Lokasi: Kampung
Tahun: 1993
Dah siap solat magrib..aku pun bersiap-siap untuk ke terawih.Perut berat je rasa.Ye la.....berbuka tadi mengalahkan pelarian uganda.Aku mengenakan pakaian standard untuk ke masjid.Pakaian agama-agama campur pakaian aksi iaitu berseluar track suit dan baju melayu.Kira trend lah zaman tu.Kalau pakai kain pelekat dah nampak macam tua sangat.
Dalam poket kiri baju melayu aku,aku letak mercun gores sekotak,bunga api sebatang.Sebelah sana poket yang satu lagi,aku letak pemetik api.Barang tu semua sebagai alat keselamatan.Mana tahu kalau-kalau ada makhluk jahat macam dalam cerita power rangers nak serang aku tengah-tengah jalan,boleh aku letupkan dia dengan mercun tu.Kalau tepi-tepi jalan aku bagi salam ja.
Aku tak bawak senapang,kalau bawak senapang nampak macam askar Serbia plak kang.Berbekalkan lampu suluh buatan sendiri (bateri diikat dengan salotep..letak mentol kecik di depan..DIY punya lampu) aku pun bergerak keluar dari rumah.Kena gerak awal,ada projek baeekkkk punya kat masjid.
Bila sampai kat masjid,aku pun turun terus ke sungai masjid.Jenis tak singgah zikir dulu.Setan pun buleh geleng kepala tgk gelagat aku.Da sampai sana,aku tgk membe2 aku da siap tunggu.Ciss,lagi awal diorang sampai.Kami memulakan ritual kami seperti biasa.
Mandi sungai.
Yaaa...mandi sungai.Siang kan puasa,mana leh berendam dalam sungai.Diceritakan air akan masuk melalui lubang TUTTTTT dan boleh membatalkan puasa.Kami juga khuatir jika iman kami lemah.Gila hapa,tengah dahaga buleh berendam dalam sungai.Air sungai pun da nampak macam air sirap.Disebabkan kami ni hakkor mandi sungai,kami tukar aktiviti ke malam plak.
KECEBUR KECEBUR KECEBUR bunyi air sungai.Seko-seko da nampak macam beruk bila terjun dari tebing.Seronok bukan main.Dalam gelap pun x kesah,sebab kami da tau dah mana ada batu,mana ada kayu....sungai tu kiranya kalau ada exam,kami dah capai tahap PHD dah dia punya kefahaman.Selok belok dia semua kami tau.Kat mana emas tertanam pun kami tau...ok...itu aku tipu.
Kami mandi dengan penuh 'passion' bak kata mat saleh.
Bila muazzin azan Isya',kami semua dah siap atas tebing.Lap-lap badan siap pakai baju dah.Timing memang chantek.Dah habis azan,kami pun solat isya' macam jemaah yang lain.Bila habis solat,orang-orang dalam masjid da mula solat sunat.Aku pegi ke tingkap,jenguk-jenguk menu moreh malam tu.Peh..ada roti canai.Gila rare menu malam tu.
Aku amik keputusan untuk solat sunat teraweh penuh.Tak nak buat setengah-setengah.Semangat betul malam tu.Sementara aku menunggu diorang start teraweh,aku lepak jap kat dinding surau tu.Sandar kat dinding memang best.Sambil sandar sambil aku terbayang-bayang awek-awek di belakang tirai masjid..pastu sengih sorang-sorang macam hilang akal....aku terus mengelamun....
"Bangunnn......bangunnnnnnn!..." kedengaran satu suara sayup-sayup sambil menepuk bahu aku.Aku buka mata,tgk2 sepupu aku kejutkan aku.Peh..sempat terlelap.Aku bangun dengan cargas untuk pegi solat teraweh.Tengah semangat nih,kena la laju-laju.
Kemudian aku terdiam.
Teraweh celah-celah mana...tok imam aku tengok tengah sedap kunyah roti canai kat luar masjid.Bayang awek-awek belakang tabir pun da lesap.Makmum sorang tak ada.Lampu dalam masjid pun da padam.Punya la sedap aku lena,orang dah habis teraweh pun x sedar.
Aku keluar dengan yakin,amik roti canai sekeping tanpa rasa malu,kunyah sambil jalan balik ke rumah.Cucuh mercun seketul dua tepi jalan.
Tak Rambo langsung terlelap kat masjid!
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago
13 comments:
HAHAHAHAHA....
Nasib dikejutkan..buat dibior sampei subuh...hehehe
poyaiiiiiiiiiii....hahahahaha
kalau aku... aku biarkan sampai pak imam kejut bgn solat subuh. muahahaha.
kejut untuk subuh lewat sangat,
kejut untuk tahajjud la baru padan , nak balik gelap, orang dah tak ada, roti canai pun dah abesss
keskeskesss...
huhu...xterkata..
sedap x roti canai tu? :P
nasib baek time tu budak budak...kalau skrgneh....mau kne lekuk ngan tok imam..hihihihihi
sama gak ko tak pegi tarawih
hahaha
Dude..aku tak tahan bile ko tulis
"Aku keluar dengan yakin,amik roti canai sekeping tanpa rasa malu,kunyah sambil jalan balik ke rumah"
**siot jer ayat..hihihihi..
ko ada mimpi pasal awek2 belakang tirai tu kan. apasal tak tulis kat sini. haha...
ahahaha,
ade air liur basi meleleh tak time tu?
ahahahahah kelakar je, ahahaha. ;)) bersemangat la sgt, tgk2 semua da abes smyg da, ko, tdo je keje nye :P mujur la ko bgn time org tgh moreh lg, nak nya ko bgn time pkuk3,4 pg, org da tade semua kat lam masjid tu? tak pasal2 kang hang keluaq surat khabar, sbb tgk kopiah, bju dan kain pelikat bangun smyg,iras iras tjuk utusan yg lps, "misteri kain sejadah sembahyang di masjid kristal"
fuh. gila hakkor.
nasib baik x tidur smpai sahur
Post a Comment