WELLINGTON, New Zealand - Air New Zealand, syarikat penerbangan milik negara itu, mempunyai cara tersendiri bagi memastikan setiap penumpangnya menumpukan perhatian ketika taklimat keselamatan dalam pesawat.
Video penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan bagi penerbangan domestik membabitkan pesawat Boeing Co 737 menayangkan juruterbang dan kakitangan kabinnya 'berbogel' apabila tubuh mereka hanya diliputi dengan lukisan tubuh.
Bagaimanapun sudut kamera ketika rakaman dilakukan dibuat dengan berhati-hati. Salinan bagi video tersebut telah dimuat turun dalam laman internet popular, YouTube.
Video tersebut dikatakan menggunakan taktik sama dalam kempen pemasaran bagi tambang murah syarikat penerbangan itu yang menampilkan kakitangannya termasuk Ketua Eksekutif, Rob Fyfe tanpa sebarang pakaian dan hanya dilindungi dengan lukisan pada tubuhnya. - Reuters
Huwaaa.. nape la mas x buat camtu.. keh keh keh.. mesti tukang lukis tu pening camne nk lukis batik nnti. xpon nk lg best, xyah buat video, letak la real life person kat depan tu.. wakakaka..
Kidal. Omnivor yang cenderung ke arah Karnivor. Berpengalaman hidup di Bumi selama 35 tahun. Bermata coklat. Suka bernafas. Penagih oksigen tegar sejak dari lahir. Mempunyai kebolehan untuk berlari setempat. Gemar makan beras rebus a.k.a nasik. Bijak dan pintar menggunakan jari-jemari dalam acara makan nasik. Bengap jika disuruh menggunakan chopstick. Pemegang kad ATM CIMB. Keluar air mata bila kumur Listerine. Mudah terasa geli peha bila berada di tempat yang tinggi. Pakar menghasilkan Karbon Dioksida dengan menggunakan paru-paru. Pembenci tegar asap rokok. Kalau nak kena tampar laju-laju,sila isap rokok sebelah aku.
16 comments:
haish!
NZ plak tu.. aduyai!~
haha
kreatif jgak ye!
=p
Huwaaa.. nape la mas x buat camtu.. keh keh keh.. mesti tukang lukis tu pening camne nk lukis batik nnti. xpon nk lg best, xyah buat video, letak la real life person kat depan tu.. wakakaka..
huhuhu...klu syrikat penerbangan kat malaysia wat camtu, kompom JAKIM paling busy g airport...
hehehe
air asia bile lagi...?
ngeeee,.,.~
senangnyer idup...
tak yah salin2 kan..
tak bazir air nak basuh..
hoh..lucah..lucah..
kalaula air asia wat macam tu!!
Kelucahan melampau...
hohoo...nnt blk msia nk try flight ni la...haha...;p
mmm... lucah3... rasanyer, tujuan diorgni mcm xberapa tercapaijer... sbb tujuan org tgk adalah utk tgk bnda lain... isk3...
kalau cikgu yg mengajar kat sekolah gua cam gini..
sumpah x ngntuk!! heee;)
kretip
tai murahan sangat
hua hua...best siot :P
aku selalu amik perhatian waktu taklimat keselamatan tu...hehehe
aku selalu amik perhatian waktu taklimat keselamatan tu...hehehe
Post a Comment