"Abang pun tak berapa ingat.Nanti lah kita tengok kat mana.Abang pun nak tahu ni.Dah dekat sebulan baru saman nak sampai rumah.Mana boleh ingat." bebel Hashim Kasbari sambil memandu kepada isterinya yang berada di sebelah.
"Ala..ayang tanya aja.Mana le tahu abang ingat kat mana abang memecut.Kan dah kena saman ekor.Bukan apa,saman ekor ni kadang-kadang tak betul.Kalau betul,kita bayarlah." balas isteri Hashim Kasbari.
Kereta yang dipandu meluncur laju ke balai polis.
Setelah tiba,Hashim Kasbari dan isteri meminta salinan gambar dari pihak polis yang bertugas.Setelah membayar RM10,mereka menunggu gambar dicetak.Selesai mencetak gambar,anggota polis yang bertugas tadi menyerahkan gambar kepada Hashim Kasbari dan isteri.
Hashim Kasbari dan isteri terdiam.Hashim Kasbari memandang muka isterinya.Isteri Hashim Kasbari memandang kembali muka Hashim Kasbari.Di dalam gambar,memang sah kereta Hashim Kasbari yang terpapar.Kelajuan yang dicatatkan pun memang melebihi had laju.
"Hummm...mungkin......super impose kot." Hashim Kasbari cuba memberikan alasan.
Dadanya berdebar.
PELEPOWWWW !!!!!
Hashim Kasbari tergolek di lantai balai polis setelah ditampar laju oleh isterinya.Gambar di tangannya terlepas ke lantai.
Di dalam gambar tersebut,samar-samar kelihatan Hashim Kasbari yang sedang memandu laju,sedang dipeluk manja lengannya oleh seorang gadis manis.
12 comments:
wuhuuuu....
sangat bahaya rupanya gambar speed trap
wuhuuuu....
sangat bahaya rupanya gambar speed trap
hahahaha
Hashim Kasbari kantoiiiii~
moral of the story
kalau bayar speed trap better g ngn kawan jgn g ngn bini
kekekeke
bagus jgk ada speed trap ni.hahaha
pakcik,
bila mahu keluar blook baru..gua nak sepasang!haha
zonaku: aih.takut nampak.=p
kuyam: hik hik hik...=p
alien: kalau gi ngan kawan...pastu kantoi dating dengan gf@bf kawan? Nak kira camna tu? hahaha..
capa: nak check laki dia la tu.=p Blook? Aduh.Lum siap.Hahaha..bizi sket.Insyaallah..tak lama lagi.tq. =)
kuangkuangkuang!
padan muka kau!
ooo..bole nmpk eh org dlm 2??menarik nih..
super impose taekk...
haha..
aku ingat ade hantu td..
hashim Kasbari pulak?
hahaha.lawok lawok.
hehe..sama cm citer lec sy dulu.. ahaha. may b sbb dia ada pnglmn.. ker org yg citer kalinipon? HAHAHA
ayuni: padan muka beliau. =p
cikintan: kalini hashim kasbari plak. =p
gurl: belum ada pengalaman macam ni.=p
Post a Comment