Tuesday, July 14, 2009

Mesin deposit duit Maybebank

Aku singgah di Maybebank kat SmallVille.Masuk je dalam bank aku terus ke mesin deposit duit.Nak bayar hutang.Elok sampai ja aku tgk ada sorang brader tengah guna.Tak pa...aku tunggu dengan macho.Bila brader tu dah nak selesai,tetiba aku terpandang dua orang awek cun sedang berjalan ke arah aku.Mesti diorang pun nak guna mesin ni gak.

Tanpa membuang masa,aku pun terus pusing semula menghadap ke mesin dan mula kontrol macho.Hensem pun aku kontrol jugak masa tu.

Brader tadi pun blah bila dah siap urusan beliau.Aku pun mengeluarkan dompet dengan penuh stylo,tekan-tekan menu dengan penuh bergaya,masukkan no akaun laju-laju dengan harapan awek kat belakang tadi akan kagum.Bila dah siap masuk duit semua,aku simpan dompet aku dengan penuh mutu dan keunggulan.Amik resit pun penuh bergaya.

Bila dah puas hati dengan 'persembahan' aku tadi,aku pun pusing ke belakang untuk blah dari mesin tersebut dengan penuh bergaya.












Tiada sesiapa di belakang aku.


Macam badut.

16 comments:

Jard The Great said...

aku syak duit bonus ko masuk bulan neh..... errr.. betul tak?

Nadiah Suhaidi said...

ahahaha...

kalau 2 awek cun tu impressed kene kuarkan balik duit yg di deposit td tu wat banje diorg lak :P

wa stomek said...

hantu ka itu 2 awek..?

Azuan said...

siapa kah awek tue...??

Lazyf said...

hahahahahaha....tu lah...control hensem lg...tau la ko hensem (ayat membodek)... ;-)

DramaQueen said...

arhhh ko kucen... hensem pon tak kontrol mcm ni...tanpa saksi kejadian... wakakakaka

~gUrL in pUrPle~ said...

ha ha ha... akibat terlalu perasantan org nak tgk dia... ha ha ha

Puan Ninie said...

hehehehehe
apa laa lu bro!!!;)

Tijah said...

wakakakaka. misti masa tekan2 butang tu hidung siap kembang koncop kan?

Qylaisqyla said...

hahahaha.,

skali pusing aweks pun lari..

;)))

Taz Jaafar said...

jauhnya sampai smallville.

Taz Jaafar said...

jauhnya sampai smallville.

PuteraOhtraBulan said...

Bro.salah time tak cucuk duit?

StingRay said...

jard: salah. =)

nad:jgn harap.haha

stomek: hantu simpan duit?..memang usahawan..haha

azuan: ntah.haaha

lazyf: terima kasih kerana dapat terima kenyataan..haha

gig: sakan gelak eh.haha

gurl: =p

meiz: kadang2 jadi bangang jugak.haha

tijah: toksah cakap la.haha

qyla: diorang pegi mana ntah.siot tul.haha

taz: kampung aku kecik ja..sbb tu nama dia smallville..=)

putera: aku rasa awek tu nak rompak aku.tapi duit da masuk dalam mesin.ahha

Jard The Great said...

LoL... patut ar ko buhsan..

err.. buhsan dok kompeni itu sbb tak bg2 lagi bonus spt yg dijanjikan???

Anonymous said...

ko mmg perasan