Monday, January 18, 2010

Wadehel



Ha....sapa punya kerja ni.Angkat tangan!

Gigih betul menaip keyword carian yang panjang lebar.

Demmit! Auww!

Tok Guru dan Arjuna.

"Arjuna...sudah lama kamu tidak singgah di gua ini." tegur seorang tua yang sedang bertapa di tepi pintu gua bila melihat bekas anak muridnya sedang menuju ke arahnya.
"Maaf tok guru.Tuan hamba pergi merantau jauh." balas Arjuna sambil menyembah tanda hormat.

"Kamu sudah besar nak.Baguslah.Kamu telah menjadi pendekar yang hebat." ujar si tua tersebut sambil bangun dan menepuk-nepuk bahu anak muda tersebut.
"Tak lah tok guru.Saya tidak sehebat tok guru."balas Arjuna merendah diri.

"Arjuna,dari riak wajah kamu,aku dapat melihat seperti kamu ada masalah.Benarkah?" duga si tua tersebut.
"Ya tok guru.Ilmu yang tok guru ajar kepada saya sudah hilang tok guru." balas Arjuna.Mukanya penuh hampa.

"Hilang? Bila? Ilmu apa yang hilang?" balas si tua tersebut serius.
"Ilmu tendangan berapi.Ilmu saya yang terhebat.Saya benar-benar gusar tok guru." Arjuna merintih.

"Kamu ada aniaya orang yang tak bersalah?" soal si tua.
"Tidak."

"Ada kamu melakukan maksiat?"
"Tidak."

"Ada kamu menderhaka kedua orang tuamu?"
"Tidak."

"Adakah kamu tinggalkan solat?"
"Tidak."

"Bagus.Jika begitu,hanya ada satu sebab sahaja kenapa ilmu kamu hilang." teka si tua tersebut penuh yakin.
"Apadia tok guru?"



Sepi.



"Patut la...hang tak bayar lagi lesen guna ilmu tu.Dah cukup setahun dah.Aku dah set dah dalam badan hang bagi buleh guna setahun ja ilmu tu.Nak guna,kena renew lesen la.Mesin deposit wang tunai kan berlambak kat luar sana tu.Nombor akaun aku pun dah bagi kat hang.Saja buat-buat lupa ya? Abes tu macam mana aku nak hidup kalau semua anak murid aku tak bayar.Ingat aku tak bosan makan bertih jagung tiap-tiap hari?" bebel si tua tersebut panjang lebar sambil menyemak akaun bank melalui Cimbclicks dengan menggunakan Iphone yang terselit di pinggangnya.

"Ha...adik kamu pun belum bayar lagi.Perangai sama ja hangpa berdua.Cepat pi bayar.Sat lagi aku aktifkan balik." si tua tersebut sambung bebel.

Si Arjuna melangkah pergi sambil meneka-neka mesin deposit tunai yang terdekat.



Sepi.



"Haaaa!!! Ni sorang lagi tak bayar!" jerit si tua tadi sambil menyemak maklumat di dalam Iphonenya.

Berhenti Menegakkan Benang Yang Basah

“...Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak..." Surah Maryam : ayat 88-91"


Hentikanlah sebelum terlambat.Hentikan.

Friday, January 15, 2010

Jumaat Yang Tenang

Kira-kira sebulan yang lepas,adalah hari pertama warga selangor cuti hari jumaat sebab awal muharram.Aku juga tak terkecuali.Selaku pekerja yang bekerja dan menetap di kawasan selangor,adalah afdhal jika aku bercuti.

Tengah hari tu,aku bersiap comel-comel untuk solat Jumaat.Baju melayu,kain pelekat.Peh,sekali nampak macam nak pergi bersunat.

Jam sudah pukul satu.Aku berlari-lari anak menuju ke arah PS.Aku pegi dengan PS memandangkan hari tersebut sangat cerah.Cerah disini bermaksud hari tanpa awan dan matahari terus kena kat kulit.Memandangkan aku tak suka panas-panas ni,jadi aku kejutkan PS dari tidur.Dia tadahal.Setia.Kadang-kadang ja menggedik tak tentu hala.

Dah sampai masjid kat Equin,aku terkejut.Ramai gila.Aku bergegas menuju ke tangga.Penuh.

Aku himpit-himpit kat tangga.Khatib belum mula khutbah lagi.Awal lagi dah penuh.Suasana sunyi.Khatib mula baca khutbah.Sambil layan,aku pandang ke belakang.Ramai betul yang berdiri tengah panas kat kawasan parking kereta.Kesian pun ada.Tapi nak buat camna,aku pun kat tangga.

Dah habis khutbah,kaki pun lenguh,solat nak bermula.Ramai mula masuk dan mencari saf masing-masing.Aku pun tumpang sekaki.Aku gunakan kepakaran mencilok aku untuk cari tempat.Kesudahannya,semua saf penuh.Peluh dah menitik.Kaki dah lenguh.

Imam mengalunkan bacaan al-fatihah sambil disusuli dengan bacaan yang perlahan dan mendayu-dayu.

Di bawah terik mentari,aku dan beberapa mamat lain berdiri atas tar panas,tanpa berlapik.Muka berkerut-kerut.Peluh bercucuran.Menyesal sebab tak bawak sejadah tadi.Sejadah yang pihak masjid bagi tak cukup.

Masa baca fatihah tu,aku terbayang seksaan paling ringan dalam neraka.Diletakkan api di bawah tapak kaki sampai menggelegak otak.







Macam nak terbakar tapak kaki I tell youuu...

Siri Bercakap Dengan Telefon

"Truttt....truttt....."

Aku menunggu talian diangkat.Talian diangkat.

"Assalamualaikum.Saya Jamil bin dot dot dot.Saya ingin bertanyakan tentang 'tutttttttt' dan bagaimana status pertandingan yang saya sertai? " panjang lebar aku memperkenalkan diri aku.Perkenalkan diri sambil senyum-senyum.

"Maaf.Anda salah nombor.Ini Corus Hotel." balas operator tersebut.




Benci.

Semalam yang hangat 12

Aku memandu dengan tenang masa balik kerja.Dalam pukul 9 lebih rasanya.Aku tanya PS,dia nak minum kat Petronas ke Shell.PS cakap dia nak banana split.Rasa nak tampar pun ada jugak.Tanpa banyak pikir,aku belanja dia minum Petronas.Senang.Dekat.

Dah setel,aku pandu melintasi Ampang Point.Lampu isyarat merah.Aku berhenti.Sambil mendengar radio,aku bertenang.Awek-awek badan solid lintas jalan.Awek-awek seksi jalan sana sini.Melayan.Lenguh jugak badan balik lewat-lewat ni.

Tengah sedap-sedap tunggu lampu hijau,tiba-tiba ada sebuah kereta kancil berhenti kat sebelah aku.Dari ekor mata,aku perasan pakaian pemandu tu macam lain sikit.Aku pun toleh ke kiri dan memandang ke arah pemandu kereta tersebut.

Aku nampak driver dia seorang gadis.Lengkap bertelekung.Mukanya tenang.Tak lama lepas dia berhenti,dia buka telekung dia.Aku nampak dia pakai tudung labuh.Kemas pakaiannya.Mungkin baru balik berjemaah kat surau rasanya.Kagum sekejap.WHQ 8719 kalu tak silap no kereta dia.Ehem...jgn salah faham.Sekadar mengagumi sahaja.Takda nak cintan-cintun.Hik Hik Hik.




Bukan setakat perut mak dia je yang sejuk...aku yang tgk pun sejuk sampai ke jantung wooo...

Thursday, January 14, 2010

Tegotep - Tempe Goreng Tepung



Ini adalah tempe yang dicelup tepung dan digoreng.Ala-ala tempura.Makan petang2 camni memang ding-dong lah! Oh ya,untuk mendapatkan rasa yang ding-dong seperti yang dimaksudkan,anda dinasihatkan hanya menggunakan sos cili bertajuk 'Life'.Ala,sos yang macam kat KFC tu.Sos jenama Life memang peberet aku(macam gadis-gadis,sos peberet pun nak cakap).

Dulu wartawan pernah tanya napa muka Khir Toyo nampak muda.Khir Toyo kata dia makan tempe ja.

Ok..nak sambung makan.Tata.