Thursday, February 4, 2010

Kes Liwat yang Lewat.

Baru tadi aku baca paper online dan tak online.

Kenapa tak cuba alat pengesan bohong eh? Ala,alat yang bila salah dia buleh tunjuk graf atau keluar bunyi bagai tu.Mekgaiver siap buleh buat sendiri alat tu.

Letak dalam bilik khas.Soal sorang-sorang.Tanya satu-satu soalan kat orang yang dituduh dan orang yang menuduh.Pastu tayang secara langsung ke seluruh negara.Peh.Itu jam...AF dengan Roda Impian pun boleh kalah dia punya rating tayangan.

Mari kita tengok.Sapa yang kenaaa...!

Aktiviti Memanah Ikan

Lokasi: Sungai Belakang Masjid
Tahun: 1997 (Form 1)

Cuti sekolah bermula.Ya,cuti hujung tahun.

Aku balik dari asrama dengan gembira.Masa untuk lepak di kampung.Rindu betul aku nak liar-liar kat kampung.Lagipun,mesti semua penunggu kat kampung aku tu rindu kat aku.Penunggu hutan,penunggu sungai,penunggu bukit dan penunggu segala penunggu.

Satu hari,membe sekampung ajak aku 'memanah ikan'.Memanah di sini bermaksud menggunakan senjata seperti senapang yang diperbuat dari kayu dan pelurunya adalah batang besi runcing yang tajam.Selalunya diperbuat dari 'ranting' tayar motor atau rangka besi payung.

Kalau tak dapat bayang sangat,bayangkan ja pistol pemanah Rembo tu.Ha.lebih kurang la.Bezanya Rembo panah orang,aku panah ikan dalam sungai.

Modus operandi adalah seperti berikut.Aku akan pakai cermin menyelam (yang bulat besar tu) dan menyelam ke lubuk sungai.Kalau rasa habis gayat,jenguk bawah pokok tumbang ke,tepi batu-batu besar ke,tu pun dah kira ok.Asalkan ada ikan.Bila nampak ikan,diamkan diri.Bila ikan tengah leka,boleh terus panah.Tapi aku tak tembak ikan yang tengah dating,Kesian.Nak tembak dua-dua serentak,tak pandai pulak.

Kami pergi dalam 4 orang aritu.Kami menyelam bermula dari sungai belakang masjid,sampai ke sungai kampung seberang.Penat jangan cakap la.Tapi puas hati sebab dapat gak ikan.Hasil hari tu banyak jugak.Kami dapat tangkap ikan sebara,ikan sisik,ikan leh dan ikan tilam.Ikan-ikan tu semua kami cucuk kat ranting buluh.Senang nak bawak.

Masa berjalan semula ke arah sungai masjid tu,masing-masing dah penat gila.Dalam kepala dah nampak nasik lauk ikan sungai goreng.Campur pulak lauk ayam goreng,peh.Dah le matahari dah terik atas kepala.

Dalam perjalanan pulang,kami tergamam.Di hadapan kami ada koleksi gadis-gadis sedang mandi-manda sambil bermanja-manja.Dari rupa paras mereka,sah mereka semua bukan orang kampung aku.Ni mesti ada sedara mara sesapa yang datang dari bandar ni.Muka pun muka orang bandar.Riak muka masing-masing macam jakun bila jumpa air sungai yang jernih.

Hati masing dah berdebar-debar.Seko-seko tengah seksi pakai seluar pendek ketat-ketat.Kenapa pakai seluar pendek ketat-ketat? Ye la,nak memanah ikan,pakai seluar pendek la baru sedap nak menyelam macam dolphin.Takkan nak menyelam pakai kain pelekat kan?Buatnya ikan tu masuk lepak dalam kain masa tengah menyelam,macam mana nak panah.Lagipun kami tak nak tayang aurat bukan-bukan kat ikan dalam sungai tu.Tayang sikit-sikit takpa la.

Ok..mari kita sambung cerita tadi.....

Kalau nak balik,kami mesti kena lintas depan geng-geng pompuan tu semua.Kami melintasi depan gadis-gadis tadi dengan muka merah-merah.Walaupun kulit kami gelap,buleh nampak lagi blushing kat muka kami masa tu.Gadis-gadis tadi memandang kami sambil gelak-gelak manja.

Membe-membe aku laju ja berjalan.Ye lah,diorang bawak senapang panah je.Kat tangan aku,dengan ikannya,dengan senapang lagi,cermin menyelam lagi.Peh.

Aku yang tengah blushing tak tentu hala masa tu telah tertinggal kat belakang.Selaku ahli kumpulan yang paling kacak,aku menjadi tumpuan.Langkah kaki dah lemah.Tangan dah rasa macam nak terlepas koleksi ikan tadi.Aku ditinggalkan jauh dibelakang.Gadis-gadis tadi terus memandang dengan tajam.Kaget.

Bertambah celaka lagi,sumpahan batu menyerang aku pada masa yang sama.Gadis-gadis tadi semakin galak memandang sambil membuat bunyi-bunyi gedik.

Aku jalan slow-slow sambil cover dengan koleksi ikan.











Lenguh baiiiii !!!!

Tuesday, February 2, 2010

Buleh Tahan!



Aku bukan peminat N.D Lala...tapi anak dia..aku dah mula minat.Bagi aku,dia ada pakej yang baik.Suara sedap,muka cantik,gaya ok dan pronunciation yang jelas (ni yang penting).Dalam banyak-banyak penyanyi yang TM pilih utk lagu ni,aku rasa Bunkface dan Sheila ni ja yang sedap.

Baru 19 tahun ye dak umur Sheila ni.Harap buleh pegi jauh lagi budak ni.




P/S:Hoh...dah macam Mama Juwie pulak aku ni.

Monday, February 1, 2010

Pijja Hat

Din mencilok dengan pantas.Terlalu pantas beliau menunggang motor kapcainya sehinggakan tidak terkejar dek burung layang-layang yang sedang terbang di awan-awanan.

Langit semakin redup.Hujan mula menitis-nitis.Din perlu pantas sebelum hujan lebat.Di belakangnya,ada satu pesanan yang perlu dihantar seperti biasa.Pesanan pelanggan Pijja Hat.Sudah 3 bulan Din bekerja sebagai penghantar Pijja Hat.Setakat ini,semua pesanan berjaya dihantar dengan selamat dan tepat.

Setelah tiba di kawasan yang dimaksudkan,mata Din melilalu-lilau memerhatikan keadaan sekeliling.Sunyi.Din tiba di kawasan taman perumahan yang baru dibuka.Sambil mata melilau,Din melihat-lihat alamat yang diberikan kepadanya sebentar tadi.

"Dikk! Sini dik! " laung satu suara dari arah belakang Din.

Din menoleh ke belakang.Kelihatan seorang gadis yang cantik melambai kepadanya.Di belakang gadis tersebut ada sebuah rumah yang cantik.Din kemudiannya berpatah balik dan menuju ke arah gadis tadi.

"Akak ada pesan Pijja Hat kan?" soal Din.
"Ha'ah..." balas gadis tersebut sambil tersenyum.

"Ini dia pesanan cik dan sila tandatangan di sini berserta bayaran sekali ya.Semua sekali RM30.50." manis mulut Din berbicara.

Gadis tadi menurunkan tandatangan dan menyerahkan bayaran kepada Din.Din mengambil duit tersebut.Tiba-tiba Din perasan sesuatu yang ganjil.

"Akak...ni duit apa ni?" soal Din.
"Eh..alamak..sori sori...ni ha duitnya.Tadi tu matawang bunian.Salah bagi pulak." balas gadis tersebut tersipu-sipu sambil menyerahkan semula duit kepada Din.

"Haa...ni baru duit yang betul.Kitaorang tak terima matawang bunian kak." balas Din dengan ramah sambil memulangkan semula duit yang tersalah bagi tadi.Muka Din senyum-senyum.






Sepi....







Di dalam hujan yang lebat,kelihatan Din sedang berlari laju-laju sambil menolak motornya yang gagal dihidupkan.

Ketika berlari.....Din menangis ketakutan.

Saturday, January 30, 2010

Orang Misteri Hapacrita

Sekarang ni Radio ERA tengah sibuk buat 'orang misteri ERA'.

Konsepnya mudah.Cari orang tersebut dengan klu yang telah diberikan dan sesiapa yang jumpa akan dapat wang tunai.Menarik bukan? Macam main sembunyi-sembunyi masa kecik-kecik dulu.

Sekarang,cuba bayangkan.Hapacrita buat menda yang sama.Memandangkan aku ni tak dikenali ramai pembaca blog ni,anda dikehendaki mencari aku berdasarkan klu yang diletakkan di dalam blog ni.

Jika jumpa aku,aku akan bagi wang tunai dan sesi bergambar.Menarik? Oh ya,peraduan ini tidak sah untuk mereka yang mengenali aku.









Ahh....Takdanya aku nak buat camtu.

Hik! hik! hik!

Friday, January 29, 2010

Si Botak



Rasa macam nak botakkan kepala semula.

hik hik hik!

Tok Moh Seli

"Assalamualaikummm..." sapa Saleh dari luar rumah.Hamid kat sebelah tekun hisap rokok.
"Waalaikummussalammmm...." sahut satu suara dari dalam rumah.

"Apa khabar tok moh...sehat?" Saleh cuba beramah mesra dengan Tok Moh Seli.
"Sihat.Ni ada apa datang pagi-pagi ni?" soal Tok Moh Seli.

"Ada la hajat sikit tok.Hehehe..." Hamid cuba menyampuk.
"Ha..masuk lah dulu." pelawa Tok Moh Seli.

Mereka bertiga masuk ke dalam rumah.Di dalam rumah tersebut,mereka memulakan perbualan dengan hal remeh temeh seperti pagar roboh,tebing sungai runtuh dan serangan monyet liar di kebun pisah Tipah Janda hujung kampung.Setelah selesai muakadimah perbualan,tok moh Seli pun bertanyakan kepada Saleh dah Hamid apa tujuan mereka berdua.Saleh dan Hamid mula segan-segan.Bertolak-tolak nak cakap pun.

"Tok dah tau.Mesti kamu nak cari orang kan?" teka Tok Moh Seli.
"Eh,mana tok tau?" Saleh menyoal.

"Tok tau lah...dan kamu nak tok tolong tunjukkan mukanya sekali kan?" duga Tok Moh Seli sekali lagi.
"Ya tok...betul tu.Kami semua tertanya-tanya macam mana rupa dia.Senang kami nak cari." balas Saleh.

"Kenapa kamu nak cari dia sangat? Apa dia buat salah kat kamu?" soal Tok Moh Seli.
"Ada la hal sikit tok.Tapi kami cuma dapat tau dia suka berpindah-randah." terang Saleh.

"Baiklah,kamu ceritakan kat aku di mana tempat terakhir dia berada." arah Tok Moh Seli.
"Orang cakap dia ada kat bangunan pendaftaran kat pekan tu ha tadi.Kami pergi tak jumpa.Sebab kami tak kenal dia." Saleh menerangkan dengan penuh semangat.

"Sekejap ya.Kamu duduk diam-diam." Tok Moh Seli mula capai besen berisi air.Sedikit jampi-jampi dibacanya.Tiba-tiba di dalam bekas air tadi,muncul muka seseorang.Sangat jelas.Sangat terang.Tok Moh Seli mula gembira.Hasil jampiannya menjadi.Tak sia-sia dia menonton cerita nujum pak belalang masa dia kecil-kecil dulu.Cerita yang membantu kariernya sehingga kini.
Justify Full
"Aku dah cakap,memang dia ni,ko tak percaya!" bebel Saleh kepada Hamid.
"Terima kasih tok! Nah pengerasnya...kami pergi dulu!" Saleh dan Hamid kelam kelibut bangun sambil memberikan pengeras kepada Tok Moh Seli.Tok Moh Seli hairan dengan gelagat mereka berdua.Tok Moh menghantar mereka sampai ke pintu.Saleh dan Hamid bergegas menaiki motor masing-masing.Sekor-sekor dah macam nak main lumba-lumba.

"Hoi....sapa mamat dalam besen tu tadi?" laung Tok Moh Seli kepada mereka berdua.









"Tok tak dengar radio ERA ka? Itu la orang misteri ERA.Dia datang kat bandar dekat sini tadi.Sapa jumpa dapat RM5000 woooo....pegi dulu tok!" laung Saleh sambil pecut laju-laju diikuti dengan Hamid di belakang.

Tok Moh Seli tumbuk dinding pintu laju-laju sambil memandang duit pengeras RM5 yang diberikan kepadanya tadi.