Tuesday, February 9, 2010

Benda-Benda Sedap 2



Placebo - Bright Lights

Aku suka muzik dia.Bila dengar muzik dia,rasa macam nak capai sesuatu yang tinggi di langit.Sesuatu yang mungkin tak dapat dicapai mahupun digapai.Mungkin? Ok..masa untuk Jamil blues sekejap.Nak join? =p



Lagu ni......sedap sampai nak menangis.

Rumah Superman




Dengar cerita,masa mamat yang pakai baju oren ni sampai,Superman keluar pegi check duit KWSP.Moyang beliau dari planet Kripton yang satu lagi tolong bank in kan.

Sapa kata Superman takda gaji?


Sumber gambar : SINI

Dialog Suami Isteri 16

"Banggggg...nak tanya sikit boleh?"
"Apadia sayang? Tanya lah." balas si suami sambil menukar-nukar siaran tv.

"Abang....bagi la tumpuan.Nak tanya ni."
"Iyee...abang tengah dengar la ni.Cakap je." balas si suami lagi.

"Masa sebelum kita kawin dulu kan...abang! Dengar la ayang nak cakap ni! Pandang la kat ayang!"
"Iye..kan abang sambil dengar ni.Cakap la yang." balas si suami sekali lagi.

"Dulu sebelum kawin abang cakap nak bawak ayang ke Disneyland.Abang janji kan?"
"Ooo...pasal tu eh.Ok.Dapat bonus bulan depan kita pegi ye sayang.Abang akan tunai janji abang." balas si suami sambil menukar-nukar siaran lagi.

"Betul ni bang?" si isteri mula teruja.
"Iyee...betul.Abang kan berpegang dengan janji.Ni abang nak tegaskan lah ni.Abang akan bawa ayang ke Disneyland.Janji!" panjang lebar si suami berjanji sambil mengangkat tangan tanda berjanji,matanya masih tidak lepas memandang ke arah TV.



Sepi...



"Hik hik hik!" terdengar gelakan manja si isteri.
"Napa yang?" balas si suami.Matanya masih tidak lepas dari TV.

"Abang takde pun janji nak bawak ayang ke Disneyland dulu sebenarnya.Ayang saja cakap je tadi.Tapi memandangkan abang dah janji tadi kan,ayang ok je kalau nak pegi.Hik hik hik.Lain kali bagi perhatian kalau nak sembang.Hik hik hik.Yeay! Nak pegi Disneyland....muahhhh!!! Thanx abang." bebel si isteri dengan penuh ceria sambil memeluk si suami yang tergamam.

Si suami meletakkan perlahan-lahan remote TV di atas meja.Matanya tidak lagi memandang ke arah TV.











"Auwwwwwwwww!!!!" terdengar jeritan manja si isteri dari dalam rumah.

Monday, February 8, 2010

Tergeliat Otak


Masa sekolah dulu,bila 1st time tgk vklip ni,otak aku terus ngilu memikirkan betapa rajinnya editor video ni buat kerja.Kreatif dan penuh dengan kerajinan.Oh ya,penyanyi beliau si botak yang menari gaya psiko tu.

SYABAS BETTTYYY!!

R.EM - Imitation of life.

Evolusi Peminta Sedekah Versi Demmit

Lokasi: Stesen Bas Butterworth
Tahun: 2002

Masa aku belajar kat Matrik Arau dulu,kalau bas ke SmallVille terlepas,aku akan naik bas ke Butterworth.Dari Buterworth aku akan ambil bas ke SmallVille semula.Gigih kan?Aku turun dari bas dengan gaya lebih kurang Keanu Reeves(bukan kanu yang main kat jeram tu).Gaya masa nak turun kena macho-macho.Mana tau,kot-kot berjumpa jodoh kat stesen bas tu ka.Kan?

Setelah turun dari bas,aku berjalan menuju ke arah deretan kerusi yang berada di depan kaunter tiket.Sambil berjalan,aku tengok kawasan sekeliling.Bas bersimpang siur.Teksi lagi.Tu tak termasuk feri yang sibuk bunyi hon kat laut.Heran betul,kat laut pun naik main hon.Bukan ada lembu melintas pun.Lembu laut ada la,tapi lembu laut tak main lintas jalan rasanya.Lagipun feri tak guna jalan raya untuk bergerak.Kuda laut pun aku rasa bukan ancaman bagi feri yang besar tu.Sotong kurita? Manada sotong kurita kat Pulau Pinang.Aku tengok dalam Discovery Channel,sotong kurita ni suka tempat yang tenang.Emo jugak sotong kurita ni rupanya.Macam gadis-gadis.Tapi heran,kenapa tapak sulaiman boleh masuk dalam lagu.

Jamil..hentikan merepek.

Ok....sambung cerita tadi.Sambil berjalan,aku cuba kawal muka.Bila kawal muka,aku jadi bosan.Ye lah,buat apa nak kawal muka kalau dah memang kacak.Buang masa.Jadi aku tak kawal muka aku.Biarkan secara neutral.

Masa aku berjalan tu,aku nampak ada sorang budak peminta sedekah menuju ke arah aku.Demmit,kenapa tak ada awek yang nak datang kat aku?

Aku dah jadi tak seronok.Aku bukan tak seronok bersedekah,cuma aku tak suka nak bagi duit kepada diorang.Sebab? Sebab diorang ni jenis sindiket.Kutip duit,bagi kat ketua yang jaga diorang.Macam haram perangai.Aku pernah cuba interview budak-budak ni dulu,tanya je datang dari mana,terus lari.Macam lahanat betul si celaka yang gunakan budak-budak ni.Nasib baik aku bukan Pahlawan Angkasa Gaban.Kalau aku Pahlawan Angkasa Gaban,dah lama aku pegi tarik kuat-kuat nipple brader yang eksploitasi budak-budak yang tak bersalah tu.

Jamil....pleasee...

Ok..ok...sambung cerita.Jadi,masa aku berjalan tu,budak peminta sedekah menuju dengan yakin ke arah aku.Dalam kepala aku dah sedia macam-macam alasan tak nak bagi.Alasan baekkkkkk punya!

Budak tadi semakin hampir dengan aku.Aku bersedia.

Semakin hampir.Bersedia.

Tiba-tiba budak tadi melempar satu sticker kecil ke arah aku.Aku yang melihat kejadian tersebut secara spontan bertukar menjadi seperti kucing yang manja dan terus menangkap lemparan budak tadi dengan tangkas.

"Haaa!! Abang dah pegang.Abang kena bayar RM2!" balas budak tadi dengan muka berseri-seri.













Gilababi advance punya taktik.

Friday, February 5, 2010

Kek Gampang

Lokasi: Bandar mana ntah
Tahun: Lupa jugak yang ni.Mungkin masa tingkatan satu rasanya.(1997)

Mata aku tak berkelip.Banyak betul pilihan kek dalam kedai tu.Selalu aku makan nasik ja.Mana pandai tengah-tengah hari buta nak tibai kek.Tak kena langsung.Mak aku tak pernah ngajar pulak waktu makan tengah hari makan roti ke,kek ke.Selalu tengah hari mesti makan nasik lauk best-best.Paling cikai mesti ada ikan goreng dengan sambal dan kicap.

Mata aku masih tak berkelip.Aku tengok ada roti.Ada kek.

Akhirnya aku buat keputusan untuk memilih sejenis kek yang agak pelik di pandangan mata aku.Kek tu nampak sedap.Tapi atas kek tu ada menda yang aku tak pernah nampak.Nak kata ising macam akak aku buat kat rumah,tak sama.Nak kata buah-buahan,jauh bezanya.Aku jadi buntu.Pertama kali aku tengok hiasan atas kek macam tu.

Aku cuba jugak baca nama kek tu.Baca pun,kalau dah tak tahu apa menda yang aku baca,tak guna jugak.Kiranya kali pertama la aku jumpa hiasan kek macam tu.Rekod dalam kepala aku belum ada lagi menda-menda macam tu.Kat kedai makan kat kampung aku takda pulak menda-menda yang macam aku tengah tengok tu.Aku rasa,baru sampai kot kat Malaysia.Gila jakun.

Aku amik sepotong dan terus pergi bayar.

Tanpa membuang masa aku terus buat love bite kat kek tu sebagai tanda sayang dan lapar.

Ok...bayangkan rasa kek yang manis dan dicampur dengan hiasan kek yang rasanya pedas-pedas.Tekak aku dah marah-marah kat aku.Dia kompius samada aku telan kek yang dicicah dengan sambal belacan.Muka aku dah tabley bla.Rasa tak lalu.Gila apa kek manis campur menda pedas.

Aku berhenti makan kek tu,dan terus sambung cari nasi.

Mulai hari itu,aku dapat belajar mengenali dan merasai apa itu 'spicy chicken floss'.












Tak terpikir dek otak aku masa tu ada orang nak letak ayam atas kek.Ingat memain ja nama chicken tu..rupa-rupanya ayam betul.

Gila ka apa.

Agak Senggang Sikit

Sekarang ni aku ada masa sket untuk bernafas.Kerja memang la banyak.Nak layan kerja,sampai tua tak habis kan?

Jadi,sejak ada masa sikit ni,aku da mula kumpul idea untuk siapkan projek buku aku seterusnya,iaitu hapacrita all star.

Disebabkan aku tulis waktu senggang ja,rasanya lagi 2 bulan kot baru buleh jual.Kalu nak tulis laju-laju,memang takda masalah.Tapi aku pentingkan kualiti.Ye lah,korang bayar untuk dapatkan menda tu.Bukan free kan?Lagipun,adalah sangat tak best dan tak cool bila menghasilkan karya seperti 'melepaskan air kecil di tandas tanpa flush'(gila..siap ada pepatah baru).

Kepada yang selalu bertanya bila buku nak keluar tu,thanx ya.Harap bersabar.Aku akan cuba buat bagi kaw-kaw punya.Idea dah ada.Cuma tengah nak perkemaskan lagi jalan cerita.Ye la,buku kali ni bukan buku yang kumpulkan koleksi cerita lama.Semuanya cerita baru.Cerita panjang yang perlukan banyak twist..segar dari kepala otak Jamil orang kata.Rasanya buku ni macam blook hapacrita jugak.Tebal dalam 130ms.Mungkin.

Kalau aku sempat buat tebal dan tidak membosankan,aku akan buat.

Eniway...selamat berhujung minggu. =)





P/S:Penat jugak membalas komen anda semua secara rally.Macam jawab soklan ekzem. =p