Lokasi: Melaka
Aku masih belajar kat Melaka masa tu.Time tu lak 'U' aku ada buat pesta konvo.Ala,hari orang yang habis belajar naik atas pentas amik bekas kosong takda sijil tu.Disebabkan aku belum habis belajar lagi,aku tak amik port sangat lah menda pentas-pentas ni.Lagipun sekolah dulu aku da bosan naik pentas amik hadiah.Masa naik,awek yang menjerit histeria tu jgn cakap la...jenuh ambulan nak datang amik,angkut ke klinik.
'Flashback' tamat.
Berbalik kepada cerita aku yang sedang berada di Melaka tadi,aku dan rakan-rakan sebaya dan tak sebaya bercadang untuk menghadiri ke dataran sejarah.Ala,dekat Zoo Melaka tu.Sempena pesta konvo,pihak tempat aku belajar buat 'Battle Of The Bands'.Ada jugak aku tunggu kalau-kalau ada pertandingan ratu kebaya.Hampa.
Kali ni,band-band dari luar pun boleh join.Maknanya persaingan akan lebih sengit.Ye la,band budak-budak lawan nga band yang dah berpengalaman,memang la sengit.Maka pada malam tu,aku leh nampak ada band yang nampak macam dah pro,dah matang.Mungkin sebab diorang ni da biasa nyanyi kat 'show',kat kelab-kelab.
Aku mengambil kedudukan paling hensem atas padang bersama rakan sebaya dan tak sebaya.Semua duduk ja layan band ni.Awek-awek pun ramai.Aku cuci mata pakai eye mo.
Tengah sedap layan,satu-satu band datang dan pergi.Ada yang hampeh,ada yang so-so,ada yang mantap.Akhirnya tiba giliran satu band ni.Penyanyi dia wanita.Pemain gitar dia aku tgk memang tylo.Rambut lurus.Panjang rambut dia.Nama apa aku da tak ingat.Lepas perkenalkan diri mereka pun mulakan persembahan.Mak datuk....memang mantap.Macam artis-artis.
Dia punya pemain gitar tak yah cakap la,memang goreng habis.Kepala hangguk-hangguk.Rambut berjurai-jurai.
Aku tergamam.Kagum.
Pemain tersebut masih menggoreng gitarnya.Rambutnya mengerbang.Peh,dah macam slash GNR.Dah macam hantu.Aku asyik melayan gorengan gitarnya,sehinggalah.....
Rambut panjang brader tadi tersangkut kat tali gitar yang dia tengah main.....kelam kelibut dia cuba melepaskan diri....
Aku ketawa bagai nak gila.
Istighasah, boleh ke tak?
1 week ago
10 comments:
hihihi... hahaha... padan muka...=p
biar betik!!
sian...
hahahhaha... aku ketawa dah guling2 dah nih~
hahahaha...sengal ubi sungguh la...wakakakaka
klu tgok sendiri
lagi tergelak
moral of the story.. men gitar sila ikat rambut tu elok2.. ehehe
Serius ke?????
wat hilang kemachoan je..aku conpirm lepas kes tu dia sure bagi BOTAK rambutnya itu~ lalalala~
HAHAHA..Headbanging konon....kan dah kena
macho giler ah...tambah kesedapan petikan gitar la 2..skil tuu..
kahkahkah.
apsal tak rekod? nak gak tengok
Post a Comment