Wednesday, December 30, 2009

Jeniyes

"Shhh....diam diam...jgn bising." bisik Harun kepada temannya,David Beckham.
"Ye..aku mana bising,terkentut je tadi.Mana buleh tahan kentut,buleh kena batu karang." balas David Beckham.

Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah sebuah kereta.Masing-masing membawa beg yang berisi peralatan untuk mencuri kenderaan.Muka masing-masing kompiden.Maklumlah,dah lama mencuri kereta.

Mereka tiba di sebuah kereta sasaran.Setelah mematikan 'alarm' kereta dengan alat khas,mereka masuk ke dalam kereta.Fasa pertama selesai.Kawasan gelap memang sesuai untuk mereka buat kerja-kerja macam ni.

"Dia kunci stereng la Harun.Hahaha....kacang je nih." David Beckham gelak-gelak.
"Heh..da banyak kali kita buleh setel menda ni.Apa barang main kunci stereng.Ketinggalan zaman betul." bebel Harun sambil keluarkan alat dalam begnya.

Disebabkan kunci yang digunakan menutupi hampir keseluruhan steering,mereka tidak dapat memotong stering tersebut.Salah satu cara adalah dengan menanggalkan steering dan memasangnya dengan steering pendua yang dibawa oleh mereka.Tak sampai 3 minit,stereng berjaya ditanggalkan.

"Bijak kan aku?" soal Harun kepada David Beckham.Teknik ni Harun punya idea.Minggu lepas pun dah 3 biji kereta diorang guna modus macam ni.Semua setel.David Beckham angguk-angguk tanda setuju.

Harun mengambil begnya dan mengeluarkan steering pendua yang dibawanya.Setelah mengeluarkan steering tersebut,tak semena-mena mata David Beckham menjadi bulat.Mata Harun apatah lagi.Lagi membulat.Mulut kedua-duanya ternganga.

Sepi.

"Macam mana ni?" soal David Beckham kepada Harun.Cemas.
"Masuk dalam kereta,dah masuk dah.Rugi kita tak kebas.Redah je la.Aku buleh sambung menda ni kat steering." balas Harun sambil bergegas menyambungkan steering pendua yang dibawanya.Pengalamannya sebagai mekanik dan pertolongan alat-alat ganti di dalam begnya yang serba lengkap telah berjaya membantu Harun dalam menyambungkan steering pendua tersebut.Susah jugak nak pasang,siap keta potong bagi kecik sikit steering pendua tersebut.Kalau tak,memang tak bergerak la mereka.Setelah siap,mereka beredar dari kawasan tersebut.

Sepi.

"Cantik steering kereta bang!" puji David Beckham di sebelah ketika Harun terkial-kial memandu..
"Diammmm!!!" jerit Harun sambil memecut laju.

Sambil memecut,Harun menyumpah-nyumpah.Tak pernah dia memandu kereta pakai 'steering' handle basikal.Siap ada loceng lagi kat handle tu.Harun dapat merasakan,mesti anak dia yang kecik main barang dalam beg dia pagi tadi.

Di sebelah,David Beckham ketawa bagai nak gila.

hehe


Huarghhhhh......selamat pagi malaysia.

Bangun pagi tadi,aku terus teringat menu yang aku pekena kat kampung minggu lepas.Gila sedap.Masih rasa dalam mulut aku.Rasa lemak-lemak wangi.Pedas-pedas sket.Masin-masin sket.Wahha...lapar.Petang karang nak cari daun ni.Sambal belacan je risau,takut tak sedap.Ah..pedulik.

Menu cadangan:

Daun sup + sambal belacan mak buat + ikan tamban masin + nasi sejuk = lupa lisa surihani.

Tuesday, December 29, 2009

Takda lagi dah saat macam tu,




Rindu pulak saat-saat ni.Saat bertungkus lumus siapkan blook pertama.Saat reka design untuk cover.Saat susun cerita.Saat reka cerita baru.Hantar soft copy.Saat berdebar tunggu order.Saat melompat dapat order pertama.Saat bibir sengih melebar bila menonton transaksi akaun di cimbclicks.Saat sain buku malam-malam lepas kerja.Saat akak pejabat pos buat muka hairan bila aku borong sampul pos ekspress banyak-banyak.Saat sedih campur gembira bila blook habis.Punya la sibuk,Lily si bantal peluk aku pun aku tinggalkan kejap.



What a whewwwww moment!!!


P/S: Perlu ulang cetak VERSI TAK TERHAD (Cover lain)? Kepada yang masih bertanya,maaf ya,dah habis.Yang cacat sikit2 ada le 4 buah lagi.haha..kalu berminat jugak,email permintaan anda ke hapacrita@yahoo.com =)

Petang yang tenang 7

Hari mula gelap.Aku memandu pulang dari kerja dengan tenang.Tak laju sangat,baru 90km/j.Masih ikut kelajuan yang ditetapkan.Polis pun tak ada sebab nak saman.Lagipun orang kacak yang memandu sambil memakai 'seat belt' memang polis tak akan sembur dengan air kimia.Yang demo kat KL ja selalu kena sembur.

Tengah sedap melayan pemanduan pada laluan paling kanan jalan,aku dikejutkan dengan sebuah kereta yang sedang bergerak penuh gemalai di hadapan.Wadehel pandu perlahan lorong kanan.Tak Maikel Shumeker langsung.

Ini tak boleh jadi.Aku bagi 'high beam' paling pantas.Sekali je.Tanda suruh ke tepi dengan penuh sopan.Tiada tindakbalas.

Aku bagi 'high beam' pantas-pantas dua kali.Sunyi.Tiada tindakbalas jugak.

Aku bagi 'high beam' dua kali slow-slow.Sunyi.Masih lagi tiada tindakbalas.

Hilang sabar.Hati waja dah mula membebel-bebel.Aku bagi 'high beam' terus.Takda kelip-kelip dah.No Mercy orang kata.Kalau dalam cerita Marksman petang-petang dulu tu,dah macam tahap serangan meriam katak dah.Nak bagi hon takut dia terbabas pulak sebab terkejut.Aku tak nak masuk dalam surat khabar Metros.Kang keluar tajuk "Lelaki keluar beli susu anak mati kemalangan disebabkan pemandu yang tak sabar bagi hon" nanti,apa aku nak jawab dengan rakyat Malaysia.

Kereta di hadapan mula ke kiri.








Penakut cahaya rupanya.
Mesti pelakon watak vampire sampingan dalam Twilight ni.

Dialog Suami Isteri 14

"Tengok TV sorang-sorang ye bang?" soal si isteri dengan manja sambil keluar dari bilik tidur.
"Ha'ah." balas si suami.Mata masih fokus ke arah tv.

"Cerita apa tu?" si isteri mula duduk di sebelah suaminya.Tangan mengusap-ngusap perutnya.
"Cerita apa ntah.Main tengok je ni." balas si suami serius.

"Abang...tgk la perut ayang niii..."rayu manja si isteri.Si suami berpaling.
"Eh eh eh...apa ni? Napa perut macam ni?" si suami terkejut.

"La,ayang kan dah 8 bulan mengandung.Apa la abang ni!" si isteri mula muncungkan bibir.


Sepi.Hanya bunyi tv kedengaran.


"Abang..serius la sikit." si isteri masih muncungkan bibir.
"Ayang..buang bola dalam baju tu.Jangan nak buat menda pelik-pelik.Terkejut abang tadi tau." balas si suami.Matanya masih menonton tv.

"Tapi ayang nak perut macam ni." si isteri mula merengek-rengek sambil menepek di bahu si suami.
"Ye lah ye lahhhhh......dah..buang bola tu." balas si suami sambil menutup tv.














"Auuuuwwwww!!!" jeritan manja si isteri kedengaran dari dalam rumah.

Monday, December 28, 2009

Heathcliff



Ramai orang suka tgk kartun garfield...tapi aku suka tgk katun ni masa budak-budak dulu.Lagi umphh!!

Petang yang tenang 6

Aku memandu pulang ke Puncak Jalil.Balik kerja memang penat.Dalam kepala,terbayang dah sampai rumah nanti aku nak dive atas tilam.Golek-golek sebelum mandi.Sambil drive,aku layan radio.Cuaca masa tu memang cerah.Hujung ufuk sana,matahari dah hampir terbenam.Memang pemandangan yang walau-weh!

Sampai Bandar Tasik Selatan,mata mula stim.Mengantuk.Kena pulak jalan jadi slow.Aku kuatkan radio sikit untuk kembali fokus.

Tiba-tiba ada iklan di radio.Pada penghujung iklan tersebut,ada pesanan dari gadis suara manja...bunyinya begini.

"Pandulah dengan hati-hati.Jika mengantuk,berhenti di tepi jalan.Jangan memandu semasa mengantuk."

Sepi.

"Alolololo...awek radio ni bagi peringatan.Sweetnyaaa!!" ujarku dengan gaya paling ceria.

PIAPPPPPPP!!!! bunyi tamparan di bahu jelas kedengaran.








"I ni tak cukup sweet lagi ka?" bebel Lisa Surihani yang berada di sebelah.Mukanya mula masam mencuka.

Marah betul dia bila aku puji pompuan lain.