Tuesday, May 31, 2011

Yang takda keja tu....

Kalau dah bosan sangat,pegi baca blog dia ni.Memang hantu.

Contoh entry? Ha...KLIK SINI dan SINI.

Dijamin jatuh cinta.


Monday, May 30, 2011

Prank Teragung


Nak tahu kenapa mamat ni buat macam ni kat membe dia? Ok.Kalau nak tahu,anda perlu tengok video ini.

Sakit Perut Gelak.


Si Pakcu yang bagi.Tak tau la lakonan ke..hapa ke.Tapi minit ke-3 sampai habis..memang letih aku tahan senyum.



Mereview Filem Kongsi

Semalam,hari ahad.Hari bermalasan di rumah.Bini nak tengok cerita Kongsi kat wayang,tapi aku rasa malas.Lagipun,memikirkan kat wayang nanti ada orang kunyah pop-corn kuat-kuat,bercerita jalan cerita yang sedang ditonton kepada awek/pakwe di sebelah,tendang-tendang kerusi...tu tak termasuk penat pulas stereng cari parking lagi..maka aku membuat keputusan bijak untuk menggunakan Astro First.Nak cuba jugak Astro First ni sekali-sekala.Nak download cerita Kongsi kat tenet pun,berukband ada baki 800MB je lagi.

Setelah memilih filem berjudul Kongsi di kaca TV,aku tengok waktu tayangan yang ada.Ok.Pukul 2 petang dia mula.Kiranya,sempat la makan nasik dengan solat zohor dulu.Nak tengok terus pun tak boleh,sebab dia tengah tayang slot pukul 10 pagi tadi.Pukul 12.30 tengah hari pulak,bini pulak nak tengok melodi.Apa yang seronok sangat dengan melodi,aku pun tak tau.

Jam 2 petang tiba.

Aku dah ready depan TV.Depan aku ada semangkuk anggur.Bersemangat jugak nak tengok.Anggur sebijik demi sebijik masuk dalam mulut.Cerita bermula.

Pung pang pung pang.Bunuh sana.Bunuh sini.Kejar sana-kejar sini.Tak pandai pasang senapang.Langsi sana,langsi sini.Cubit puting tetek.Jerit-jerit.

Aku terlelap sebentar.Mengantuk.Jalan cerita,subhanallah.Menangis.Nak buat-buat gelak pun tak sampai hati.

Aksi kejar kereta memang kelakar.Kereta Evo polis dipanggil.Yang bestnya,elok kereta evo join aksi kejar mengejar tu,selamba kodok je kereta waja polis yang dua bijik tu pegi halang kat depan.Evo yang laju-laju tu buat apa? Evo tu main follow ja dari belakang.Macam bos-bos.Last minit je boleh nampak evo tu pecut pegi potong,dan ada brader keluar senapang dari kereta Evo.

Aksi di Petaling Street pun kelakar.Masa polis pompuan turun dari bumbung dengan bergayut,dan landing atas telur ayam,paling best tengok orang sekeliling.Siap ramai-ramai tengok sambil tersenyum.Ada polis lagi yang berkawal.Sweet.Macam ada pertunjukan stunt plak.Susah betul berlakon di tempat orang ramai ni.Kesian Farid Kamil.Memang susah nak setel benda macam ni.Rasa macam tengok cerita OS dengan Salleh Yaakob zaman 80-an pulak.Jenis ramai-ramai kumpul tengok orang berlakon.

Ending dia paling legend sekali.Tumulak kena tangkap,badan berlumpur sebab jatuh dalam sungai ala-ala cerita P. Ramlee madu tiga.Panggil kren untuk angkat Tumulak dari dalam sungai.Tengah tergantung kat tali kren tu,datang polis pompuan(pelakon adnan sempit jugak),jerit "lu langsi,lu mati" kat Tumulak sambil tunjal kepala.

Cerita tamat.











Jahanam.Rugi RM15 + 6% tax Astro.


Saturday, May 28, 2011

Gambar Gambir Gembur

Adegan-adegan yang jarang kita lihat selalu.Acara lumba turun bangunan sambil cuci tingkap.Hadiah utama,bekalan bakso selama seminggu.

Menunggu.

Rojak mamak a.k.a pasemboq yang aku selalu makan sebelum solat jumaat.Lokasi dekat simpang tiga ni.

Uols rasa,mana kasut yang sesuai untuk iols? Auw.

Wiken.



Friday, May 27, 2011

Benda-benda merdu.


Besok cuti.

Pekena lagu slow macam ni sambil drive di petang jumaat...baru cara!



Bila bosan melanda.

Aku kadang-kadang suka jugak pergi ke entry aku yang lama-lama.Tengok apa yang aku tulis dulu-dulu.Tup-tup..terjumpa entry ni.

Oh...Ai Khent Bilivit!

Hamaigad.Hamaigad.



Kisah Sardin 3

Lokasi: Smallville - Maluri,KL.
Tahun: 2007

Jam menunjukkan 2 petang.Sambil menunggang motor meninggalkan kampung tersayang,aku singgah di pekan Smallville.Singgah di bank sekejap,masukkan duit kereta bapak aku.Dah setel,aku singgah kedai pomen.Kat situ,aku beli sehelai baju hujan.Harga cuma rm5.Aku sebat ja sebab takut hujan kang,koman-koman ada jugak perlindungan.Orang selalu cakap sediakan payung sebelum hujan.Tapi,apakejadahnya nak tunggang motor sambil pegang payung.Payung dengan motor ni bukan kawan rapat.Kat litar lumba motor pun,yang pegang payung semua awek-awek,itu pun masa motor tak bergerak.Jadi,aku amik keputusan untuk beli baju hujan yang murah tu.Duit kena jaga,nak pegi jauh lagi ni.Pegi KL naik motor,bukan selalu sangat aku buat.Mau cecah 400km lebih jugak jauhnya dari rumah aku.

Selesai beli apa yang patut,aku duduk atas Kriss Evo.Aku kena bergerak pantas.Esoknya hari jumaat.Hari interview.Kalau aku tak sampai KL pada hari tersebut,terlepas peluang aku.Dah le interview awal pagi.

Aku hidupkan Kriss Evo.Galak betul dia berbunyi.Aku tengok jam,dah 2.30 petang.Sambil tersenyum,aku memecut laju menuju ke KL.


****** 2 jam kemudian *******

Jam sudah 4.30 petang.Aku sedang menunggang laju di atas highway.Tak silap aku,bila lintas kawasan Bukit Merah,langit mula gelap.Sedikit-demi sedikit hujan mula turun.Ok.Cuaca macam ni adalah tidak elok untuk pakaian aku.Beg yang aku galas penuh dengan baju.Kalau hujan lebat,naya.Jadi,aku berhentikan Kriss Evo di tepi jalan.Masuk dalam sikit,bagi selamat.

Aku pakai baju hujan yang aku beli tadi cepat-cepat.Dah siap pakai,aku tersengih.Patut la murah,nipis betul plastik dia.Kalau tak pakai baju kat dalam,boleh telus pemandangan.Auw!

Siap pakai,aku terus sambung pecut menuju ke arah KL.Apa gila nak tunggu hujan berhenti.Kalau tunggu,tak sampai ke KL aku nanti dibuatnya.Hujan ni bukan macam soalan matematik.Susah nak dijangka bila nak berhenti.



****** 4 jam kemudian *******

Jam dah 8.45 malam.Aku bagi signal ke kiri.Dengan tenang,aku berhenti di hentian Rehat Rawang.Tangan menggigil.Muka kecut.Badan ketar-ketar bukan main.Pakaian luar,dalam semua basah lencun.Baju hujan RM5 tadi aku dah buang sebab habis bersepai terkoyak masa sampai area Behrang.Nipis sangat sampai boleh terkoyak.Bukan setakat koyak,siap berkecai lagi.Hahaha.Laju tak laju la Kriss Evo aku.Ngeri jugak bila pikir naik motor kat highway tadi.Tambah-tambah masa dekat Tanjung Malim.Hujan lebat gila sampai aku rasa motor aku kena tolak ke tengah jalan.Kalau tak kawal,memang kena langgar la.Pandai betul angin lintang tu bergurau.Nak lagi ngeri,pemandangan memang terhad.20-30 meter saja kot.Tu pun nasib baik kereta semua pasang lampu.Hujan pulak,jenis biji besar.Kena setitis dekat visor helmet,dah bunyi macam peluru.Kena ribu-ribu titis? Dah jadi macam bunyi tabla tak tentu hala.Brap brap brap brap brap.

Bila berhenti kat hentian rehat tadi,aku parking depan sikit.Dah tongkat motor,aku keluarkan telefon dari dalam plastik.Telefon pun kena letak dalam plastik.Kalau tak,habis basah lah.Call rumah di kampung.Laporkan apa yang patut.Dah setel mengadu sana-sini,aku sambung perjalanan menuju ke KL.Dah nak sampai dah.Tak jauh lagi.Hujan masih belum berhenti.Menunggang tanpa henti di dalam hujan selama 4 jam (berhenti isi minyak sekejap si Sungai Perak),memang akan menjadi antara pengalaman paling awesome sepanjang hidup aku.Awesome sampai aku rasa,kalau kencing dalam seluar masa tu pun,tadahal.Air mengalir laju di mana-mana.Sejuk-sejuk geli orang kata.

Setelah keluar dari highway,aku masuk MRR2.Hujan masih lagi lebat.Aku lalu ikut Batu Caves.Disebabkan aku tak biasa lagi jalan KL,aku main redah ikut signboard ja.Jalan punya jalan,aku mula givap,mungkin sebab penat dan kesejukan.Jadi,aku keluar sekejap dari MRR2 untuk bertanyakan arah.Aku turun kat area Melawati.Ala,yang jalan nak ke rumah Yusof Haslam tu.Bawah flyover tu,aku nampak ada satu kedai pomen.Aku berhenti tanya arah jalan.Kata brader pomen tu,aku kena straight lagi.Jauh lagi katanya.Aku pandang jauh-jauh,badan dah penat.Lepas ucap terima kasih,aku blah laju-laju.

Sampai area Maluri,setelah tersesat di sana-sini akibat hujan masih lebat + keletihan + keliru,aku akhirnya berjaya tiba di rumah membe aku.Masa sesat tu,jumpa sorang awek tengah jalan bawak payung dekat Jalan Peel.Aku berhenti tanya dia arah Jusco Maluri.Dengan ramah,dia menunjukkan jalan.Terima kasih pada awek malam tu.Walaupun malam gelap dan hujan tengah lebat,dia berani nak tolong.Nasib baik muka aku hensem.

Membe yang aku nak jumpa ni,digelar buyong.Itu nama manjanya.Dia ada adik,nama Syukrina.Dia jemput aku dekat stesen LRT Maluri.Dah parking motor bawah flat kat situ,aku follow buyong naik ke atas.Pakaian mesti ditukar.Dah rasa kembang sana-sini dah.Lama sangat berendam dalam air hujan.Masa tu dah jam 10 malam tak silap aku.Apa gila tunggang motor 6 jam tanpa henti dalam hujan.Nasib baik solat asar dah jamak dengan zohor lepas 2 marhalah awal-awal perjalanan tadi.Kiranya,maghrib boleh campur dengan isya' lah.

Aku naik lif,menuju ke pintu rumah buyong,dan lepas buka kasut,aku ke ruang tamu.

Walla!

Di depan aku,tersergam indah pemandangan KLCC dan bangunan lain di KL.View memang cantik.Face to face orang kata.Macam iklan dalam TV.KLCC tu,macam aku pacak dua jagung depan aku.Punya la jelas.Perfect!Takda senget-senget.Pada masa yang sama,hujan pun mula berhenti.Lampu warna-warni.Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di beranda rumah.Sesekali kedengaran bunyi hon kereta sana-sini.Tuhan bagi aku pemandangan yang indah macam ni bila aku sampai.Hadiah yang bermakna.Hilang penat badan aku dibuatnya.

Sambil membuka pakaian dengan gaya paling seksi,aku menikmati pemandangan tersebut dengan penuh terharu.Dasat jugak rumah yang kompeni buyong ni sediakan untuk beliau.Boleh tumpang berteduh.Apa? Abang dan kakak kat KL? Ah..apa barang kacau adik beradik.Survive sendiri la baru thrill.Dak gitu? Jenis-jenis Sailormoon je yang suka kacau adik-beradik ni.Aku kental.

Sambil menyidai seluar dan baju yang basah,berlatarbelakangkan pemandangan KLCC yang indah,aku tersenyum sendiri.

"Sampai juga aku kat KL ni...".bisik hati aku.

Tersenyum...




bersambung...

Notis-notos.

Ehem-ehem.Lepas aku post dialog suami-isteri semalam,ramai pulak tanya samada bini aku preknen ke tidak samada sms,fesbuk mahupun YM.Tak kurang jugak yang ucap tahniah.hahaha...fanni lah korang ni.

Ok.Meh sini ceq nak cita.Bini aku tengah KPLI.Mana buleh main preknen-preknen sebelum habis pengajian.Itu syaratnya.Kang tak pasal-pasal pulak kena gugur dari program.Lagipun,aku rasa,buat masa sekarang ni,aku tak bersedia lagi nak jadi ayah.Bagi stabil dulu apa yang patut.Bini pun tak tahu lagi nak kena posting ke mana nanti.Masa yang ada ni,bagi je dia pegi kursus sana sini.Biar dia enjoy apa yang patut sebelum ada komitmen dengan anak.Dah setel semua tu,baru le boleh pikir pasal lain.Kan?

Manakala untuk dialog suami isteri pulak,dari siri 1 sampai le siri 24 semalam,hanyalah rekaan semata-mata.Dialog yang keluar tu,tak pernah berlaku antara aku dan isteri aku.Dan,aku dah khaskan,siri tu hanya diperuntukkan untuk dialog rekaan sahaja.Rekaan semata-mata dari imaginasi dan khayalan aku.Takda kaitan samada yang hidup mahupun yang dah mati.Kenapa? Kalau kena reka sendiri dialog...baru lah thrill sket! Kan?

Amacam? Geddit? Jelas? Bagus.Otak hangpa semua memang kliaaa...

Eh.Selamat pagi semua! Dah sarapan?

Hik hik hik...


Thursday, May 26, 2011

Jadi macam gadis-gadis meluahkan perasaan sekejap.

Ok.Dah padam.Hati dah sejuk.

Comel.


Dialog Suami Isteri 24

"Abanggg..." si isteri mula merengek manja.
"Ye...ada apa?" balas si suami.Muka masih memandang ke arah TV.

"Ayang nak minta maaf ni..." balas si isteri.
"Maaf pasal apa?" ujar si suami.Tangannya pantas menukar-nukar channel TV.

"Ye la,semalam ayang buat perangai." terang si isteri.
"Oh..tadahal..abang tak kesah pun." balas si suami tenang.

"Betul abang tak ambil hati ni? Abang tak kesah kena marah semalam?" si isteri bertanya.
"Oooo....Takda masalah.Tapi..kenapa semalam tiba-tiba je buat hal?" soal si suami.

"Biasa la bangggg..PMS...baru-baru preknen camni pun,PMS jugak kadang-kadang." tenang si isteri menerangkan kepada suami.Si suami menangguk tanda faham.Matanya masih fokus kepada rancangan TV.Si isteri pegang tangan suami,baring di bahunya dan mereka berdua bersimpuh kemas di atas sofa.Menghadap tv.

Suasana sepi.Iklan rancangan Barney and Friends berkumandang di kaca TV.

"Tapi bang...kenapa masa ayang merajuk semalam abang langsung tak pujuk ayang?Abang tak risau? " si isteri mula mempersoalkan tindakbalas suaminya semalam.
"Biasalah..tengah PMS.Malas nak melayan."balas si suami sambil turut serta menyanyikan lagu tema Barney and Friends dengan penuh semangat.Comel.

Dubb!! si isteri menghempukkan remote TV pada perut si suami.Si suami pandang tajam ke arah si isteri.Geram.Remote TV dirampas semula.

"Auwwwww!!!!" jeritan manja si isteri kedengaran dari ruang tamu.

















Baby dalam perut dah mula berdebar.Bukan apa,dia risau ada benda yang bukan-bukan masuk nanti.Dua malam lepas,jenuh dia bertepis sana-sini mengelak.

Kacau nak tidur katanya.

Menggusti bersama bapak.

Lokasi: SmallVille
Tahun: 2003

Cuti habis belajar yang panjang dari matrik,membolehkan aku bergolek manja di rumah.Nak tunggu keputusan masuk U,memang lama.Nak pegi kerja ,mak dengan bapak aku tak bagi.Disuruh aku berehat di rumah.Time cuti,cuti betul-betul katanya.Time belajar,belajar betul-betul.Punya bosan kat rumah,sampai pernah aku panjat pokok durian dan lepak di pucuk pokok tersebut sambil layan pemandangan yang awesome.Natijahnya,tak pasal-pasal kena marah dengan mak aku.Nak jadi tupai sekejap pun tak senang.Bosan tau.Tapi memikirkan dia mak aku,jangan banyak melawan.Kena patuh.

Satu hari,kat TV tiba-tiba muncul iklan.Aku yang sedang sedap baring-baring manja terkejut.Ada iklan menunjukkan rancangan gusti tahap eksklusif pada jam 11 tengah hari besok.Nak tengok,kena beli dulu rancangan tersebut.Standard astro la,bab cari duit memang cemerlang.Bab nak setel problem rancangan putus masa hujan,bukan main lembab lagi.Jadi,selaku anak mithali,aku inform kepada bapak aku yang sedang kusyuk baca surat khabar.Tanpa membuang masa,beliau menyuruh aku order rancangan tersebut.Ceria betul muka beliau.Bapak aku dengan gusti,memang ngam.Dah macam kawan rapat.Aku bukan suka sangat pun.See? Pandai kan aku ambil hati bapak aku.Kalah watak pelakon baik dalam cerita Yusof Haslam.

Aku dail nombor yang tertera.Dah setel buat pesanan,aku senyum-senyum sambil pegi sambung baring depan tv.Bapak aku pulak sambung baca surat khabar.Juga sambil tersenyum.


******Hari yang dinantikan tiba********


Jam sudah menunjukkan pukul 10.55 minit pagi.Aku baru datang dari dapur.Depan aku dah siap dengan buah yang sudah dipotong.Bukan setakat buah,ada jugak air soda dalam botol.Jadi,kiranya,semua dah ready.Tunggu rancangan nak start je.Tak sabar pulak nak tengokBrock Lesnar berlawan nanti.Bapak aku pulak,prepare dengan rokok je.Hangin betul aku dengan rokok tersebut.Nak marah pun,bapak sendiri.

Jam menunjukkan 10.57 minit pagi.Lagi 3 minit rancangan akan bermula.Aku amik satu potongan buah pelam.Masukkan dalam mulut.Bahagia.

Jam menunjukkan 10.58 minit pagi.Lagi 2 minit.Mulut kunyah-kunyah buah.

Berdebar.

PLAPP!!!!!......tanpa notis,tiba-tiba blackout berlaku selama 2 jam dengan jayanya.






















Nasib baik Sofia Jane datang tenangkan aku.

Kalau takkkkkk!!!

Wednesday, May 25, 2011

Karim.

Lokasi: Sekolah Menengah Remaja-Remaja Genius
Tahun: 2000

Budak-budak baru habis supper.Malam tu makan roti kering cicah air teh O.Sedap jugak.Jam dah menunjukkan pukul 11 malam.Loceng tidur dah bunyi tadi.Kiranya,semua penghuni sedang tidur ataupun buat-buat tidur.

Aku pulak,duduk di beranda.Mata aku tertumpu ke arah tempat parking kereta.Kat situ,ada sorang senior aku.Nama dia,biar aku namakan sebagai Karim.Karim ni bukan budak asrama.Rumah dia tak jauh dari sekolah.Tapi dia ni selalu lepak kat asrama.Boleh kata,dia ni kamcing la dengan bebudak asrama.Tapi kalau kena tangkap dengan warden,boleh dicop sebagai penceroboh asrama jugak la kes dia.

Selain itu,Karim juga pandai dalam ilmu ghaib.Senang cerita,kes pasal hantu ni,dalam tangan dia lah.Ramai jugak yang percaya.Tapi aku amik jalan selamat,untuk tak percaya dan percaya.Kiranya,amik jalan tengah.

Jadi,berbalik kepada situasi pada malam tersebut,aku memandang dengan kemas ke arah Karim yang sedang berdiri tegak di gelanggang badminton.Tak gelanggang sangat sebenarnya,cuma lebih kepada tempat parking kereta yang dicat dengan standard garisan court badminton.Gelanggang badminton tersebut pulak berada di antara asrama lelaki dan perempuan.Kiranya,kalau nak tarik perhatian penghuni asrama perempuan dan lelaki,buat je aktiviti kat situ.

Apa yang Karim buat kat situ?

Ha.Pada malam tersebut,ada perhitungan antara Karim dan makhluk halus dalam kawasan asrama.Karim kata,dia nak cabar mahkluk halus yang buat hal dalam kawasan asrama.Cabar bukan sebarang cabar.Cabar berlawan satu lawan satu.Dah masuk tahap WWE ni memang menarik.Sebelum ni pun,Karim yang tolong pindahkan geng-geng hantu dalam asrama ke bukit berdekatan.Mungkin ada Felda versi hantu dalam bukit belakang asrama aku tu.

Jadi,aku memerhatikan kejadian tersebut dari tingkat dua asrama dengan penuh minat.

Karim membuka langkah.Bunga-bunga silat mula keluar.Setelah setel bunga silat,perlawanan bermula.Kelihatan Karim melompat sana-sini.Tendang sana-sini.Hantu yang berlawan dengan beliau,tak pulak aku nampak.Jadi,aksi Karim malam tu,mirip aksi Amir raja lawak kat atas pentas masa final dulu.Jenis yang susah nak digambarkan di dalam blog.

Aku mula rasa berminat nak tahu sapa pemenangnya.Nampak meriah sangat lawan.Sampai tergolek sana-sini Karim dibuatnya.Hebat jugak.Pertarungan terus berlangsung dengan sengit.Selain aku,yang aku perasan,kat tingkat bawah,ada jugak budak-budak lain yang curi-curi tengok.Yelah,nak tunggu tengok hantu dalam TV,hari cuti jumaat dengan sabtu ja boleh.Tu pun kalau warden tak buat gila suruh ramai-ramai pegi tebas lalang belakang rumah dia pakai batang kayu.

Perlawanan masih berlangsung.Berdebar jugak nak tengok ending dia macam mana.Kalau ada benda meletup-letup macam cerita hantu dalam tv masa lawan tu,best jugak.

Tengah sedap melayan,tiba-tiba Cikgu Zabidi merangkap ketua warden asrama memandu masuk dengan laju dari pintu utama asrama.Laju betul dia bawak kereta Daihatsu charade dia tu.Dari mana dia datang malam-malam macam tu,aku pun tak tahu.Cikgu Zabidi ni,tahap sadis dia,memang gred 'A'! Penampar dengan dia,dah jadi kawan rapat.

Karim yang tengah sedap terbang sana-sini tadi,secara automatik sambung terbang ke arah tebing di tepi court badminton untuk bersembunyi dari warden.









Karimmmmm...karimmm.


Tuesday, May 24, 2011

Semalam Yang Hangat 27

Keluar dari Giant Kinrara.Barang siap dibeli.Penat masih terasa.Jenis balik kerja terus shopping barang rumah memang tak seronok.Aku lebih gemar mandi wangi-wangi di hujung minggu,kemudian pegi shopping.Seronok sikit nak usha barang dengan yakin.Ini tidak,dengan badan penatnya,peh,rasa nak karate je sosej dalam peti ais tu.Kalau tak kerana barang dapur dah susut,kemungkinan pada masa tersebut aku sedang bergolek manja di depan TV,menonton berita.

Aku dengan bini masuk kereta.Barang dibeli letak kat belakang.Seperti biasa,aku memandu pulang dengan yakin dan hensem.Tapi,kalau tak memandu dengan hensem pun tak apa,sebab aku memang dah hensem.

Sambil memandu,bini kat sebelah bukak kotak kecik KFC.Ala,yang ada kentang dengan fishball tu.Sambil mengumpat pasal IKEA yang kecoh berkenaan kes meatballnya yang ada barbie tu,aku memberikan tumpuan pada pemanduan.Baru bercadang nak pekena buat pertama kali wiken ni,nasib baik tak sempat pekena.Risau jugak kalau dah was-was ni.Sambil was-was tu,bini kat sebelah tolong suap fishball ke mulut.Masin yarabbi.Fishball perisa garam ke hapa KFC ni masak.Ke lauuutttttt!

Sambil sembang-sembang,satu persatu fishball aku telan.Dah setel fishball,sampai turn kentang goreng pulak.

Suapan kentang pertama,lancar.Ngap ngap ngap.

Suapan kentang kedua,lancar.Ngap ngap ngap.

Suapan kentang ketiga.....tiba-tiba kereta naik bonggol,kereta turun bonggol.











Kentang goreng masuk dalam hidung.


Kembali ke belogsepot.

Oh.Disebabkan ada masalah sikit...so..aku kembali ke blogspot.Setting ke domain sedang dibuat semula.Senang cerita,interface blog baru lah.Dah siap aku bagitau balik.

Maaf ye kepada yang dok komen tak dapat ke hapacrita dot com.Lepas ni..mesti awesome punya lah!

=)




Thursday, May 19, 2011

www.hapacrita.com

Mula pindah...hari ini.


Tukar link kome semua ye.

v(^_-)v




Sapa yang ada link dengan blog aku,baca ni.Penting.

Pesanan agak penting ni.Disebabkan DrLaptop tetiba nak taja domain untuk aku secara percuma,maka,Hapacrita akan jadi www.hapacrita.com tak lama lagi.Mungkin esok lusa.Domain dah ready.Masalahnya,kalau aku tukar ke dot com,apa yang aku update,tak akan muncul kat blogroll hangpa semua.Jadi,sebab aku takda masa nak godek setting sebab bizi,aku terpaksa buat pesanan ni.Kalau hangpa tak update alamat kat blogroll hangpa,nanti kalau aku update,hangpa tak tau la.Geddit?

Kesimpulannya,tukar alamat hapacrita anda kepada www.hapacrita.com.Esok aku akan mula tukar ke www.hapacrita.com.Harini bagi notis je dulu.Hik hik hik.

Jadi,nak tukar,tukar la.Tak nak tukar pun,takpe lah.Tadahal.Heeeehaaa!

Ok.Pesanan ringkas ini ditaja oleh Kate Middleton.

Babai.

(^_-)


Thursday, May 12, 2011

Review : Sesi Menggigit Burger Pipiyapong


Ok.Judul burger di atas ialah, burger ayam double,cheese tiga bersaudara.

Setelah agak lama tidak melakukan ritual merepek seperti ini,maka,semalam aku memulakan semula ritual yang telah lama aku tinggalkan.Bukan boleh buat selalu ritual macam ni,boleh tersumbat salur darah nanti.Jadi,untuk ritual semalam,aku memilih bege brader pipiyapong.Untuk maklumat lebih lanjut mengenai gerai bege yang aku pegi ni,sila rujuk pada fesbuk gerai bege mereka.

Tempat gerai bege ni memang ramai orang.Masa aku sampai,dah nampak saudara Pyan Habib sedang mengibas-ngibaskan rambutnya dengan penuh jelita.Maka,tidak syak lagi,aku telah berjaya tiba di gerai bege pipiyapong dengan jayanya.

Elok duduk atas kerusi,terus nampak pipiyapong dengan gigih menyiapkan pesanan.Kalau orang lain yang masak,nak balik dah rasanya.Buat-buat merajuk macam dalam cerita tamil.Jadi,setelah order air,order bege,maka aku sambung berborak dengan 2 orang membe yang datang dengan aku iaitu Kanvas Meddia dan misikeamanan.Tengah sedap sembang,brader pipiyapong dah berdiri kat sebelah meja sambil pegang 3 biji bege yang dipesan.Pantas dan comel macam arnab.

Selesai bayar,brader pipiyapong meneruskan tugasnya.Aku pula meneruskan tugas aku untuk makan bege tadi.Takda pulak kami salam cangkuk ke,buat isyarat taip-taip keyboard ke,atau isyarat merepek yang lain.Sebabnya? Pipiyapong tak kenal aku.Dan,tak elok rasanya nak kacau pipiyapong yang sedang sibuk dengan tugasnya.Aku tak nak amik risiko kena hempuk dengan kuali bege panas oleh pipiyapong.

Aku amik bege tadi,pandang dengan penuh rakus tapi disertai juga dengan kasih sayang.Sekali gigit bege tu,berterabur cheese masuk dalam mulut aku.Rasa bahagia betul.Dua kali gigit,giliran daging bege pulak amik turn buat shuffle atas lidah aku.Bahagia kali kedua.Aku gigit kali ketiga,tiba-tiba muncul hirisan epal hijau dari dalam bege.Terkejut.Pandai betul pipiyapong ni bergurau dengan kastemer dia.Dalam bege pun sempat letak unsur-unsur kejutan.Macam AF.Nampaknya stail gabungan bege dengan buah-buahan semakin mendapat tempat di negara ini.Sebelum ni yang selalu jumpa,asyik letak nenas je.Masa akan datang,mungkin ada yang lebih hardcore,akan sapu tempoyak macam sapu mayonis.Nak sweet sikit,sapu lempuk durian.Untuk hati pink,mungkin letak stroberi.Hati ganas pulak,boleh letak jeruk buah pala.

Selesai aku telan semua bege tu,aku boleh rumuskan,bege pipiyapong ni lulus ujian.Sos dia sedap.Tak sempat pulak aku try bege spesel mereka,bege rokes namanya.Sebab dalam kepala aku pada masa tu,asyik pikir nak tibai cheese banyak-banyak.Tak tahu pulak ada apa dalam bege spesel rokes tu.Kalau bege tu khas untuk perokok tegar,mungkin ada hirisan daun tembakau jeruk.Tak pun,daging bege yang diperap dengan tembakau.Atau,mungkin juga ada sebatang rokok surya dalam bege tersebut.Ganti hirisan epal hijau.

Jadi,kome yang berminat,pegi le cuba try test bege rokes ni.Aku rekemenkan ni.







PS1: Makwe restoran Shani tu cun jugak.
PS2: Ramai awek cun semalam.
PS3: Apahal muka pipiyapong nampak bercahaya?
PS4: Apahal semua komen entry ni hilang? Jahanam! Tak sempat aku baca.


Wednesday, May 11, 2011

Esok..hari khamis.Aku nak review satu benda.

Jadi,kita tunggu hari esok.



Tuesday, May 10, 2011

Bukan selalu nak jumpa benda-benda macam ni.

Setiap tahun,aku tak akan lepas menonton rancangan Britain Got Talent.Ada banyak bakat-bakat unik dalam rancangan macam ni.Ok.Untuk fahami apa yang aku cuba maksudkan,anda kena tonton sendiri.Mamat ni memang beriliyen.


Aku suka idea beliau.

Lagu kanak-kanak tidak akan sama lagi.








Monday, May 9, 2011

PS 16

Aku hidupkan enjin kereta.Panaskan segala minyak dalam enjin dulu.Panaskan pun tak lama,secukup rasa sudahlah.Jadi,sambil mencari channel radio yang sedap,tiba-tiba aku rasa hangat.Jadi,aku buka air-cond.

Yang jahanamnya di sini,angin yang keluar dari lubang air-cond tu,takda sikitpun perisa air-cond.Angin yang keluar,lebih banyak kepada perisa kipas angin.Jadi,serta-merta aku beristighfar untuk mengelakkan diri dari mencarut.Baik habis! Nasib baik aku pada masa tersebut,keadaannya malam yang sejuk dan ceria.Kalau tengah hari yang panas terbakar,rasanya,tak sempat aku istighfar dah tadi.

Pagi esoknya,aku bergegas ke bengkel berhampiran sebelum ke Pusat Servis Proton.Biasa la,orang kata,banding-bandingkan harga.Orang pakai kereta,aku pun sibuk nak pakai kereta.Sampai masa nak maintenance,mula la berkira.Setelah diteliti,didapati paip air-cond aku bocor.Brader bengkel listkan aku dengan pelbagai barang.Mau cecah RM800 jugak.Jadi,aku rasa,ada unsur-unsur penipuan di situ.Selaku pengguna yang bijak,aku berjaya mengelak.Nak sedapkan hati brader tadi,aku tukar brake pad je sebab kebetulan brake pun dah nak habis.Brake pad ye..bukan pad lain.

Dah setel,aku terus menuju ke Pusat Servis Proton.

"Ala Jamil..you kan da gaji.Apa salahnya.Bukan selalu I nak paw you tau.Hik hik hik.Tapi kali ni,bila sampai kat Service Center,I nak paw you kaw-kaw punya.Hik hik hik...." PS mula menggedik.Aku diam.Cemas jugak kalau jenis cemas yang melibatkan duit ni.

Aku dan PS tiba di Pusat Servis Proton.Ada sorang brader tengah berdiri di depan kedai.Kereta memang banyak.Setelah parking,aku story lebih kurang masalah aku.Dengan pantas,macam lipas kudung dia check kereta aku.Takda banyak komplen.Ini yang aku suka tempat servis ni.Sejak dapat kereta Nov 2009,kat sini je aku servis.Tak pergi Pusat Servis Proton yang lain dah.Memang puas hati dia punya servis.Itu bagi aku la.Orang lain,aku tak tahu la pulak.

Dah puas dia check,dia sahkan aku punya hos air-cond bocor.Takda sangkut paut langsung dengan cooling coil macam brader mekanik luar tadi cakap.Serta-merta aku rasa wallet aku tebal semula.PS dah tarik muka.Aku kenyit mata tanda perli.

"Sini tak handle air-cond.You kena pergi HQ dekat highway KESAS tu.Masih ada warranty.Don't worry." ujar Brader tadi lagi sambil tersenyum.Walaupun risau memikirkan kerenah kat HQ nanti,tapi,aku masih boleh tersenyum lagi.Tak sia-sia aku dapat extended warranty masa beli dulu.

" I tak kira.I nak buat-buat enjin rosak jugak!" ugut PS.

"Haippp! Nak aku suruh mekanik kat sini geletek? Jangan nak buat perangai!" sergah brader proton tadi kepada PS.PS terus diam.Takut.Terkejut.

"Hanya pemilik kereta dan tukang servis terlatih sahaja yang boleh dengar suara kereta-kereta ni semua.Kadang-kadang mengada-ngada kereta ni.Jangan bagi muka!" tegas tapi penuh berhemah brader Proton tadi bagi penerangan kepada aku.











Aku jelir lidah panjang-panjang kepada PS.

Comel.

Thursday, May 5, 2011

Mari Mengenal Jamil - 2

Hai.Berjumpa kembali dalam siri Mari Mengenal Jamil.

Ok.Seperti siri pertama mari mengenal Jamil,siri kedua rahsia Jamil,dan siri ketiga Jamil menggedik,kini,kita ke episod terkini pulak.Hik hik hik.

Ekceli,aku ni suka makan daging.Kalau ikut hukum ilmu sainsnya,aku ni jenis pemaging ataupun dikenali juga dengan karnivor.Karnivor tak karnivor jugak la,aku masih lagi tergolong dalam golongan omnivor rasanya.Sebab aku ingat semalam,aku ada makan keropok Super Ring.Sedap ya'amat.Mungkin aku spesis omnivor yang ke arah karnivor.Ah.What everrrrr! (Silang kaki,mata pandang atas)

Aku akan cenderung menjadi berdebar-debar jika ternampak daging dengan potongan steak di pasaraya.Kamu sudah cuba daging Gemas di pasaraya Giant Kinrara? Harga murah dan dagingnya berwarna merah segar.Siap pek dalam bekas yang elok.Sepotong baru rm2-rm5.Ikut ketebalan dan saiz.Dah kira murah tu.

Disebabkan aku suka daging,maka,sebarang masakan daging aku takda masalah.Daging masak kicap.Daging masak merah.Semuanya awesome.Cuma jus daging letak ais dalam plastik letak straw sahaja yang belum dijual.

Selain resepi di atas,kadangkala,aku akan buang tebiat pekena steak.

Kenapa steak?Kamonnn,makan steak tak jadi mat saleh aih! Mengada-ngada! Evendo(mak aih ayat) aku suka kedarah steak kadang-kadang,jiwa aku tetap nasi dengan sambal belacan.Yeha!

Cuma,melalui steak,aku boleh makan daging banyak-banyak sepenuh hati sampai boleh tersenyum sorang-sorang.Ibarat penagih rokok terjumpa seguni rokok jenama mahal di tepi jalan.Dan,disebabkan fedap dengan kedai steak tempatan yang hidangkan steak yang nipis-nipis sampai sakit hati tengok,aku mula ceburkan diri untuk masak steak idaman sendiri.Boleh jugak aku pilih ketebalan daging ikut selera aku.Nak ke kedai steak terkenal,risau jugak sos tu nanti ada wain walaupun dah cakap tak nak letak wain.Kalau dah was-was ni tak elok untuk teruskan.Tu tak kira lagi kuali bekas dia masak menda lain sebelum aku order steak aku.Kena dia letak wine sebelum tu,naya.Lagipun,tempat-tempat cenggitu,mahal jugak.Tak mampu le bagi masyarakat marhain macam aku ni.Hahaha.

Jadi,seperti dalam channel AFC,nak masak steak ni,cukuplah dengan garam,black pepper dan kuali leper.Tak perlu tambah menda pelik-pelik.Biarkan rasa daging asli.Sedap i tell you.Tapi,kalau korang nak tabur jugak daun rosemary ke..apa ke..lantak lah kan.Cuma,jangan la letak daun kesum.

Sumber gambar:Sini.

Ok.Kalau jenis steak,aku lebih gemarkan steak seperti ini.Yang ada cuma potongan daging steak.Sayur kacang buncis yang dicelur air panas dan diletakkan di dalam air berais untuk mengekalkan kerangupannya.Serta beberapa ketul kentang yang direbus tanpa dilenyek.Biarkan ia sebiji-sebiji tanpa kulit.Gambar kat atas tu,kentang dah dilenyek.Aku tak suka.Steak dengan coleslaw? Auww...not my type.Sorry. Aku rasa,ini le masakan paling mudah.Kentang dengan buncis,rebus je.Daging,masak 5 minit setiap bahagian dengan api yang hensem.Setel.Takda nak tumbuk-tumbuk rempah dah.Boleh siap dalam 15 - 20 minit.Super simple.

Tapi,jangan diamalkan pemakan seperti ini sebagaimana anda mengamalkan surah al-fatihah setiap hari.Cukuplah sebulan sekali mahupun dua kali.Makan daging banyak sangat pun,boleh kena kanser usus nanti.Lagipun,kalau dah spesis melepak depan tv tanpa bersenam,bawak-bawak ingat la.Badan nak pakai lama.Ye dak?

Ok.Babai.

Muah.




Tuesday, May 3, 2011

Tragedi Gam Cap Gajah

Lokasi: Depan Rumah
Tahun: 1994 rasanya.

Aku tergolek malas dalam rumah.Cerita kat TV dah tak berapa nak sedap.Melayan cerita melayu jenis nangis2 atas sejadah pada waktu cuti,bukan kegemaran aku.Nak tukar channel pun,mak aku tengah melayan sampai mata merah.Jadi,aku tak nak potong mood mak aku yang betul-betul tengah sedih.Kalau aku tukar jugak,boleh kena tolak markah ke syurga kalau mak aku tak gembira.

Jadi,sambil terkial-kial kebosanan,aku nampak abang aku tengah buka pemain kaset dalam kereta bapak aku.Aku ada idea.Aku bangun perlahan-lahan keluar rumah,menuju ke arah abang aku.Nampaknya,dia sedang betulkan benda yang patah pada dashboard kereta.Serta-merta aku jadi bosan semula.Ingatkan ada benda menarik.Selalunya,abang aku sorang ni,jenis kreatif.Kolam ikan hiasan depan rumah,selamba badak dikoreknya sorang-sorang.Siap air terjun lagi dibuatnya.Lepas tu,segala jenis ikan dibiar merempit dalam kolam tu.

Jadi,jika nak dibandingkan dengan hasil karya beliau yang lain,aktiviti meletakkan gam pada plastik yang patah pada dashboard,sangalah lame pada pandangan aku.Aku menghampiri abang aku yang sedang terkial-kial memasang sekeping plastik yang patah.

"Tak kuat pun gam tu...." ujar aku sambil buat muka kerek.Mula nak mengacau.

Abang aku pandang aku.Aku pandang dia.Dia pandang aku.Aku pandang dia.

TAP! Tangan aku ditangkapnya.Aku cemas.Nak menjerit pun,malu sangat sebab aku budak lelaki.Budak lelaki mana boleh jerit-jerit.Jadi,aku tabahkan diri,dan cuba mengumpul kekuatan untuk melepaskan diri.Aku sangat yakin aku boleh lepaskan diri.

Tengah sedap-sedap mengumpul kekuatan,tiba-tiba abang aku calit gam cap gajah tadi atas ibu jari aku.Nak lagi bagero,dia tarik jari telunjuk aku,lekatkan atas ibu jari aku.Tanpa belas kasihan,dia tekan dua jari aku kuat-kuat.Pada masa tu,aku panik habis.Tak pernah pulak aku kena gam cap gajah.Kalau kat bilik darjah,selalu jugak la main gam yang harga sepuluh sen tu.

Dah puas tekan jari aku,abang aku lepaskan tangan aku.Penuh selamba,dia sambung balik kerja beliau yang tertangguh sebentar tadi seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Petang tu,aku bersembunyi di bawah tangga belakang rumah,terkial-kial cuba tarik jari aku yang tercantum tadi.Keluar jugak air mata bila nampak kulit terkoyak sikit masa tarik tu.Pedih.










Pagi esoknya,disebabkan jari aku cedera parah,bukan main ramai lagi awek-awek kat kantin sekolah yang berebut nak suapkan nasi kat aku masa waktu rehat.Siap berbaris lagi.


Rimas betul.


Benda-benda yang tak patut terkejut.

Sumber gambar : Sini.


Kilafairy terkejut dilabel simbol seks?

Alololololo...dah posing cenggitu punya gaya....masih boleh terkejut yeeeee?

Mangga ni....memang.

Hahahaha.