Thursday, November 7, 2013

Jamil dan Kerjayanya

Aku duduk mengadap skrin komputer dengan comel sambil memerhatikan baris kod yang merepek-repek. Tiba-tiba aku dapat gambar dari pihak media syarikat.Aku memilih gambar yang sesuai untuk diletakkan di dalam web baru syarikat.

Dalam banyak-banyak gambar tu,ada sorang awek cun.Macam model rupanya.Jadi,untuk jaga imej syarikat,aku pilih gambar dia dan yang lain-lain.Entah gambar pompuan mana le diorang ni cekau.Belasah je lah.

Tengah sedap buat kerja,aku dipanggil untuk sertai satu mesyuarat.Aku bangun dan turun ke bilik mesyuarat di bawah dengan gaya yang tenang.

Aku tiba di bilik mesyuarat dan terus buka pintu selepas mengetuknya dengan sopan.

Pintu dibuka.

Kelihatan awek dalam gambar yang aku terima tadi,sedang duduk dan tersenyum manis di hadapan aku.








Jantung aku gugur ke lantai.


2 comments:

Miss Orahome1 said...

aik, da berblog balik. hehe.. Jamil, nak tanya sikit, hang develop website guna ape?? Bos dah bagi hint tadi suh develop website kompeni. Dah la reti vb.net ja.. Uwaaaa

Lina Awie said...

behave jamil..ingat akak kat umah tu...