Friday, February 18, 2011

Kashaf Imani




Semalam,sambil mengunyah nugget,setelah bosan dengan Discovery Channel,aku tonton cerita Kashaf Imani secara solo.Macam biasalah,jalan cerita agak tipikal macam cerita melayu lain.Semuanya boleh dijangka kesudahannya.

Namun,yang membezakannya adalah penghayatan perasaan pelakonnya.Itu yang membezakan kualiti sesebuah cerita walaupun jalan ceritanya amatlah 'kelice'.

Jadi,dalam cerita Kashaf Imani semalam,aku tabik kepada pelakon Sharifah Amani,Beto Kusyairi,Wan Sharmila,Normah Damhuri dan pengarahnya Azma Aizal Yusoof (oh dem,2 dari pelakon cerita ni kecuali Beto dan Normah, adalah pelakon slot Sindarela dulu,pengarahnya si Azma tu pun sama.nasib baik tak masuk Bront Palare..haha..).

Aku,kalau cerita tu boleh sampai ke hati aku yang cerewet ni,aku dah kira suka dah.Pelakon yang hebat,boleh menukarkan cerita yang 'kelice' kepada cerita yang sedap untuk ditonton.

Macam cerita 'garam',aura yang ada pada Angelina Jolie membuatkan filem itu menarik walaupun kita dah tahu macam mana jalan cerita tersebut akan berjalan.Kalau nak adaptasikan cerita tu dalam persekitaran Malaysia pun senang.Gantikan sahaja pihak berkuasa tu jadi Bukit Aman.Mungkin Abby Abadi boleh ganti Angelina Jolie.hahaha..terus jadi Gerak Khas rasanya.

Kalau Abby Abadi tak nak,mungkin Sharifah Sofia boleh ganti.Dia sesuai.Hot.

Sharifah Sofia? Ah! Pelakon Sindarela lagi!

Ok.Babai.

Muah!


11 comments:

marina anakcikbob said...

sindarela mmg best!

Nerzhul said...

Sharifah Sofia...ahhhh

Lazyf said...

Jamil..."kelice" tuh mende?

Anonymous said...

kesimpulannya..ko suka cter sinderella

bukankosong said...

Kelice? wow...owg seni bangattt

yernterry said...

aku tengok trailer citer ni.cm best
tapi apakan daya,umah aku xde astro
cait!

FVN said...

aku tgk cite ni semalam...
oklah..but mekap diorg macam pelik sket... tebal semacam..

Firol said...

Di nampak sangat hang layan sindrla ye..kehkehkeh

Jasad Hidup said...

walaupun hanya tgok trailer jer, ak dpt rasa cite nie best...bleh buat filem nie

Nerzhul said...

macam ok cerita ni...

StingRay said...

marina: sungguh! =p

ner: ahhhhh.....hahahah

lazyf: cliche...hahahah...=p sila gugel. =)

capa: tepuk tepuk! =p

flyz: hahhaa..berseni habis la konon.=p

yern: apa lagi..pegi rumah membe yang ada astro.=p

vfn: tang mekap aku stuju.nampak tebal.haha

firol: setiap manusia..sifat halus tu dah 'build in' dah.Bila dah kena..haha..tisu habis! haha..

aizat: boleh la melayan.haha

ner: agak ok la.haha..