Wednesday, May 25, 2011

Karim.

Lokasi: Sekolah Menengah Remaja-Remaja Genius
Tahun: 2000

Budak-budak baru habis supper.Malam tu makan roti kering cicah air teh O.Sedap jugak.Jam dah menunjukkan pukul 11 malam.Loceng tidur dah bunyi tadi.Kiranya,semua penghuni sedang tidur ataupun buat-buat tidur.

Aku pulak,duduk di beranda.Mata aku tertumpu ke arah tempat parking kereta.Kat situ,ada sorang senior aku.Nama dia,biar aku namakan sebagai Karim.Karim ni bukan budak asrama.Rumah dia tak jauh dari sekolah.Tapi dia ni selalu lepak kat asrama.Boleh kata,dia ni kamcing la dengan bebudak asrama.Tapi kalau kena tangkap dengan warden,boleh dicop sebagai penceroboh asrama jugak la kes dia.

Selain itu,Karim juga pandai dalam ilmu ghaib.Senang cerita,kes pasal hantu ni,dalam tangan dia lah.Ramai jugak yang percaya.Tapi aku amik jalan selamat,untuk tak percaya dan percaya.Kiranya,amik jalan tengah.

Jadi,berbalik kepada situasi pada malam tersebut,aku memandang dengan kemas ke arah Karim yang sedang berdiri tegak di gelanggang badminton.Tak gelanggang sangat sebenarnya,cuma lebih kepada tempat parking kereta yang dicat dengan standard garisan court badminton.Gelanggang badminton tersebut pulak berada di antara asrama lelaki dan perempuan.Kiranya,kalau nak tarik perhatian penghuni asrama perempuan dan lelaki,buat je aktiviti kat situ.

Apa yang Karim buat kat situ?

Ha.Pada malam tersebut,ada perhitungan antara Karim dan makhluk halus dalam kawasan asrama.Karim kata,dia nak cabar mahkluk halus yang buat hal dalam kawasan asrama.Cabar bukan sebarang cabar.Cabar berlawan satu lawan satu.Dah masuk tahap WWE ni memang menarik.Sebelum ni pun,Karim yang tolong pindahkan geng-geng hantu dalam asrama ke bukit berdekatan.Mungkin ada Felda versi hantu dalam bukit belakang asrama aku tu.

Jadi,aku memerhatikan kejadian tersebut dari tingkat dua asrama dengan penuh minat.

Karim membuka langkah.Bunga-bunga silat mula keluar.Setelah setel bunga silat,perlawanan bermula.Kelihatan Karim melompat sana-sini.Tendang sana-sini.Hantu yang berlawan dengan beliau,tak pulak aku nampak.Jadi,aksi Karim malam tu,mirip aksi Amir raja lawak kat atas pentas masa final dulu.Jenis yang susah nak digambarkan di dalam blog.

Aku mula rasa berminat nak tahu sapa pemenangnya.Nampak meriah sangat lawan.Sampai tergolek sana-sini Karim dibuatnya.Hebat jugak.Pertarungan terus berlangsung dengan sengit.Selain aku,yang aku perasan,kat tingkat bawah,ada jugak budak-budak lain yang curi-curi tengok.Yelah,nak tunggu tengok hantu dalam TV,hari cuti jumaat dengan sabtu ja boleh.Tu pun kalau warden tak buat gila suruh ramai-ramai pegi tebas lalang belakang rumah dia pakai batang kayu.

Perlawanan masih berlangsung.Berdebar jugak nak tengok ending dia macam mana.Kalau ada benda meletup-letup macam cerita hantu dalam tv masa lawan tu,best jugak.

Tengah sedap melayan,tiba-tiba Cikgu Zabidi merangkap ketua warden asrama memandu masuk dengan laju dari pintu utama asrama.Laju betul dia bawak kereta Daihatsu charade dia tu.Dari mana dia datang malam-malam macam tu,aku pun tak tahu.Cikgu Zabidi ni,tahap sadis dia,memang gred 'A'! Penampar dengan dia,dah jadi kawan rapat.

Karim yang tengah sedap terbang sana-sini tadi,secara automatik sambung terbang ke arah tebing di tepi court badminton untuk bersembunyi dari warden.









Karimmmmm...karimmm.


5 comments:

Mr feckry said...

dasat!!!memang dasat beb

Nazz@Purple said...

huhuuhuh...ape da..

Unknown said...

ngeh ngeh ngeh

naiba said...

tp kan..tringin gak nk tengok gerangan makhluk yang bertarung ngan karim tu..huhuhuhu~

StingRay said...

feckry: dasat gila.haha

nazz: warden lagi terer.haha..

khairul: =p =p

naiba: ko jgn..nanti jenuh.haha