"Bang,bagi bege ayam double special eh...letak cheese."
"Okeh" jawab brader tersebut sambil bergegas buat bege.Tengah masak bege,dia pun amik cheese dalam tempat simpanan kat sebelah.Aku tgk dia amik sekeping je cheese.
"Bang,cheese bagi double eh." brader tu pandang aku.Mungkin aku orang pertama yang order menu camtu sepanjang karier dia.
Ok,ada kelainan bagi aku kedai bege brader ni.
Pertama,skill dia.Memang kemas.Tgk pun rasa sejuk je mata.Cara masak,cara dia goreng telur,ok...buat aku selesa.Satu faktor yang baik untuk aku datang kembali nanti.
Kedua,cara dia letak cheese.Kebanyakan kedai bege yang aku pegi,dia akan balut daging bege dengan telur,dan cheese akan diletakkan di atas telur kan? Kemudian diapit dengan roti dan segala bagai barang-barang lain.TAPI brader ni,dia letak cheese di dalam bungkusan telur tadi.Cara ini adalah sangat bijak bagi aku.Bijak kerana cheese ini tidak akan meleleh keluar bila terkena daging bege yang panas.Dan bila kita gigit bege tersebut ,cheese tadi akan terkeluar dari celahan daging bege dan telur seperti rama-rama yang terbang indah dan terus menuju ke dalam perut seterusnya menghasilkan sensasi yang tidak terperi.Mungkin mampu membuatkan anda mengunyah sambil tersenyum-senyum.
Keesokannya,aku datang lagi ke kedai brader tersebut.
"Bang,bege ayam double satu.Cheese triple."ujar aku sambil menaikkan tiga jari.
"Hah? Cheese triple? Cheese triple?".2 kali dia ulang tanya untuk kepastian.Tidak percaya apa yang didengarinya.Sekali lagi,aku telah memberikannya pengalaman baru dalam seni pembuatan bege.
Besarkan gambar,dan korang leh nampak susunan cheese di sebalik daging bege sebelum brader tu bungkus dengan telur.Waaacchhhhaaaaaaa!!!
-Bege ayam double triple cheese.Waaaaachhaaaaa!!-
Ni semua atas selera aku.Selera korang aku tak tau.Oh ya,kalau korang jenis suka sos lebih,cakap kat brader tu nak sos lebih.Sebab sos dia akan letak secukup rasa sahaja.
Menu cadangan:
1.Bege ayam double special 'cheese double'.
2.Bege ayam double 'cheese triple'.(penggemar keju)
Amaran: Jangan makan selalu beb...punah badan.Ha ha ha..
17 comments:
Brutal.... mesti sangat hebat kedai ni sampai kamu pn promote eh bro?
aku pulak yang meleleh air liur..aku dah la cheese maniac..tolong tanye bro bege tu,tanak bukak branch kt kuantan ke? jauh sgt la puncak jalil tu...
apsal tak letak harga sekali???
adeh~ terliur....
harga pun triple jugak kott
john: aku bg iklan free ja..haha..kena ngan perut aku beb..hehe
mimie: errkk....nak aku mintak no phone dia? haha
jard: ala..harga macam bege biasa je.hehe..paling mahal pun aku order dengan triple cheese bagai...baru rm6 lebih je... =) jgn risau.
naddy: =p
loti:tak...harga dia rilek-rilek ja...ahha..murah ja.harga stended bege tepi jalan.
mmg aku tak pernah jumpa customer mcm ko ni...
life: ko jual bege gak? =p ah..ngada.
damn!!! aku memang suka beger dan tika dan saat baca entry ko ni air liur aku meleleh2...
cheese adalah sodap hoccay...letak 10 kpg pun xpo...
aaaa..sedap..sedap..
sini tadak bege yang sedap camtu..suma ada perisa masala.
muka pon da jadik macam keling
kau meranapkan diet aku. aku dah start nak beger balik.
ni kedai dekat dgn esso tu ke???
kucing: dammnnnn......hahaha
lazyf: pehhh....gila 10 keping..haha
poye: nak aku pos? seketul rm100...amacam?
ateeka: gud luck...hahaa
birupink: salah....atas lagi cika dik...atasss lagu..cari PUJ1. =)
jangan makan banyak2... kalori tinggi... sila jaga badan... nak pakai lamatu... =p
gurl: baekk....bini nak pakai kan? hahahahaaaaaa
mkn cheese byk2 xpe.. bege tu yg xleh byk.. cheese baik utk kesihatan
Post a Comment