Balik raya cina baru-baru ni,aku beli satu pek NiQuitin kat Sungai Petani.Itu pun setelah aku selidik betul-betul apa itu NiQuitin.Setelah kompiden,aku amik keputusan,untuk terus beli.Menda ni boleh dapat kat farmasi.Cari lah.Aku rekemenkan kepada kawan-kawan aku yang merokok dan kepada mereka yang hendak berhenti merokok.
Rokok mati lah.Bukan rokok hidup.
Nakal.
Aku beli yang jenis lekat kat badan.Senang.Ada jugak yang jenis gula-gula.Bapak aku bukannya kanak-kanak nak kunyah gula-gula.
Jadi,pada pagi ahad yang hening,sebelum masuk ke dalam kereta dan balik ke KL,aku passing sekotak kat bapak aku.Aku terang elok-elok cara pakai.Lepas tu apa nak buat kalau ada side-effect semasa pakai menda tu dan pelbagai maklumat lain lagi aku bebel kat bapak aku.Tak lupa jugak aku ingatkan kepada beliau,NiQuitin ni adalah nikotin juga.Cuma ia diambil tak macam rokok.
Kalau merokok,sekali dengan asap beracun tu masuk badan.Dengan NiQuitin ni,hanya nikotin semata-mata yang masuk badan.Lebih baik dari merokok.Dan,dengan pemakaian berkala kepada dos yang lebih kecil setiap minggu,disertai azam berhenti merokok,aku harap,badan bapak aku akan menyampah dengan nikotin dalam masa 8 minggu lagi,seterusnya bapak aku tak perlu merokok.
Lepas bagi penerangan,aku salam tangan mak bapak aku.Kemudian aku masuk dalam PS.Bersedia untuk pulang ke KL.Aku ucap salam dengan penuh sopan sebagai finishing sebelum blah ke KL.
Sayu habis!
Hari isnin semalam,aku tanya adik aku tentang keadaan bapak aku.Kata adik aku,bapak aku loya,nak muntah bila pakai menda tu.Demmit.Nampaknya dos aku beli tinggi sangat.Kan dan keracunan nikotin dah bapak aku tu.Walaupun bapak aku merokok lebih 10 batang sehari,dos tu tinggi sangat nampaknya.Aku nasihatkan,suruh buang dulu.Jangan pakai.
Hari selasa.Hari ini lah.
Baru kejap tadi,bapak aku call.Aku cemas.
"Arini pakai lagi,dah tak pening dah.Hisap rokok dah rasa tak sedap.Hisap sebatang pun tak habis.Tak isap 3 jam pun tak apa.Badan rasa sihat banyak." itu antara dialog bapak aku yang buat air mata aku hampir berjurai keluar setelah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan tabiat merokok yang telah diamalkannya selama berpuluh tahun.
Permulaan yang baik.
Yeah!
Fuck rokok!
13 comments:
tahniah..misi hang berjaya
wah. sejuk perut mak ko mengandung dapat anak macam ko. hehe. teruskan misi.
ramai lagi yg masih merokok di luar sana
hehe..ikut nasihat sayayer.. belikan utk org yg merokok.. hik3... i like the testimonial..hik3.. bersihkan udara kita... wah3.. lebih2 plak.haha
sejuk paru-paru bapak lu ada anak macam lu. huhu
woah....leh bli..senyap2 tampal kat dahi member aku si perokok tegar.
fuck rokok jugak
soalan jujur.. rokok hidup n rokok mati??? x paham
Yeahh..cayalah tuan sheikh
yeah!say no to rokok mati!nakal!
aku belikan bf aku yang kunyah punye.. dia kata ptuih, tak sedap. mbazir aku beli mahal2.. tp skg dia dah berenti sbb aku ugut xmo kawin dgn dia kalo dia isap rokok.. heee
boleh beli utk adik aku.. huhu
wahhh, brp sekotak??? leh wat hntrn kawen nih. kasik kt bakal laki.. adesss
ann: terharu.tsskk..
ika: memang pun..aku ingat lagi,masa dalam perut mak aku dulu..ada peti ais.Sila percaya.
alien: mereka tidak dapat diselamatkan.
gurl: aaa..perasan.ahhaha
ner: kalau dia isap rokok yang ada menthol..pun sejuk jugak rasanya.haha
hana: sila sila...tampal macam hantu cina.haha
zonaku: demmit..aku pulak yang blushing nak terangkan.Ah..tak nak cakap lah! haha
firol: yeahhhh!!!!! haha..
capa: auwww..hahaahhaha
kempompom: hahaha..camtu je kena ugut? ahhaa
brat: sila-sila.jangan segan-segan. =p
kay: dalam rm60 ja.cuba lah.=)
Post a Comment