Wednesday, April 14, 2010

Hai! Selamat Pagi! =)



Sumber: SINI.

Tuesday, April 13, 2010

Prudential Takaful.

Dulu.aku tak pikir sangat menda ni.Sebab kompeni dah ada insuran.

Sejak dua menjak ni,baru aku pikir.Aku pergi kerja hari-hari berdepan dengan risiko.Balik Kedah pun drive laju-laju.Kalau jadi apa-apa,macam mana aku nak setel kan.Jadi apa-apa di sini bermaksud,kalau eksiden ke,kalau sakit kronik ke.Sia-sia je duit simpanan lesap bayar bil hospital.

Jadi,aku mula cari insuran peribadi aku.Insuran yang aku cari tu,semestinya lah islamik.Dah tahu amal tak berapa nak ngam,tak payah nak menambah dosa pegi cari menda ragu-ragu lagi,ye dak? Jadi,banyak-banyak aku survey,aku sangkut kat Prudential Takaful punya plan.Ye,memang pening nak pilih plan insuran ni.Macam-macam ada.Plan takaful dari prudential ni,aku tertarik sebab banyak menda boleh dapat.Saving dia tahun-tahun boleh kalah dividen ASB,coverage penyakit yang mantap,polisi sampai umur da masuk tahap tua bangka dan elaun hospital yang boleh buat aku senyum kat atas katil wad spital si samping nurse-nurse yang hot...hahahaaa..

Jadi,aku pikir punya pikir,last sekali aku amik PRUDENTIAL TAKAFUL.Kira complete la pakejnya sekali medical card,simpanan dan semestinya insuran.Well,sekarang ni,kalau balik Kedah ke,pegi buat sweet escape ke,rasa lapang sikit la kalau jadi apa-apa.Kalau takdir nyawa aku tak lanjut sangat,pampasan dia boleh jugak buat mak bapak aku pegi Haji kat Mekah sana nun.Lagipun,kalau jadi apa-apa,aku cuma perlu call je akak ni.Semua dia uruskan.Orang dah kerja bertahun-tahun dalam bidang ni,jadi aku yakin.Lagipun dia membe je kepada PM aku.Kenal ejen yang dipercayai adalah salah satu menda yang penting.Aku tak nak ejen yang hilang terus lepas tu.Kang aku tengah sakit kat spital,takkan aku yang nak kena fotostat semua borang-borang,ye dak?

Nasib baik jugak la aku sedar masa muda lagi ni.Murah sikit dia punya polisi.

Kalau korang rasa nak tau detail plan dia,contact je akak ni. Siti Nurbaya (012-3670017).

Servis baekkkkk punya!

Mapley Yang Nakal.

Lokasi: Melaka.
Tahun: 2005 kalau tak silap.

Malam tu ada game bola.Walaupun aku tak minat bola sangat,aku layan jugak la.Antara port terbaik tengok bola masa tu adalah Subaidah Ayer Keroh.Lagipun dekat ja dari rumah.Dulu aku menyewa dekat Taman Tasik Utama tu ja.Masa tu,takda lagi bangunan banyak2 macam sekarang kat MITC tu.

Aku ikut ke Bedah (nama ringkas bagi Subaidah) pun sebab nak makan nasik lauk ayam sayur kubis.Kena pulak kuah banjir,walaweh.Memang sedap.

Dah siap amik nasik,aku ngan budak-budak rumah amik port terbaik.Dah dapat,kami layan makan sambil tengok bola.Masa tu,ramai betul orang.Penuh.Masing-masing fokus kepada perlawanan.Aku tengok tak tengok ja.Mata lebih ke arah nasik.Masa nak makan kena tengok betul-betul.Nanti macam-macam boleh jadi.Kang nak cubit lauk ayam,tercubit betis pompuan ka contohnya....

Tiba-tiba suasana menjadi riuh rendah.Aku tengok ke arah tv besar depan aku.Kelihatan ada sorang mamat mana ntah dalam tv tengah bawak bola laju-laju ke arah gawang gol.Suasana meriah.Penyokong-penyokong di belakang aku mula meriah.Masing-masing dapat bayangkan yang mamat bawak bola tadi akan score.

Aku kunyah nasi sambil mata tengok ke arah tv.Memang jelas.Brader yang bawak bola tu memang bersungguh-sungguh berlari ke arah pintu gol.Aku berani jamin,masa dia jawab soalan exam kat sekolah dulu pun dia tak bersungguh macam tu.

Situasi semakin sengit.Gol hampir menjelma.Brader bawak bola tadi da sampai depan pintu gol.Penyokong kat kedai makan jgn cakap,sampai ada yang siap bangun.Bersemangat betul.Macam brader mat saleh yang bawak bola tu adik dia.Penuh kasih sayang punya support.

Brader dalam tv tadi akhirnya merembat bola tadi laju-laju ke arah pintu gol.Bola tadi terbang dengan kemas dan hensem.Penjaga gol mula menerbangkan badan ke arah bola tadi.Aksi begitu memukau ditunjukkan.Aku memandang penuh minat.Kelihatan bola mula hampir memecah gawang.

Suasana sepi...

Tiba-tiba ada mapley yang baru sudah amik order lintas depan tv yang terpasang.Dia lintas tepat-tepat pada masa bola memecah gawang.Bukan setakat lintas,dia boleh berhenti depan tv tu lagi sambil senyum-senyum pandang ke arah kami semua.








Maki hamun mula berkumandang.

Monday, April 12, 2010

Mata



Mata aku ni,bila tengok,rasa sejukkk ja hati kan?

Hahahhahahahaaha!

Sweet Escape - Siri 5 (Tamat)


-Masuk semula ke Melaka.-


- Gloomy Sunday habis lah! -


-Mula-mula rasa nak makan sini,tiba-tiba takda selera..zzz.-


-Sini wajib singgah.Restoran ni tempat aku kenal nasi goreng USA yang mantap.Lokasi,Alai..Melaka.-


-Antara tempat best aku lepak masa belajar dulu.Dengar 'Alai' ja dah terbayang merempit dengan makan sedap-sedap di waktu malam.-


-Nasi goreng USA dia.Not bad la.Dah tak macam masa dulu.Tapi nasi ni sedap.Ada ayam,daging..telur.-


-Walaupun nasi goreng USA dia dah berubah,tapi sambal belacan dia tetap macam dulu.Bila masuk mulut ja sambal ni,terus terbayang muka aku yang kacak tengah tunggang Kriss Evo.Apa gila angau diri sendiri.-


-Orang kata maghrib-maghrib iblis banyak tepi pantai.Aku bukan iblis sebab aku pandai ambil gambar dan ada blog.-


-Dah meriah kawasan ni.Dulu macam rumah hantu sebelum jadi Melaka Mall.Oh ya,kat sini la aku beli Lily 6 tahun lepas.Tingkat bawah.RM10 je.Gigih bawak balik dengan motor.hahaha...-


Total...477.3 km.


Heh..sorang-sorang pun jadi kerja.

Friday, April 9, 2010

Sweet Escape - Siri 4










Bersambung ke episod terakhir. =)

Thursday, April 8, 2010

PS 7

"Kacaknya..kacaknya....Jamil..I nak ngorat dia boleh? Boleh? Plzzzz.....plzzz Jamil...plzzzz..." bebel PS kat aku.

"Plzzz Jamil...plzzz....boleh la..hon kan dia sekali...plzzz.." rayu PS lagi.


Aku diamkan aja.Malas nak melayan.Silap jugak letak nama grand-grand kat PS.Menggedik tak tentu hala.Tak agak-agak PS ni.Korang tau dia nak ngorat sapa?














Jenuh jugak nak pujuk dia masa balik.

Sweet Escape - Siri 3



-Hostel tahun pertama aku dulu.Panggil Bachang ja.Nama sebenar Kondominium Green View Meadows.Sekarang da jadi tempat misi-misi.Oh ya..bila tengok dinding tembok ni,tiba-tiba teringat muka Dueng dengan Yoe...jgn marah Yoe..jgn marah Dueng..haha..-


-Nak jugak inteprem.-


-Pelapik kaki yang banyak berjasa.-


-Tenang macam rama-rama.-


-Rehat sebentar.-


-Sapa la buat acara mandi bunga tepi pantai ni.Hehehe.
(Soalan..adakah dengan mandi bunga sambil menyaksikan pertunjukan bunga api akan meningkatkan lagi kesan mandi bunga tersebut?)
-



-Mi Sup dia ni,kalau aku datang Melaka,mesti pekena.Sedap sungguh.Aku gelar kedai ni, MSBPTP(Mi Sup bawah pokok tepi pantai).-


-Hoh..nak ke mana pulak ni? Kita tunggu episod seterusnya.-

Wednesday, April 7, 2010

Takut Bini



"I pesan burger ayam tadi..bukan kebab ayam...bebal !!!"




Lion King tu baiiii.....rapat ke dinding tu ha.....hahahhaaa.....garang macam singa.

Sweet Escape - Siri 2


-Rumah sewa aku dulu kat Taman Tasik Utama.Jalan TU23.Sekarang dah jadi rumah sewa awek-awek.-


-Bangunan yang banyak kenangan.-


-Ni pun sama.Haihhh....-


-Menyelinap masuk ke kampus baru.-


-Curi-curi ambil gambar.-


-Dating petang-petang sedap ni.-


-Bawah tasik tu ada naga.Ok..aku tipu.-


-Tangga aku selalu panjat naik ke Taman Muzaffar bila turun dari bas KL->Melaka.Kadang-kadang Mat Shah amik aku kat Petronas Taman Muzaffar.Tq Mat Shah.-


-Kedai ni jual TOZZA (Tosai yang ada topping macam pizza).Kedai ni jugak tempat berlakunya KEJADIAN INI.-



Bersambung lagi lah pulak....ada beratus keping gambar...jenuh kena pilih.

Tuesday, April 6, 2010

Kenangan di Tesco Melaka

Lokasi: Seperti tajuk di atas.
Tahun: 2004 rasanya.

Aku memecut laju dengan Kriss Evo.Kriss Evo masa tu bukan reti slow-slow.Siap ekzos bunyi pom pom sampai keluar api.Bila pikir balik..kelakar pun ada.Pulun setting ekzos keluar api,macam nak buat BBQ.

Ok,berbalik kepada kejadian tadi.

Masa tu aku tak ingat dari mana.Mungkin balik dari kelas atau keluar dari Tesco.Yang aku tau,memang aku tengah pecut laju-laju depan Tesco menuju ke arah Bachang.Kat belakang aku,ada membe serumah.Dia naik dengan aku.Kalau tak silap,Ameng rasanya.

Bukan...bukan penyanyi Ameng kumpulan Spring tu.Ni Ameng lain.

Tengah sedap-sedap pecut tu,tiba-tiba aku nampak ada pelepah kelapa terjuntai tepi jalan.Ala,tepi jalan tu kan ada pokok kelapa gading yang rendah-rendah tu.Ha,pelepah pokok kelapa tu la.Masa tu Kriss Evo pulak tengah laju bukan main.Nak elak,memang tak sempat.Belah kanan kereta menderu-deru.Belah kiri ada parit.Apa gila nak terjun parit.Aku masih waras.

Aku dengan penuh genius mula merancang strategi yang penuh taktikal dan mantik.Bila sampai kat pelepah kelapa yang terjuntai tu,aku tunduk laju-laju.Bergaya sungguh,macam Rossi lintas garisan penamat.

Aku selamat.














PELEPAPPPPP !!!!!

Bunyi kepala Ameng kena libas dengan pelepah kelapa tadi.

Semalam yang hangat 16

Aku keluar dari pejabat.Hari dah gelap.Setelah siap kunci pintu dan grill pejabat,aku menuju ke arah kereta aku.

Elok aku nak masuk ke dalam kereta,tiba-tiba ada sebuah kereta parking kat belakang kereta aku.Kiranya macam double parking la.Pemandu dia kelihatan keluar cepat-cepat,macam ada kecemasan.

Aku bagi isyarat suruh dia alihkan kereta beliau.Pemandu yang tengah kelam-kelibut tadi berpatah balik dan masuk ke dalam kereta beliau.Beliau undur sikit ke belakang.Aku pulak masuk ke dalam kereta dan keluar dari tempat parking tadi perlahan-lahan.Risau jugak terlanggar kereta mamat tadi.

Dah keluar dengan cemerlang,aku masuk gear satu,bersedia untuk menuju pulang ke rumah.Lepas masuk gear satu,aku tekan minyak slow-slow.Sambil melepasi kereta mamat tadi dengan perlahan-lahan,aku angkat tangan dengan muka paling manis.Tanda terima kasih sebab undurkan kereta beliau.Sambil lambai-lambai tangan dengan setting muka paling manis masa tu,aku baru perasan...









Tiada sesiapa dalam kereta tersebut.

Benci.

Sweet Escape - Siri 1


-Sebelum gerak,kereta kena bersih.-


-Sambil tunggu PS kena cuci,layan dulu sarapan.-


-Bunga Goyang paling gembira.-


-Set 0.0 km.-


-Hari yang bagus untuk sweet escape.-


-Tiba-tiba langit gelap.-


-(^___^)-


-Jejak jugak tayar PS kat bumi Melaka.-


-Bangunan ni nampak islamik sungguh.Aku pakai seluar pendek ja masa ni.Nak masuk pun,tak sampai hati.Malas pulak nak tukar dengan seluar spare yang aku bawak.-


-"PS..dulu aku selalu parking Kriss Evo kat sini la masa pergi kelas.Masa aku tinggal pergi kelas,dia isi masa lapang dia dengan mengorat motor betina."-





Bersambung..episod seterusnya..

Sunday, April 4, 2010

Dan perjalanan pun bermula.

See ya...!

(^________^)

Saturday, April 3, 2010

Sweet Escape

Aku bangun pagi dengan ceria.Rancangan sweet escape mesti berjalan lancar.

Aku tengok ke arah bekas baju yang belum dibasuh,banyak juga.Kemudian aku pikir-pikir,kalau baju dah tak hensem,macam mana nak pegi jalan-jalan.

"Jamil...tolong tengok-tengokan tayar I,lenguh tau.Jom la bawak I pergi pusat servis.I rasa kena balancing ni.Oh ya..alignment pun I rasa kena buat jugak.Bila kat atas jalan,semua kereta jantan perli I tau.Diorang tanya,kenapa bergerak senget tu? I malu tau." bebel PS bila dia nampak aku keluar dari pintu rumah.

Demmmm....

"Boleh la Jamil..boleh la.Takkan nak pegi sweet escape dengan keadaan I yang macam ni." tambah PS lagi.Aku diam.

"Plzzzz Jamil...besok kita pegi ye.Harini bawak la I pegi servis apa yang patut dulu." rayu PS lagi.

Disebabkan sayang,aku pun bawak PS pegi pusat servis.Sambil pegi pusat servis,aku pegi dobi dulu.Dah setel hantar baju,baru gerak ke Pusat Servis.PS tak habis-habis dok puji aku hensem.Bab menggoda nombor satu kerjanya.Nasib baik aku kebal.Dah sampai pusat servis,aku pun cakap la apa aku nak servis.Lepas tu aku melepak depan TV.Tengok cerita yang diorang tayang.

"Kereta abang dah siap." seorang mekanik tiba-tiba menyapa aku yang sedang leka menonton TV.Aku senyum dan terus ke kaunter.Dah bayar,aku keluar.Kelihatan PS tersengih-sengih riang.Aku masuk dalam kereta,terus pandu ke kedai makan.Lapar bukan main.

"Sayang betul awak kat PS kan Jamil? Ramai betul orang datang servis kereta hari ni kan? Sanggup awak tunggu dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang." tiba-tiba Bunga Goyang bersuara.

"Dia memang sayangkan kat I...hik hik hik.." PS menyampuk sambil buat-buat gelak manja.











"Shadap!" jerit aku yang tengah lapar gila.