Padil berjalan-jalan dengan riang.Di tangannya ada sebatang aiskrim.Sambil menjilat-jilat aiskrim,Padil nyanyi-nyanyi.Hati dia sangat riang.Mau tak riang,ni le kali pertama mak dia benarkan dia ke kedai sorang-sorang.Kalau pegi ngan mak dia mesti kena queen control.Nak itu tak bleh,nak ini tak bleh.Kalau pegi sorang-sorang dia boleh pilih apa yang dia nak beli dengan senang hati.
Ketika sedang berjalan,tiba-tiba Padil dihampiri sebuah kereta yang dipandu oleh seorang perempuan yang jelita.Seperti lelaki normal yang lain,hati Padil berdebar kencang.Walaupun beliau cuma budak darjah 1,tapi Padil juga mempunyai perasaan.
"Kesiannya adik jalan tengah-tengah panas,mari kakak hantar adik balik.." lembut betul suara pemandu perempuan tersebut.
Padil cair.
"Nama kakak Rina.Adik boleh panggil akak dengan nama kak Rina.Adik darjah berapa?"lembut tutur perempuan jelita tersebut yang membahasakan dirinya sebagai Rina sambil memandu.
"Darjah satu."Jawab Padil tersipu-sipu.Padil tak habis sengih sorang-sorang.Beliau membayangkan Kak Rina adalah aweknya.Tetiba telefon Kak Rina berbunyi.
"Selesai..." hanya itu yang dijawab oleh Kak Rina.
Padil tak sedap hati.Dia melihat jalan yang dibawa oleh Kak Rina bukannya jalan nak ke rumahnya.Padil tahu,dia bakal menjadi mangsa culik.
"Kak Rina,saya tahu kakak nak culik saya,tapi boleh saya tanya satu soalan?" ujar Padil lembut.
Rina yang memandu tadi terus brek mengejut dan berhenti di tepi jalan.Dengan pantas dia mengambil tali untuk mengikat Padil.Takut Padil lari.
"Rilek kak...rilek...kalau saya nak lari,saya tak tanya akak dah tadi.Mesti terus saya buka pintu,pastu saya lompat keluar.Kalau cedera boleh pergi ke hospital.Saya cuma nak tanya akak satu soalan ja." ujar Padil lagi.
Rina terdiam.
"Apadia soalannya?" Rina mula 'curious'.Dia melepaskan kembali tali yang diambilnya tadi dan cuba memberi perhatian kepada Padil.
"Kenapa orang secantik akak sanggup buat kerja macam ni? Kalau akak dapat duit pun,hidup akak tak senang,Polis mesti cari akak.Kalau muka secantik akak ni,baik akak jadi model.Duit pun banyak.Dikenali ramai.Hidup senang.Dari akak jadi orang suruhan,baik akak kerja sendiri.Lagipun ayah saya memang selalu cari model-model.Saya boleh cakap kat ayah saya kalau akak mahu." panjang lebar Padil bercakap.Rina terdiam.Berfikir jauh.
"Babai akak....jumpa besok di tempat saya cakap tadi ya."Padil melambai-lambaikan tangan kepada Rina setelah turun dari kereta.Rina telah menghantar Padil balik ke rumah.Besoknya dia nak pegi ujibakat di tempat kerja ayah Padil.Hatinya girang.Tak sangka rezekinya murah.Boleh dia buat dua kerja.Banyak sikit duit.
Keesokannya,muka Rina merah padam.Hatinya panas.Dia rasa nak bunuh semua orang kat dunia ni.Dia terasa begitu bodoh sekali.Nak lari memang tak boleh dah.Dia dah terperangkap.
"Nexttttt !" bunyi satu suara.Rina berjalan perlahan-lahan dengan gaya model.Pakaian cantik-cantik,kasut tumit tinggi,rambut dressing sakan.Sekali tengok memang macam model.Dua kali tengok pun macam model.Tengok banyak-banyak kali pun macam model jugak.
"Hahh! tu la dia ayah.Kak Rina.Semalam Padil jumpa.Cantik kan Kak Rina ni ayah?" ujar padil penuh gembira di luar bilik.Di sebalik cermin.
Rina tak sangka pulak dia kena catwalk dalam bilik kawad cam di balai polis.Ayah Padil lak orang yang uruskan hal ehwal kawad cam kat balai polis.Patut la Padil kata ayah dia 'cari model-model'.
"Tahniah Padil,kamu telah menolong pihak polis menangkap penculik budak yang paling dikehendaki...ayah kamu mesti berbangga dengan kamu." ujar seorang pegawai polis yang hadir pada hari itu.Ayah Padil yang berada si sebelah tak dapat menahan bangga.Hidung ayah Padil kembang kempis kembang kempis.
Rina tak dapat terima kenyataan yang dia ditipu hidup-hidup oleh budak darjah satu.
Nabi dulu Mazhab apa?
2 days ago
14 comments:
HAHAHA!
hahahaha!!! xD tak boleh behenti gelak aa.
Hooo..best -best.....kalu budak bleh fikir camni gua jumpe.....gua sanggup belanja makan aiskrim mahal
geliga kepala hotak budak tu!
tak pasal-pasal kena tangkap.padan muka Rina.berangan nak jadi model konon.huh!!!
hehe.. tahniah2 kpd padil...
kretip!!!!!!!!
Kes 'Tipah' Tertipu oleh budak darjah satu..
pandai si padiL tuee.. dan pandai jugak yang membuat citer nie..hihihi..
naper aku membayangkan rina tu bepakaian serba merah ek...!?
rasain ko rina....
hahhahahha....
ingat budak darjah 1 kurang bijak kah? hahha
hahahahahahahaha....
ehehehe.
pandai jugak budak darjah satu.
haha padan muke., pandai betol budak tu eyh..
genius giler cerita rekaan ni
Post a Comment