan aku pemurah orangnya.Video yang pertama,macam mana anwar bg isyarat suruh serbu.Video kedua,macam mana kereta polis diserang sebelum terbabas,siap ada monyet melompat-lompat atas kereta polis.Comel kan?Nilaikan sendiri ya brader anon.Har har har.

1.http://www.youtube.com/watch?v=qvMXlaJ6p2M&feature=player_embedded

2.http://www.youtube.com/watch?v=Ara569Nh_U0&feature=player_embedded

Anonymous said...

Panjang ulasan. Kamu pergi ke Sabtu baru ni?

StingRay said...

Anon: Kenapa? Tak betul ye? Kalau macam tu,cerita sikit versi sebenar.Kah kah kah.

/// AbAh HaZiM dAn HuSnA /// said...

sapa mau jilat balik ludah sendiri... rosak camnih...

Unknown said...

Benda-benda macam ni,selalunya orang panggil 'lawak hari sabtu'.Memang kena dengan hari sabtu lah!

tergelak2 aku baca ni, Macam tengok panggung sabtu. lawak betul. Mere nam joker. Kiya Hei...

" angkat angkat ada orang bawah kereta!!" lepas angkat.. puuuffff!!! magic kesan orang dan kotoran pun hilang...

Anonymous said...

normal la tu,..kalo ada org jerit ada org bawah kereta,..manusia mana yg nk dduk saja,..org buta hati perut saja yg nak biar,..polis tu masa org melompat atas kereta xnak plak pecut laju,..pkir logik dh org bling brg mcm2 pecut la cepat keluar dr situ,..jalan depan lengang,..elok ja malaun yg melompat tu trun,..bata pon dh baling,..laju ja dia tkan minyak hala ke peserta,..ok la,..melambung la jgak 2 3 org peserta kan,...

StingRay said...

anon:
1. Kan dah berapa ramai dalam video tu dah jenguk ke bawah.Alah,saja je seronok nak angkat.Tak nampak betapa nikmatnya lepas angkat,ada brader siap angkat tangan bersorak tanda 'sukses!'.Lepas tu ramai-ramai lari.Kah kah kah.
2.Masa orang melompat atas kereta,nak pecut laju? Haii..kang polis pecut,orang tu jatuh,cedera,kata polis zalim pulak.Depan tu kan orang ramai.Ish ish ishhh
3.Nampak gambar sebelum terbabas? Nampak ada badigol nak baling benda ke pemandu? Nampak Driver dah tunduk? Dah cermin depan retak bukan main,driver pulak tunduk,ingat mudah ke nak handle kereta? Ha...yang melambung tu,boleh la cari badigol yang nak baling driver.Kalau tak kerana bagidol tu,steady je polis pecut terus.Dak gitu? Kah kah kah.

Tonton video ni ye:
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=DQk-AekHTuY#!

BTW,ada satu soalan.Nik Aziz kata,wajib untuk sertai bersih ni.Tapi,kenapa nik aziz tak turun ye? =)

zai said...

tak mustahil bersih 4.0 akan ade jamil.. bak kata TUN Dr. M, kalau KL tu kena bom dgn negara luar barulah mereka puas hati agaknye....

Anonymous said...

ini lah namanya manusia... dah hidup aman makmur, suka nak carik huru hara. gua sokong lu encik jamil!

StingRay said...

zai: dah ada dah.Tapi pihak peniaga nak buat depan rumah ambiga.nak berniaga.hahaha.

anon:Ye,BN memang ada rasuah,tak sempurna.Tapi,PR takde rasuah ke? Sebenarnya diorang nak alih kuasa je sebenarnya.Tak tergamak teman nak passing kuasa kepada team yang tak pernah urus negara.Urus negeri pun huru hara.hahaha