"Itu la pasal,pandai betul diorang kaji kan?..siap jumpa tengkorak lagi." ujar Kasim sambil makan eskerim kat atas batang paip depan masjid.
"Dia punya teori,peh...memang mengancam.Kagum aku sekejap.Tak sangka plak kita ni ada susur galur dari keluarga cimpanzi...monyet,beruk tu semua.Aku kagum la dengan teori Darwin tu." Tapa plak bersuara sambil kunyah keropok.
Dua orang mamat ni baru je balik kampung.Diorang ni belajar kat sekolah sains elit kat bandar.Baru tingkatan 3.Nak amik PMR tahun ni.Boleh kata dua orang ni budak bijak la kat kampung tu.Kiranya time cuti je lah diorang akan lepak kat kampung.Hari belajar diorang akan tinggal kat asrama.Selalunya sebulan sekali diorang akan balik.
Tengah-tengah sedap sembang,tetiba Badrul Muhayyat(nama tabley bla..) melintas.Badrul Muhayyat ni otak dia 'short' sket.Kira gila ringan-ringan la.Kadang-kadang waras,kadang-kadang tak waras.Tapi kebanyakkan masanya memang tak waraslah.Muda setahun dari Kasim dan Tapa.
"Sembang apa tu?..boleh join?" ujar Badrul Muhayyat tersengih-sengih.
"Ahh....ko tau apa...kami tengah bincang menda sains ni...ko bukan tahu apa.....sekolah rendah pun tak lepas....hahahaa..." Tapa bersuara agak tinggi.
"Ntahnya,pernah ke ko dengar Teori Darwin?..yang manusia ni ada susur galur dengan chimpanzi ,monyet dan beruk tu semua? DNA kita hampir sama dengan chimpanzi ko tau" Kasim lak menambah sambil makan eskerim.
Badrul Muhayyat terdiam.
"Ha,kan aku da cakap....dia ni mana tau pa...dah la gila....dah dah..pegi main jauh-jauh..." sambung Tapa sambil gelak-gelak perli.
"Kita kan keturunan Nabi Adam....asal dari tanah,turun dari syurga.....makhluk terbaik yang tuhan cipta...manada kita asal dari beruk-beruk,chimpanzi-chimpanzi ni....kamu ni gila ke hapa......" ujar Badrul Muhayyat sambil berjalan pergi dengan gaya 'moonwalk' sambil nyanyi-nyanyi lagu Michael Jackson-Beat it......meninggalkan Kasim dan Tapa yang terpaku.
Kasim dan Tapa berpelukan sambil menangis keinsafan.
Pengalaman singkat saya bersama GISB?
3 weeks ago
11 comments:
ada btolnya...setengah2 org tu ape Barat buat sume ade logicnye...tp xsume logic tu benar....
LoL.. bagus cerita mcm neh pada ari jumaat.. gud.. gud..
byk blogger dah mula buat citer2 best hari Jumaat....
Wakakaka.. ko jadi badrul muhayyat ke? aku rase ko jadik mamat yg 2 org balik dari asrama tuh.. :D
cara badrul muhayat tinggalkan dorg yang x bleh bla tu..hahahaha!!kui!kui!
mana jeman? rindu kat die laa..huhuhu..
"Kasim dan Tapa berpelukan sambil menangis keinsafan"
hahahahaaaa... lawak - lawak !!
darwin tu arr keturunan yang kena sumpah jadi beruk..
degil..
dah tu dia nak kata kita lak beruk..
beruk mak yeh punyer darwin
wakaka...
dituduh gila oleh seseorang yang berlalu pergi sambil buat moonwalk dan nyanyi lagu Maikel Jeksen adalah penyeksaan psikologi yang sangat-sangat perit untuk diterima..
Badrul Muhayat pelakon itukah???
there u go badrul muhayyat.ko mmg best.
badrul muhayat..!!!!!!!!!
i lap u la bebeh...
Post a Comment