Keluar dari Giant Kinrara.Barang siap dibeli.Penat masih terasa.Jenis balik kerja terus shopping barang rumah memang tak seronok.Aku lebih gemar mandi wangi-wangi di hujung minggu,kemudian pegi shopping.Seronok sikit nak usha barang dengan yakin.Ini tidak,dengan badan penatnya,peh,rasa nak karate je sosej dalam peti ais tu.Kalau tak kerana barang dapur dah susut,kemungkinan pada masa tersebut aku sedang bergolek manja di depan TV,menonton berita.
Aku dengan bini masuk kereta.Barang dibeli letak kat belakang.Seperti biasa,aku memandu pulang dengan yakin dan hensem.Tapi,kalau tak memandu dengan hensem pun tak apa,sebab aku memang dah hensem.
Sambil memandu,bini kat sebelah bukak kotak kecik KFC.Ala,yang ada kentang dengan fishball tu.Sambil mengumpat pasal IKEA yang kecoh berkenaan kes meatballnya yang ada barbie tu,aku memberikan tumpuan pada pemanduan.Baru bercadang nak pekena buat pertama kali wiken ni,nasib baik tak sempat pekena.Risau jugak kalau dah was-was ni.Sambil was-was tu,bini kat sebelah tolong suap fishball ke mulut.Masin yarabbi.Fishball perisa garam ke hapa KFC ni masak.Ke lauuutttttt!
Sambil sembang-sembang,satu persatu fishball aku telan.Dah setel fishball,sampai turn kentang goreng pulak.
Suapan kentang pertama,lancar.Ngap ngap ngap.
Suapan kentang kedua,lancar.Ngap ngap ngap.
Suapan kentang ketiga.....tiba-tiba kereta naik bonggol,kereta turun bonggol.
Kentang goreng masuk dalam hidung.
8 comments:
jadi tambah masin la kentang goreng tu pulak..kahkahkah
tambah perisa yg lebih sedap..hahaha
hahahahahaha...tambah perasa lagi masin skit..amik kauu..kekeekekk... ;p
tu bukan fishball la..
chedezy amenda tah..
tapi ayam la..
tengah2 ada cheez.
tu yg masin tu..
aku dpt bygkan kecomelan muka hg time kne sumbat kat hidung~ -.-'
haha..lawak lawak..hidung ko berdarah ke pastu?..
kentang goreng disaluti mukus hidung..
eeeuwwww....
x boleh bayang perasaan kentang tu..ternoda oleh mukus..huhuhuhu~
ner: itu semestinya.haha.
kay: nak?haha
kakuna: haha..masin weh.
marina: ye ke? rasa cam fishball je.kecik2.haha
silantra: tu la..kalau buang balik..dia boleh tukar dari comel kepada hensem. =)
ubi: idung jenis ada airbag takpa.haha
naiba: nak makan tak? =p
Post a Comment