Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Aku tersenyum.Bagi aku,eloklah pengajaran bahasa inggeris yang dirawat.Biar ia diajar di dalam bentuk yang baru.Bentuk yang lebih berkesan.Biarkan orang yang pakar dalam bahasa inggeris mengajar bahasa inggeris.Tak perlu guru pakar matematik terkial-kial dengan bahasa inggeris.

Bukan menidakkan kepentingan bahasa inggeris.Cuma,jgn halang ilmu sains dan matematik dari sampai kepada golongan muda di LUAR bandar.Otak mereka power,tapi disebabkan bahasa inggeris,mereka jadi terhegeh-hegeh.Benda ni aku nampak dengan kepala aku sendiri.Mereka dibebankan dengan 2 perkara pada suatu masa.Memahami bahasa asing,dan menyelesaikan masalah soalan (math @ sains).Kesian aku tgk budak sekolah rendah kat kampung.Kalau budak-budak bandar lain lah.

Jadi,biarkanlah mereka belajar dalam bahasa mereka,PADA MASA YANG SAMA,kuatkan pengajaran bahasa inggeris biar jadi lebih berkesan.Tambahlah masa pengajaran bahasa inggeris pun,tak kesah,janji ilmu sains dan matematik dapat diserap dengan mudah oleh pelapis bangsa.Dalam hal ini,dalam bahasa ibunda.

Utk DBP...depa ni aku rasa kena bagi kuasa lebih.Terjemahkan la buku laju-laju.Rancakkan proses terjemah buku ni.Tambah je kakitangan.Buku baru kuar..terjemah ja.Banyak menda la nak cakap kalau bincang pasal ni.Sejarah bahasa melayu bukan bermula selepas merdeka,kalau kamu rajin,buatlah kajian sket pasal bahasa melayu,aku jamin kamu akan kagum.

Perjalanan baru bermula.Kepada Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin dan pasukan dia...aku tabik kepada kamu.Dia ni,bagi aku,letak kat mana pun menjadi.Oh ya,aku bukan BN dan aku bukan Pembangkang.Sapa buat kerja bagus,betul,memang aku respek.

Tahniah pejuang bahasa.





"Kalau nak masak laksa....kita kena pandai lukis gambar laksa dulu tau....baru buleh masak laksa dengan sedap.....ha..sekarang cuba kamu suruh cikgu pendidikan jasmani kamu ajar kamu lukis cantik-cantik......"


dapat?

23 comments:

Firol said...

Yeahhhhaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!..
BETUL APA YANG DINYATAKAN TUAN HAMBA...


:)

najwa hazirah halmi said...

xfhm motif perenggan last.
haha~

momentinlife said...

hmmm
mind set yg membezakan antara bdk bandar ngan bdk kg perlu di buang..

anggapan bdk kg ni kurang cerdik, bdk bandar lebih cerdik? no.. no...no.. silap2..

melayu, suka amik kesempatan.. jd mmg akn mengambil kesempatan di atas simpati org lain..

klu awal2 kita dh bezakan dorg, nnt smpi bila2 akn ada perbezaan antara 2 golongan tersebut.

padahal, peluang yg ingin direbut tu, sama je..

* aku pun melayu.. melayu yg memerhati melayu...

Anonymous said...

at last kan.

perkara macam ni org selalu terlepas pandang. orang diatas la. nak mengejar apa pun tak tahu tapi bahasa malaysia juga hebat, walaupun mungkin limited.

sayanglah all those duit yang dah dibazirkan buat buku teks baru segala. sebab as far as i remember, masa tukar jadi PPSMI, buku teks silibus baru dikeluarkan. jadi buku teks tu dah dibazirkan. sekarang kena buat buku teks baru.

aih.
still, good news.
baru je dibahaskan dibilik guru tadi :]

Min MH said...

aku sokong ape yang ko kata...

~gUrL in pUrPle~ said...
This comment has been removed by the author.
~gUrL in pUrPle~ said...

saya setuju dengan momentinlife... bagi saya, xkira bangsa apa kita, kita perlu berusaha & bukan berharap pada bantuan, simpati or what ever... kadang2 terlalu manja akan mendatangkan keburukan berbanding kbaikan...

untuk tajuk en bb, saya ada bnyk nk dibangkitkan sbnrnyer... bagi saya ada pro & contra utk ppsmi ni... kebaikan dan keburukan..

keburukan ppsmi, spt yg dh dinyatakan, pelajar yg kurg mahir bahasa inggeris agak ketinggalan.. saya xmo sentuh kebaikanni, tp nak mengutarakan kebaikan ppmsi..

1. kanak2 is a fast learner, sptutnyer telah dididik di tahap ini, so diorg sng menerima... mslh kurg faham akan berkurg apabila budaya bahasa inggeris tlh diterapkan.

2. math & sains zmn skrg dipelopori oleh org yg mggunakan bhs inggeris, n bhs inggeris telah diterapkan sbg bhs pengantaraan dunia. so mengapakah kita perlu menterjemahkan bahasa lain sdgkn lebih baik kita terus baca daripada karya sebenar?


3. pelajaran diuniversiti telah ditetapkan menggunakan bi, bnyk faktor, slh 1nya, lambakan pelajar asing yg memenuhi universiti skrg. so kan lbh baik bljr math and sains drp peringkat awl supaya kekeliruan term2 sains and math dapat dikurangkan coz term2 math and sains berbeza drp bi conversation biasa.

4. kerajaan telah membazir bnyk duit utk mentranslatekan buku teks sblmni, and skrg kena tuka balik.

5. xsalah kalo kita tambah lg 1 bahasa untuk kita fahami berbanding hanya memahami bahasa ibunda...

xperlulah nk tambah lg.. nnti jadi en3 saya plak... ekeke...


tp kebaikan menggunakan belajar bahasa melayu di peringkat awl dan bahasa inggeris di peringkat tinggi adalah kita dapat mengetahui term math dan sains dalam 2 bahasa berbeza. =)

term civil engineering

rasuk = balak = beam.... =)

sekian... =P

edit sbb bnyk salah...=p

Unknown said...

The government admits that the policy of teaching Science and Mathematics in English has failed and will be scrapped by 2012. /MKINI

y still have to wait until 2012? kiamat sudah dekat kah? maybe sebab nk gak guna pakai buku text yang baru nih. mungkin sebab nk habiskan budak yang dah pon memulakan PPSMI skarang nih. ape pon tahniah pada demonstran, usaha anda tidak sia-sia. Tak sia-sia hilang pangkat Sasterawan negara. Pada nama2 yang berkenaan dan pasukan beliau, jangan hanya lakukan nih semata-mata sebagai gula-gula penyedap PRK di Manek Urai plak. Harap ingat lagi kes yuran sekolah dulu tu. Kejap Mansuh, Kejap X mansuh. Hai.. Donia.. Donia..

Firol said...

Cik Purple tu seorang guru ke atau menteri,Pengkaji bahasa,Pakar bahasa..?

Bila dah 53 pakar berbincang dan mengkaji..apa lagi nak pertikai..

Mantapkan bahasa inggeris..MATE DAN SN balik kepangkal jalan...

Senang....
BIAR TERGADAI JUTAAN RINGGIT,JANGAN TERGADAI NILAI BANGSA...

Azuan said...

tapi ada betul jugak apa yg cik purple cakap...
setiap mende ada pro dan contranya...ho3

~gUrL in pUrPle~ said...

en Firol : saya bukan 1 pun yg anda sebut... saya hanya pemerhati anak wayang politik.... =)

cik selamah kundang said...

agree.sian student jd tikus putih.bila aku bising ni org kata aku old skool.dulu2 aku bljar math n sains dlm bm je,tp jd engineer gk la ni

Anonymous said...

er.....
negara len mcm german perancis even jepun kita disuruh ertikata dipakse gunapakai bahasa mereka ..semua manual malah apa jua yang negara mereka cube jual adalah dlm bahasa mereka..tapi kita ?

**betulkah ape aku kate nih..
argh sila abaikan kalo tidak berkaitan ..yang pasti politik itu kotor !

makwe joni said...

che anon

sifat politik tu tak kotor..
tangan yang mencanaikan politik tu yang banyak mencacatkan sifat politik

pengumuman pemansuhan PPSMI di ambang PRK MANIK URAI...
huh..aku nk tgk impaknya pada pengundi kat sana..

StingRay said...

firol: ha ha ha

najwa: sila baca banyak kali. =)

moment:lari tajuk. =p

damme: memang good news pun.haha

min: aku pun sokong apa aku kata.haha

gurl:
1.Teori memang indah,lari-lari lompat,bunga-bunga...anda pernah lihat markah pencapaian sebelum dan selepas PPSMI? sila tengok dengan segera.

2.Ada berapa jenis laksa di malaysia?..laksa disesuaikan dengan keadaan setempat.Supaya dapat diterima dengan mudah.kan? so,berkenaan dengan ilmu ni...salah ke ia DIHADAM DENGAN BAHASA SENDIRI? apa guna DBP? Perkasakan DBP.

3.Tak payah bahasa sains...bahasa inggeris bualan biasa pun banyak makna..contoh?

COCK = AYAM JANTAN = K**E .. hahaahhahaahhaaha

4.Kat mana di dunia ni pelajaran free?...teruskan PPSMI ni pun kos dia banyak gak.Pilih le..nak kuar kos utk rugikan masa dan ilmu pelapis...atau kuar kos untuk capai matlamat? =)

5.Ya betul,so,mantapkan je la pengajaran bahas inggeris,bukan dengan cara KACAU MATH & SAINS...menda penting tu baiii...see? =)


komander:aku pun da muak dengar nama manik urai...haha

firol: dia memang suka menyoal...hahahaha....aku dah biasa ngan dia.haha

azuan: yep..dan kita akan bergerak yang mana pro nya lebih besar dari kontranya.... =)

gurl: anda adalah pensyarah yang pening dengan anak buah sendiri..hahahahaa..

mooney: ya betul....ahhaa

anonymous: aku stuju. =)

citah: kamon la citah...untuk sebentar..letak le jauh politik tu sekejap..manik urai..manik urai...naik lemas aku dengar... kalau tak buat sekarang...korang jugak bising nanti,dah buat,bising2 jugak. Bagi aku..main la macam mana pun politik korang,kerajaan ke..pembangkang ke..kalau dua2 buat malaysia ni huru hara...anak bini aku susah kemudian hari...keturunan aku susah nanti....memang dua-dua aku tibai.Tak buleh ke kome berdua ni berbaik-baik ha? sumpah aku rimas.macam celaka.

S@Y@NGH@SNI said...

bukan budak luarbandar jer..
budak bandar pun tercungap2..

bila dah guna balik bahasa ibunda nie..mudah arr ibu bapa nak pantau kerja sekolah diorang..
tak arr terkial2 buka kamus sama..

JO said...

dapat dapat eheheh

JO said...

ahahahh jiran tu yg gatal...curik2
dgrr...wekk

~gUrL in pUrPle~ said...

neh?? itukan pandangan di sudut berbeza... pro & contra... saya bercakap sbb my sis dapat a good result walopun dia menggunakan bahasa inggeris sejak darjah 1... and keliru apabila bercampur2 dgn bm...


kebaikannya... bi dia sangat baik... compare than graduate yg teragak2 bila nak bercakap bahasa inggeris... xpayah ckp org lainlah... tp saya bercakap dgn dri sdri... =) kita xperlu takut untuk berjaya... =p kiranyer bercakap melalui pengalamanlah...


as i said... ada pro and contra...


tapi kebaikannya menggunakan bahasa melayu untuk peringkat rendah and bahasa inggeris di peringkat tggi, as i mentioned b4, pelajar yg menggunakan kedua2 bahasa dapat memahami term2 dalam kedua2 bahasa....

Unknown said...

Kalau belajar dalam dwi bahasa (Contoh kat UTEM) belajar dwibahasa, periksa pon dwibahasa, time nk jawap, menggagau gak carik makna kat bahagian English. apa tu 'Jujukan' pon taktau, rupenye 'Array'. ade baik in English, ada baik dalam Bahasa Melayu(Malaysia). Ko dah bosan dgn politik ke Sting? Politik mmg cam cilake, abis camno? pemerintah parti2 politik la yg memerintah Malaysia. walaupon Malaysia ada Sultan, tapi ahli-ahli politik gak yang buat keputusan. Mmg xleh lari punye la.

Jard The Great said...

wow.. cam forum pon ade.. hehe..

Unknown said...

Macam forum cari kan?

Jard The Great said...

pasal benda neh.. best baca kat entri neh.. aku suka tinguk pengomen debate dlm neh.. Panasss... ahahaha..