Friday, November 20, 2009

James Bond

TEBABOMMMMMM!!!!

Satu letupan jelas kedengaran.Sebuah kereta meletup ditembak dengan pelancar roket.Orang awam bertempiaran melarikan diri.

Di satu sudut,James Bond terselamat dari letupan sebentar tadi.Mukanya kekal tenang.Kalau muka gelabah orang kata tak hero pulak.Sambil bersembunyi di satu sudut,James Bond cuba memikirkan teknik untuk melepaskan diri dari kepungan kumpulan pengedar dadah.

Ramai jugak pengedar dadah bersenjata mengejar James Bond.Malangnya tak dapat.Amat pelik sekali walaupun beratus tembakan dilepaskan,sebijik pun tak kena pada James Bond.Nak kata James Bond pakai bomoh,tak jugak.

Sambil mengelak dari letupan dan tembakan peluru,akhirnya James Bond dapat satu idea.Dikeluarkannya satu alat berbentuk seperti Sony Playstation yang kecik tu.Mukanya berseri.James Bond terus menghidupkan alat tersebut.Dengan senang hati,James Bond menekan butang on dalam skrin alat tersebut.

Serta merta kereta James Bond yang sedang bersembunyi di seberang jalan terus hidup secara automatik.Dari kawasan parking seberang jalan,kereta tersebut hanya perlu datang terus ke arah James Bond yang sedang bersembunyi.Tak ada korner-korner.Sengihan James Bond bertambah lebar bila dia memikirkan dia akan blah dari kawasan tersebut dengan mudah.

James bond mengawal keretanya dari jauh dengan menggunakan alat kawalan di tangannya.Kereta tersebut mula bergerak ke hadapan.James Bond bersedia untuk menerpa ke arah kereta tersebut di tepi selekoh tempat dia bersembunyi.

Balaci pengedar dadah menyedari James Bond hampir dapat melepaskan diri.Mereka panik.Pada masa yang sama kagum melihat James Bond mengawal keretanya dengan alat kawalan jauh.

Kereta James Bond menghampiri dengan laju.Pintu sisi kereta dibuka secara automatik.James Bond bersedia untuk melompat masuk.Kereta tersebut semakin menghampiri selekoh.James Bond cuba tunjuk terer dengan membayangkan dia akan melompat masuk ketika kereta tersebut mengambil selekoh dan seterusnya membawa James Bond keluar dari kepungan.

Ketika kereta tiba di selekoh,James Bond menekan butang belok ke kiri sambil beliau melompat ke arah pintu kereta.James Bond terbang dengan bergaya.

GEDEBUK!!

James Bond tergolek atas jalan.Kereta yang dikawalnya tidak membelok seperti yang diharapkan.Kereta tersebut bergerak terus menuju ke arah kumpulan pengedar dadah tadi.

Dari jauh,James Bond dapat melihat dengan jelas,pada stereng keretanya,masih terdapat pengunci stereng.Pengunci yang dipasangnya sebelum keluar dari kereta semasa dia tiba sebentar tadi.

"Celaka,patut la hero-hero dalam tv tak suka kunci kereta." bebel James Bond sambil menutup muka menahan malu.









Di hujung jalan,kelihatan para pengedar dadah sedang gelak bagai nak gila melihat aksi gampang yang dilakukan oleh James Bond sebentar tadi.

Teknik membeli blook hapacrita





Assalamualaikum semua.

Ehem.Inginkan sesuatu untuk dibaca semasa dalam bas balik kampung? Semasa menunggu bas? Semasa tunggu pak imam sembelih korban? Lepas puas makan lauk korban? Ataupun semasa waktu senggang?

Disebabkan besok cuti,mungkin ada yang takda internet kat rumah kan? Ni aku nak cerita siap2.

Sebelum anda memutuskan untuk membeli buku ni,mari kita tengok apa ada di dalamnya.Dalam buku ni ada beberapa bahagian.Kategori cerita yang terpilih adalah:

1.Dialog Masyarakat Marhain
2.Dialog Suami Isteri
3.Jeman
4.Hapacrita Time Machine.
5.Koleksi cerita lain yang terpilih dalam blog hapacrita.

Dan,di penghujung buku,ada satu segmen khas yang dinamakan sebagai NASI TAMBAH.Dalam ruangan ni ada 13 cerita tambahan yang belum pernah ditayangkan di dalam blog hapacrita mahupun di tempat lain.Keseluruhan buku adalah setebal 129 mukasurat TIDAK termasuk penghargaan,komen dari firol,isi kandungan serta cover.

Penat tau aku design cover,susun cerita,pilih cerita,karang cerita baru.Kiranya aku memang puas hati lah untuk buku pertama.Walaupun ada cacat cela,insyaallah,aku akan cuba baiki lagi nanti.

Berminat?

Maaf,dah habis. =)

Operasi.

1.Bila balik kerja,aku akan check email.Kalau rekod yang korang bagi sama dengan apa yang terpapar dalam transaksi akaun cimb aku,aku akan amik buku,tandatangan lawa-lawa,masuk dalam sampul pos ekspress,besok pagi aku pos masa nak pegi kerja.Setel.
2.Aku akan reply email korang kalau aku dah siap masuk dalam sampul.Tanda aku dah terima pembelian korang.=) Dlam email tu juga aku akan bagi kod sampul,senang korang nak track dalam pos ekspress nanti.Kalu tak sampai lebih dari 5 hari,tunjuk email tu semula kat aku.
3.Korang leh antar email bukti pembayaran sebelum pukul 12 malam.Lepas 12 malam,cimbclicks akan berehat.Jadi aku tak boleh proses pembelian korang.
4.Terima kasih. =)


Ada apa-apa masalah,letak dalam komen.Aku takda akaun maybank.



UPDATE: Hani,gila cepat ko.Pembeli pertama.tq.

Thursday, November 19, 2009

Hah..aku dah berdebar tunggu anak sulung.



Buku dah siap cetak.Memang edisi terhad lah.Lepas ni kalu cetak balik,dah keluar edisi tak terhad pulak.

Terima kasih tukang cetak.

Bila aku blur...




Fort Minor - Believe me.

Aku suka menonton video klip yang kreatif biarpun video tersebut dah lama.Video klip ni adalah contoh yang aku suka.Flow kamera sesuai dengan lirik.Pergerakan gaya dan sebutan Mike yang sedap serta jelas.Effect yang buat aku seronok.Pilihan warna effect dalam video yang cantik pada pandangan aku dan beberapa faktor lain.

Semua ni nampak kreatif walaupun hanya kat parking je background dia.Kena pulak lagu sedap,tambah lagi dengan versi high definition,gambar terang berseri.

Peh,memang melayan lah.

Joging

Lokasi: Sedim
Tahun: 2001

Cuti hujung minggu,aku dan Kriss Evo agak kerap pergi ke Sedim.Aku pergi ke salah sebuah rumah membe sekelas aku.Selain tarikan air terjun Sedim,ada awek cun di sini yang bernama Sofea.

Kalau aku pergi ke rumah membe aku ni,memang kompom aku akan tidur kat rumah dia.Selalu aku sampai dalam petang jumaat.Bila sampai petang tu,aku dan membe aku terus ke jeram Sedim.Mandi kat situ memang masyuk.Air sedap.Sejuk.Awek yang dada timbul pun ramai jugak.Masing-masing nak menayang orang kata.

Setel mandi-manda,malamnya ada acara wajib.Acara wajib tersebut adalah memanggang ayam kampung.Ayam kampung ni tak heran.Sumber dia banyak.Mak membe aku ni memang banyak bela ayam.Kira kalu aku datang,mesti ada acara korban macam ni.Setel tangkap ayam,lepas magrib aku dan membe aku panggang ayam tepi anak sungai kat rumah dia.Memang marbeles.

Kadang-kadang kalau kami naik sheikh,sebelum pegi mandi jeram pun dah tangkap ayam.Pegi panggang kat jeram.Lagi nikmat.Awek badan timbul seksi pun kami dah tak layan masa tu.Buang masa je.

Nak dijadikan cerita,pada satu pagi,lepas subuh,membe aku ajak berjoging.Aku pun ok je.

Dah siap semua dengan pakaian bersukan,kami pun mula berjoging.Ada le dalam 5-6km jugak trek dia.Keliling kampung.Pemandangan memang asyik.Hutan dan sungai.Kobinasi yang menyegarkan mata.Badan pun rasa gagah semacam.

Dah puas berjoging,kami berdua patah balik menuju ke arah rumah membe aku.Sebelum sampai rumah membe aku,kami akan melintasi sebuah kedai kopi.Bila kami berdua melintasi kedai kopi tersebut dengan kadar larian seperti atlit(atlit ke atlet ha?) marathon Kenya,tetiba ada sorang pakcik yang sedang lepak sambil minum memberikan ulasan kepada perlakuan kami berdua pada pagi tersebut...

"Buang tebiat ke hapa...." ujarnya kepada rakan-rakan sekopi sambil memandang ke arah kami berdua yang sedang berjoging.









Tersentap perasaan I tau.

Notty kan pakcik tu?

Wednesday, November 18, 2009

Hapacrita All Star

"Mann......sini kejap." laung Mak Piah.
"Ada apa mak?" balas Jeman yang muncul secara tiba-tiba di pintu dapur.

"Pergi kedai sekejap.Belikan bunga cengkih." balas Mak Piah sambil menghulurkan duit.
"Baik mak!" balas Jeman sambil berlari ke arah kedai.

Jeman menukar pergerakan daripada larian kepada berjalan.Penat jugak paru-parunya bila berlari laju-laju tadi.Sambil berjalan Jeman tengok tepi-tepi jalan.Kadang-kadang terjumpa jugak benda-benda menarik.Silap hari bulan boleh terjumpa IC Lisa Surihani yang tercicir.

Ketika berjalan,bas Hok Seng,satu-satunya bas yang memasuki Kampung Kembang Semangkuk,melintasinya.Bas tersebut tiba-tiba berhenti.Tidak lama kemudian,kelihatan seseorang turun dari bas tersebut.

Jeman memerhatikan dengan penuh minat penumpang tersebut.Mula-mula hanya kakinya yang kelihatan menjejakkan tanah.Ya,kakinya sangat putih.Gebu.Bila kakinya jejak di tanah,barulah Jeman dapat melihat susuk tubuh tuan punya badan.Seorang gadis yang cantik bak bidadari.Mukanya bersih.Berpakaian kebaya.Badannya bak model.

Jeman tergamam.Air liurnya menitik bercucuran.Duit dalam tangannya melayang entah ke mana.Tak pernah dia lihat gadis secantik itu secara langsung.Selalu banyak tengok dalam tv ja.

Gadis manis berbaju kebaya kuning tersebut berjalan menuju ke arah Jeman.Di tangannya ada beg besar berisi pakaian.Gaya macam nak tinggal lama ja kat kampung tu.

Jeman dah macam nak rebah.Gadis tersebut datang sambil tersenyum.

"Adik,tumpang tanya.Di mana rumah Mak Som Mak Andam kampung Kembang Semangkuk?" soal gadis manis tersebut dengan lembut.

Jeman terus rasa macam nak menggelupur.Suaranya gadis tersebut sangat halus.Lembut.Menggoda.Jauh bezanya dengan suara Mak Piah.

"Hujung simpang tu kak.Tapi kena jalan jauh sikit.Rumah paling hujung sekali." jawab Jeman sambil mata tak berkelip.Hairan jugak apa kaitan gadis tersebut dengan Mak Som.Satu kampung macam tak bergaul dengan Mak Som.Mak Som banyak buat hal sendiri.Ada orang kata Mak Som selalu guna sihir.Ada jugak yang cakap orang dengki sebab Mak Som pandai mekap muka bakal pengantin.

"Terima kasih ye dik.Oh ya,nama akak Aishah..." balas gadis tersebut smbil mengeyitkan mata kepada Jeman.

Air liur Jeman mengalir semakin laju.


BAMMMM !!!!


Jeman dan Aishah pandang ke belakang.Kelihatan motor yang ditunggang oleh tok ketua kampung terbabas ke dalam parit di tepi jalan.Walaupun berada di dalam parit,mata tok ketua kampung tidak berkelip memandang ke arah Aishah.Mulutnya terlopong.

Jeman dapat merasakan,kampungnya akan bergolak dengan kehadiran gadis secantik Aishah.







Siapakah Aishah?
Siapakah Mak Som?
Siapa yang dapat meminang Aishah?
Apa kaitan Aishah dengan Mak Som?
Adakah Pejon berjaya mengorat Aishah?
Apakah yang akan terjadi kepada Jeman?
Adakah Cikgu Meli akan tumpang mengorat Aishah?
Adakah Ali Agogo berjaya dalam ternakan lembunya?
Apakah nasib anak gadis lain di kampung Kembang Semangkuk?
Adakah tok ketua kampung akan pergi ke klinik setelah eksiden?
Adakah Bidin akan menukar seleranya dari Sheila kepada Aishah?
Adakah Seli akan selalu ke kebun untuk tunjuk kuat kepada Aishah?
Bolehkan tok imam kampung handle masalah berbangkit di kampungnya?
Adakah Jeman berjaya membeli bunga cengkih yang dipesan oleh Mak Piah?
Apa yang terjadi bila semua watak dalam blog hapacrita bergabung di dalam satu kampung?
Adakah takhta gadis kampung tercantik yang dipegang oleh Kamsiah anak bilal masjid akan tergugat?
Adakah Kriss Evo mampu mengekalkan juara sebagai motor paling laju dalam kampung Kembang Semangkuk?
Adakah jejaka Kampung Kembang Semangkuk akan berusaha semaksimum mungkin untuk mengorat Aishah?



Persoalan terbesar...Apakah yang akan terjadi kepada Kampung Kembang Semangkuk akhirnya?





Banyak lagi watak-watak akan terlibat.Nantikan kemunculannya.

Next Project selepas Blook Hapacrita.



P/S: Insyallah,blook hapacrita akan mula dijual ahad ni.Terima kasih untuk yang menempah samada melalui sms,email dan juga melalui mulut.Dah lebih setengah dari jumlah cetakan.Baki ada lagi kurang dari setengah.Alhamdulillah.

Terima kasih semua.

Tuesday, November 17, 2009

Iklan Kereta

Sesapa nak beli kereta proton?

Contact No ni: 0176661380 (Rahmat).Cakap kat dia korang dapat nombor ni dari blog hapacrita.

Brader ni bagi banyak jugak free gift kat aku masa aku beli keta bebaru ni.Ada promosi banyak sekarang nih.Maklum la,hujung tahun.